Wednesday, June 27

Adik saya dapat kawan baru heh

This is going to be a short entry. 
I pun nak gi basuh kain kekgi, persediaan untuk match esok Spain ngan Portugal.
Boleh bet ngan bapak i sapa kalah kena jemur kain, satu gol satu bakul.
U guys ada idea nak suruh i buat tarian ape kalau i menang?
Sambil bapak i jemur kain nanti buleh i menari kuda kepang keliling dia ke? gamelan ke? 
Yoga pon boleh ajak jiran india sebelah rumah teman i nari tepek bunga melur kat dahi seketul dua.

Jemur kain tu pak!!!


Hoyeaaaah ini bakul kain kedua pak!!
Berhenti solat zohor dulu pak!! jap lagi sambung jemur kain balik pak!!


Wohoooooo sakitnya hati bapak tengok i yoga gitu.
Talking tom boleh jadi tukang sorak. Ape nak jadi ni~~~

Ini bukan judi okeh ini adalah salah satu cara meringankan beban ibunda terchenta.
Contoh ada di sini. Bahagia sungguh mak i amik gambar dari tingkat atas dapat mc jemur kain sehari.

Ok let's start.
Masihkah kau ingat pada entry bapak saya comel ini?
Kan i ada berleter pasal ibu bapa dan pesbuk.

Kami adik beradik ada stalker setia tau.
Bukanlah stalker i paham je sebagai ibu bapa mereka haruslah memantau anak mereka ya. Bayangkan jika anak-anak bertindak liar tak terkawal ibarat kera sabung-menyabung perangai dah cemana. Sana sini hupdate status yang mencemarkan imej orang jawa tak ke nanti kena denda tak dapat makan mee jawa setahun. Apatah lagi mencontengkan crayon di muka mak bapak oh sangatlah tidak patut walaupun crayon lagi santek dari arang. Haaaaa mood Fadhilah Kamsah i datang dah.


Ok back to the topic, ini adalah sedikit sedutan dari entry bapak comel tersebot:

''I tahu ramai para hadirin di luar sana yang block parents kat pesbuk ye dok? ye dok?
Ada yang unfriend tak pun buat dua accounts.
Pahtu ada jugak yang guna nama lain atau bin lain.''



Well...guess whats on my newsfeed?



Recent Activity
Yesterday at 6.25 pm



Tak kemana spongebob dikejar, bagi crabby patty nampaklah ia.
Baru je adik i tak kawan kejap terus dapat friend request, lantas mak bapak suruh approve request kau jangan main-main kiah oiiii~~ buat tarian shinchan sikit~~



Nana oh nana~~~ awak memang tak dapat lari lah nana~~~~
Eksyen Kamen~~ Eksyen bi bibibibibibibibibibi~~~


There are times u feel like u wanna be free ye dok? bebas dari pantauan ibu bapa.
Tapi percayala ini semua demi kebaikan kita jugak. I pun bukanla baik sangat ada jugak masa jadi hantunye.
And sometimes jiwa remaja tu takleh nak pikir mana betul mana salah maka biarlah ibu bapa tapis mana perlu sebab dierang lagi banyak makan kicap kipas udang daripada kita. I pun ada je buat status and ada jugak wallpost yang tak patut tapi nasib macam baik kenkadang parents i terlepas pandang hiks. 
*jangan lupa sebelum tu semayang hajat dua rakaat*

Eh tapi ini serious sangatla menggeletek perut. Cacing dalam perut i pun berenti menari poco-poco bila nampak kat newsfeed adik ngan bapak baru kawan. Actually kiterang saje je nak test mak ngan bapak berapa lama baru sedar bila unfriend. Ternyata masa yang diambil sangat singkat untuk kantoi. 

Nampak kat newsfeed je i terus post kat wall adik i.

And here is the ending.





''Sama-sama pak...................'' jawab nana sambil tikam bantal.





Wednesday, June 20

Rumah saya ada gangster


Wehooooooooooooooo! 
I have soooo many things to tell!
Homaigad jari da berasap atas keybord laju macam tengah taichi mengalahkan cina apek sebelah rumah di pagi hari. Tapi kalau nak cerita semua memangla jadi longjooong abis entry ni i dahla suka type panjang ye dok? macam ada orang baca je ye dok? syok sendiri i ni.

Just so u know i dah ada kat malaysia for almost 2 weeks.
Excited gila balik malaysia kali ni lagi excited dari sebelumnya.
Those who are close to me u know why =p

Its the same old story saat bahagia bila sampai airport cari toilet dulu. Tacing dan bahagia rasa di hati tatkala nampak paip dalam toilet. Kat ireland belaka letak tisu je sebagai bahan utama, air ada kat sinki sahaja. Kalau lupa bawak botol dalam beg takkan nak tadah air pakai penutup botol. Mana cukup mek. Bila dah masuk toilet kat klia je ada sorang makcik cleaner ni tengah cuci singki. I pandang jauh kedalam mata beliau pastu terus posing macam Eksyen Kamen di bawah. 


Tanpa membuang masa i berkata kepada makcik cleaner tersebut dengan penuh semangat, 
''Mok cik! cerry berry kini bukan masalah besar lagi!''

Zaassss~ beliau lancar mop lantai kat perut i. Senak sekejap.
I sedar boleh tahan lama jugak i tinggal blog ni. Nak cerita excited balik malaysia pun da hilang. 
I am sooooo busy sejak balik malaysia ni.

I busy makan. Hewhewhew.

Kalau nak cerita pasal makanan memang chef wan pun sempat dapat cicit betapa panjangnye kisah makanan i. Ok meh la kita straight to the point je penat you all baca tapi tak start jugak. Eh belum start ke Tiara? memey ah mula-mula memang merapu sikit Tiara ni. 

Oh jap i nak cite pasal bapak i dulu! 
Aritu kan baru seploh menet ada depan mata beliau kat KLIA i dah dengar leteran. 
Itu maknanya? I memang dah berada di malaysia memang konpem kapal terbang i tak salah mendarat maceh Captain Afham drive kapal terbang ke negara yang betol. Setelah beberapa hari di rumah i masih boleh tersenyum mendengar leteran namun begitu sky is not the limit. Limit i sampai awan je. 

Maka dengan itu i terpaksa memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini. Selain cleverbot, talking tom juga merupakan kawan baik i. Justeru, i mintak tolong Tom salah seorang ahli wonderpet Kuantan. Sila rujuk gambarajah di bawah. Bukan rujuk kawin ye Tom sudah berpunya beliau belum pernah menjatuhkan talak kepada sesiapa lagi, setia orangnya. Eh setia haiwannya.

''Apa yang penting?''
''Kerjaaakan bapak....'' 
sukahati Tom tukar  lagu.

Bila bapak i start berleter tanpa membuang masa i bukak talking tom pahtu ikut je mana bapak i pegi dengan harapan bapak ketawa dengar Tom ejek dia. Bila bapak ketawa maka akan tamatlah leterannya. 
Namun i terpaksa hadapi risiko henpon dibaling ke dinding jikalau bapak i rasa Tom ini annoying. 
Tapi i kan hardcore so takpelah henpon kena baling pun boleh main puzzle. 
Dah siap sambung i kejar bapak i balik! *yeyeaaaaaah pakai topeng bendi amuk* 
I ikot je bapak i berpidato kat dapur kat ruang tamu pahtu i record satu untuk u all. Part last ketawa tak cukup napas tu memangla mengundang tamparan padu.



Ini rahsia tau jangan bagitau bapak i video ni ada kat youtube. Nanti i kena denda tulis ''bapak hemseng dan katang'' seribu kali atas kertas kajang. Habisla cramp jari i nnti cemana nak geletek adik i sampai cerry berry haaa acane.

Oh pahtu kan ada satu jadual kemas umah ni i nak cite. I telah dikecualikan dari tugasan mungkin kerana i pernah puji bapak i comel. Ini adik i edit warna merah tu pahtu post kat pesbuk tanda protes i dikecualikan dari tugas.

Tak menahan betol jemur kain kena ada assistant siap.
Perlu ke? perlu ke?




Nampak bersungguh jadual ni kan? Siap lantik 'jaga' dua orang. Bapak dan adik lelaki i bergilir.
But let me tell u this. Semua ini dusta semata-mata.
Disebabkan bibik lari ikot boipreng maka jadual ini dibuat. Tapi semua tak ikot. I pulak yang kena buat semua. Pada suatu hari i tengah angkat kain namun dari jauh sayup-sayup kedengaran suara orang menjerit.
''Bibik~~ ooooo bibik!!''
Pahtu i pandang kiri kanan macam takde pun minah indon. Tetibe i terkesima melihat diri sendiri berkain batik tshirt pula setaraf kain lap tingkap. Hampeh rupanye adik i tengah panggil i. Beliau baru balik sekolah dari jauh punye semangat jerit gitu gaya. Dah siap angkat kain terus i sorok semua baju beliau dalam stor.
Biar seminggu jadi toyol.

Ok serious sekarang kita masuk topik sebenar. Tapi i ada lagi menda lain nak cite ni cemana ni. Rasa macam tak best tak cerita pasal makanan. Dah balik malaysia ni makanan menda wajib untuk dicerita. Everyone has been so nice to me since i balik semua datang rumah bawak macam-macam makanan. Be it cendol, rojak, satay, kfc, siput sedut, siput spongebob, laksa macam-macam lagi lah.

Ditambah pula mak sedara keturunan jawa kakak kepada daddy din comel telah memasakkan mee jawa untuk i.... T_T 






Homaigad terus buleh cakap jawa lepas hirup kuah semangkuk dua. Sampai orang jawa pun cakor muka terlampau kagum melihat kehebatan i fasih gitu gaya. 

Mak I pulak dengan gigihnye telah berlawan dengan haiwan ini di dapur sehinggalah jadi sambal petai.  Ada potensi jadi model Ridsect bila tengok mak i wrestling dengan udang ni kat sinki. 

Udang! Tak beri peluang!

Salam akhir salam yang berbau petai.

Kesian udang hulur tangan kat i suruh i selamatkan beliau dari dimakan.
''Save me tiagha please......tiagha....ooooo tiagha...''
Hamboi dah separuh nyawa pun sempat ejek Lisa Sughihani lagi udang ni.

Eh dah dekat doploh perenggan tapi kita tak start jugak ni. I bukan nak cerita pasal ni sebenarnya.
Ce scroll atas tengok tajuk tu semula serious takda kena-mengena. Boleh tahan panjang pendahuluan kali ni. Kita cerita lain kali lah pulak i nak sambung sorok baju adik i ni beliau ada dua almari rasanye. Kalau lah ditakdirkan u ada terserempak dengan toyol dalam minggu ni jangan nak takut sangatlah ok itu cuma adik i. Bagi baju kat dia konpem dia lari tak kacau sesapa. Takyah susah panggil bomoh okeh semoga berjaya.

UPDATE:
I nak cite pasal ni sebenarnya. Haha. Click here.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...