Wednesday, June 15

Tora datang lagi~

Testing..Testing..

Hello! Hello! Hello! Malaysia! Oh yeah i kini berada di MALAYSIA!
Orang kampung! Orang kampung! Tiara datang lagi~ Tiara kini kembali!


Patriotik nye i rase! Cepat pakai helmet meniarap pegang senapang plastik!

Eksaited gila masa mula2 sampai okeh. Lagi2 bila landing cari tandas pastu ada paip air dlm toilet, omaigod seronoknye. Rasa macam nak berlakon scene ular belit leher i je dengan paip tu bagi meluahkan tahap kegembiraan hati ini. Mesti dramatik gile guling2 gaduh2 ngan paip air.
Tapi sebab makcik cleaner ada maka i batalkan hasrat. Oh for your information kat ireland memang takda paip air dalam toilet, dierang bahan tisu je. So bagi orang melayu macam i ni, kalau ditakdirkan secara tiba-tiba cerry berry datang menyerang, memang i cakor muka jika botol takda dalam beg. Cakor muka tahap ayam pun boleh meleleh air liur tengok i mengalahkan kehandalan beliau mencakor cacing dari tanah. Eh cakor ke kais ke gali? Ah i peduli ape, yang penting sekarang i bahagia.

Yes i  memang bahagia! masa keluar dari arrival hall aritu i campak je kut troli ke tepi terus lari peluk mak bapak i, nangeh la ape lagi. I pun tak tau kenapa kena nangeh, ramai gile orang pandang-pandang situasi jejak kasih tersebut. Ceh macam sepuloh tahun tak jumpa je gamaknye.
Lepas da tamat sesi lepas rindu kiterang pun masuk la dalam kereta.

''Ida! beg tu susun elok-elok jangan main campak je kat belakang nanti kereta bapak tercongek cam motor mat rempit eh ajim tolongla along angkat beg tak gentlemeng langsung dah yang nana gi korek idung selek kat cermin kete bapak tu bakpe ecah pegi beli ridsect pastu sembur kat hidung nana! hey nak kena betul nana ni! Nita tolong pasang gps nanti kite sesat sampai ke australia abang malas la nak terserempak dengan kangaroo tepi jalan! serabot! serabot!''

Ahhh........bapak i berleter....leganya rasa...setahun da i tak dengar leteran. Memang berbaloi-baloi la i beli tiket flight mahal-mahal. Walaupun muka adik-adik i semua macam muka tikus sembelit akibat bengang dileter, muka i je yang bersinar-sinar eksaited tengok bapak i pot pet pot pet. Macamla keluar tora ding dang je dari mulut bapak i tiap kali bapak i membebel. Bila bapak i berleter ini tandanya i bukan bermimpi, i memang betul2 ada kat Malaysia.

Childhood memories.


Hahah mesti korang annoyed gila kan kenapa la haku ni eksaited gila balik malaysia.
Meh sini nak bagitau, I ni memang rapat ngan family, kan i da bagitau i tak suka lepak-lepak luar umah suka lekat kat umah aje, sebab tu la i memang tak sabar gile nak balik. Bukanla nak kata Ireland tu tak best, best je, ada Westlife lagi u, boleh travel merata-rata tapi entahla, hujan salji di negara orang hujan panas berasid di negara sendiri. Haruslah hujan panas berasid lagi best and hardcore. Boleh menguji kekentalan kulit melawan acid man. Yeyeaaahhh!

Ok. Now, the best part of coming home? Mestilah makanan! I terus transform jadi hantu raya bila kaki i jejak bumi malaysia tahu. Bayangkanla mee kari kat ireland tu semangkuk 10 euro which is RM 40. Rasa macam nak telan je mangkuk tu bila mee kari da abis. Nasib kawan i halang dengan menyeret kaki i keluar dari restoran. I dah gigit da mangkuk tu tahu! Apa pun Malaysia memang best bro, best bro and yang paling heaven i dapat makanan free kat warung Tiara 543. I boleh order apa2 pun yang i nak tanpa perlu bayar satu sen pun! Bila2 masa dan di mana jua i berada! Dahla warung tu tepi umah i je. Kenapa percuma? sebab nama tuan kedai tu sama dengan i la. Teheee. Oh tom yam yang dirindui, adinda kini sudah kembali.

Eh sebenarnya i dah sampai malaysia minggu lepas, tapi sebab eksaited tak hengat sehingga hilang ingatan yang i ni ada blog. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah menyambut kepulangan i kat airport.

Anyway di kesempatan ini i nak ucapkan terima kasih kepada Ayeem Ayam kerana telah membuatkan orang sedar akan kewujudan blog i yang merapu meraban ni. Walaupun i ni macam tak berapa layak je tergolong dalam senarai tu. I tahu u all rasa adinda evans patut bolot semua kan? Ayeem sila cakor muka sekarang.

Ok now excuse me, i need to ikat adik i kat katil pastu geletek dia sampai dia cerry berry. Oh rumahku syurgaku~

P/S: I'll bring you to Wicklow in a mean time. I just dont have the mood untuk buat post pasal travel just yet. Wicklow? Yes, one of the film locations for PS. I LOVE YOU! awwwh i love that movie, guys and girls go cekidout, baru feel bila jalan2 ngan i nanti :)

.

Thursday, June 9

Kau ingat hidup bujang tu cool?

Tajuk entry tak hengat.
Bunyi macam seorang bapak tengah tulis surat layang untuk anak yang suka merayap.

Taiyub Pin,
Rumah atas angin,
Kerajaan atas langit,
POBOX 999.

Kehadapan anak ku Taiyub. Balik sekarang sebelum bapak yoga. Bla bla bla. Korang sambung la. Cuma part Taiyub tu make sure suara berbisik sikit. Budak ni tauke kurma ni.

Just so u know, i'm just done with the exam last week, i was expecting myself to be happy lompat katak after segalanya tamat. Tapi bila abis je last paper, lompat entah ke mana katak pun entah ke mana. Mungkin katak pengsan lepas jawab exam tadi maka tak boleh teman i lompat-lompat.
So dengan hati yang lara i pun balik la keseorangan sambil mengenangkan apa yg ditulis dlm paper tadi.
Susah sampai Shin Chan pun buat tarian punggung masa jawab.
Sedar-sedar rupanya i dah sampai umah, naik bilik, bukak pintu.......amagaaad! bila masa pulak bilik aku jadi tempat shooting geli-mat-mat-mat-kasi-murah-kalkulator-incik taboooo-kangaroo-patahkan-shinguard-amar?

Cantik gila kan masa mula2 datang? macam bercahaya je dengan sinar ceria. Semut pun
segan je nak study kat meja kontot camtu.


Namun langit tidak selalunya biru kadangkala ia kelabu.

Bangun terus study, study terus tidur.
Seronok betul hidup.

Ini kalau hantu kak limah bersalin kembar lapan belakang langsir pun mungkin i tak sedar ni.
Tengok tu selimut pun lipat dua je, nota berselerak,  huruf  'T' pun da layu. Takpe nanti balik Malaysia Ecah buat semula yang baru untuk along ye? Puji sikit comel betul adik i ni.

K sekarang nak tanya, korang rasa hidup bujang ni best ke tak?
I tahu ramai je budak2 sekolah yang tak sabar nak abis sekolah. Nak experience university life. Hidup bebas, tak nak duduk bawah ketiak mak, nak keluar umah sesuka hati, tak nak dengar mak ngan bapak berleter. Dahla time tu darah remaja baru nak mengalir, semua serba tak kena, kan?
Baik mengaku! (segala contoh tu bukan i )
Well, let me tell you this. Hidup bujang tak cool tahu? Especially bila u tengah nak exam.

Sebagai contoh, kalau bilik cam kapal pecah ni mesti mak i berleter suruh kemas, maka secara tak langsung terkemas la bilik ni. Kadang-kadang i rasuah adik i. Sekali kemas bilik, i bagi Ecah singgit. Ecah 50 sen tu Azean Irdawati. Ini adik i yang masa tu baru darjah 3, seringgit tu besar bagi dia. Kenkadang Nana yang kemas. Nana tu bukan bibik, adik i jugak. Irda adik i jugak tapi kena rasuah lagi mahal daripada Ecah. So i jarangla guna khidmat dia. Ecah paling murah la setakat ni.
Tapi kini i hidup bujang i rasa macam tak cool bila semua tu takda.
I pun tak tahu nak belasah sapa sekarang ni. Selalunya bilik i kemas sendiri je cuma part belasah tu macam nak warm up sebelum kemas biar adik mintak tolong kepala kena kepit sambil idong dicucuk dengan crayon. Adik lagi sorang tepuk lantai sambil meniarap pastu kira 1, 2, 3 then bunyi preeetttt! Aku menang first round terus berdiri cium tali pinggang bapak lantas buat muka berlagak sangat menarik perasaan ini ye siapa ada adik dia paham.

Lagi ramai adik lagi ramai referee.

Dalam 3 kali cium tali pinggang boleh dah start kemas bilik.


Next.....
It is time of the year again where everything goes haywire.
Korang tau la kan kualiti hidup memang terjejas la time exam ni. Tido merepek, makan merepek, belajar camna cara-cara nak buat kerepek. Paham je kan. So sejak i hidup bujang ni i rasa segalanya makin bertambah sedihla pulak. Tahap teruk tak jaga makan sampai i muntah kuning sebab perut merajuk. Muntah pulak 30 minit before jawab paper. Kesiannya kat diri sendiri. Padan muka pun ye jugak.

Serba sedikit tentang rutin harian pelajar rantauan.
Pagi i dimulakan dengan turun ke dapur untuk menggeledah makanan. Tak yah nak check meja makan sangatla dah confirm takda apa-apa. Kalau kat rumah paling teruk pun ada la jugak cebisan roti canai paling koman pun ikan bilis nasi lemak terselit celah pinggan.
Tengok, baru intro pun da sedih. Sila sediakan tisu sekarang.
Apa nak buat ni bila makanan takda?
tanpa membuang masa i terus melukut di tepi gantang bersedia untuk buat pengumuman. Ehem ehem.
''Hoi ulat beras! Bangunlah sebelum kamu dibangunkan! Kesat taik mata,lap air liur basi i nak masak nasi ni!''
Boleh tahan. Ada ciri-ciri ibu mithali jugak i ni kan.

Lepas dah basuh beras kena pikir pulak nak masak lauk apa.
Kadangkala di saat genting sebegini semua student nak kejar masa. Nak mandi pun bawak jam loceng, kalau boleh time memasak tu jgk nak menulis. Gile stylo kepit senduk kat kaki, tangan pulak pegang pen. Ini memang kuak lentang gaya kucing lemas kalau kaki goreng sosej, tangan kanan buat nota, tangan kiri pulak bancuh coffee. Memang sangat lengkap lah kriteria untuk jadi Super Clock Woman dengan penuh gaya memakai costume baju kurung gambar jam banyak-banyak. Hambik kau heroin baru bersara terus Batman.

Apa nak buat ni kalau tak nak makan sosej tiap-tiap hari?
Well, i did cook nasi goreng for lunch but nasi goreng tu untuk 3 hari punya stok.
Kesian tak weh. Ini namanya masak secara pukal. Budak oversea memang selalu amalkan, mana nak cari kedai mamak kat sini? Itu jela cara yg paling cepat. So when im sick of it, guess what is the best super fast option? Nasi dengan telur dengan kicap.
Nasib ada kicap kat sini, kalau tak? Makan nasi cicah salji? Sila kesian lagi sekali.
Tapi sebenarnye i bersyukur je, orang susah lagi kesian kan, orang palestin sana tu. K la, tak yah kesian kat i lah.


Pinggan corak lembu bagi meningkatkan imaginasi tengah makan daging. Sedap betul daging masak kicap ini pedas boleh tahan ada cili seketui segan dimakan ditanam tak mahu. 
Nama resepinya adalah 'Tiara Tak Rela' 

Selalunya kalau da abis makan kat umah, i akan berebut untuk basuh pinggan dengan mak i. Huahaha. Eh seyes ni. Tapi sejak i hidup bujang ni i kesunyiaan. Dah abis makan i terpaksa bercakap dengan lemari es, berlakon berebut basuh pinggan bagi mengubati kerinduaan. Ini tidak cool. Lemari es tu adalah almari ais aka fridge. Ni bahasa jawa celop korang apa tahu? Jawa betul gherobok kalau tak silap.

Eh nak tengok meja makan i tak? Inilah meja makan orang bujang. Tengok, tudung saji pun takda.


I ingat balik malaysia nnti nak beli tudung saji Siti la. I dengar tudung saji ni bagus. Bila lalat datang dekat secara otomatiknya lagu Cindai akan dialunkan. Tapi yang ni upgrade sikit.

Cicak di sana~~ Aku tak berkias~~~ Lari lah lalat~ Nanti cicak makan~ 
Ewaaahhh~

Oke perenggan baru.
Wahai sidang hadirin yang dihormati sekalian,
sekarang i nak tanya pulak kalau kat rumah siapa yang selalu pegang remote tv? Betul tu.
Mestilah pengawas ruang tamu yang berkain pelikat dan tak pakai necktie. I selalu serabut bila bapak i tengok berita kat tv. Sebab dia akan cop remote awal-awal so i dengan adik-adik tak dapat nak tengok Shin Chan mahupun Doraemon. Sapa je yang tak serabut kalau jadi cenggini? i jadi tak tentu hala oke. Kenkadang rasa nak tekan je main suis kasi blackout satu rumah. Baru adil dua-dua tak dapat tengok ye dak.

''Along! kenapa takda letrik ni!'' kata bapak i sambil cari lilin.
''Sebab ini adalah karma bapak tak kasi along tengok Shin Chan berguling-guling macam tenggiling! Karma pak! Karma!'' jerit i menggunakan mikrofon sambil mendabik dada. Gila puas hati kalau dapat jawab camtu. Confirm bapak i masak sup tenggiling paksa i makan time tu jugak.

Tapi sejak i hidup bujang ni, tak sangka pulak berita bapak i jugak la yang i cari. Kat sini sangat sunyi tau tak, umah i takda tv sebab kat ireland ni tv dia cam astro. No money no channel.
Even kalau ada tv yang gemuk gila pun tetap takda fungsi kalau takda 'astro' ni. Nak beli tv pulak kena beli lesen tv jugak, duit lagi. Kalau beli tv pun bukan ada cerita Keluang Man mahupun Usop Santorian ini channel Ireland kut cerita mat salleh mabuk minum brendi ada la. Mambang mabuk minum brendi~ tetiba sangat Sudin pendekar bujang lapok menyampuk.





Lagi satu, bunyi kipas pusing pun takda sebab sini dah sejuk. Cengkerik pun takda. Nak cari pasal dengan adik dia tak on skype pulak. Cicak tak pernah terserempak langsung batang hidungnya tak pernah nampak apatah lagi ekor cicak putus bila beliau terkejut lagi la tak dijumpainyapun. Selalunya bila terlampau sunyi u akan cepat bosan bila study and i'm not the type yang boleh dengar lagu time study. Tengok movie pun tak boleh. So ended up, pasang berita yang pernah dibenci satu ketika dahulu. Sekali lagi, ini tidak cool.

Ha! So? Cool ke so far? Bagi i entahla. I nak balik.
Mungkin jugak sebab i ni jenis yang tak suka keluar rumah sangat kut. I'm not the type yang ouyeaaah bebeh it's weekend let's get wasted keluar malam melalak karaoke pegi clubbing lepak-lepak. No. Even selama i kat Dublin ni pun baru sekali je i pergi tengok wayang. Wahaha loser gile.
Nak lepak bilik member yang sekangkang kerengga pun jarang-jarang sekali. Gigih ni konon nak ajak gossip. Bila bukak pintu je member tengah pegang nota terus berdiri kejung kat pintu trauma teringat nota sendiri. Patah balik masuk bilik habis terkubur niat lepak siap pacak batu nisan.
Nak gi rempit? Basikal pun takda asyik jalan kaki je gi sekolah, lagipun kat sini sejuk nanti jadi ais pulak atas basikal. Kejung air liur meleleh hingus sok sek sok sek woi tak macho langsung merempit cenggini menjatuhkan martabat mat rempit malaysia di mata orang Ireland.


Sejuknye ya owloh keras telinga ni.
*nanges*


Mungkin sebab benda ni la kut i rasa hidup bujang tak cool.
Wuwuwuwuu dulu tak suka dengar mak bapak berleter sekarang sanggup pulak beli tiket kapal terbang ribu riban untuk balik dan mendengar leteran. Apa waras ke tidak tu?

Sebenarnya ada banyak je lagi menda lain yang i never thought of doing it pun.
Bila hidup bujang u have to settle kan everything on your own. Now that u know why your parents bising-bising bila bil letrik tinggi. Last time i was like chillax la bapak, now im like cili la mulut i ni pak. U kena cari rumah sendiri, bayar sewa rumah, pegi bank uruskan macam-macam, kena uruskan duit secara berhemah, kena masak sendiri, bayar segala macam bil....ah bapak ngan mak tak yah nak tepuk tangan sangatla baca entry ni. Along ada pasang cctv la kat umah tu, amboi seronok benor ye dia, biasa ye.

Ini ialah bukti hidup bujang yang mengajar cara berjimat tiap kali terfikirkan bil rumah.


'' Hoi tuan tiara kedaun i dah tak larat nak mengandungkan coffee u ni!
Beli la yang baru! I dah tak mampu nak berkhidmat ni! Kedekot taik idung masin! ''

So enjoy ur time with ur family kat rumah tu while it last.
Jangan nak solat istikharah bagai mintak petunjuk camna nak keluar dari rumah yang menkangkung ni. Your parents kongkong u ada sebab. Sebab dia sayang. They all makan kicap lagi banyak dari kita, they know more about life.
Trust me you'll be missing those precious moments. Time flies bebeh.
Tup tap tup tap i skang dah keluar rumah, jauh dari rumah, memang dah jarang2 balik, lepas abis belajar, keje, kawin, bila ada family sendiri dah makin bertambah jauh ngan parents.

Harap-harap laki i nanti buat rumah sebelah rumah mak bapak i, kalau gaduh senang nak lari umah mak. Pakai selipar jepun, jalan. Minyak kereta pun boleh dijimatkan.

Nota untuk mak: Mak, along makan nasi dengan telur kicap banyak sangat masa exam, mungkin ada perubahan warna sikit pada kulit, harap mak masih kenal along lagi bila kita jumpa di KLIA nanti. I lap u very strong mak.

-
-
-
-
-
-
-
-
-                                                              
-
-
-
-
-
-

Perghhhh gile stylo sampai kat arrival hall KLIA posing camni duduk atas luggage.
''Mak!! ni along ni! anak mak! Masihkah kau ingat~~~ masihkah kau ingat???''

Saturday, June 4

Macam familiar je dia ni?

Korang tahu tak medic ni susah?
korang tahu tak kadang2 i rasa cam nak tukar profession jadi suri rumah?
korang tahu tak banyak gile nak hafal sampai gile pun tak hafal banyak gile macam ni?

Well im not saying jangan amik medic. Medic is fun.
It is interesting to know more about how your body works, what drug is needed to treat this and that, yea its cool. But it ain't easy. I know i ni takda banyak pengalaman pun nak cakap banyak about medic school, but all i know jadi doctor nanti you'll play with people's life. Ini bukan mainan. Manusia bukan kucing ada 9 nyawa. Eh yeke? sila try bunuh kucing sekarang.
"Pewww! Peww! Pewww! Tatatatatatata!"
Lahhh bakpe awok tembak kucing tu betul2 saya gurau je :(

Medic school jugak is not all about passing the exams.
Bila study u tak boleh pikir nak lepas exam je, u kena pikir jugak kalau aku tak hafal ubat ni nanti patient mati katak sebab aku tersalah kasi ubat. Kalau tersalah treatment nanti patient bertukar jadi katak pulak. Eh tapi kalau jadi camtu apa susah, cium je biar dia tukar jadi putera raja.

Selalunya medic school ni ada 5 years ada 6 years.
But let me tell u this, even kalau u dah dipilih untuk masuk medic school pun ia tak akan menjamin yang u tu dah confirm jadi doctor. U have to go through examsssss every year and lots of other stuff.

RCSI

Its not easy to pass tapi tak la mustahil.
Last year kat RCSI there were 103 students yang kena repeat paper. That is consider ramai. Nak kata dierang semua tu tak pandai? tak jugak sebab bukanla senang gila-gila nak masuk RCSI.  As for Malaysian, u have to go through interviews utk dapat scholarship, kalau lepas kena buat foundation program pulak for examples A-level, International Baccalaureate. Pastu interview RCSI, kalau bernasib baik, RCSI sudi amik kalau tak, kena la try interview untuk uni lain pulak. Then big exam, dapat result kena meet requirement MARA pulak, kena meet requirement RCSI jugak. Kalau bernasib baik, fly la. So nak kata bukanla 103 orang tu fail paper sebab tak pandai, tapi entah la korang pikir sendiri la. Eh tapi jangan la sengaja fail pulak pastu kata kat mak,
''Mak, lek lu..tiara cakap fail tu biasa la..chillax mak, meh pekena shisha perisa mempelam dulu, chillax mak!''
memang mak kau baling boomerang 10 kali patah balik tanpa henti. Kan da ada 10 bonggol atas kepala tu. Kalau rasa nak menyamar jadi unta, maka sila cuba.

Eh sebenarnye i bukan nak cakap pasal ni sangat pun, tengok tajuk pun takda kena mengena. Mungkin kerana mood exam semalam masih menghantui diri ini. Sebenarnya i nak cakap, tadi i tengok berita TV3 pastu i ternampak seseorang yang sangat familiar, i rasa u all kenal jugak. Ni berita minggu lepas punya ni, i tengah exam masa tu so tak tengok maka sekarang i nak tebus balik la berita2 yang i tak sempat layan.
Ni ha i printscreen.


Macam kenal kan? so sekarang ni i nak tanya ni.

Sejak bila Yuna jadi Presiden Republik Liberia???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...