Sunday, October 30

Rainbow comes and goes







I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
that for me it isn't over.
Never mind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best for you.
Don't forget me, I beg.
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead''



Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?



semua click sini, i paksa ni.


p/s: Im not gonna reply any comment in this post. 


.

Tuesday, October 25

GEMPAR! GEMPAR!

Wah suspen habis tajuk entry.
Ok kali ni memang short entry punya.
I suka kan kata short tapi jadi longjong jugak, teheee.

I takda niat pun nak update ni ha sebab i ada quiz minggu ni, last week baru je oral exam depan mayat.
Kalau kat RCSI ni, it is called Card Signing, tapi takda sekeping card pun yang terlibat.
Signature i pun takda sapa mintak. Tak tahu la dari mana dierang cipta nama card signing tu.
Basically akan ada satu mayat depan u, pastu akan ada sorang examiner yang akan tanya u ikut suka hati dia nak tanya apa la. Dia akan point out any muscles, nerves, and tanya what innervate this muscles, course of this and that artery, apa-apa la.
The best part is....ramai gila orang yang duk keliling table mayat tu tengok u jawab. Yes ini bukan exam berseorangan, memang menggigil la tangan masa mula-mula tu. Pemandangan dia lebih kurang macam ni la, mayat kat tengah, pastu ramai-ramai mengelilingi u dengan examiner tu.

Entah gambar sapa la haku google nih.

Kalau lah examiner tu tanya pasal inguinal ligament, u kata inguinal ligament ada kat pipi memang semua orang bersembur la ketawa. Apa lagi, menyamar la jadi mayat nak cover malu, dah molek-molek tengah jawab soalan tetiba kejung jadi mayat, memang tak menahan.
Bila tersalah jawab mayat tu akan duduk sambil tunding jari macam Suparjo pastu kata,
''itu bukan jawapannya, sila cuba jawapan lain''
Ok tak tak tak, i gurau je incik mayat jangan bangun betul aihh.

Tengok! dah bakpenya i cite pasal card signing pulak niiiiii....
Jari i ni gatal betul, kalau dah atas keyboard dia jadi hyperactive, time study gedik pulak dia nak lembik.

Sebenarnya i tengah lunch depan laptop ni, tetiba tengah makan habis bersembur i ketawa. Lagi nak buat i ketawanya boleh pulak i tak tau pasal ni. Most of u confirm dah tau especially para bloggers, tapi i ni punya la slowpoke tahap patrick star baru nak ketawa sekarang. Ah tayah nak ejek la i tahu i ketinggalan zaman.

TIARA KINI....








MEMPERSEMBAHKAN..........








BERITA TAK GEMPAR MANA....








YANG AGAK KETINGGALAN ZAMAN.....








DICETUSKAN OLEH.............










MARK RAMBUTBERG!!!!!!




Tukang support tu tak menahan aih, tersedak i minum hot chocolate ni.
Ini bukan photoshop i dah siasat. Click sini. 
Lepas dah click jangan lupa like semua comment yang menyokong.
Diulang, comment yang menyokong sahaja, especially yang ini sebab i pun suka bercucuk tanam.



Serious i masih tak pecaya i ketinggalan zaman. Ce bagitau camane i boleh terlepas berita tentang doktor kesayangan i ni? Beliau merupakan idola i tahu, i nak jadi doktor disebabkan beliau lah. Kerana Doktor Rambutberg inilah i bersusah payah menggapai cita-cita di ireland supaya dapat jadi cam dia, cewah.

DrBook pada Mac 2011.
Akan dilayari oleh trillion million melon users dari pelbagai alam, bukan hanya dua alam okay?
Habis la semua orang punya profile picture rambut style cendawan belaka.
Eh semua dah tahu ke?
Alaaaaaa layan jela i ni, kesianla sikit kat i ni, sobs.

UPDATE: Dr.buku kini menjadi kenyataan. Sila delete facebook account pastu pegi register Dr.Buku tanpa ragu-ragu apatah lagi menggaru dagu. Tapi make sure amik gambar rambut cendawan dulu untuk default picture. Ini link dia, pegi sign up sekarang.
ARTICLE: Dr.Buku terus menjadi pilihan remaja

p/s: You are one different Melayu Dr. Rozmey! I would say you are not bangsa Melayu, i think Menyegar suits u more *wink wink*


Dah cepat semua bangunla tabik spring sikit.

.

Saturday, October 15

Vespa Hitam



Vespa.
Ouyeaaaah memang dari dulu i teringin nak bawak. Rasa macam cool je bawak vespa ni.

Kantoi la tulis surat cinta untuk mak kat belakang gambar, 
kena air kan dah tertembus pen biru tu.

Ok, that is my dad sewaktu zaman dia muda remaja.
Seperti yang anda semua tahu, bapak i merupakan jejaka rebutan kat kampung suatu ketika dulu namun i tak tahu la sejauh mana kebenarannya sebab i tak lahir lagi. Tapi desas desus ada mengatakan bahawa para gadis akan buat-buat cuci tangga ataupun lap tingkap apabila bunyi vespa my dad makin mendekati rumah mereka. U know bunyi vespa kan kuat dari jauh dah boleh standby nak mengusha la kiranya.
Amboi benarkah ini pak? Air dalam mangkuk belalang ni takda setting flashback pak. Justeru, orang Sungai Lembing jangan segan silu tinggal comment bagi mengesahkan kebenaran desas desus ini.

Ok back to the topic, when i was in secondary school, agak-agak time Form 4 gitu my dad somehow repair that vespa and letak kat rumah di Kuantan. So i apa lagi belajar la bawak.
I know kalau pempuan bawak vespa nampak macam ganas is it?
Tapi jangan judge cenggitu i ni lemah lembut orangnya ibarat bihun terlebih rebus.
I cuma suka buat menda yang orang jarang buat. Dulu tingkatan tiga belajar skateboarding.
Ini macam breaking the stereotype la kononnya. Zaman jahiliah kan biasa la poyo sikit.

Kali pertama i bawak vespa tu, it was hard.
I practice bawak vespa tu kat keliling umah je.
Selalu mati, start enjin mati hidup mati mati mati mati, penat i nak sedekah Al-fatihah hampir doploh enam kali atas vespa tu. Actually kalau you tahu bawak kereta, senangla nak bawak vespa but at that time i takda lesen kete lagi umur baru 16 tahun, tak reti bawak kereta pun so itu yang terhegeh-hegeh belajar.

Pada suatu hari, sewaktu i sedang khusyuk melayan Spongebob Squarepants tetibe mak i tepon.
Tepon pulak time beruang laut sedang bersungguh-sungguh membelasah Squidword.
Patrick ngan spongebob dah ada dalam bulatan dah masa tu.

image
Ini beruang laut.
(click red link for beruang laut in action)
(semangatnya aku)

Suspen tahu tetiba telefon berdering ring ring ring ku angkat ku tanya rupanya mak i suruh amik adik i kat sekolah Cenderawasih. Beliau ada kerja so i kena amik adik i yang sibuk practice hoki setiap petang kononnya. Padahal alasan je masuk kelab hoki, habis sekolah guna kayu hoki jadi samseng tamil rampas budak lain punya coki-coki.
Maka, dengan hati yang risau i melangkah keluar bersama harapan agar Spongebob dan Patrick selamat dengan jayanya.

Tiba-tiba....
i tengok segala jenis kenderaan tiada kat rumah kecuali vespa hitam yang cool itu.

I pun sengih menyeringai sampai ke dahihihihihi.

Punya excited ibarat Patrick sedang menangkap obor-obor bersama Spongebob, i tanpa segan silu terus start enjin vespa bawak pegi sekolah. Pehh akhirnya cita-cita bawak vespa atas jalan tercapai.
Oke dah amik adik i, dia duduk kat belakang lalu kami pun dalam perjalanan balik ke rumah.
Sehingga tiba di traffic light dekat dengan Tunas Manja i berenti kerana lampu merah lalu vespa itu.....





MATI.

Lampu pulak baru je HIJAU.


I terkial-kial tadah tangan sedekah Al-fatihah terus menggelabah start enjin lepas amin.
Time macam ni jugakla kau nak mati vespa hitam legam. Traffic light pulak empat penjuru, memang para manusia yang berada di 3 penjuru lain semua pandang la kan sebab dierang semua tengah berhenti lampu merah kan. I sengih jela kan dierang pulak siap hon kat i kan. Cis adibah betul perangai.

Tanpa membuang masa, adik i terus turun vespa, bergulung atas jalan lalu berguling-guling macam tenggiling~ berguling-guling macam tenggiling~ sampaila dia masuk semak tepi jalan. 
Hardcore sungguh beliau menyamar menjadi tenggiling? patutkah i ikut langkah yang bijak itu? Tapi tak kan nak tinggal vespa ni kat sini?
''ini serious~~ wonderpet tolongla datang bila bekerjasama hidupkan enjin vespa jadi mudah....'' Nyanyi i sekuat-kuatnya di tengah traffic light itu sambil berjujuran air mata dengan harapan Wonderpet boleh datang dalam kadar yang segera.

Namun malangnya ahli Wonderpet antar gambar ni kat i.
Mereka minta maap tak dapat datang tolong sebab semua tengah bercuti dengan Wonder Girls kat hawaiii. Bajet kawai la lu! 

Tiba emo.


Setelah beberapa menet, akhirnya vespa itu berjaya dihidupkan. 
Tetiba tenggiling yang bergulung ke dalam semak tadi otomatik dah tukar jadi manusia bertenggek semula kat atas vespa belakang i siap sengih macam kerang tercekik ikan gupi . Hampeh betul bukan nak tolong.


Sejak hari itu, i bersara bawak vespa sekejap. 
Siapa yang pernah nampak kejadian itu especially orang Cenderawasih sila minum clorox sekarang supaya terhapus kejadian tersebut dari memori kalian. Ini arahan. Kepada rakyat Cenderawasih dan juga Bukit Setongkol, i'm pretty sure some of u pernah nampak sorang budak pempuan kehulur kehilir dengan vespa hitam. Percayalah setiap kali berhenti di traffic light itu sememangnya i masih trauma. Kalau nampak dia lagi sekali sila baling telur kat dia.

Selain daripada itu, keminatan dan keeksaitedan untuk bawak vespa ini bukanlah mengalir dalam darah i seorang sahaja. Wah ayat macam tercekik ikan gupi jugak ke apa ni. Adik i yang paling bongsu pun sama eksaited juga. Tapi yang membezakannya adalah skill beliau yang lebih gempak.



Ayam katik di zaman kegemilanganya.

Ingatlah orang yang tersayang.


Tengok meter jangan tak tengok.  Haaaa mat rempit bawak motor pun tengok jalan, adik i tengok meter nak make sure full speed.  Shame on u mat rempit, shame on u.

Adik i ni baru tadika masa ni. Bukanla dia nak tension pasal laki dia curang ke hape. Kecik lagi umurnye pun nak ada laki. Dia pressure sikit sebab tulis huruf A selalu bengkang bengkok. Huruf b dengan d pun selalu terbalik. 
Bagi menambah tekanan yang memang sedia tertekan, satu hari ni dia kena denda berdiri atas kerusi. Cikgu bagi homework suruh translate apa-apa perenggan English ke Malay. Dia pegi amik novel i dia pilih perenggan Harry Potter kau. Maka dengan confidentnya dia translate....
Harry Potter jadi Harry Pasu
Ron Weasley jadi Minyak Kereta Weasley. 
Hoi RON 95 tu petronas punya minyak bukan nama orang! Habis kalau Twilight? 
Elizabeth Swan dah confirm la jadi Elizabeth Angsa kan.
Jacob Black pulak jadi Yaakob Hitam eh? 
Atau mungkinkah Biskut Jacob Hangus Terbakar?
Apa lagi, balik rumah campak beg pakai helmet terus rempit.

''Dah lu apahal nak potong wa ni derr...??''


Wednesday, October 12

Wordless Wednesday




15 OCTOBER 2011


p/s: Liverpool...dengar cerita 'Liver' ni kalau translate dalam bahasa melayu maknanya 'Hati' maka dengan itu sila bersedia untuk 'makan hati' ye nanti, heee


Sunday, October 2

Short update

Assalamualaikum para pembaca sekalian pun?
Apa khabar pun?
Saya di sini..........saya di sini....
Uwwwaaaaaaaaaa! i dah ada kat ireland.....sobs..dah seminggu lebih kat sini.
Oh malaysiaku, aku rindukanmu.
Betapa berat hatiku meninggalkanmu tatkala ahli keluargaku melambai-lambai di saatku berlalu. Pramugara tak hensem malah tua yang terpaksa ku tatap membuat hatiku bertambah sayu. Ah nak merepek lagi la ni. Menci.

Ok, ini short update.
As u know from the previous entry, i tengah cari rumah. Bertuahnye i dapat rumah kat belakang penthouse. Ok fine padam sendiri line tu pastu baca balik.
Susah tahu nak cari rumah. Nasib baik tuan rumah tak tersilap bagi kandang biri-biri. But guess what?
My landlord aka tuan rumah merupakan seorang doktor yang berkaliber okay!
Excited gila masa mula-mula tahu. Dia pulak cakap yang my lecturer kat RCSI tu kawan dia, cool la boleh belajar anatomy dengan landlord nanti, mintak nasihat about medic school ke apa ke.
Kiterang susah nak dapat rumah ni sebab dia tersangat sibuk dengan kerja. Masa mula-mula call dia asyik postpone je nak bagi kunci rumah. Ada one time kiterang call dia kata sorry tak boleh jumpa lagi sebab after this i have to perform a surgery. Wahhhhh.

Ku sangka panas hingga ke petang rupanya panas hingga ke malam.
Pada suatu hari, kami dapat tahu yang beliau merupakan seorang doktor.......haiwan.
Omg i kecewa betul, kebetulan pulak seekor lipas lalu depan mata terus i kejar dia sambil jerit kau haiwan! kau haiwan! beserta air mata yang bergelimpangan tidak mampu lagi ku tahan. Drama betul padahal lipas tu tak bersalah pun dalam hal ni. Bila pikir balik kesian pulak lipas tu lari sampai terseliuh kaki. So sekarang ni dia pakai wilcha la buat sementara waktu, cuma dia tak goyang-goyang tangan la atas wilcha tu walaupun nama dia Usop si lipas. Kau gila dia ada 6 tangan lenguh la dia nak soley-soley kesemuanya.
Oi dah kenapa i suka merepek sangat ni.
Berita ini juga telah membuatkan housemates yang lain turut kecewa. Bukan berita lipas pakai wilcha ye tapi berita landlord doktor hewan. Lalu kami bersama-sama menguburkan niat nak buat tution anatomy tiap kali landlord datang kutip sewa rumah nanti. Siap letak batu nisan.
Al-fatihah 'Niat Tution Anatomy Bersama Landlord binti Tak Jadi'

Oh well, just so happen masa dia jumpa kiterang for the first time, ada darah kat lengan baju dia and i asked.
Oh itu adalah darah biri-biri. I rasa ini badi from the previous entry. Tak dapat housemate biri-biri, dapat doktor biri-biri pun jadi lah ye dak?

By the way, bapak i ada cakap along, tolong kirim salam kat blog. Aih ini mustahil, blog takda mulut camana nak jawab. Mungkinkah beliau sudah mengetahui tentang entry sebelum ini? Mungkin juga ramai yang like pastu dia jadi glamour. So setiap kali minum air barli kat foodcourt sebelah mara terus orang beratur mintak autograph. Ini tragedi.

Ok la tukar topik asal balik.
Hey semua mesti nak tengok rumah i kan? i tahu. Meh sini nak tepek gambar. Jangan lupa hantar kad raya haji ye. Takyah alamat, print gambar rumah ni pastu tampal je kat sampul surat. Pandai-pandailah posmen tu cari. Don't worry okay? mesti sampai punya.

Tengok fire escape kiterang canggih.
Keluar tingkap, bergayut kat pokok, pokok patah terus selamat mendarat ke tanah.


Alaa ni yang tak suka ni, kata short update tapi suka type panjang. For those yang inbox i kat facebook tanya mana i pegi, sebenarnya umah i takda internet lagi. I pun agak busy nak settle down kat rumah baru, nak pegi kelas, pegi bank tukar alamat rumah, macam-macam lagi lah hence tak update blog. Ceh padahal i memang jarang update pun. Hiks!
Tak tahan betul ramai pulak tanya tiara mana you dah lama tak update tengah mandikan biri-biri ke? Oih i tak mandikan dierang okay. Kalau dierang jadi housemate i, sekor sekor akan hilang secara misteri, missing in action orang kata.
Contoh situasi di rumah:
''Mmmmbekkkk emmmmbekkk mmmmmbekkkkkkk.......'' kata roomate tiara bernama Dolly si biri-biri.
(Translate: Tiara harini kita nak masak apa ye? i dah lapar ni. Jomla pegi dapur masak sama-sama.)

''Ok jom! Eh dolly i terkerat tangan you, eh i terpotong kaki you. Eh dolly senang cerita you masuk jela dalam kuali ni''

Maka tamatlah riwayat Dolly si biri-biri.

Ini juga tragedi.


.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...