Thursday, March 27

Bapak dan Irda yang epic



I have a dad.

Of course i have a dad takkan pulak terlahir dari buluh betung cucuklah ditelapak kakinya.
And daddyku diberi nama bapak. Sebab ada darah jawa secuit.
I yang bagi nama bapak, itu panggilan bukan Tiara Fazlin binti Bapak.

I don't know if jawa blood memang membuatkan orangnya sedikit loyar buruk. My dad can say something dengan muka takda perasaan and it's hella funny. And he will be like.
"Iye. Betul cerita bapak ni. Jangan ketawa" *sambil makan mee kari berpeluh-peluh sebab pedas*
Jawa memang macam ni ke? I've been observing jugak and i find it quite legit. 

So back to my bapak. Beliau sangat suka menyakat di masa lapangnya di masa boringnya.
I have a story and i don't know if any of your dad pernah buat keje yang berpaedah ni atau tak. Berpaedah ke tak haku pun tak tau la bapak ni takde keje betul. Kalau ada tolong lah bagitau mungkin kita boleh tubuhkan kelab 'Bapakku mengapakah begini?'

I have a sister, bernama Irda. I panggil dia Ida and sometimes Agnes Monica sebab dia ada crisis personaliti sikit masa kecik dia ingat dia ni Agnes. Sikit-sikit nyanyi lagu Agnes sambil menari macam Agnes. Cinta ini tak ada logika tak ada logika. Pastu kalau terserempak dengan i dalam rumah dia mesti buat gini sambil cakap.

"Whaddup A?"

Uolls bayangkanla i baru keluar bilik air dia nampak muka i terus "Whaddup A?" sambil buat tangan bentuk A tu. A for Agnes. Nak gi minum air kat dapur ternampak dia kat meja makan "Whaddup A?"
Dah kau kenapa dik, whatsupdoc sekali kang. Nak pukul tak boleh bawah umur lagi budak ni masuk penjara pulak aku nanti sapa nak siram kebun sayur i. Oh i tanam sayur masa tunggu result SPM dulu, boleh tahan petani berjaya i ni.

So here is the story. Between bapak and Irda. It was few years back masa Irda sekolah lagi.

Ida ni sekolah pagi. So dia naik van pegi sekolah. Bukan dia bawak van tu, ada pakcik yang tukang bawak. Ida ni penumpang je kalau dia yang bawak memang takkan sampai sekolah. Baru start enjin dah menjunam ke longkang.

Ida akan bangun awal pagi sebab van dia sampai depan rumah dalam pukul 6.40 pagi gitu.
Bagaimanakah langit di waktu subuh yang nak hampir siang tu?
Begini.



Bagaimana pula langit di waktu maghrib pula?
Begini.



Maka pada suatu hari Ida yang tersangatlah penat selepas pulang dari sekolah telah ketiduran dengan nyenyaknya. Sangat nyeyak ibarat ikan sedang tidur di sebelah air terjun. Kuat macam mana pun bunyi air terjun tu, ikan tetap tido tak bangun-bangun. Amboi Tiara peribahasa kau bagai aur di sungai lembing.

Ida tido petang sampai ke maghrib. 
Bapak memang tak suka anak tido time maghrib, tak elok.
So, bapak memang akan kejut.

Namun begitu, hari tersebut akan menjadi hari yang bersejarah dalam hidup Ida sebab bapak tu tetiba kejut Ida tapi pelik sikit caranya.

Out of the yellow, bapak suruh Nana, adik i yang ketiga pakai baju sekolah. Nana pun sekolah lagi waktu ni tapi tak sama sekolah dengan Ida. Memandangkan langit maghrib adalah sama warna dengan langit subuh, bapak i telah mengejutkan Ida begini.
"Ida, bangun dah subuh ni kena pegi sekolah. Cepat siap van dah tinggal meh bapak hantar"

Ida bangun terkulat-kulat. Kemudian Nana pun lalu depan Ida dengan baju sekolah dia.
Kuanajaaq Nana volunteer jadi pelakon tambahan untuk mengukuhkan keyakinan Ida it's time untuk pegi sekolah.

Ida yang tengah mamai bangun tido pun ingat it's time for school. Padahal itu maghrib bukan subuh.
Nana yang pakai baju sekolah merah muka nak tahan gelak.

"Van dah tinggal ke?
Baju sekolah Ida belum gosok ni"

Maka bangunlah Ida menggosok baju sekolahnya dengan muka yang sangat tidak rela.
Time ni bapak dah tak sampai hati tengok Ida. Macam kesian pulak gosok baju sekolah waktu maghrib. Sekolah mana yang bukak pukul 7 malam. Toyol pun pegi sekolah pagi atau tengahari.

Namun Nana yang hardcore telah menghalang bapak dari bagitau Ida it's maghrib not subuh.

Maka Ida dengan yakinnya, mandi, buat itu ini dan bersiap untuk ke sekolah.
Paling best Ida tak perasan pulak langit makin gelap bukan makin cerah.
Time ni Nana, Ecah, mak i semua pegi kedai makan sebab nak bukak puasa. Lupa nak bagitau cerita ni berlaku time bulan puasa. I have a warung near my house. Orang nak get ready order makanan untuk buka puasa, tapi Ida ingat semua orang dah pegi sekolah and mak i pegi keje. 

Siap pakai baju and beg sekolah, Ida pun tunggu bapak kat atas motor sebab cepat sikit sampai kalau naik motor, nak elak jam. I masa ni rasa nak menangis dah tengok Ida. Bergetar sampai bibir i menahan sebak di dalam dada.



"Bapaaak! Ida da siap jomla pegi sekolah.
Eh along siram kebun pagi-pagi. Whaddup A?"

Bapak pun tak boleh blah pegi amik kunci motor dan start enjin motor.
Bergeraklah mereka berdua di atas motor.

Kemudian tibalah mereka berdua ke warung di mana family i tengah menanti azan. Dekat je warung tu. Ida muka pelik kenapa jalan tak busy and kenapa semua orang tak puasa order tom yam dan nasi paprik beserta telur dadar dan juga kailan ikan masin? Apa tak puasa ni?

Kemudian Ida tanya bapak.
"Bapak...kenapa semua orang tak puasa..."
Lalu azan maghrib berkumandang dan semua orang start makan.
Baru lah Ida sedar bahawa itu waktu maghrib.
Muka Ida sudah tidak tertahan lagi untuk memberi pelbagai reaksi. Berlakulah sedikit gusti di maghrib hari. Ecah jadi referee bapak i menghilangkan diri.


Sampai tua pun Ida akan mengingati hari bersejarah tersebut.
Sampai ke hari ini Ida tak akan pernah lupa.
Hingga ke hari ini bila bangun pagi Ida akan check betul-betul jam pukul berapa.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...