Saturday, December 22

Cinta seorang bibik terhadap harimaunya

Saya ada bibik.
Tapi bibik saya dah lari ikot boipreng.
Sehingga kini jejak bibik masih diselubungi misteri.
Saya sedih. Saya juga rindu.

Woha intro macam cerpen yang mengundang air mata pandanganku berkaca.
Tajuk cerpen: Bibik Please Kembali Ke Pangkuanku.

Sebenarnya i nak cerita pasal bibik i je ni.
Mungkin bibik ada baca mentera sehijau padi dari indon. Mentera tu boleh buat orang rindu kat kite tau. Dear bibik, mentera mu berkesan u just crossed my mind.

Sebenarnya dah sampai kat perenggan ni pun i tak tau nak cerita ape pasal bibik i hahah. Tajuk entry pun kosong lagi. I memang cenggini sikit takde draft main type ikut suke. Kenkadang bila i baca balik i pun tak paham ape i tulis, sampah gila blog ni oih!
Okay jap i pikir.

Okay i guess i have a story.

On my mark. Get set go.

I ade rumah tau. Pastu kat rumah i ade la beberapa shower room. Pastu ade satu shower room ni jenis boleh dikunci dari luar. Motip ada kunci tak dapat dikenal pasti tapi kami adik-beradik telah mensalah gunakannya. Hamboi grammar melayu kau Tiara, mensalah gunakannya pun.
By the way, ini adalah shower room yang i maksudkan tu. Click here.

Fungsi kunci:
1) Balas dendam
2) Nak mandi cepat
3) Sengaja cari pasal

Kalau sesiapa gaduh atau cari pasal memang silap besar la pegi mandi kat shower room tu kerana anda akan dikunci. Ini untuk kes pertama bertajuk 'Balas Dendam'
Jerit lah, merayu lah macam mana pun anda cuma akan digelak pintu takkan terbukak.
Rayuan pula akan disertai jeritan selingan.
"Wuhuuuu padan muke! Sape suruh cari pasal tadi!" Keadaan menjadi lebih teruk jikalau mak dan bapak takde kat umah, bertapa la kau dalam tu sampai mak bapak balik memang sempat kering.

Kes kedua, 'Nak Mandi Cepat'
Kalau mandi tengah malam, pastu mandi lama sangat memang wajiblah Ajim selaku abang besar tutup lampu. Mandi lah kau dalam gelap nak cari sabun tercocok mata dengan moncong harpic. Serious tension terus nak keluar cepat. Nak pegi bukak lampu, pintu pulak kunci dari luar. Kejam oih mengalahkan nazi si misai kontot. Paling kesian kat Ecah si penakut. Adik bongsu kan biasa la kecik lagi. Si Ajim ni pulak selamba yadayada dia gi tutup lampu pahtu buat bunyi hantu.
Ecah wajibulghunnah nangis.
"Abang tolongla janganla buat bunyi hantu bang! Bukak la lampu bang!" rayu Ecah sambil menangis.
"Kalau takut, keluar cepat, abang nak mandi" kata Ajim pula dengan nada bangga.

Maka Ecah pun keluar lah dengan awan nano di atas kepala. Awan tu shampoo la tak sempat bilas. Sambil keluar bilik air ecah nyanyi.

Beginilah awan nano~~nano~~ sentiasa ada di kepalaku~
tak sempat bilas bila abang tutup lampu~

Nyanyi si Ecah sambil senyum paksa depan abang. Bila Ajim da tutup pintu bilik air je....

"Tengokla abang ada anak nanti Ecah balas dendam"
Kata Ecah di dalam hati. 

Namun begitu, Ajim terdengar pulak dah pastu Ajim pun bukak pintu. Ecah sambung nyanyi balik.

Beginilah awan nano~~nano~~ sentiasa ada di kepalaku~
tak sempat bilas bila abang tutup lampu~
Dan begitulah seterusnya.


Pada suatu hari Ajim pulang ke rumah. Sekarang kita masuk kes ketiga iaitu kes 'Sengaja Cari Pasal' ye tuan puan. Tatakala Ajim berjalan melintasi shower room beliau terdengar bunyi seperti orang tengah mandi. Macam biasa dia kunci pintu lepas tu naik bilik dia.

Tiba-tiba....

"Tolong! Tolong aku! Aku dikuncinin. Ngapain ngak bisa bukak pintunya. Aku mau keluar apa salah aku diperlakuin segini!"

I yang tengah syok depan tv layan spongebob tiba-tiba terkesima. Tengah baring terus terduduk.


Apakah?

Apa yang sedang berlaku ni? Bakpe pulak spongebob cakap indon ni? Sejak bila? Patrick yang lembab tu cepat pulak belajar bahasa indon. Tapi dierang tengah tangkap obor-obor kenapa pulak jerit pasal pintu ni. Ah sudah tv ni da kena rasuk ngan hantu indon ni. Ni konpem sundelbolong ni. Atau mungkin juga hantu penyet pewaris restoran ayam penyet.

Sambil i bermonolog dalaman, suara itu masih berterusan kedengaran.

"Bantuin aku dong! Bantuinnn! Pintunya ngak bisa dibuka! Mengapa! Mengapain aku dikunci dong! Aku ngak berdosanin!" woha sukahati Tiara cipta vocab baru berdosanin.

Tetiba i ternampak Nana gelak tapi takde bunyi, style gelak jenis tahan tutup mulut.
I suspen dah.

Rupa-rupanya....

Ajim. Kunci. Bibik. Dalam. Bilik. Air.

Sengal Ajim dia ingat Ecah yang tengah mandi. Mujur la ada orang kat rumah.
Kalau takde habisla bibik keluar ikut tingkap toilet. Jiran tengok bakpe pulak ayam penyet panjat tingkap ni? Jatuh kang penyet pulak hidung. Bukan setakat penyet je habis patah hidung, patah pipi, patah mata, patah seribuuuu~~ hatikuuu~~ bila mengenangkan~~ hamboi bibik feeling Sheila Hamzah sambil jatuh dari tingkap siap tangan kepak-kepak.
Eh? apa kena mengena ayam penyet dengan bibik ni Tiara?
Warganegara sama cuma ayam penyet ade taji di kaki, bibik cuma ade bulu kaki.
Kalau lawan bersabung bibik konpem kalah.

Nasib baik la i ni berhati sedikit mulia. Tapi sempat jugak la gelak beberapa das sebelum bukak pintu.
Kalau ikotkan hati nak je biar terkunci padan muka bibik takleh gayut ngan boipreng.
Sokmo bila dengar bunyi enjin kereta mak i balik, gelepor bibik terus henpon bertukar jadi penyapu.
Gempak kau bibik punya henpon species Transformers.
Kadang kala bertukar jadi span basuh pinggan.
Bibik konpem perasan Megan Fox dah time tu, holoh jadi Bawang Putih sudahla bik untung-untung si peri cantik tolong bila nenek tatap mata sayaaaaa buli. "Tatap mata sayaaa! tatap mata sayaaa!" Cinggggg~~~ ( ini bunyi laser keluar dari mata nenek)

Nama asal: Bumblebee.
Nama versi indonesia: Nama Gue Si Kuning Tahu Ngak Sih.


Bagi bibik, kiterang semua ni Megatron la geng jahat sikit nak pisahkan dia dan AllSpark. Oh AllSpark tu boipren beliau. She gotta hold that AllSpark so that she can rebuild her kingdom Cybertron with the boyfriend and end the war between us.
Tiara analogi taknak kalah.

By the way this is the boipren. I kenal boipren dia ni, belajar kat Dublin buat medic.
Trinity College Dublin kau jangan main-main.


"Aku lah boipreng Megan Pox si bibik Tiara!"
*pose gaya ireland next top model*

Pakaian yang beliau pakai ini adalah onesie atau all-in-one pyjamas dikenali juga sebagai baju-tido-sarung-je-terus-aku-malas-cari-seluar-dan-baju.
Mengapa bibik boleh terpikat kepada dia? Sebab dia rajin. 

Contoh: 
Harimau baru siap basuh baju Tarzan. Bukan basuh je siap lipat lagi.
Tiap pagi pulak buat breakpes cucur belalang untuk Tarzan.
Pandai ni ambik hati bibik sebab perempuan suka lelaki rajin cenggini.

Beliau juga seorang harimau yang beriman.
"Sedangkan binatang sujud kepada Allah apatah lagi kita manusia" kata Encik Mau kita.

"Ya Allah kau temukan lah aku dengan jodoh yang diredhoi-Mu"

Okay sekarang semua perempuan sila add pesbuk beliau dan rampas beliau dari bibik.
Click sini i paksa ni.

"Dasar megatron bajingan loh! Shiapa pun ngak bisa rampasin dia dari tangan gue termasuk blog reader loh!" pehhh gittu je bibik jerit kat i dalam skype.
"Rampasin rampasin! Gi makan ikan masin ah bik!" gittu je Tiara balas balik.


Ah! dah dah sudah Tiara sudah.
Hahah sebenarnya i da seminggu start tido kat lantai, tido pun 3-4 jam je.
Entry ni macam ada daun ketum sikit sebab seghabuk study, seghabuk homesick. Exam lagi sebulan tapi rasa macam minggu depan. Over tau homesick sampai bibik pun kau teringat siap buat entry. By the way, i can actually speak fluent indo accent tau dan di kesempatan ini i nak ucapkan terima kasih kepada bibik jasamu ku kunang-kunang.

Oh lagi satu, this will be my last entry sampai la i habis exam nanti. Tak dapek la nak lepak sini sebab dah kena start ikat bendera jepun kat dahi, tiap hari kena pulun study. Kamikaze bebeh.

Matahari terbit di dahiku setiap masa. Memey tak dapek tido la cerita dia, silau kot.
Study study study. 

Di sini juga saya ingin menyeru semua rakyat malaysia agar tadah tangan sekarang jugak dan doakan kejayaan kami pelajar RCSI nak exam. Semoga semua rakan berjaya lah ye dalam mengharungi liku exam kehidupan dan semoga cinta bibik terhadap harimaunya berkekalan. *tetibe*


"Bibik gue kangan banget sama kamu" luah Tiara penuh kasih sayang.
"Ahhh pegi makan ikan masin aja loh!" balas bibik sambil buat hidung penyet.

"K."


Monday, December 10

Kenapa pilot tak dapat kerja!

Kenapa kenapa kenapa.
It's been on the news, everywhere.

Oke fine kecuali kat bikini bottom.

Yang tu memang payah sikit.
Spongebob sampai sekarang tak dapat lagi lesen bot apatah lagi lesen kapal terbang.
Kejam sungguh Mrs. Puff cikgu ikan buntal tu.

Long story short.

I bet dah ramai cadet pilot kat luar sana yang penat dan juga tak larat menjawab soalan seperti.
"Bila kau nak habis buat course piloting ni eh?"
"Kenapa yang dah grad memilih job sangat, sebab tu la ramai yang menganggur kan?"
Banyak lagi lah soalan lain. So maybe lepas ni korang boleh copy paste je entry ni bagi sedebuk kat dierang, abih cerita.

Kepada yang selalu baca paper and kepada mereka yang ada kaitan with those in aviation world, u might know in depth. I just know a little and i might get these facts wrong. Jangan marah.

But i just feel like blogging about it. Tambah pulak cerita Adam Hawa menaikkan saham pilot, habisla semua budak lepas SPM ni kang apply jadi pilot konon nak buktikan beliau boleh jadi Adam. Shut up. Lelaki macam Adam tak wujud. Dah bakpe Tiagha nak emo haha.

So today i don't do medicine, i'm doing piloting cewaaaah. 

Panggil i Captain Tiara, ini arahan.


Ada gaya tak?
Ok fineeee thats not aviator's cap its marine.
I beli kat Venice aritu jadi captain gondola je, sobs.


P/S: This is another Tiara yang tengah type. I macam agak waras sikit untuk entry ni, bekalan daun ketum dah layu semuanya.


Sebelum in depth, we need basic for those who are not in aviation world.

Pilot ada jenis-jenis lesen.

PPL is Private Pilot License. Sapa-sapa yang ada lesen coklat ni, u boleh terbang kat malaysia and bawak passenger. Tapi, tak boleh mintak charge, kena bawak free je.


CPL is Commercial Pilot License. Lesen biru ni kalau ada, u can work as a pilot kat airlines company.


ATPL is Airline Transport Pilot License. With Full ATPL, u boleh terbang sebagai seorang captain bawak kapal terbang besar gedempol aku tendang masuk gol. Eh tak, lagi besar macam yang i guna untuk balik Ireland ni.


Frozen ATPL ni pulak macam ATPL tak full. *sukahati haku buat term sindiri*

Yang ni kalau u jadi co-pilot kat airlines company, so belum boleh jadi captain.
Dah tu camane nak jadi captain dalam kapal terbang ni?! 

Awak kena dapatkan Full ATPL. Kinda like kena unfreeze la frozen ATPL tu.

Namun begitu tuan puan, bukan kena bawak keluar dari peti ais pahtu defross frozen ATPL dalam microwave ye?
Pilot perlu collect 1, 500 hours total flight time in an aeroplane atau 1, 000 hours dalam helicopter dahulu.


ATPL License.





Paham tak ni? Tak paham sudah, berhenti baca entry ni, click sini jual kuih Tahi Itik dengan i.



Here comes the problem. They have rules.

Pilot yang dah grad, akan pegang CPL license and Frozen ATPL.
Dierang diberi tempoh 5 tahun untuk defross Frozen ATPL yang sejuk beku ni, kalau tak dierang kena repeat balik semuaaaaaa JAA papers, which agak ramai flung sebab susah. Amboi Tiara macam pernah jawab paper tu je. Hahahahah ok jangan gelak, susah, tak caya tanya cadet pilot.

Sebab itu lah, para pilots gelabah nak unfreeze that frozen ATPL, sebab dierang diberi tempoh 5 tahun sahaja bukan selama-lamanya boleh lek lek isap shisha tak peduli apa. Plus, satu paper JAA tu 75 pound tahu, dalam RM 400 gitu, mahal kalau nak repeat. You see, duit lagi. Dah 5 tahun grad pastu kena exam balik, i pun lupa apa i belajar. So agak risau di situ.



I read a few articles about this matter kat The Star, and other newspapers.


They suggest pilot semua ni keje la crop dusting ataupun keje dengan flying club bawak orang jalan-jalan untuk kutip 1, 500 hours total flight time. Macam i cakap tadi kan, syarat untuk dapatkan full ATPL within 5 years so takyah repeat JAA papers dah nanti.




Crop dusting.
"Peww! Peww! Peww! Tatatatatatataa mati kau ulat bulu, belalang, sipot!
Tembak lagi tembak! Tatatatatata!" jerit abe pilot penuh emosional.
"Tolong....tolong.......aku dah buta......." kata ulat bulu bernama Kasim Selamat pula.



Tolongla jangan memilih wahai pilots sekalian daripada menganggur tu lebih baik kerja sembur racun boleh jugak collect hours sementara tunggu permanent job, kata ramai orang. But here comes the problem. Even if u jadi pilot pembunuh serangga di ladang bayam mahupun ladang kangkung, terbang la dari pagi sampai malam, hours won't count in. Sebab small aircraft tak dikira. Pilot kena bawak aircraft yang lebih 5,700 kg baru hours counted. Hamboiii tauke bayam mana la kaya sangat nak sembur racun pakai boeing. Siap ada stewardess melayan tu. 


''Ulat bulu nak racun jenis apa ye sebelum kiterang sembur ni? Nak campur dalam maggi cup ke nak gaul dengan kacang goreng MAS?'' tanya stewardess cun.

''Kena bayar kan? Takpelah kiterang janji tak gigit sayur bayam dah, assalamualaikum'' kata ulat bulu sambil berlalu pergi.

They said pilot ni semua tak nak keje ni sebab tak glamour. Sama lah dengan kerja kat flying club. It's still small aircraft you're talking about. Weight kena exceed 5,700 kg dulu untuk collect hours for full ATPL. 

“They think it is nice to put on a suit and walk around airports. They are not willing to try any other options. If they are willing to exchange the suit for shorts and T-shirts to clock in the required flying hours, they won't have any problems (in securing jobs),” he says. 
-The Star- 

Oh u don't say.....pilot ada yang jual burger kot, jual insurans, jadi cikgu sementara. Dah lama pun dierang exchange the suit for shorts and tshirts berbaur asap burger ye dok? Eceh pilot jual burger angguk-angguk depan laptop sambil baca. Belanja i burger satuuuuuuu. Mayonis lebih.



Ini je lah yang tambah rage ni. Actually what he meant is peluang kerja semata-mata, but tak payah cakap boleh penuhkan 1, 500 flying hours tu because it doesn't. So now the society might think, oh pilot ni memilih je lebih gedik betol. Padahal dierang pikir pasal that 5 years rules tu jugak. Flying club pun macam tak banyak je kat malaysia ni. Tapi boleh je keje as crop duster untuk kutip pengalaman bawak aircraft kan pilots sekalian? Gaji boleh tahan jugak dengar kata. 
Tapi tu lah, family's expectation is still there. Lagi tension kalau dapat parents yang expect tinggi, say what....dierang dah spent a quarter million untuk anak belajar kat flying school kot.

Kata ayah kepada seorang cadet pilot.
Huntonglaaa ayah awak Boromir.

Ok now i dah explain pasal pointless 1, 500 hours for ATPL dengan bekerja sebagai crop duster atau pilot bawak orang jalan-jalan, flying instructor pun sama jugak. That flying hours cuma pengalaman dan untuk dapat gaji sahaja. Aircraft bunuh ulat bayam tu is not qualified to unfreeze ATPL. Tutup buku.


Another option they give for these thousands of jobless pilots is...amik lesen helicopter mu pahe dok?
Chopper tu ramai orang tak bawak banyak peluang kerja okeh u olls. 
Here is another thing.
Awak kena tambah lagi RM 250k. Yes, dua ratus limaploh ribu hengget tunaaaaai....sah?
"Tak sah! mak aku keje jual ABC kot! mana nak korek duit lagi! buat lesen kapal terbang aritu da pinjam dengan bank sekarang nak buat lesen helikopter pinjam lagi, makan mesin ABC ah cenggini"

Oke sekarang semua amik tisu kita nangis sama-sama. Alolololo sabar eh pilot sekalian alam. Pegi mintak offer berlakon filem 2 Alam arahan Dr. Rozmey kutipan juta-juta. Nama watak utama Awang Cendawan sebagai penghargaan kepada rambut Dr. Rozmey. Kita caras rating Awan Dania.

Bagi yang kaya takpa, duit mengalir macam air. Bagi yang tak berapa kaya, duit mereka macam air batu keras kejung kat situ. Kena kisar buat ABC dulu, jual kat orang baru dapat duit. So tak berapa laju pengaliran dia ye. Cendol pun tacing tengok abang pilot berpeluh pulas mesin airbatu tolong mak.


"Kita usaha ye mak. Abang janji tunjuk kat adik-adik yang abang boleh jadi pilot suatu hari nanti. Boleh abang bawak mak jalan-jalan pergi oversea. Hidup kita akan jadi lebih baik suatu hari nanti mak"

Tiara buat ayat drama. Best kan skrip i buat. 
Oke next.
Ada jugak yang suggest pegi la keje overseas mek oiiii. Apply job kat sana. Contohnya Indonesia tu bukan jauh sangat pun, raya boleh balik lawat mak bapak. Dekat je Indonesia dengan Malaysia, jangan jadi manja sangat la sayang tinggal parents konon.

Yes, kerja kat luar is one of the ways to unfreeze ATPL but the problem is, dierang kena bayar guna duit sendiri untuk type rating sesuatu aircraft. Type rating ni sesi simulator on certain aircraft and of course para pilot ni kena pilih aircraft yang beratnya above 5,700 kg like i said before. Maybe boeing, airbus, ATR and it costs RM 100k -180k kalau nak tanggung sendiri. Kepada yang kaya-kaya tu ada je yang chose that decision and they got the job. Semua tu pulak harus dibuat menerusi agent. Yang ni ada risiko kalau silap pilih agent habis pulak duit kena tipu.

So yeah, it's all about money guys.



I know memang banyak lagi orang lain yang tengah menganggur, but this is a big issue now in Malaysia. That's why i really feel like talking about it. Beribu pilot datang KLIA untuk interview dengan Malindo, even datang dari Sabah and Sarawak. Pukul 6 pagi da terpacak kat KLIA, tapi tak diberi peluang interview pun sebab ramai sangat. Cekidaut here

JAA diperkenalkan tahun 2009, and dengar kata ramai yang fail sejak berkenalan dengan JAA ni. 
Not your cinta pandang pertama gais? 
Dulu ada regulation kata, maximum attempt is 4 sitting untuk each subject paper and tempoh masa setahun je untuk pass that subject dari tarikh pertama dia amik paper subject tu. For example kalau u amik Metrology bulan 3 tahun 2011, u kena habiskan before bulan 3 tahun 2012 dengan syarat 4 kali peluang sahaja. Kalau tak, kena repeat balik semua paper. Berapa ribu pulak tu?
 
Pastu pulak kalau seseorang cadet tak abiskan semua paper dalam masa 2 tahun after his commencement date which is hari pertama daftar as cadet pilot, dia kena repeat suma paper. Dulu masa Civil Aviation Authorities (CAA) punya zaman, tak ramai sangat yang flung sebab macam senang nak pass. Cadet pilot la kata, i cuma ulang suara. I tau exam medic je. Teheee.

So i faham la kut dierang risau. Duit duit duit.



Ini la yang jadi kat KLIA dua hari lepas if u don't know.
Beribu hati penuh dengan harapan pegi interview Malindo.
It is a big issue now.
Credit: The Star
Pool of pilots waiting for interview. Bukan pilot je ni, aircraft engineer, cabin crew semua ada jugak tahu. Mengalahkan rombongan Pak Danial Kreik nak gi haji bersama teman sekampung. Ceh tiara nama tak nak urban pulak kan, Pak Sameon sudah.
Credit: Lisha Sahar


So gitulah cerita dia.
Pilot perempuan pun ada je kat flying school tu. Malaysia Airlines tak amik pilot perempuan kerja dengan dierang tahu. Maybe sebab leceh bila beranak lembik macam tauhu cemana nak bawak kapal terbang.
Pastu ramai pulak yang apply maternal leave sebulan, dua bulan cemana? Tak pepasal MAS rugi takda pilot bawak aircraft terpaksa bukak kedai jual tauhu pulak kat LCCT. Currently MAS ada 4 female pilots je tu pun sebab ambik from FireFly after FireFly close their 737 operations. So after 4 orang ni keluar, MAS tak amik female pilot dah. 
Tengok, pressure jugak cadet perempuan yang cari job ni dah tertutup satu option.



Maka dengan itu, public out there maybe boleh faham perasaan dierang semua ni.
Seriously it's all about money.
Tapi, kalau u guys ada peluang untuk jadi flying instructor ke, crop duster, flying club whatsoever grab jelah buat sementara. Iye memang tak glamour and memangla cakap je senang but think about it, u still can earn money. 
Oh ye ke? Ha ha ha it's not that easy. 

They still need around RM 5k-6k untuk jadi flying dutchmaaaan oke tak itu hantu dalam cerita Spongebob. They need to do aircraft conversion dulu. 

Ish susah jugak nak bunuh ulat bayam ni kena bayar beribu-ribu pulak. 
So again, DUIT lagi sekali, bukan sebab tak glamour semata-mata. Dierang kena invest dulu, burn that 5k-6k. Tapi takpelah dari duk kat umah tak buat apa. Biar sempit duit dulu, dapat gaji kemudian. Senyum sikit pilot.

What u do is sambil kerja sambil apply to airlines, jangan sambil apply sambil duduk rumah tak buat apa-apa. Orang nak kerja ni at least u look for experience kan sebab kalau duduk umah, ilmu terbang yang belajar kat flying school selama ni pi mana? 


Adam Mukhriz kau tak wujud!
Takyah nak sengih sangat.


Walaupun Adam Mukhriz tak wujud tapi I have quite a number of friends yang buat piloting and i know they can't voice this out nanti lesen kena gantung ke apa. Rasa terpanggil la jugak to write this entry sebab kesian dierang kena bash dengan public but they can't defend themselves. I buat medic bolehla selamba tulis entry ni haha korang belanja aku jagung bakar lapan ketul oke ingat free ke buat entry ni sembur racun bayam kang.

So, all the best kepada semua superman and superwoman of the sky!
Just don't give up your dreams, keep on trying.
Take a deep breath in and be strong.
Things will get better.
Insyaallah.

credit: The Star, google, people around me.

P/S: If there is any misleading fact or info being mentioned above, do let me know please. I'm doing medicine i bedah mayat not aircraft :p 

P/S: This entry is written for the sake of changing the public's mindset, yang pikir kenapa pilot memilih kerja. Bukanlah sengaja memilih, it's the money that they have to invest before start kerja tu yang halang dierang in most cases. RM 250k is not a small amount u see?

UPDATE March 2014: Malaysia Airline is hiring female pilot.

Saturday, November 3

Hantu Tepung yang Kejam


Oh. My. God. It. Has. Been. Five. Weeks. Now. Blog. Ni. Terbiar.
Dah bakpe baca lekat-lekat tu kak Timah, laptop sempot ke.
Nah sedot tong skuba, oksigen banyak dalam ni. 

Actually i have loads to tell but i have to prioritise other things dulu so i gotta hold it back.

Tapi sekarang semua macam da settle.


Eksyen Kamen is back!
Ini gambar raya haji aritu alaaa biarla posing gitu sekali sekala bukan selalu once in a sailormoon je.

Ok ni actually bukan proper update sangat pun i just wanna let u know where have i been selama 5 minggu ni. Ah tak tanya pun nak kabo jugak.


Antara sebab jejak joe benjol tak dapat dikesan selama 5 minggu adalah kerana?
Beliau bertapa kat dapur.
Blerghh tak tau la hantu Irish mana rasuk i suruh buat dessert je.
Mungkin Hantu Caramel nama dia, omputih panggil Caramel Ghost.
Sukahati tiagha cipta hantu baru. Tapi serious i macam nak baking je, buat pastry, tart, maka tercipta album ini.

Betapa kroniknye Hantu Tepung pun rasuk jugak ni tahu. Nama omputih dia Ghost Flour.
Pada suatu malam yang sepipipipi ada suara memanggil diri inininininini. I pun turun dapur terus nak baking macam kena pukau gitu. Tiara tak over tak boleh. Pastu i pun dengan senang hati yadayada jela nak bukak kabinet atas tu nak amik tepung. 

Namun begitu...

Tiba-tiba.....


Tanpa diduga.......



Kababooom! Peww pewww! Kabooooommmmm!
Peiuuuuuuuuuu boooooommmmmm!
(Peiuuu tu bunyi peluru. Semangat bagitau)

K.

Boleh pulak Ghost Flour tu nak gurau kasar dengan i. Nak main paintball kat dapur pun agak-agak la. Cobaan haiiiiii mambang tanah mambang mozek coklat mambang kettle merah mambang periuk nasi mambang kabinet mambang kau bergurau hai mambang cobaaaaaaaaan.


Tu nampak tak kat sebelah kanan atas lantai tu macam bersih takde tepung?
Ye, sebab i terpacak kejung terkesima kat situ. Satu badan kena tepung macam mat salleh albino.
Dalam hati berdoa jangan la housemates turun dapur time cenggini.....kepala i ni dah macam kuih tepung gomak yang ada mata, terkelip kelip gitu gaya...i tak tau nak jawab ape kalaulah takdir menentukan dierang masuk dapur tetiba...yang i mampu buat hanyalah....


Sengih ngeh ngeh ngeh..
Weh tak lawak okeh housemates, takleh napas ni tepung dalam idong.
Kalau sesak napas nanti sape nak lap lantai dapur ni. Rambut habis putih macam ni kalau tetiba mak skype nanti dia ingat i da tua cemana. Beruban tetibe, ini serious oke. 

Namun begitu dahku tidak berputus asa. Dengan hati yang cekal dahku bersihkan semuanya pastu dengan jiwa yang membara dahku tetap membaking tanpa mengenal erti perih jering, jering pon boleh.

Tadaaaaaa~

Tadadadam tadaaaaa~

Dadadadamdam dadaa~

Sape yang tengah lapar sila telan laptop sekarang. Cabut huruf kat keyboard tu ha kunyah kunyah.
Ahh i selalu cenggini tau. Nak bagitau i lagi semangat baking dari blogging je sebenarnya, sebab tu blog terbiar sebulan lebih. Tapi mesti nak terdrama mat salleh albino la hantu tepung la. 

Okay next.
I macam busy kena buat beberapa projek aka assignment so takleh update belog.
Oh by the way, i ingat i boleh escape numbers bila buat medic tau.
Sekaliiiiiii.....

Jokes on me. Kero mata kejak.

Tapi semua projek dah submit dah so yeaaay!
Okay, sikit pulak i cerita pasal ni daripada kisah tepung tadi. Takde merepek kerepek. Impressive.

Next.

Jariku cedera parah sobs.
Cemana nak type entry kalau jari cenggini.


Ini namanya Fair and Lovely overdose. Boleh pulak kat hujung jari sahaja.
Bagus produk ni cepat cerahkan kulit, baru je cuit cream tu nak sapu kat muka ni tetiba terus putih cenggini homaigad. Baru colek sikit je tu. Tak colek banyak lagi tu. Secoit je padehal.
Ok tak.
Actually i dengan kawan i practice untuk performance. Main gitar memang ini makan dia.
Bila da lama tak main hujung jari jadi lembut balik pehtu kena go through the pain all over again pestu dia menggelupas. Tapi bila dia da jadi keras ok jela tak rasa ape bila tekan tali gitar. Time tu best gler main gitar boleh tekan tali kuat-kuat tak sakit laluuuu~

Tapi gitar yang ni macam ada mambang sikit. Dia macam over keras sikit tali dia. Dan dan je tiara mambang teros. Asal menda keras sikit berhantu. Tempat keras dengan gitar keras tak sama oke.

First few stages. Selalunya jadi line gitu je. 
Entah mambang mana la buat dia bengkak cenggitu sobs.
Cepat semua amik tisu kita menangis bersama.

Tapi everything paid off we had fun performing. I pun memang dah rindu sangat with my babies back in malaysia. Homaigad tiara ada anak! 
My babies kat malaysia tu adalah gitar kesayangan i dengan vespa hitam yang mati kat traffic light tu.
Nak angkut vespa bawak gi ireland memey tak lah. Kejung haku atas vespa sejuk sangat kat sini. Bawak vespa berangin gitu gugur telinga jap lagi beku sangat.

Oh this is the video of our performance. Cuak jugak perform depan lecturers semua, siap pengarah MARA Ireland ada. Kalau salah main gitar tak pepasal beliau kurangkan biasiswa bulanan habislah i kena kunyah kertas je sebagai makanan ruji. Cicah liquid paper menambah rasa.





p/s: Sorry Ain, kak Tiara didn't "look here" when u called. Lain kali cakap bahasa melayu la baru kak Tiara paham. Ish baru makan salad semangkuk terus hilang lidah budu dan belacan. 



Tiara jiran Pak Latip.

This is a Farewell Dinner, ada dalam 6 performances and we were the last to go. Semua medical students yang perform. Siap menari Oppa Gangnam kau jangan main-main. Kalau la Psy tengok mau psycho beliau berbuih mulut atas kuda. The gangnam dancers are those at the end of this video. 


I rasa i kena stop la nanti i berdrama lagi.
Tengokla entry ni padehal nak bagitau jarang lepak sini sebab baking, buat assignment, main gitar. 
Tu je cerita dia.
Ok i update balik la eh.

Oh. My. God. It. Has. Been. Five. Weeks. Now. Blog. Ni. Terbiar.

I tak update blog sebab baking, busy dengan assignment, tests, anatomy oral test, practice untuk performance as well as kena cari masa untuk study in between that time and few other things.

Sekian terima kasih.



Sunday, October 14

Parking sisi yang dibenci

Homaigad bapak lama tak update belog ni.

Ok i was in malaysia for like 3 months.
Hati bahagia. Otak takde pressure.

Thats. The. Main. Reason. Why. Blog. Ini. Diabaikan. Selama. Tiga. Bulan.

So now i'm back in Dublin.
Back to Tiara who lives in this tiny little room, no TV at home, no siblings to WWE if u smeeeeelllllll lalalalalalalalalalalalala no roommate to talk to and most importantly no burger tepi jalan anymore oh me so sad.


Baby come to mummy T_T

Nota untuk mak dan bapak:
Sebelum update belog i'll make sure that i have finished studying 4 to 5 lecture notes on that one particular day, baru lah i bagi izin kat diri sendiri untuk lepak kat sini. Maka mak dan bapak jangan risau along dah study tadi siap ikat bendera jepun kat dahi.

So here i am tadaaaaaa! Otak dah tepu menghafal gini baru nak gelabah cari blog, bila otak tenang bahagia tak nak pulak jenguk blog. Perangai ibarat habis madu Sepah buang mamat lalu tinggallah dua orang ahli sahaja shuib dan jep. 

I dah ada kat Dublin for like a month?
Lots of things to handle lots of new stuffs to learn.
Last week macam nak update belog tapi bila study je hatiku berbisik....

''Sahaja aku baca lecture notes dua muka surat terus mengantuk....tunai.....''

Dah acane nak update belog baca nota dua muka surat dah terhangguk-hangguk memang rasa guilty kalau lepak kat sini. 

Alaaaaaa i nak cerita about me being a teacher kat entry ni sebenarnya.
Tapi tengok intro dah longjong gini.
Habis tu kita nak cakap pasal apa ni?

Oh i know! Long time ago when i was back in malaysia kan, i drove a car.
You know what i hate most about parking?

Parking sisi.



Epic fail kalau nak suruh i parking kereta cun macam ni.
Kecewa rasa di jiwa tiap kali nak try parking sisi.
Park Ji Sung betul.


Kalau ikutkan hati nak je i beli kereta kontot ni ha senang cerita. 





Tak payah pusing satu bangunan cari parking lain sobs. Tak payah putih mata dah bila tengok parking sisi ada yang kosong nak parking tak berani. Especially bila jalan sempit, banyak pulak kereta beratur kat belakang, memey tak la i nak parking situ nanti kena hon.
''Woi amenda lembab sangat parking ni siput mengandung kembar lapan pun lagi laju speed dia!''
Sentap. 
Terus mengalir air mata, air hidung sambil cari parking lain. Tacing sungguh sanubari dahku ini.

There was this one day i was with my siblings. 
Ecah, Ida dengan Nana. 
Eh tak ingat Nana ada sekali ke tak. Nana! awok ikot kiterang tak masa ni?
Okay back to the topic.
We wanna go to a shopping mall so kena cari parking dulu.

Pusing punya pusing ternampak la satu parking sisi maka dengan konpidennya dahku terus nak parking tanpa ragu-ragu lagi. Kat situ memang sempit sebab orang ramai, banyak kereta, it was weekend.
Pastu entah macam mana tiba-tiba......

STUCK.

I was trying to get out of that situation and nak lari cari parking lain je tapi kereta macam lekat and tak boleh nak keluar dari situ. Homaigad cuak gila kereta lain bersepah dah queue kat belakang.

Pusing stereng ke kanan 360 degree takleh keluar jugak.
Tekan minyak nak try parking, bontot kereta pulak halang kereta belakang nak lalu.
I'm not quite sure how to explain this situation it was long time ago zaman baru dapat lesen.
Berpeluh punya gelabah adik-adik i siap gelak. Dahla ugut nak keluar kereta melarikan diri tinggal i sorang. Ida pulak dah pernah kena kes vespa dulu, malu kat traffic light memang taklah dia nak terlibat lagi sekali. Hampeh betul bukan nak jadi cheerleader ke support kakak masuk parking.
Go go go Park Ji Tiara!



Park Ji Sung left Man United sebab tu i dah hilang skill parking.
Wenger cepat beli player lain yang bernama Park jugak untuk Man United.
Eh budak laki dah kerut dahi nak sound i tak tengok bola la tu i tau la its Alex Ferguson ahah gotcha!


Dalam keadaan huru-hara sedemikian tiba-tiba.......


Seorang pak cik dengan ganasnya bukak pintu kereta suruh i keluar!!! Pastu i dengan panik tak boleh pikir terus keluar dari kereta patuh kepada arahan!!! So here is the problem.

Adik-adik. I. Still. Ada. Kat. Dalam. Kereta. 

Ecah punya gelabah tetiba ada orang tak kenal masuk kereta dahla lelaki.




"Along! Tolong! Sape drive kereta kita ni! Selamatkan ecah! Keluarkan ecah dari sini!"


''Along tolong ada orang nak kidnap kitaaaaaaa!'' 



Ida pulak bukak tingkap keluarkan kaki dah ready nak terjun kereta. Mujur kaki takde cagu kalau tak, koma pulak semua orang kat situ. I pulak tanpa membuang masa terus pandang jauuuuuh ke dalam mata pakcik jaga yang jaga entrance mall punya door. Dalam hati pasang niat nak rampas senapang beliau untuk menyelamatkan adik kesayangan. Oh adik-adik ku dalam bahaya!

Hiperbola sangat ni Tiagha.
Okay fine la pakcik tu baik hati tolong i parking sobs terharu. Tapi serious la beliau bagi je arahan tegas suruh i keluar kereta and he took over the car muka garang tak menahan tu. 
Cuma ada dua kemungkinan di sini ye.
Beliau seorang askar pencen yang garang ataupun beliau dah hilang sabar tengok i lembab sangat parking kereta -.-''

Oh jangan salahkan i okehhhh. I passed my driving test parking test semua jenis test la. 
But lemme tell you this. 
Parking sisi yang diajar kat sekolah memandu tidak valid!

Sebab in real life takde tiang doploh batang ni sebagai reference. Amboi real life macam kat sekolah memandu tu kau hidop dalam vampire life.


In real life ada ke tiang banyak-banyak gini kat tempat parking!
Takde kan! Takde! Sebatang pun takde!

Dah tu macam mana i nak parking?!
* tetibe emo*

Blame the sekolah memandu guys, bukan salah dahku seratus percent cintaku~ hei hei hei hanya untukmu~ hamekau Mas Idayu pun bersetuju dengan i.
Sejak kejadian itu saya Tiara Fazlin telah trauma tahap kuasa supersaiya kameyameya.
Adik-adik i pun dah tak berani nak bagi i parking sisi sejak kejadian ngeri itu.
Banyak gila kereta beratur kat belakang melihat kehandalan i parking. Handal sungguh sampai roger askar pencen mintak tolong. Kalaula ayam pencen lalu kat tepi i masa tu mesti dia gelak tutup mulut takut dedak yang dia breakfast pagi tadi bersembur keluar.

Maka kepada anda di luar sana jikalau ternampak i tengah terkial-kial parking tolonglah pegang sepanduk dan bagi semangat. Tak pun tolonglah belikan penyapu pastu pacak kat sekeliling tempat parking macam kat sekolah memandu itu. Nak pacak diri sendiri pun boleh i tak kisah. Boleh i buat reference konpem tak fail dah. Tapi insyaallah la i lenyek sikit kaki you tu. Aloh ibu jari secuit je takkan nak berkira.

Apa pun terima kasih kepada pakcik yang baik hati tolong saya parking jasamu ibarat lilin menerangi kawasan parking rela membakar diri memberikan cahaya terang ibarat sang suria bermuka bayi dalam cerita Teletubbies.


Pakcik askar pencen, jasamu ku kenang.
Sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...