Wednesday, May 2

Bapak saya comel

Woha! tajuk mengundang taichi daripada bapak.
Bapak saya garang orangnya, pantang beliau dipanggil comel.
Kurang bengis katanya, ingat bapak ni keturunan kucing ke?
Walaupun ikan goreng makanan peberet bapak, jangan panggil bapak gitu la.
Okay la meh kita tukar tajuk baru la.
'Bapak saya perrgghhh bapakla comelnye! comel gilaaaaa!'
Aaaaa mati aku bapak baca ni.




Ace bagitau mana nak cari kuda kepang kat New Zealand? 
Takde punye, bapak i je mampu. Comel sungguh depa tangan gitu. 
Kuda laut pun menangis tengok ni, kuda unicorn siap pupus lagi.

Haa tengok tengok. Comel kan macam tengah kona leper je eksyen dia 
padahal tak gerak pun menda tu. Ini pak arab tengok boleh meratap 40 malam.


Tengok yang ni pulak. Comelnya bawak balik buku berlambak cenggini sebab adik i nak
spm tahun depan. Adik i tu otak 2 gig je tu muat sejarah je sebuku. Maka i sarankan beliau pakai external hard disk cucuk kat dalam telinga masa tengah study. Bila dah penuh pinjam hard disk i pulak cucuk USB cable dalam lubang idong. I punya 300 gig, harap boleh membantu.



''Dah bakpe besor sangat hard disk awok ni along?''
''Oh 300 gig memang gitu, cucuk dalam sikit! ha cucuk cucuk!''
ni konpem SPM dapat 300 A ni.


Ouyeeaahh lepas ni sapa-sapa terserempak dengan bapak i sila tanya beliau soalan ni.
''Eh pakcik ni bernama Din Comel ke?''
Zaaaaasss!!! helmet tersumbat dalam lubang idong.

Astaga i tak mintak izin pun nak tepek gamba beliau ni kat sini. *berpeluh satu baldi*
Okay cepat semua tadah tangan baca ni. ''Ya Allah, janganla bagi bapak tiara baca entry ni nanti takde orang nak amik tiara kat KLIA, nyaknye ke tiara. Amin.''


Fineeeeeeeee intro longjong lagi sekali. Wuwuwuwu kenapa i suka type panjang ni oh jari jemari ku sungguh laju ibarat lipas kudung tengah naik wheelchair kuasa turbo. Eh tetiba teringat Usop si Lipas.

Sebenarnya ini tajuk dia.
Ibu bapa dan pesbuk.
Wah sungguh berilmiah tajuk kita kali ini macam tajuk pidato peringkat negeri.
Okay sekarang i nak tanya, parents u olls ada pesbuk tak? Majoriti ada kan? Walaupun beliau online setahun sekali malah kebanyakan mereka telah melupainye pun password itu adoyai.
Sejak i menerbangkan diri ke Ireland ni, facebook ngan skype jela menjadi jambatan penghubung yang free.
Maka dengan itu, nak tak nak bapak i terpaksa hafal password beliau.
Namun begitu i tak sangka sampai begini jadinya.


Thursday at 4:41 pm
Wednesday at 4:24 pm

Sekarang i nak tanya ini rindu ke kantoi stalk ni?
Bapak i punye pesbuk telah menjadi timeline so i rasa bapak i macam confuse mana satu status box mana satu search box. Paling tak menahan sehari cari sekali. Rindu datang melanda setiap pukul 4 petang ok.
Lagi tak menahan tengok kat tv pulak tu. Ini duduk bersila ramai-ramai kunyah pisang goreng pastu stalk ke ape ni? Jiran-jiran kita join sekali ke pak? Mencik ah sapa cipta tv wireless ni susah la i macam ni hidop tak bebas sobs. Oh paling best ada orang komeng tu.

''Rindu kat anak ke cikgu?''
Hikhik bapak rindu along eh?


Sebenarnya i dah upload kat pesbuk menda ni.
Tapi i rasa i perlu abadikan memori daun pisang ni kat blog supaya cucu-cucu beliau aka anak-anak i boleh tengok betapa atuk mereka merindui ibu mereka ini. Hari-hari atuk tengok wall mama tau mase mama belajar kat obersi! Sila sayang atuk lebih hujung minggu ni pergi tolong atuk goreng ikan.
Oh suruh papa hantar, mama busy nak stalk pesbuk anak mama pulak ni. Eh eh.

I tahu ramai para hadirin di luar sana yang block parents kat pesbuk ye dok? ye dok?
Ada yang unfriend tak pun buat dua accounts.
Pahtu ada jugak yang guna nama lain atau bin lain. (bukan adik i)
Nasihat i, jangan ah buat gitu mughallazah hukum dia. Biar je mak bapak tengok. Sebab nanti u olls pun akan ada anak jugak, nanti anak u olls balas balik acane? Ha acane acane? *muka nak nangis lettew*
Takpe, kalau ada yang macam tak nak bagi dierang tengok, doa jela mereka terlepas pandang. I ni da berapa kali kena marah tau, muka toya je delete la balik mana patut, ikot arahan bos comel hewhewhew.
Oh by the way, here is another kecomelan bapak i. Click here.


Ok lah, ni kira last entry bulan May lah ye, i lagi sebulan nak exam tak dapek la nak lepak sini selalu.
It took me 2 weeks untuk taip entry ni tahu! Break dari study seploh minit taip satu perenggan. Lagi berpaedah daripada i pegi dapur geledah makanan pahtu makan maggi expired. Oh pesanan kepada warga pesbuk please hide me from your timeline because i tend to meroyan buat status banyak-banyak akibat tensi study plus homesick. And and and kalau baik hati bolehla tolong doakan exam i sekali , sayang u lebih la cenggini. Sobs sobs.

Saya akhiri pidato saya dengan seketul pantun yang bertajuk 'Karma', sila hayati.

Pecah buku pecah ruas,
Jangan block bapakmu nanti anakmu balas.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
Tiara Fazlin binti Din Comel Sangat.
eh?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...