Saturday, April 14

Aku seekor berudu yang menyimpan secebis rindu

Hakak tajuk tak boleh nak puitis lagi ke?
Meratap A.Samad Said baca tajuk cenggini
I memang lemah sikit bab bagi tajuk untuk entry.
Pendahuluan pun tak reti nak start cemana.

Cenggini lah kita start ye.
1, 2, 3, Mula!
Start! Go! Pergi!
Perut maju ke hadapan! *krik krik krik*




Sikit lagi....sikit je lagi.....sabar..sabar...kayuh ngan 
tangan slow-slow..focus..focus...


K la, straight to the point je la.
Sebenarnya entry ni ditaip minggu lepas dah pastu i published pastu i buang balik i saved as draft. Hahah.
Sebab hakak type dengan liarnya di luar kawalan. Ibarat kera sabung-menyabung gaya menaipnya. So hakak rasa macam tak perlu publish la. Namun begitu hakak tak tau pulak terkeluar kat bloglist orang tajuk berudu ni. Then orang pun tanya la mana entry berudu mana entry berudu tadi appeared kat bloglist.

Aihhhh..suka sangat i jadi berudu.



K la i bagi. Ambikla.

AMARAN:
Entry ditaip ketika penulis berada dalam keadaan separa waras. I've been away from home for 7 months


Homaigaaaad tolong tolong tolong!

Time cuti cenggini memang la kualiti hidup ibarat berudu dalam longkang.
Jadi ikan segan jadi katak tidak mahu. Suka hati buat peribahasa sendiri. Ditambah pula bulan Jun nak dekat dah perasaan nervous semakin bergelora. Untuk pengetahuan anda semua pada bulan Jun ini i akan bergelar seorang........

Jeng!

Jeng!

Jeng!


Bukan isteri mahupun tunang orang tetapi i akan bergelar rakyat malaysia ya tohan homesick tahap dewa. Time macam ni perasaan sunyi makin menjadi-jadi. Nak gi travel pun takda mood dah kalau ada orang offer jalan-jalan pegi Narnia pun i reject punya ibarat peribahasa Shin Chan suka buang angin orang offer saya tetap tidak hingin. Ya allah nak balik.


K tarik nafas sikitttt.

Uwwwwwaaaaaaaaaaa nangis pula ibarat kaca menghujani permata lalu air gerimis mengundang jiwa tanpa membuang masa diriku terpaku melihat peta Malaysia. Najwa Latip sila buat ayat ini jadi lirik lagu kalau tak i jalankan pembedahan plastik tukarkan u jadi Sarip Latip. I'm a plastic surgeon i pernah jahit plastik jadi baju barbie doll dulu. Sangat bertauliah i ni.


K tarik nafas balik.


Sidang hadirin yang dihormati sekalian, pernahkah anda tidak sabar untuk cuti dengan pelbagai plan menghiasi minda ini? Saya juga begitu. Cita-cita tinggi ibarat gunung kinabalu didukung oleh gunung everest digendong oleh bukit redang punya tinggi semangat nak masak sedap time cuti.


Apakah?
Tajuk makanan: Janggut Berinai Terjunam Ke Mangkuk
Geli je tajuk cenggini.

Putus selera tengok makanan badang ni jadi kuatnya tak jugak. Berikut adalah bubur dengan serunding ding ding ding ding jinggo bell jinggong bell  *excuse me i tengah menaip dengan gaya kera sabung-menyabung agak mabuk sikit di situ*

Agak kronik ye perasaan homesick ni sampai makan pun tak selera. Rendam beras jadi bubur tabur serunding. Tiga langkah complex boleh dapat migrain. Bukan setakat putus selera ini boleh putus ekor sekali. Seriouslah slogan makan untuk hidup begitu tersemat di jiwa ibarat paku payung mensematkan langsir renda di tepi meja pengantin woih ini bukan makanan kucing ye diam diam tutup mata pastu telan.


Kawan-kawan i ramai pegi travel spring break ni but i decided to stay in this tiny lil room ibarat tikus mondok tersesat masuk kandang kuda terpinga-pinga sendirian kerana species kami tidak serupa. Kerja i belajar jela tapi attention span punya kontot seperti Patrick nak tangkap obor-obor tersilap lepak kat umah Squidword pula. Baca nota sikit pegi dapur geledah makanan. Baca nota sebaris tengok calendar kira hari nak balik malaysia.

Ini baca nota ibarat masuk mata kiri keluar mata kanan, keluar telinga kanan, hidung kanan, mulut kanan. Hah tengok tengok masuk satu penjuru je keluarnya ke segala penjuru. Do the maths guys.
input (1) - output (4) =  (-3) negative result ye di situ.

Bagi membuktikan betapa tidak fokusnya i tatkala dibelenggu perasaan homesick ni, satu kejadian telah berlaku. Pada suatu malam i terasa lapar. Setelah sendawa bedal maggi baru sedar i dah mencekik maggi expired. Again, yes again people dulu dah pernah berlaku nasib baik hidup lagi berudu ini. Tetiba Tiara mengaku jadi berudu. Berenang-renang daku di dalam longkang sambil menyanyi lagu Sudirman balik kampung oooo ooo ooo balik kampung. Sampai malaysia je dah bertukar menjadi katak bahagianya rasa.

Belikan i tiket balik Malaysia sekarang jugak jika mahu hidup selamat!
Takut tak takut tak?



Walaupun maggi expired macam sedap tapi i tak tau apa kesan dia. So esok kalau sesiapa terserempak dengan i tengah sawan berbuih kat tepi jalan tolonglah jangan anggap i kebulur makan sabun ye. Sabun rasanya sangat pahit, i pernah rasa dah dulu masa kecik-kecik colgate habis bapak i  bagi sabun suruh gosok gigi. Asalkan berbuih dan wangi katanya. *lalu i pun gosok gigi sambil bergenang air mata*
Anak mithali kan kena dengar jela cakap. Sabun buku cap burung kakak tua pulak tu. Kenapa tak bagi sabun basuh kain terus pak? biar silau gigi ni bila sengih boleh jimat beli lampu.

Haaaai mambang rajin! mambang semangat! mambang motivasi! mambang pandai silalah munculkan diri mambang homesick tolonglah pergi jauh dari sini teman mambang mabuk makan tapai basi.

Oh by the way, cikgu bahasa melayu boleh guna entry ni sebagai contoh karangan peribahasa. Boleh je ambik ini hak cipta tak terpelihara, species liar ni takda sapa pun yang sanggup pelihara.

Yang selalu merindui,
Berudu Sepi

Aaaa kan i dah kata takda sapa nak baca entry mabuk cenggini.

UPDATE:
Ya allah bila baca balik i sendiri pun tak paham i type apa. Haha.

Sunday, April 8

Mari kita berkelah di Glendalough, Ireland

Wah.
Tiagha hupdate belog tetibe.
Sebenarnya i tengah cuti ni, spring break.
So hari ni ada la dalam 2 bakul spring basikal i kutip, break kereta ada satu je i jumpa tadi.
Tak berapa banyak pun spring jatuh dari langit arini.
Oke tak kelako nanti cuba lagi. Sekarang ni pukul 3 pagi tetibe rasa bosan la pulak.
Dublin, why u no have mamak stall?

For your information, tahun ini agak magic berlaku di mana beberapa hari lepas snow telah pun turun kejap. Excuse me ayat memang mabuk sikit pukul tiga pagi camni.
Padahal ini musim bunga mengapakah pula salji menjatuhkan dirinya? (10 markah)

I ni kalau da menaip memang takleh focus. Oke focus focus.
Meh i bawak gi jalan la nak? Dah lama kite tak berjimba bersama.
I'll make it short and sweet oke? Makan madu ni sambil baca entry tambah sweet gitu.

I've been travelling a lot recently, pegi pulau la pegi big city la pegi zoo la pegi malaysia la.
Okay yang last tu berangan. *bergenang air hidung spring*
Cuma cuma cuma i selalu takde mood nak buat entry gi jalan, macam boring je entry gi jalan ni.
Ke u all suka?

Okla hari ini.....

Kita pergi.....

Picnic! Hoyeaaaah!

Memperkenalkan....tour guide kita hari ini...Clark Kent Suparman!

Tour guide approaching.

''Selamat datang para pendatang, ini adalah tasik ye bukan longkang apatah lagi laut.
Untuk pengetahuan, kita kini berada di Glendalough''


Glendalough is a glacial valley situated in Wicklow, Ireland. Also known as valley between two lakes. It is one of the most visited places in Ireland. Tempat ni kaya dengan history jugak actually, with its spectacular scenery, archaeology and abundant wildlife sebagai contoh siput si Gary. Kenapa ye Tiagha tiap kali buat entry unsur spongebob tak pernah miss bila nak matang cenggini. Eh da keje nanti i nak buat klinik bentuk nenas. Klinik bagi nama Tiaghanas. 

Klinik idaman.
*pandangan mataku berkaca*



So, memandangkan cuaca macam best jomla kita pegi picnic ye kawan!





Cun background macam wallpaper laptop pulak.


Pandangan laser dari Action Kamen yang berwibawa tatap mata saya.


Upper Lake


Mandi sedap ni terjun tiruk sekali terhantuk batu nangeh.


Ini sesumpah tengah camouflage tak nampak kan i ada dalam gambar ni.  

Masihkah kau ingat kepada Robin Hood ini? Masihkah kau ingat?







Epic fail.








Robin Hood biasa dah posing pelik gitu.


Oke tamat!
Haaa kan kan kan i dah kata entry gi jalan ni bosan.
Nak gi jalan lagi tak ni?
Oklah i nak sambung baca nota ni kalau i tertido kat meja tolong misscall henfon ye?
Sakit leher tido kat meja kang bangun pagi jadi leher flamingo pulak.

Sunday, April 1

I am still your Tiara

Hey peeps!
It has been a while!

I don't know how to start. I cuma nak cakap, i am still me.
I am still the old Tiara u knew before.
People said having a blog might change your life so i jadi takut, sangat takut.
Hopefully not.
Kawan-kawan i suka troll kata i ada peminat homaigad memang tak boleh diterima betul tohmahan itu mencarik hatiku ibarat vampire cakor belakang orang. Tapi kalau vampire Edward Cullen takpa.
Bukan peminat i takda seketul peminat pun. Semua yang baca blog i ni semua kawan.
Eh kalau mak ngan bapak yang baca itu pun kawan?
Pun boleh. Hai kak Nita dan abang Jaludin, what's up?

Boleh tahan tinggi vampire kulit kelip-kelip ni.


Tak lupa juga troll bila jumpa panggil artis *pasang lagu pasrah Erra Fazira*
Ini bukti. Mula-mula i kata jugak wei jangan panggil aku cenggitu tapi lama-lama i dah tak larat nak halang i redha jela dia panggil cenggitu.



Tiara Jakulina yang artis, Tiara Fazlin ni sarkis.


Bestie pun troll jugak sobs
Ok sekarang semua attack tiga orang ni cari dierang kat pesbuk cari cari!


There is only one good thing i feel about blogging. Bila ada orang inbox kata terima kasih sebab buat hati dia yang tengah sedih jadi kurang sedih. Panjang dia cerita kisah sedih dia kat i, i baca jela memang tacing jugak. One thing that makes me wanna be a doctor is to make others feel better.
Serious u can't imagine the feeling bila patient masuk emergency room muka nyawa-nyawa ayam di hujung tanduk pastu bila u rawat dia jadi sihat al-afiat minyak gamat. Feeling dia macam best ibarat dapat memiliki poket Doraemon satu pakej dengan pintu sukahati.
So to know the fact that ada orang feel better after reading this super crappy mengarut blog i rasa macam oh this is a good thing. I senyum. Walaupun i tak rawat dia depan-depan tapi i dapat rawat hati dia through penulisan. I tak nak la print screen u know who u are. *wink wink*

I tak tau la. Rasanya kalau i nak cepat dikenali ramai dah lama i buat fanpage, promote blog sana sini blogwalking, letak facebook profile i kat blog ni ke, tepek muka i kat setiap entry ke.
Blog ni untuk suka-suka je, ini cuma tempat lepak bila tension study sebab seriously i tak suka keluar rumah i have nowhere to go. Blog ni dengan facebook jela yang adanya. Kalau time meroyan homesick mula la bersepah up status buat semak newsfeed orang betol. Status merepek pulak tu kicap habis la, beg sekolah berat la, cium kaki kerusi la, termakan maggi expired la, semua nak bagitau gila loner duduk bilik single ini makan dia.

Sidang dewan yang dihormati sekalian,
untuk pengetahuan tuan puan selama blogging i tak pernah berharap pun nak jadi blogger otai. Tengok follower berapa kerat je. Nampak sangat tak blogwalking. Kalau post entry pun i tepek kat facebook i je. So sedara-mari, cikgu-cikgi ngan kawan-kawi i jela yang bacanya memang i dah kenal dierang, dierang pun dah kenal i. Cenggitu jela. Header blog pun takda muka i.


I would never say terima kasih kepada anda semua kerana anda lah saya berada di sini homaigad i takda kat mana-mana pun. Sampai bila-bila pun i am still here i will always be here. There is no such achievement as successful blogger to me. Ada photographer inbox pastu email nak suruh i buat photoshot balik malaysia nanti homaigad memang tak lah. Cuak haku teros berenang kuak lentang balik ireland semula. Dah penat kuak lentang i selam gaya katak pula. Tak semua blogger kena ada photoshot. Blogger macam i ni blogger marhaen je picisan je memang dalam hati niat nak menulis je. Sengih macam jambatan tak siap ada hati pulak i nak jadi model. Memang pecah camera orang. DSLR terus bertukar jadi DSAI. Eh itu anwar ibrahim.

And also, i would never say ini blog aku suka hati aku. 
No, i need u to tell me whenever u feel like i'm being carried away.
Hanyut ke pinggiran ke, diverge ke lautan luas ke, lupa diri ke. But please please please, tegur in a nice way. Please please please kamu jangan nakal. *tetiba*
Tapi kalau i tak reply message kat facebook tu bukanla i dah berubah jadi makin sombong tak nak reply message orang. Serious i have other things la tu yang i kena buat. Medic ni susah i ni pulak tak berapa nak pandai lambat ibarat sipot. Tapi ada masa i reply je cuma lambat la. *ciri-ciri siput sejati*
Message tahun 2010 reply March 2012 pun reply jugak apa. Mohon memahami ye kawan.



Gua mintak ampun Black lu nak jejak kasih gua pulak slowpoke, spoil betol.



Don't u ever say i love my blog more than anything. I pancung 14 kali kang.
Like i said, blog ni tempat i rehat je. I have lots of other things untuk i prioritise. Contohnye tengok Shin Chan takpun Hagemaru kejar obor-obor ngan Spongebob. I can make it to private anytime i tak kisah pun duit iklan kat blog ni burn ke apa. It's not about money jugak u see, i saja je letak ads tu duit yang dapat buleh beli pencungkil gigi cap ayam je padahal.

Oh, tahukah anda blog ni terlahir secara tak sengaja?
Bajet mesra gitu tiara nak berkomunikasi dengan pembaca main tanya soalan.

Pada suatu malam..
I tengah homesick gila tetiba ter sign up blogspot.
Tak sempat pikir nama blog pun main taip nama sendiri je kebetulan pulak available.
Memang spontan takda niat nak ada blog sangat pun. Oh u might wanna read my first entry.
What a random night.
And from there i started to rant and write crappy stuff bila i stress atau serabut.
Pastu bila otak dah tak serabut i baca balik entry tu, kenkadang i sendiri pun tak paham apa i tulis haha cane entah korang boleh baca blog ni.

So yeah its been a year rupanya i ada blog.
Today is its birthday!
1st April!




Cepat amik cupcake sorang satu! :)


Well as u can see, i tak private kan blog dah. Pandai eh korang rasuah dengan pujuk rayu.
I tak nak print screen macam koya je.
Siapa yang inbox i tu, u know who u are. *wink wink*

Kebetulan pula harini birthday blog so i rasa macam nak update la blog i da tumbuh gigi ni.
So far setahun blogging, blog hampeh ni tak diserang haters lagi *pasang lagu Raihan alhamdulillah*
But whatever it is i hope this blog would never make me become someone else.
Panggil je i Tiara macam biasa, bukan TF, bukan artis. I trauma tahu.

I just wanna be me. Don't judge me on the surface pretty please.
I don't wanna be the typical girl u have in your mind.

Cuma doakan jela i berjaya dalam hidup ni dapat jadi doctor yang baik untuk society bukan berjaya dalam dunia blogging mencari populariti.


Maka sempena hari jadi blog ni korang wajiblah bagi hadiah. Pos la mee kari ke roti canai ke woha memang bahagia dapat makanan malaysia. Hehe. Ok lah i tak mintak banyak, memandangkan dah setahun blogging tapi entry ada 36 ketul semata-mata i saja mengada tanya, entry mana yang u guys suka? Komen ni kira hadiah hari jadi la ni. Mengada mintak hadiah sekali sekala takpa kan haha.

I am still the same person i was.
Tiara in real life and Tiara in the blog atmosphere is indeed the same person.
And u are my friend, never a fan.
Baik jadi kawan lagi best kan dari jadi kipas. Buat apa jadi fan.

Me heart u kawan! *hugs*
Okay yang lelaki *dusssh baling kipas*

Ikhlas dari hati,
Tiara Fazlin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...