Friday, May 31

Murid jangan datang awal ke sekolah

Olla eberibadeh i'm just done with the exam.
That explains why this blog dipinggiran melukut di tepian pinggan meratap kesedihan.
Tetiba sangat peribahasa kau Tiara.
A.Samad Said bace teros tarik ekor kucing.



Dah bakpenya buat gitu ke aku Pak Samad weh? 
Orang tengah gayut ngan makwe ni bincang nama anak minggu depan nak 
nikoh, main tarik-tarik ekor pulak dia.
"Hello dinda, terkejut benar kekanda. Anak kita bagi nama B.Samad Tongkol okay ke?"
"Dinda baru je tengok Iron Man semalam, Nur Ironmanoh rasanya lagi sesuai kekanda"



Ha tengok tengok buat entry takde draft memang camni la kucing la ape jela yang kau merepek ni Tiara. I pun tak tau la nak cakap ape ni main taip je macam kura-kura mabuk takde tujuan hidop.

Oh time exam aritu i stress pastu ade la fikir pasal the road i didn't take, what they could offer.
The road not taken, yes.
There were few other roads given to me right after my SPM result. But i chose to be here in Ireland.
One of the offers i got last time was TESL in the United Kingdom, UK. 
I tak ingat which uni, Newcastle i think, lupa dah. 
Cam best jugak jadi cikgu ni sebenarnya. So harini i nak berangan jadi cikgu.
Call me Teacher Tiara.

When i was in Malaysia back then, i ade la tolong mak i tambah markah students. Masa tu mak dengan ayah i pegi Korea. So before pegi my mum tanda kertas and later i tolong add up the marks.
I ingatkan jadi cikgu ni ajar orang, namun sangkaanku berada di landasan yang salah ibarat Yusof Taiyub nak berbisik iklan kurma kat tv tetiba beliau termenjerit Yussop Taiyoob!!

Sebenarnya student yang ajar kita lebih banyak dari kite ajar dierang.

Adab bereakap.

Bila nak bereakup dengan makwe, haruslah senyum senget ke kiri dan talipon makwe. Senyum je walaupun dalam tepon tak nampak. Ini adab penting dalam bereakup.
"Kita perlu bereakup kerana awak telah curang dengan benggali roti. Saya suka beli roti atas motor tu tapi sekarang saya dah malu nak tahan dia bila dia lalu depan rumah"


"Dah bakpenya beli roti pun nak jeles.
Janganlah kerana saya kamu berdua bereakup.
Roti kismis saya ni sememangnya plastik lickin' good"

Okay tak, budak tu nak tulis adab bercakap sebenarnya tapi huruf c tu pakai subang jenis cangkuk bentuk bulan sabit sebab tu nampak macam e.

Tapi tapi i belajar banyak lagi menda lain selain dari adab bereakup ni tahu?
Siapakah yang biasa melawat ke sekolah?

I serious tak tau lori air ni kira pelawat ke tak? Zaman i sekolah dulu lori Milo dengan Vitagen je datang sekolah. Sekarang ni dah upgrade ke Oligo dan Holik.
Jabatan edis no komen, patut sujud syukur dah ni beliau tak eja Jabatan kudis.

Tapi yang ni adalah upgrade yang paling advance tak pernah terlintas dek akal pikiran.
Sangat impressive.


Lori jual majalah Kuntum i ken go lagi tapi Justin Biber ni i try to go but i kenot go.
Justin Biber yang biasa ditemui di sekolah.
Saya ulang, biasa.
Kau jangan main-main okeh Brons Mas dan Alif Satan juga ada.

Alippp Satan! Alippp Satan! *cakor muka*

Bila baca jawapan ni rasa macam nak kunyah je kertas kenapa! kenapa! kenapa! Brons Mas dan Justin Biber tak pernah datang kat sekolah i pun! *histeria tarik rambot*
Aliff Satar mahupun Alif Aziz juga tak pernah datang apatah lagi Alif Satan, lagi la tak pernah.
Tapi mungkin jugak Brons mas tu adalah boipren bibik yang tolong amik dia balik dari sekolah.
Pakcik dalam indon kan panggil mas. Ataupun Brons ni pilot kerja dengan MAS Airline ke mungkin jugak warga emas terbiar bernama pakcik Brons apa-apa la kau dik hahah. Tapi jangan bagi Alif Satan ambik awak balik sekolah tau. Alif tu dalam jawi macam nombor satu. Mungkin setan mata satu. Seram oih. Satan ni makhluk jahat jangan balik sekolah ngan dia.

Selain itu i juga belajar bahawa menjadi seorang ayah adalah sangat mudah.
Berikan dua tanggungjawab bapa.


Marah.
Tak marah.

Menhamtar ke sekolah.
Mengabil di sekolah.

Senangnye la jadi bapak cenggini. Hamtar je gi sekolah pahtu ambik semula. Marah, tak marah.
Tak marah pun salah satu tanggungjawab okeh.
*pegi Thailand tukar jantina*

Tapi yang ini adalah pengajaran terbaik yang i pernah dengar.
Nyatakan tiga kepentingan diadakan peraturan sekolah.

Jangan datang awal awal kalau duduk sorang sunyi lah...
Takkan tu pun nak kena bagitau pikir logik la! Takkan itu pun cikgu takleh nak pikir! 
Okay kau jangan nak sukahati sangat songkok tambah kopiah sudah.
Ejaan epple tu no komen asal ade bunyi kira betul ah.
*syujud syukur lagi*

Haa kan tu ada benarnya, kalau u datang awal-awal sangat ke sekolah sape je yang ada? Kerusi ngan meja je kan. Sunyi tu. Jawapan memang sangat memenuhi kehendak soalan ni.
Lagi satu jangan tidur dekat sekolah pada malam pagi atau petang. Tengahari je boleh.
Pakguard sekolah jangan sentap ye budak nasihat jangan tido kat sekolah pada waktu malam.
Tak boleh, kenot tau abang jaga. Peraturan sekolah ni. Jaga je pintu pagar tu elok-elok.

Actually banyak sangat nak share boleh berair mata sambil i baca jawapan dierang ni hahah. Comel sangatla bebudak ni. Maka jika ada para ibu dan bapa baca entry ini, diharap ibu bapa semua tolongla check kertas peksa anak masing-masing nanti cikgu Tiara bagi asam masing.

Sekarang pegi lantak la pakcik Brons mas ke, adab bereakup ke, i tak nak ambik tahu.
Yang i paling nak tahu sapa budak dua orang si Izz Qawin dengan Syafiq ni?
I nak bagi fridge magnet Ireland kerana mereka begitu mematuhi peraturan sekolah.


Berikan dua ciri pelajar yang mematuhi peraturan sekolah.
I serious tak tau sejak bila ciri merupakan sejenis manusia.


Izz Qawin dan Syafiq, sila contact cikgu Tiara bulan Jun nanti okay?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...