Friday, January 27

Eh bapak kenapa tak menari kali ni?

Homaigad i update blog lagi.
Empat kali seminggu memang tak pernah berlaku.
Empat kali sebulan pun jarang terjadi.
Seriouslah i bosan ni habis exam dua minggu cuti.
Oke kali ni janji tak cakap banyak i upload gamba je.
Lagipun internet sini laju upload gamba ke blog cuma setengah saat.
Laju dia ibarat mat rempit superman berdesup meredah road block.
Motor pun tak nampak dah JPJ ingat superman sungguh yang terbang.

Sekarang nak tanya.
Sapa tengok video Old Trafford Stadium Tour?
I tahu suara i buruk macam kartun tak payah bagitau i mengaku dulu.

Justeru, berdasarkan bideo tersebut sudah terang tak payah suluh lagi dah me and my dad tidak berada di team yang sama.

Im the red and he's a gunner.

Maka bila Man United kalah akan berlaku lah scene bapak i menari depan skype, tarian apa pun i tak tahu. Gamelan pon boleh. Ulik Mayang pon boleh.
Dahla menari sambil pakai kain pelikat.
Cuba bagitau mana nak cari penari Ulik Mayang si Puteri Tujuh pakai kain pelikat.
Puteri berjantina lelaki pulak tu.

Tapi tapi bila Arsenal kalah molek pulak beliau offline skype dengan gigihnya.

Kenapa i tak offline skype time Manchester United kalah?
Sebab i tak nak jadi anak derhaka.
Maka i redha tengok beliau mempersembahkan tariannya.
Lompat sini lompat sana.
Jerit sampai bingit telinga.
Dah kenapa ayat ni bunyi macam pantun pulaknya.


Pada 22 January yang lepas.......

I typed hewhewhew because that is the most annoying laugh my dad hates it when i do it haha.


LIVE stream dari laptop in my room.
my dad tengok LIVE dari tv kat rumah. 


FIRST HALF:


Man Utd (1) vs Arsenal (0) 

 Valencia 45' 


SECOND HALF:


Man Utd (1vs Arsenal (1) 

Robin Van Persie 71'











END OF MATCH:

Man Utd (2) vs Arsenal (1) 

 Valencia 45'  Welbeck 81'

Percubaan pertama.....
Kita bukak skype sebab pesbuk takde respon.
Status skype tu adik i tulis. Nana tulis dia baik, Ida pulak terus tambah kat belakang lagi koya.
Apa-apa la kau dik haha.



Percubaan kedua......
Tak dapat skype kita call henpon.
The other party did not answer your call.
The other party did not answer your call.
The other party did not answer your call.
The other party did not answer your call.
The other party did not answer your call.


''Hello bapak! apa cerita ni Arsenal kal......'' 


The other party ended the call.
Duration of call : 27 seconds.

25 January setelah tiga hari akhirnya beliau dapat dihubungi.......


2 bakul kain = muka ketat

Sejak hari itu, bapak i tak nak tengok Liga England aka EPL dah, beliau nak layan Liga Sepanyol je.
Tak kisahlah asalkan kain dah dijemur walaupun muka ketat macam tak rela.
Apa ni bapak tak kan dah give up. Arsenal tak dapat piala lagi ni since 2005 apa cerita.
Tapi tapi we still have one thing in common. 
Warna jersey home and away sama merah sama biru.
Oh bapak kira ok la tu kita masih sehati sejiwa gittu. 
Senyum sikit sambil jemur kain tu bapak. Tak hemseng la jika bermuka ketat.

Itu sahaja lah liputan bola untuk kali ini.
Laporan diakhiri dengan ucapan:
''Hala Gunners? Halahaiiii bapak ku~~''
Saya, Karam Terus Tenggelam melaporkan dari Dublin, Ireland untuk TV3. 
Sekian terima kasih.


Bapak, along rindu bapak.
*nanges*


Wednesday, January 25

Tentang Tiara

Okay okay okay.
Takleh tahan. Takleh tahan.
I kena cerita kat sini.


Memandangkan roommate kesayangan i iaitu Cleverbot tak paham bahasa melayu maka i terpaksa la melepak kat sini. Housemates i pulak sorang cina, sorang india yang sorang lagi melayu tapi layan korea memang takkan paham la apa yang i nak cerita.
Housemate melayu yang tak layan korea pulak ada kat Italy tengah makan sphaghetti.
Ahah memang 1 Malaysia pun rumah ni Abang Najib patut datang bagi kicap cap kipas udang.
Cap kipas sotong pon bolehhh.

Wah tak pernah i buat kerja gila update blog tiga kali seminggu, patut tiga kali sebulan je.
Siap biarkan dua bulan tak hupdate.memang lah tidak tegar adoiyai nye pun blogger ini.

Tapi sebab i baru abis exam pastu cuti dua minggu kan ha ini makan dia.

I dilanda kebosanan yang amat maka i layan Ombak Rindu.
Ramai yang kata cite ni sedih i siap beli tisu sekotak bagai menyediakan payung sebelum hujan.
Tapi tapi tapi tapi i cuma menangis part kucing saya yang mati tu nama dia comel.
I ketawa sampai nangis.

Setelah tamat cerita ombak rindu i tak tau nak tengok cerita apa.
Tetiba i bukak TV 3.


Tengok i berdedikasi baca paper sebelum start kelas tiap pagi.
RTM 1 ngan RTM 2 pun ada kat ireland ni tapi ejaan dia bila sebut macam loghat kelantan sikit.
RTEeeeeaa~ haaa ghittew~

Nampak tu? Nampak tu?
Ouuuuyeaah i watched Tentang Dhia!
Cite tu lagi sedih la dari Ombak Rindu tahu!
I tengok Ombak Rindu tak nangis pun!

Sapa tak pernah tengok click sini untuk sinopsis.
Ini link untuk drama tersebot.


Patutnya Ku Salmi yang ada dalam poster ni bukan Rose!!!!
Beliau lebih menjiwai watak!! Biarla tua pun poster boleh jual punya!!
Tetiba emo.

Wuwuwuwwuwuuuu tolonglah i sorang-sorang dalam bilik air mata tengah berterabur.
Orang malaysia semua tido malaysia pukul 4 pagi.
Orang ireland sah-sah la tak tengok cite ni tak main kat tibi sini.

Ok ni kira entry pasal review drama la eh?
Haha i memang takleh tahan sorang-sorang kalau tengok cite jiwang cenggini.
Masa tengok ombak rindu pun i siap kasi live update kat pesbuk buat semak newsfeed orang je.
Maaf warga pesbuk semua itu di luar kawalan saya. I know its annoying. T_T

Sekarang i nak cakap pasal ending Tentang Dhia.
Frankly i'm not so into malay dramas but this one i must say....one of the best drama apart from Nur Kasih.
To me drama ini sangat matang as in its not that cliche as to compare with any other malay dramas out there. Ending yang membuatkan orang berfikir.
Tapi i rasa mesti ramai yang tak puas hati kan kan kan?
Sebab tak tau ape jadi kat geng jahat tu.
Oh ending Tentang Dhia boleh buat orang diarrhea!
*tetiba*

Tapi cite ni best la ditambah lagi dengan Nora Danish yang agak matang sikit berlakon.
Takde nak enjoy je kije pastu tocang sana sini gedik ngan drebar make up tebal-tebal.
Nora pun nampak macam terlebih comel dalam cerita ni, nampak muda.
I agak impress la beliau boleh bawak watak berat camni.
And and i rasa kan Nora Danish boleh hayati watak ni sebab dia sendiri pernah alami.
Pernah kena cerai masa mengandung, laki dia tinggalkan dia.
So air mata tu macam natural suci jujur ikhlas tak fake. Dahla comel Nora ni masa menangis.
Kalau Fasha Sandha yang berlakon memang i baling Sandhal cap Bata je kat tibi tuh.
Jangan lupa baling sambil jerit '' kita enjoy~~~ ''

Tapi tapi tapi ramai sangat yang mati dalam cerita ini mengapakah?
Ini cerita combat ke? Cerita perang Saving Private Zikir? Black Hawk Dhia Down?
Drama ni boleh menang award paling banyak kenduri tahlil ni i rasa.
Mari lihat siapa yang telah tiada.

1) Mak Azmi
2) Ayah Azmi
3) Atuk Azmi : sakit jantung kena tangkap basah
4) Ayah Raffi : tetiba rasa nak semayang
5) Mak Melly
6) Kawan Melly yang jual dadah : mati kena bakar
7) Rizman : bussiness partner Zikir
8) Bonzer kelab : kena tembak ngan Joe bos dadah
9) Pak Boon
10) Mak Dhia
11) Ayah Dhia
12) Pakcik kedai kopi : sentap tengok Melly
13) Nenek Azmi
14) Dhia
15) Zikir

Hah tengok ramai tak ramai boleh buat team berlakon untuk Slot Seram TV 3 pulak ni.
Dalam slot tu semua 15 orang ni jadi hantu kejar Ku Salmi pastu belasah Ku Salmi ala boboboi gitu.
Tagline drama ni pulak haruslah 'Tanjat Boboi' sebab setiap kali hantu-hantu ni kacau Ku Salmi dia jerit ''Tanjat Boboi! Tanjat Boboi! Tanjat Boboi! ''

Tajuknya, Tentang Ku Salmi Boboboi.


Pastu kan i tahu mesti ramai yang tak puas hati kenapa Zikir mati camtu je kan?
Nasib baik ini bukan cerita indon, kalau cerita indon, Zikir tu mesti hidup balik hanyut kat sungai hilang ingatan. Pastu Dhia pun hidup balik jadi pari-pari selamatkan bawang kecik dari dianiaya bawang besar.
Zikir insyaallah jadi ikan kaloi ke apa ke sebab ikan berzikir 24 jam kan.
Ok la tu pengarah buat Zikir mati jangan kata tak logik.
Kalau nak kira cerita logik, Doraemon pun tak boleh cari makan kat TV3 cenggini.
Shin Chan, Hagemaru, Atashinci sume tu nak cari makan acane? ha acane acane?

Zikir mati sebab stroke. Tapi ramai tak puas hati sebab zikir muda lagi?
Eheh i baca la status pesbuk you all satu malam tu penuh newsfeed pasal Tentang Dhia je.
I punya la blur terpinga-pinga slowpoke habis sekarang baru nak tengok.

Logik je sebenarnya.
Ini mungkin haemorrhagic stroke dimana Zikir stress gila lepas Dhia mati diikuti dengan rasa bersalah terhadap Dhia causing his blood pressure to shoot up too high sampaikan small arteries in the brain ruptured. Thus, cutting off blood supply to the brain. Mati.

Zikir pulak pernah accident and coma.
Ini adalah prolonged immobilization maka menyebabkan deep vein thrombosis then darah beku dislodged aka embolism pastu travel ke salur darah kat otak. Ha yang ini embolic stroke pulak. Mati.

So jangan sukahati mengamuk,
''Woi apa pengarah tak buat kajian tempatan ke sebelum buat drama balik darjah satu la pengarah oih! Balik kampung tanam jagung ah!''

Tapi stage 3 cervical cancer selalunya boleh survive. Just so u know i saja bagi info.
Mungkin dalam cite ni Dhia kena buatan makhluk halus tu kan plus Dhia macam tak nak buat treatment. So anak-anak, bukan semua cancer takde harapan ye.

Ending cerita ni sebenarnya sama dengan ending movie The Notebook.
Mati sama-sama atas katil sambil peluk bini. Agak copycat di situ.


Novel lagi best.
Nicholas Spark my favourite author.


Apa pun i tabik spring la dengan team Tentang Dhia ni. Sebab cerita ni memang sangat banyak pengajarannya. Ending yang tak disangka.
I nangis tersedu-sedu tengok Zikir peluk Dhia padahal Dhia dah kojol dah time tu.
Last-last mereka kojol bersama-sama pulak. Dah tersedak Kajol kat india ha.

Pelakon pun best je berlakon especially Nenek Zikir ngan mak Zikir si Ku Salmi tu.
Cumanya Rose tu lah tak menjadi sikit kata lawyer tapi watak macam mak andam je.
Raffi pulak kesian betul single mingle sampai ke sudah. Sebab dia buncit sikit kut.
Eh tapi Azmi pun buncit jugak molek duk ada kawin ngan Melly.
Haa yang ini baru betul tak logik. Boleh geng dengan Doraemon.
Perut dah ada.
Azmi ngan Raffi suka makan dorayaki tak?

I agaklah, kalau Tentang Dhia main kat India memang terbakar la panggung pengarah pegi matikan hero dan heroin. Habis semua bergaduh silap-silap tak jadi Tentang Dhia terus tukar jadi Tentang Khau. Pasal ape?
Pasal bukan dia yang mati tapi kau! kau! kau! gara-gara gaduh luar panggung.

I suka skrip drama ni, part lepak kedai kopi tu ada je mesej yang nak disampaikan.
Line paling banyak disebut adalah:
''kita bukan malaikat....''

Konklusinya, Melly yang paling bahagia.

Hahah i am being so analytical am i?
Inilah padahnya tengok sorang-sorang.


Update: Cleverbot boleh cakap melayu la tak pernah pulak i cuba.
Tadi chat bahasa melayu dengan dia, dia kata i gila. Derhaka punya roommate.

Monday, January 23

Jom kita terjah Manchester United Old Trafford!

Man Utd (2) vs Arsenal (1) 

Valencia 45' Welbeck 81' 


Marilah kita meraikan kemenangan ini bersama-sama!
Jom i bawak u pegi ke stadium kita!



P/S: Percubaan untuk menghubungi ayahanda kesayangan di rumah masih belum berjaya. Oh yes dear, he's a gunner.

Saturday, January 21

Macam biasalah lepas exam ye

Olla eberybadyyy!
Long time no see!


Oh ada lagi ke orang nak baca blog mengarut ni?

Im just done with the exam. Ayat sambung boleh baca kat entry ini ye sebab i malas nak ulang suara.

Tapi tapi tapi tapi exam kali ini adalah lebih bermakna dan meninggalkan kesan yang lebih mendalam kepada saya. Sebagai seorang pelajar yang rumahnya sangat jauh berenang setahun belum tentu sampai hal ini ibarat luka yang meninggalkan parut berbentuk rumah urut. 

Tak tau lah kenapa nasib malang macam bertimpa-timpa sikit kali ni.
Namun i percaya segala kejadian tentu ada hikmahnya.
Justeru i berpegang teguh kepada prinsip hidup terbaru sempena tahun baru iaitu:
'Ikhlas itu pasgrah serah dighi itu mengeghah kawan awak nama Basirah'
Tersedak si Basirah tengah makan maggi.

Seperti yang anda tahu, time exam adalah saat paling kritikal dimana i akan bertukar menjadi Super Clock Woman. Aha i ada banyak masa free sekarang ni so i rajin lukis. Shhhhhhhhhhhh stop stop stop *letak jari kat bibir u* jangan cakap apa-apa i tahu i berbakat.
Nah ni i lukis costume.


Super Clock Woman costume baju kurung gambar jam banyak-banyak.
Geli je tengok. Dahla gelas terapung rambut macam kepak helikopter.

Super Girl paling bengis ni tengok ekspresi muka tu k. 

Stunt yang extreme adalah perkara biasa setiap hari. Kepit senduk pakai kaki godek nugget dalam kuali sambil tangan kiri bancuh coffee tangan kanan bukak buku anatomy. Ini memang gaya kuak lentang seekor kucing lemas dalam perigi. 

Slogan utama sepanjang study week adalah:
Makan untuk hidup.

Maka dengan itu sebelum study week i dah beli la segala jenis instant food yang boleh menjimatkan masa.
Contohnya garlic bread. Ini makanan favourite!



Namun kusangka hujan sampai ke petang rupanya salji di tengahari.


ini bukan Garlic Bread tahu?
ini namanya Garlic Brick Kalau Makan Teros Cirik Birik

Hitang habis batu bata pun lagi coklat warna dia.
Ini lah padahnya kalau baca nota sambil grill roti dalam oven. Konon la jimat masa tak nak masak, sumbat roti dalam oven terus siap? Meleleh la air mata roti entah ke mana kebulur terpinga-pinga.

I was reading my notes dengan penuh khusyuk tetiba bau hangit eh aku rasa pagi tadi dah mandi apesal bau macam ni? Homaigad rotiku! Turun dapur je dah rentung tak sempat call bomba nyaknye ke roti ni dah innalillah. Perasaan i toksah cakap la. Kuciwa kecewa derita sengsara semua ada.


I mencangkung cenggini la kat dapur menghadap roti terbakar.
Cepat semua mengalirkan airmata bersama-sama.





Ini kalau i letak depan kucing pun beliau akan pandang ke siling tangan ke dagu lalu berfikir sejenak.
''Eh bila pulak aku yak kat sini? rasanya tadi melabur saham kat toilet bukan dalam pinggan cenggini oh sangatlah tidak sopan''

Adakah segala memori daun pisang ini berakhir di sini?
TIDAK SAMA SEKALI.

Esoknya i turun dapur lagi untuk menggeledah makanan.
Tiba-tiba kicap pulak habis. Ini tidak cool tahu tak. Nasi kicap ngan telur ni jela instant food paling sedap dan menjimatkan masa. Asia Market tu pulak jauh semata-mata nak beli kicap. Bersyukur la u olls kat malaysia tu, janganlah sia-sia kan kicap yang ada, sayangilah mereka dengan sepenuh jiwa kerana bila mereka tiada barulah u olls akan berasa kehilangannya.
I macam nak menangis bila tengok kicap dah habis tahu tak. Terus mencangkung mengadap dinding dapur dalam seploh minit gitu untuk terima kenyataan botol kicap dah kosong.


''Ini betol-betol kejadian bukan cobaan, terimalah kenyataan botol kicap ni dah kosong, ulang suara botol kicap dah kosong botol kicap dah kosong''
*monolog dalaman*


Beberapa hari selepas itu i berjaya lupakan kejadian sedih ni.

Oh well just so u know, selalu time exam i akan tido kat lantai.
Saje tak nak bagi tido selesa kang lena sangat tido susah nak bangun.
Maka kejadian bila bangun sedar-sedar tengah cium dinding adalah biasa. Itu pun tersedar sebab tetiba hidung terasa sejuk bukak mata oh dah rolling sampai ke dinding rupanya. Rolling in the deep sungguh.
Kau kenapa cium dinding?
Ahah bukan dinding je tuan puan ye, i pernah tercium kaki kerusi sekali padahal syurga kat tapak kaki mak bukan kaki kerusi woi. Ini masuk kategori derhaka ke tak ni? Nasib kat Dublin takde Batu Belah Batu Bertangkop. I cepat rolling ke dinding sebab bilik i kali ni macam lagi sempit dari tahun lepas so feeling macam anak tikus tu ada la sikit-sikit. Nak i tambah kesadisan kisah hidup i ni?

I pernah mimpi jadi tikus mondok tahu?
Ini tidak comel, ini tragis.
Paling sadis i mencangkung kat penjuru bilik sambil gigit lecture notes dalam gelap. I gigit lecture notes siap air mata bergenang tak menahan tu. Serious lah i tak tipu, i pun tak sangka sampai begini sekali drama hidup mengalahkan Ombak Rindu. Nasib baik bangun tido tengok tangan oh ini masih tangan manusia ekor pun takda.


Kenapa harus jadi tikus mondok? I nak mimpi jadi sugar glider!
Kenapa kenapa!



Ok perenggan baru.
Pernahkan anda berasa tacing terlebih time exam? Ye saya tahu kerana saya juga mengalaminya!
Bila nak exam camni, mood homesick tu secara gediknya datang membuak-buak.
Time coffee break i selalu la mengadap tingkap hirup angin sikit sebab rumah i ni macam aman damai je kawasan perumahan dia. Feeling betul lah bilik pulak mengadap pokok-pokok. Oh sini ada video keamanan dan kedamaain, dah lama i upload, tak tengok pun takpe buang masa je.

I was having my light snack masa tu, tengah syok layan homesick tiba-tiba..
makanan terlepas dari genggaman lalu tercampak ke luar tingkap.
*bergenang air mata syawal*

Tak tercapai dek tanganku~~

Cepat semua nangis i paksa ni! Tonyoh bawang kat mata sekarang! Takde bawang curi colok cina jiran tu cucuk mata ha cucuk cucuk cucuk lagi!

Sepanjang hari i duduk camni kat tingkap merenung snack tersebut.  Dengan harapan tiba-tiba mata mengeluarkan pancaran laser yang mampu terbangkan dia masuk ke dalam bilik semula.

Nasib baik i ada roommate untuk mengadu walaupun kadang-kadang macam tak boleh harap sikit dia ni.
Dia lah satu-satunya roommate kesayangan i, namanya Datin Ghairah eh itu tajuk filem.
Nama sebenar dia Shin Chan bin Doraemon bin Eksyen Kamen bin Guling-Guling bin Macam Tenggiling. Nak berkenalan click sini.
Nak dengar lagi kisah tragis i?
Cukuplah sampai di sini je tak sanggup u olls nak dengar dah i rasa.
Belum cerita lagi kejadian kena hempap dengan buku Gray's Anatomy yang beratnya 3 kg.
Air satu jug tumpah lalu menghilangkan tulisan pada nota warna-warni.
Nak lagi? Turun dapur pukul 4 pagi nak makan cereal tercampur pulak dengan susu basi.
Cukup ah. Ini pun dah panjang i type entah ada orang baca ke tidak syok sendiri betol. Takpe i tahu mak i baca sebab mak i suka stalk i. Jangan risau mak, along tak kan update pasal mak pernah rotan along punya. Eh terlepas cakap, ini dakwat kekal takleh backspace ni acane. 

Maka pengajarannya, kita haruslah sentiasa berpikiran positif walaupun banyak kejadian negatip.
Mood Fadhilah Kamsah i datang dah.
Mungkin jugak Garlic Bread tu sebenarnya ada cendawan yang meracunkan perut? Mungkin juga kicap itu akan menggelapkan kulit i? Nanti nak gi exam gambar ID ngan muka i dah tak sama kan kena halau tu? Mungkin jugak tikus mondok tu petanda species beliau hampir pupus so i macam kena selamatkan dia?

Tapi tapi tapi tapi bila u olls dah tak tahan sangat dengan dugaan yang menimpa-nimpa, maka berdoalah kepada yang Maha Esa, ecewah. Eh i serious ni sebab segala apa yang berlaku ada sebabnya kan?
Tapi tapi tapi kalau rasa tak tahan jugak pikirlah apa-apa yang boleh buat u olls tenang, janganlah sampai kita meniru aksi ini.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Astaga, ini hardcore. 
Sampai kejung kaki dan tangan beliau.
Tabahkan hati setiap hari~
Bunuh diri jangan sekali~
Gitu nasyid pendek dari Dublin.

p/s: anybody miss me? :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...