Sunday, January 13

Pregnancy Diary: Kisah Dua Penguin Menanti

12th January 2019
Countdown, Day 7


Kehadapan anakku,
Perut mama dah ke depan sangat ni awak tak nak keluar lagi. Bukan ke depan je, ke kiri kanan dan segala penjuru, senget benget perut mama. Nampak gaya macam tengah kuak lentang peringkat negeri.

Haruslah kamu tahu anakku,
Mama dah 44 kali pergi ke bilik air hari ini, memang betul-betul kira berapa kali.
Harini paling banyak rasanya. Bukan hobi tapi sebab awak lenyek pundi kencing mama. Itu bukan bantal anakku, nanti dah keluar kita pergi beli bantal kat Mydin sama-sama ye.

Bladder yang jadi bantal awak.

Rasa macam pelik pula sebut mama haha tapi jadi mama dahla kan kalau ada baby. Takkan nak bahasakan diri kalong lagi. Mama dah kena turunkan pangkat kak long pada awak nanti. Kita buat majlis penyerahan pangkat kat lobby hospital ye, semua dijemput hadir, mama catering air sirap dan kuih cara.

Pagi tadi,
kita pergi check up, doktor kata awak ni tunggu masa je. Tak sabar nak jumpa tapi berdebar juga sebab orang kata contraction sakit. Mama banyak kali dah tengok orang contraction kat dewan bersalin, tapi tengok dengan rasa mestilah tak sama ye tak.

Kita pergi dengan daddy, daddy bukak jahitan kaki sekali. Alaa yang dia lahirkan Siti Cystina haritu, lagi sekali daddy nak lari. Bayangkan daddy jalan senget macam penguin sebab sakit kaki, mama pun jalan macam penguin jugak sebab awak berat. Maka berkejaranlah dua ketul manusia ni macam penguin mabuk di koridor Tapi kita berjaya tangkap daddy, dapat juga pujuk daddy bukak benang, akhirnya. 


Lari lagi lari, nanti saya buat satay penguin nak?


Petang tadi,
Kita pergi jumpa moyang awak, dapat makan macam-macam. Awak ni cicit sulung tau apa yang awak nak semua dapat. Kecuali kalau awak mintak sup ekor unicorn atau ikan duyung goreng kunyit, memang tak dapatla. Nenek pulak masak ikan patin tempoyak, sedap. Tempe pun ada. Supaya awak tahu kita ni jawa. Soalan pertama yang mama akan tanya lepas awak keluar. Sedap tak rasa tempe? Kalau awak jawab tak sedap mama suruh doktor masukkan awak balik.

Malam tadi,
nenek bagi makan laksa pahang pulak heheh. Mama makan 4 cap laksa, jangan jajjj okay awak makan dua cap mama dua cap. Kita kongsi, bukan mama makan sorang. Pukul 11 malam kita keluar dengan Aunty Na dan Aunty Cah, daddy bawa makan roti bakar kopitiam. Mama dah 64 kg, kaki bengkak, sakit pinggang, ngilu uri, rasa macam gajah takda tujuan hidup.

Sekarang pukul 3.42 pagi tak boleh tidur, sakit pinggul, pergi tandas berulang kali. Senang kata semua position la sakit sebab kepala awak dah turun sangat ni. Rasa macam nak tidur berdiri je. Tapi nanti daddy ingat mama hantu cina pulak tak pepasal mama benjol daddy baling dengan bedak johnson tapi katil tu.

Harini paling banyak kali perut keras. Tak tahu bila awak nak keluar tapi jaga diri dalam perut okay, mama nak call tanya khabar tak boleh. I don't know what's gonna happen to us, tapi mama doa kita dua selamat.

Insyaallah kita jumpa nanti, daddy masih belum percaya dia nak ada anak hahah dia kena dukung awak dulu baru percaya agaknya. Dia ingat mama ni tauhu sumbat bertopengkan manusia ke apa entah selama ni. Tak kosser betul. Bila pegang perut mama je “Eh u pregnant ni” iyelah takkan mama kembung cacing ye tak. Nanti say hi kat dia baru dia bangun dari mimpi agaknya.


Kita tunggu sama-sama okay?


See you when we see u.

Love you sayang.



Thursday, November 22

Irda di Mana

Siapa kenal adik-beradik i memang tahu adik i ramai perempuan.
Tapi masa dierang kecik i tak tahu kenapa i ada adik macam ni.

Kitaorang bukan jenis lembut ayu tapi jenis tak betul sikit.
If u guys know them and rasa dierang okay sekarang, sini i nak cerita zaman kecik jiwa i terseksa macam mana.

Paling rasa nak tepuk adalah Irda dengan Ecah. Nana dia kakak sikit, so Nana dengan i otak sel dah bersambung 70% tapi si Irda dengan Ecah ni masih under construction dalam 20% je, itu pun kenkadang ada spark terus menjunam jadi 5%.

Bila dierang shot 5% ni la i termenung di luar jendela bayu petang meniup lembut petang petang tengok angsa mengenangkan apa nasibku.

Ini Irda dan Ecah.
Gambar macam cover magazine, posing macam artis penuh kontroversi.
Tengok jelingan mata tu, tak rasa nak pukul ke?

Ini Nana.
Walaupun topi senget, otak dia agak waras la sikit. So i geng dengan dia masa ni.
Tangan nasyid camtu takdala rasa nak pukul sangat.

Thursday, August 25

"Kiah, mari fahami 5 ruang lelaki"

Apart from medical question yang i tak cukup ilmu nak jawab, dan soalan baking yang i tak pakar nak reply, ada satu lagi jenis soalan yang i selalu dapat.

Soalan tentang cinta.

Rasanya muka i dengan Taylor Swift ibarat tempe dengan chicken chop. Jauh bezanya.
I bukan Taylor Swift ada banyak boyfriend. Pengalaman pun ciput je. Camana belaka confident minta consultation pasal cinta.

Memandangkan i asyik dapat soalan yang sama, maka dengan ini i bukak segmen cinta bertajuk:

"Kau Kenapa Kiah?"
Konsep KKK kekdahnya.

Mintak maaf banyak message i tak reply, hari ini i jawab semua sekaligus oke.

Walaupun nama u bukan Kiah, tapi u boleh baca pendapat i.
Okay Kiah?
Senyum sikit Kiah jangan nangis kunyah langsir.
Lepaskan langsir itu perlahan-lahan benda boleh bawak bincang.


Meh sini, i cerita sikit bagi u paham. 
Lap air mata, bawa bertenang Kiah, makan tempe goreng luu.

Consulation fees: Dua hurup seposen.

Kiah, i sememangnya bukan orang yang pakar tentang cinta.
Sendu je, tak ramai boyfriend pun selama hidup 26 tahun ni.

Tapi i jenis stay lama in a relationship. I akan sabar semampu mungkin sampai tak boleh repair lagi dah. Bila sabar sampai limit, that will be the only time i angkat kaki for real and walk away terus. Disebabkan i lama, i observe dengan detail. I study the behaviour and environment. I pun ada adik lelaki dan kawan-kawan lain. Boleh la ni kongsi tips sikit rasanya.

Bak sini langsir tu, koyak langsir nanti bilik tak cantik.

Questions of Kau Kenapa Kiah:


Sunday, January 31

Handphone itu dadah yang merbahaya

Zaman i sekolah dulu handphone merupakan salah seorang ahli keluarga dadah.
Contoh kalau Marijuana ni manusia pastu dia buat buku skrap 'Keluarga Saya' masa Form 1
handphone ni memang dia letak sekali dalam isi kandungan. Itu panjang kata la.
Pendek kata, dierang ni macam adik beradik.

Dulu i sekolah Seri Kuantan sebelum i pindah SMART. Nak kata berseri tu rasanya lalat je yang menyerikan hari-hari kami. I pun tak tau la apa malang sangat nasib i asyik dapat sekolah lalat je.

Bila masuk MARA Banting sekolah dalam kelapa sawit lagi, jumpa lalat lagi.
Mungkin sebab i suka tengok Kamen Rider masa kecik dulu so jiwa lalat dengan jiwa i sebati seadunan tak dapat dipisahkan.

Setiap kali cerita tu start there will be a theme song and that, is the best part.
I akan berlari pakai helmet bapak depan tv, pastu ambik bantal kepit celah kaki konon tengah bawak motor. *senget kiri senget kanan* *layan corner lutut cecah lantai*

I'm pretty sure budak zaman sekarang tak tahu apa benda i cakap ni. Yela korang main moto dalam ipad je imaginasi yilek. Okay i ada masa free harini nah ambil ni i lukis.


"Laidaaaa~ Kick! Laidaaaa~ Laidaaa~"
Warna biru tu helmet bapak bukan kopiah okay.
Warna pink tu bantal busuk i. Ajim pernah kencing kat bantal tu masa tido, sampai i termimpi pegi Sunway Lagoon. Bangun tido terus i nangis. Ku sangkakan Sunway Lagoon di waktu petang, rupanya air terjun di waktu malam.


Waa teserlah bakat melukis i. Budak tadika tengok ni muntah hijau.
Tapi dulu i nyanyi Laidaaaa~~ Laidaaaaa~~
Dah besar baru sedar rupanya Rider~ ~ Rider~~
Penyanyi jepun mana la lidah kejung sangat perkataan Rider pegi bahan sebut Laida.
Over tau pelat cenggitu. Termakan shushi basi ke sebelum nyanyi?


Lalat paling hemseng i pernah jumpa.


Siapa tak percaya dia sebut Laida boleh click sini. Gigihnya aku bagi link.

Tengok i dah drift cerita lalat. Okay kita drift balik cerita handphone.
Stay with me, stay with me jangan turun bantal lagi.

Kenapa handphone sejenis dadah?
Sebab kiterang kena seludup handphone masuk sekolah.

I duduk asrama dulu so kalau bawak fon memang susah nak sorok. 
Satu dorm dalam 20 orang. Macam keluarga tikus rasanya hidup segumpal doploh orang macam ni.


Pada suatu hari.......

Salah sorang dormmate berlari masuk gate asrama menuju ke pintu bilik dengan kelajuan lipan lapanploh helai kaki.

"Weyy korang! Wey korang! Dengar kata minggu ni ada spotcheck!"

Eii ini merupakan satu announcement yang paling ngeri. Kalau member tengah semayang maghrib tetiba kau jerit macam ni memang dia tadah tangan masa sujud terbaca doa qunut. 

I ingat lagi i tengah mencangkung depan locker masa ni cari maggi.
I toleh belakang, semua doploh rakyat dorm sedang terkesima.
Belaka muka macam tikus mondok kena cekik.
Ada jugak muka macam tikus ekor terkepit.


"Ya Allah Senah apa kau cakap ni katakan ini semua dusta..."


Maka ahli mesyuarat tikus lantas duduk bersila kat tengah bilik, fikir camana nak sorok fon.

Lebih kurang macam ni asrama i cuma takda tv.
Agak sendu time bosan bersila atas katil menghadap orang depan.
Kau tengok muka aku, aku tengok muka kau.
Pastu gelak tengok hidung sama sama kepek.

Waktu mesyuarat semua orang jadi panic.
Boleh buat movie tajuk 'Panic Dorm' bersara terus Jeniper Lopeh.

Ahli jemaah semua berebut nak bercakap. Korang, sorok sini la. Situ selamat tak. Sorok dalam kaki katil okay ke. Takpala esok aku isi borang pindah sekolah. Cabut setiap bahagian la casing selotape bawah locker, battery selotape kat kipas woi mana boleh nanti bukak kipas battery terpelanting kena kepala apa maslan sangat idea kau ni *panjat katil nak smackdown* if u semel lalalalalala itssss coooookibawak bertenang bawak bertenang kau turun sekarang benda boleh bawak bincang. Korang, aku kena tebuk teddy bear ke ni tapi pakwe baru bagi semalam *pandangan berkaca*

I relek je sambung cari maggi dalam locker rasanya minggu lepas beli lima bungkus.
Sapa ambik dua ni rasanya minggu ni tak murah hati pun menderma.


Ini dorm sebenar i. Belakang tu almari i tulis nama TIARA kat kertas oren.
Ingatkan tulis nama, maggi selamat. Licin juga.
Kesian i mencangkung makan biskut kering je.

I ingat lagi i pernah tanya sorang senior, masa tu i baru Form 1, masih budak hingusan.
''Akak camana nak sorok phone ni saya tak banyak pengalaman''
Dengan muka serious dia jawab.
''Kau telan, lepas spotcheck kau pegi toilet meneran''
Kemudian beliau terus berlalu meninggalkan i terkapai-kapai sendirian.
Lepas tu i macam blur agak lama juga then baru sedar oi apa menda ni jawab tak ikhlas ni.
Biskut kering punya senior. 

Petang tu i mesyuarat dengan kenkawan rapat and we came up with the most brilliant solution ever. Rasa macam pandai mengalahkan dolphin. Dengan muka konpiden kiterang pergi belakang bangunan asrama.

Gali lubang.

Sumbat semua handphone dalam plastik.

Tanam.

Innalillahiwainnailaihirojiun....


Tadi rasa macam dolphin pandai sangat kiterang ni.
Tetiba rasa macam dugong yang tak minum susu dugro sel otak tak berhubung.
Rasa nak nangis masa tu. Sebak mencengkam jiwa, sedih menusuk rasa.

"Korang takda cara lain ke..."
"Takda Tiara sesungguhnya yang hidup pasti kembali"

Wahaaaaaaaai Nokia binti Norkiah......
Ini samsung la.
Wahaaaaaaai Samsung binti Samsiah....

"Kau takyah drama la nak talkin aku cuak ni. Kantoi nanti camana, selonggok henfon dalam plastik ni, kenduri patplohpat malam warden kalau dapat tangkap"

"Okay jom cover buat menda lain nanti orang syak pulak"

Lantas kami semua berlari anak ke tepi longkang tangkap berudu. Bijak sangat tetiba budak Tingkatan 2 main tangkap berudu. Memang tak mencurigakan langsung. Rutin harian ni.

"Eh kalau warden tanya buat apa tangkap berudu ni? Nak jawab apa?"
"Jawab je untuk Tingkatan 4 nanti kan kita kena bedah katak, kita bela awal-awal"


Tiara, berudu makan umpan apa? Bakpe tak sangkut pun ni
aku nak jawab apa dengan warden.
*kesat air mata*


Dah sauk berudu sekor dua rasa macam okay lah dah cover kalau orang tanya korang buat apa tadi dah ada alasan nak bagi. Tapi bila teringat balik masa tanam henfon tu memang betul-betul belakang asrama so semua tingkap dorm terang-terangan mengadap kiterang dah kau kenapa nak buat jenayah satu asrama jadi saksi.

Lebih kurang macam ni je jarak longkang dengan asrama.
Pakcik bas siap kerut dahi tengok lima nam ketul budak hingusan tangkap berudu.


Sebelum balik i risau nanti terlupa tanam kat mana lalu i bersuara.

"Korang, nisan kena letak kang tak jumpa cari pulak"
"Kau pacak la diri sendiri kat situ ukir nama kau kat dahi"

Sentap terus ambil sejadah semayang sebelah bas.


Malam itu merupakan malam yang paling mendebarkan sepanjang hidup i. Lebih berdebar dari saya putar halimmmmm. Terkebil kebil mata tak boleh tido. Camana kalau ada semut tengah buat rumah baru dengan syok gerudi tanah tetiba tereksiden dengan plastik henfon. Lepas semut tergigit plastik tu tetiba pulak hujan camana. Kalau bocor camana ni.
*tadah tangan baca doa sambil baring atas katil air mata mengalir*
Bibir ketar-ketar sikit sambil doa.



Semua pun tak tenang. Sebab ada yang bungkus fon dalam plastik pastu rendam dengan baju basah dalam baldi. Yang sorok dalam poket baju kat ampaian pun sama gugup takut hujan. Nak tido baca ayat kursi bertasbih lapanblas round.

Hari pertama tanam henfon warden tak datang lagi.

Hari kedua berlalu...

Hari ketiga juga pergi tanpa kehadiran warden di sisi..

Air mata i dah kering menatap kepergian henfonku meratap menangis sedih tak tertahan tiba Cakra Khan nyanyi tepi bantal. Tasbih kawan i kat katil sebelah pun dah putus. Kami semakin murung.

Masuk hari keempat tetiba ada announcement.

"Perhatiannnnn!
Spotcheck akan dijalankan semua penghuni asrama berkumpul di tengah bilik!"



For those yang dah keluarkan henfon sebab ingat spotcheck cancel terus tercabut jantung. Rakyat asrama yang tengah berus baju kat bilik dobi dah start jadi biru. Tak dapat terima hakikat spotcheck tak batal dierang telan nila sebotol. Penuh avatar kemban dalam bilik dobi.

Dulu bilik dobi asrama macam ni je takda coin laundry macam budak sekarang.
Ini namanya dobi manual berus baju sampai kedut tangan.
Maintain muka tingkatan dua, jari kedut macam nenek umur dua ratus tahun.


Tengok i drift masuk dobi pulak. Okay kita drift masuk dorm balik.
Stay with me stay with me jangan turun bantal lagi.

Waktu berkumpul ni i dengan kawan-kawan rasa lega hari ini akhirnya tiba.
Kami sangat yakin henfon akan selamat seselamatnya selamat tahap Kassim Selamat.
Iyelah, ostazah datang spotcheck dorm tapi kan henfon kiterang kat belakang dorm.
Dalam tanah pulak tu mustahil jumpa. Ostazah upah toyol pun belum tentu toyol gali tempat betul.

Oh by the way warden kiterang ustazah bahasa arab kelas i. Garang ya amat.
Kaifahaluki ostazah alhamdulillah henfon ana bi khoir tiba.

I senyum angkat kening pandang kawan i.

"It's okay guys, we got this"

Kawan-kawan i semua senyum balik kat i. Dalam hati semua berkata, kita je selamat orang lain sure kena rampas. Mesti kantoinya bila pengawas geledah bilik.


"Yeah we got this...."

Time ni kiterang rasa macam dugong minum tujuh tin susu dugro. Sel otak bersambung tahap kilat sabung menyabung. Siap bunyi petir dalam otak bergegar kepala kejap.

I duduk Dorm 11 so giliran bilik kiterang adalah yang ke sebelas.
Ustazah dah berjaya rampas lima plastik penuh dengan henfon bila sampai turn kiterang.

Usatazah masuk dorm.
Ustazah bagi salam.
Usatzah sopan.
Contohi la ustazah.

"Okay saya tak nak buang masa, hari pun dah nak malam ni"

I senyum lagi masa ni.
Kawan-kawan i pun masih senyum lagi.

Tiba-tiba.....


Ostazah keluarkan.............

Al Quran.

"Ostazah dah balut Al Quran ni, takda wuduk pun takpa semua berdiri dalam bulatan ostazah nak tanya beberapa soalan"






Ya Allah Tiara bakpe ostazah buat kita cenggini.........


Ostazah masuk dalam bulatan pastu soal sorang demi sorang.
Semua kena pegang Al Quran bergilir-gilir tatkala disoal siasat.
Time ni otak sudah mulai beku, susu dugro terus basi, dugong-dugong sudah tidak bermaya lagi.

"Awak bawak henfon tak? Bersaksikan Al Quran ni awak sorok henfon kat mana?"

Habis belaka jawab bawak. Habis semua rahsia sorok henfon kantoi di segenap pelusuk.
Usaha gigih kami sejak beberapa hari yang lalu bolehla disamakan seperti tikus tergolek di daun keladi, menjunam-junam masuk perigi, dihempap pula dengan baldi.

Kawan i terus kutip biji-biji tasbih yang berterabur semalam. Sambil menangis dia sambung balik tasbih putus tu. Taubat lepas ni tak sorok henfon dah.

Ustazah warden asrama.
Ustazah buat spotcheck.
Ustazah bawak Al Quran untuk jawapan jujur.
Ustazah pandai.
Jangan contohi ustazah.






Saturday, June 27

Sabun di bilik mandi sabun




Hai hari ini saya beli sabun buku.

Bukan sabun bentuk buku tolongla takkan tengah mandi pun nak baca buku sambil sabun badan sambil baca sabun buku.

K i type balik.
Hari ni i beli sabun buku.
Tapi bukan sabun gel tu tapi sabun kotak. Paham tak susah nak explain ini gamba.




Dah lama tak pakai sabun cenggini. Hari ni i beli semula setelah sekian lama mejauhi diri darinya. Macam tu bahasa malaysia saya confident sangat. Saja ni nak bagi cikgu bahasa melayu naik darah sikit gurau kasar sekali sekala.

Sebelum ni i takut nak beli sabun buku ni.
Sebab?
I trauma sejak kecik. Sampai dah besar ni tengok sabun buku rasa nak mencangkung hadap dinding nangis tersedu-sedu sabun kau tolonglah mempergi jauh dari aku. Naik darah lagi cikgu bahasa melayu.

I have a dad.
Hahah ayat nak start ngumpat bapak oke macam biasa mari pegang tangan saya buat bulatan mintak bapak dijauhkan dari entry ni. Jangan sesiapa pun pegang tempe nanti bapak datang dekat.

Bapak i sukakan kebersihan. Bapak paling suka mandi. Tahap suka mandi ni tak dapat nak diulaskan dengan kata-kata. Kita bukan nak main masak-masak ni beberapa ulas bawang putih tapi ulas ni explain.

I can only explain berdasarkan situasi. Contoh situasi.
Kiterang satu keluarga nak balik Kuantan dari Kuala Lumpur. KL to Kuantan normally 2 jam setengah if u drive fast. Boleh balik hari je i selalunya. Tapi dengan bapak jadi?

Enam jam.
Bukan enam ketul jam dinding tu tapi 6 jam tempoh perjalanan.
Sebab bapak suka mandi.

Kalau ada movie 7 Perhentian lakonan Erra Pajira bapak akan ada filem sendiri tajuk 7 Hentian Perigi lakonan mantap Jaludin Pajeri mintak maaf nak type pajira tapi pajeri nanas tetiba lalu lalu depan mata puasa ini penuh menduganya. Hi cikgu bahasa melayu.

Setiap kali jumpa hentian bapak suka berhenti mandi pastu pegi surau solat walaupun boleh jamak dia nak jugak solat ikut waktu. Hentian pertama tu kira warm up. Next hentian bapak cari air, minum teh o panas sambil baca surat khabar la makan mee sup la pastu next hentian pegi beli kacang la beli buah betik la mandi lagi gosok gigi ada jela kerja dia. Bapak nak kumpul lencana pengembara pengakap ke berhenti semua tempat ni?

Ini kalau i terbang pegi indon sempat makan ayam penyet pastu penyetkan idung Agnes Monica sedas patah balik malaysia bapak kat Temerloh lagi tuala kat bahu baru lepas mandi.
Si Ecah pulak kat belakang ni tido sepuluh kali bangun balik tak sampai sampai Kuantan lagi. Berminyok ecah kat seat belakang sebab tunggu bapak, kalau tadah minyak boleh goreng telur lapan guni buat kenduri.

Pak, apa kata bapak tinggal je Ecah tepi highway ni. 
Ini dah kali sebelas Ecah bangun kita tak sampai lagi. Ecah tak berminat nak join kelab pengakap bapak kumpul lencana pengembara di setiap hentian. 
Pajeri nanas Ecah mana pajeri lalu depan mata lagi.



Serious ini kisah benar. That is how much my dad love cleanliness. Kat rumah takyah cakap la berapa kali mandi berpeluh sikit mandi kotor sikit mandi so i pun menurun la suka mandi gosok gigi. Pembersih sangat bapak i ni. Takyah letak febreze kat rumah letak bapak je wangi dah.

Now we have reached kisah gosok gigi. Macam ni la main type je ikut suka melalut sini sana jauh betul nak sampai part gosok gigi ni.

Dulu masa kecik i duduk rumah kayu kat Sungai Lembing. I dengan adik lelaki i beza setahun je so bapak memang jaga kiterang dua orang serentak. Memang di zaman awal kehidupan, tiga orang ni rapatla sahabat handai sahabat hyundai. Mandi pun sama-sama pakai seluar katak berhimpit dalam bilik air. Toyol melayu la katakan, sopan pakai seluar. Toyol jawa dia lain sikit pakai daun pisang macam balut tempe tu kiterang jawa celup je so pakai seluar katak ok dah.

Pada suatu hari macam biasala hari dah maghrib penat main berpeluh semua bapak kata dah jom mandi. Maka terkedek-kedek la si Tiara dan si Ajim berjalan ke bilik air berseluar katak.

Bapak sangat best kalau dalam bilik air sempit tu bapak boleh buat bilik air tu rasa macam Sunway Lagoon. Ada kolah air bapak buat jadi swimming pool, main buih buat belon, paling best i dengan Ajim main paip air shower tu. Buat macam cium kepala ular.



Sama kan?
Imaginasi tak nak kalah.


I buat bunyi seruling sambil Ajim cium kepala shower. Ko mampu cium ular tedung dalam bilik air? Dah cium muka bangga sebab hidup lagi walaupun cium ular berbisa dua-dua tak kena patuk. Hebat sangat dah rasa masa tu bapak pulak melayan tepuk tangan lagi la rasa bangga.
Setelah berseronok dalam bilik air dah basah dah shampoo semua tibalah masa untuk menggosok gigi.

I dengan Ajim berbaris la mencangkung depan bapak.
Tetiba bapak buat muka lain sikit tapi kiterang tak syak apa-apa pun.
Lepas tu bapak hulur la berus gigi kat Ajim dengan i.
Masuk berus gigi dalam mulut gosok sekali dua Ajim buat muka macam ni.





I pun muka terkesima jugak.

Tapi gosok je la gigi anak mithali kan sebab tengok bapak gosok macam biasa je muka bapak.

Ajim try to go but he kenot go. Tetiba Ajim nangis.

"Pak...ubat gigi apa ni pak...."

Tapi i kalong kan takleh la nangis. Kalong harus kental. Sambil gosok tu dahi i jela berkerut.

Ubat gigi species apa ni.
Loading.......


Bapak kata ni ubat gigi mahal sebab tu rasa lain sikit. Kiterang pun gosok la gigi sambil mencangkung. Tapi sekuat mana pun kalong saiaa tetap taaa kuad awaaaa. Menitik jugak air mata memandang ke lantai. Tik tik tik camtu bunyi air mata jatuh.

Kejadian itu berlaku beberapa kali juga sepanjang hayat Tiara dan Ajim.
Namun masa berlalu membuatkan Tiara semakin mengesyaki ubat gigi mahal bapak.

Dah besar sikit baru la i sedar rupanya selama ni ubat gigi mahal itu adalah sabun buku. I tak tau la zaman dulu sabun buku mana bapak i guna pegi tenyeh kat berus gigi hulur kat kiterang. Cap burung kakak tua warna hijau tu if u guys still remember. Sebak wei gosok gigi dengan sabun perasaan bercampur baur. Mixed emotion nak rasa apa pun tak tahu.

I found the sabun gais. Penjenayah burung kakak tua nampak ganas tu kan kembang sayap dua. I tak ingat langsung bau dia macam mana tapi i ingat rasa dia
hahahaha tak kelakar oke gais ini kisah sedih.


Bila tanya bapak kenapa pak kenapa bagi sabun buku. Bapak bagi sabun sebab ubat gigi habis. Kita dalam situasi darurat bapak nampak sabun je. Bapak kata kebersihan itu penting badan kena sentiasa wangi. Mulut juga haruslah sentiasa wangi gigi kena gosok selalu. Pentingnya gosok gigi ni walau badai melanda walau lautan api menduga kita harus redah jua.

Pak, along nak cakap ni. Sabun memang wangi, tapi sabun bukan ubat gigi.

Kenapa bapak tak suruh kiterang kunyah bunga ros je?

Bapak juga kata asal ada buih tu ubat gigi la tu. Paling tragis Nana dan Irda juga percaya dengan nasihat yang bertamadun ini. Kesimpulannya semua adik-adik i pernah makan sabun. Jangan tanya kiterang apa rasa sabun. Tak nak bagitau pegi rasa sendiri dan hayati derita kami. Bapak memang sangat menjaga kebersihan diri dan anak-anak. I rasa kalau i dah ada suami tapi tak suka berus gigi memang i ikat dia dalam bilik air paksa gosok macam ni.

Dah bakpenya ecah makan racun tikos sampai berbuih mulut.
This is actually a video hahah Ecah tak 

suka gosok gigi masa kecik maka dipaksa oleh bapak.
Kaki silang ko jangan main-main gosok gigi pun kena casual.


EXHIBIT 1:
Mangsa dera cuba tunjuk perasaan tak puas hati.

Mangsa dera sakit hati.

Tapi apa pun i tetap mangsa dera paling mithali. Gosok dengan sabun pun i tak jelir lidah i tetap sengih ibarat kerang wangi.

Bahagia mu derita ku pak...


Now that Ajim and i dah besar so those sabun ubat gigi has long gone. Kiterang lagi rela merangkak pegi kedai beli ubat gigi dari guna sabun.

Namun, pada suatu hari...

Bapak nak pegi sekolah. Bapak i cikgu bagi sesiapa yang tak tau. Bukan bapak i ni darjah dua tetiba nak gi sekolah pulak anak dah lima ketul cenggini. I pun macam biasala salam bapak kat tangga hulur bekal air fresh oren dia and roti bakar.

Pastu mak pulak salam bapak laga pipi sambil cakap bye apa semua pastu mak tanya.
"Eh bang kenapa bau sabun lux tetiba ni?"
I dalam hati tahu dah kenapa. Masa tu dalam hati berbuih buih dah rasa nak curah je bekal air oren ni kat bapak tapi i sabar.
Bapak dengan penuh rasa tak bersalah jawab
"Nak cepat pegi sekolah ubat gigi habis nak cepat ni nak cepat."
Mak gelak je.

I sambung dialog
Pak, lain kali jangan guna sabun lux, guna sabun basuh kain tu bagi berkilat putih terus gigi. Bukan wangi je berkilat sungguh kalau campur clorox sikit buat clorox tu macam lysterine kumur kumur. Kalau blackout kat sekolah, bapak sengih je sebab gigi bapak putih sangat boleh suluh satu sekolah. Kalau satu keluarga kita ni berus gigi guna sabun basuh kain jimat letrik kerja kita sengih je dalam gelap habis semua bersinar sinar takyah bukak lampu dah. Bla bla bla bla bapak tutup telinga sambil jalan masuk kereta terus drive pegi sekolah.


Lepas ni tolongla siapa-siapa yang terserempak dengan bapak i hulur colgate kat dia sambil nyanyi 

Gosok gigi berpada-pada~~
Gosok dengan sabun jangan sekali~~
Hidup di bilik mandi banyak pancaroba~


Gitu nasyid bulan Ramadhon.
Happy fasting everyone!




P/S: Terima kasih bapak jaga kebersihan anak-anak dari kecik. We lebiu. Muaah banyak.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...