Saturday, November 19

Makanan Malaysia di mata dunia?

Macam mana nak start intro ni eh. 
Hmmmm, ok. 
Hai?

Haha gini la i kan bila nak start ibarat pungguk rindukan kucing bertanduk. 
Bila dah start menaip tak reti pulak nak berhenti ibarat lipas kudung baru dapat kaki palsu.
Tak pernah dengar lettew peribahasa hiperbola gittew.

I nak cakap pasal apa eh arini. Oh pasal makanan! Nyum nyum! 

Beberapa minggu yang lepas, RCSI Isoc ada buat Charity Week. 


Antara aktiviti yang dilakukan adalah jual menjual.
There is this one week dimana setiap hari akan ada satu negara promote menu masing-masing and bila dapat untung the money goes to charity.
Bila sampai turn Malaysia, semua pakat masak Nasi Ayam! Nasi Minyak! Banyak lagi lah! Price dalam 3-5 euro which is RM 20. Ah memang i telan tulang ayam tu terusla baru berbaloi kan. Tercekik je minum air pastu dengan gigih berusaha untuk telan lagi baru puas hati nasi ayam 20 hengget. 
Over kau Tyraaa Banks *tetiba tukar nama*

So, camana nak jual kat mat salleh makanan melayu ni?
Last time pernah sekali ada jualan nasi lemak and one of my friends buat announcement dalam lecture hall kat depan orang ramai promote nasi lemak.

''We sell..errr..rice..cooked with coconut milk...it is..errr..actually..steamed rice with coconut..with a few baby fish...errr..and some spicy gravy''


Ok fine baby fish tu anchovies, i memang suka panggil baby fish macam comel.
Tahu tak susah nak eksplain nasi lemak ni camne kat mat salleh.
Nak direct translate tak boleh. ''Today we sell Fatty Rice!''
Bergelimpangan pulak semua orang keluar lecture hall sapa nak makan lemak oih. Orang sibuk nak buang lemak kita rakyat malaysia telan lemak. Bukan itu aje, minyak pun telan jugak. Nasi Minyak kalau translate jadi Oily Rice. Hardcore tak hardcore ni hati kering tahap kemarau 40 hari ni.

This got me thinking. 
Kuih dan makanan malaysia punya sedap tapi kenapa tak boleh laris di pasaran antarabangsa? 
Saya ada jawapannya. Saya putar Halimmm! maka Halim pun berputar-putar ibarat penari ballet dengan tangan ke atas sambil menyebut nama-nama kuih yang sedap.




Ok sekarang imagine i jadi tukang jual kuih eh kat college i.
*sinsing lengan baju*
Tetiba datangla sorang mat salleh baik punya hemsenng berdarah hidung tatkala melihatnya.
Dia nak beli satu kuih ni pastu dia tanya apa nama kuih ni?


Dalam melayunya nama kuih ini adalah Tahi Itik.
So i pun kata this is Duck Shit. Like a boss. Sapa nak makan taik itik ni. Terus dia blacklist i jadi awek dia. ''This girl is disgusting!''
Syahdu gila mat salleh hemseng cakap gitu *bergenang air mata syawal*



Pastu datang pulak yang lain tanya nama kuih hijau ni apa eh?
''This is Bathing Princess'' 
Pehh sexy habis nama kuih.
Terus bulat mata homaigod makan tuan puteri mandi cis kulit putih otak biru.
Kesian Puteri Mandi kena makan. Biarla dia mandi kau nak makan dia kenapa?! kenapa! kenapa!
''How about this?''
''This is Jump and Stab''
Esok terus keluar headline newspaper kat Malaysia.


RCS Ireland : Niat seorang pelajar Malaysia yang mahu melakukan charity work tanpa disangka telah berakhir dengan tragedi. Kuih Lompat Tikam adalah pengkhianat utama dalam kes ini. Mungkin tak puas hati kerana dirinya dijual tanpa rela hati. Ikuti laporan live berikut.

''Saksi memberitahu apabila nama kuih itu disebut tanpa diduga jejaka mat salleh terus melompat lalu menikam beliau! Kejadian ini adalah ibarat rusa menjentik tanduknya sendiri anak kucing pula berlari di tepi kali. Saya Karam Tak Timbul-Timbul dari Dublin Ireland melaporkan untuk TV3''
*tangan turun naik cucuk perut cameraman* 



Disebabkan niat yang tulus murni, esok i jual kuih lagi.
''Hello! what is this?''
''Go Back Apam!''
Terus mat salleh tu balik rumah sambil menangis. 
I pun terpinga-pinga mengapakah beliau berlalu pergi? I nak jual Apam Balik je ni sedap ni.
Janganlah balik rumah wahai Apam Michael. Beli lah beli lah wuwuwuwuuu! T____T
*dan dan je nama mat salleh ni Apam Michael*


Selang semenet datang pulak sorang mat salleh gemok.
''Whats this?''
''Soaking hippo yaawwww!'' *sambil buat muka ceria*
If u smelll lalalalalalalallalalalalalalalalalala gedegang dia WWE i kat situ gak.
Kuar headline lagi glamer i gini.


Saksi berkata:
''Mat salleh tersebut salam faham dia ingat cik tu ejek dia gemok cam badak. 
Nyaknye ke cik tu kena semekdon''  
*sambil buat muka serius kena interview*
( i rasa dia nak maksudkan smackdown di situ)



Ceh ada je kan saksi ni nampak segala kejadian. Dia tukang sapu kat RCSI ni.


Dah bakpe budak ni kena belasah je bila jual kuih?
Esok jual Kuih Bom kena masuk penjara pulak.
Tak menahan tu ada nama kuih Cik Abas Demam ngan Cik Timah Ketor.
Ini kalau i jual kat melayu pun mau dia berguling ketawa esok terus sawan demam terketor-ketor.
Siapa cipta nama Mister Abas Fever ngan Miss Timah Shaking ni?
Are they husband and wife so bila laki dia demam lalu teketar-ketar lah isteri yang bernama Timah ketakutan menjadi balu ditinggalkan bersama anak doploh lima ketul?

So pengajarannya, tolonglah mudahkan kerja i nak meniaga weh rakyat malaysia kenapa nama makanan ni pelik sangat adoinya pun.
Sedap tu sedap tahi kalau gini la eh tengok i teringat kuih Tahi Itik dah tersalah type. Start balik ok. Sedap tu sedap tapi kalau gini la gayanya memang tak mampu kuih malaysia nak berdiri megah di mata dunia.


Mc Donald kalau dapat ke melayu ni mesti jadi Mek Dollah gila tak commercial.
''Where're u going dude?''
''Imma go to Mek Dol to get some burger dude!''
*petir*
Seyes i yang hidung kemek ni memang berdarah telinga la dengar. Mat Salleh hidung mancung macam burung belatuk dia peduli apa. Mek sana Mek sini iklan kat tv.

''Mek Dol's new dinner plate serves with 3 chicken wings and fries! It's finger licking good! Come to Mek Dol NOW before its too late la mek!!!!''


Duuusssshhhh!!!! tumbok tibi sambil buat muka meneran menahan kemarahan tak lupa juga hidung kemek dikembang kempiskan akibat napas dah tak keruan.


So sekarang dah tahu kenapa KFC, Mc Donald boleh dijual di seantero dunia?
Nama they olls commercial la u olls.
Takdanya KFC nak jual French Fries dia bagi nama Gigi Taring Warna Kuning, nak jual eskem Chocolate Chip dia bagi nama Tahi Kambing Bulat atas aiskrim.
Sebab tahi kambing pun bulat-bulat macam chocolate chip. Sapa tak pernah tengok pegi tumbuk perut kambing sekarang sampai dia yak.



Habis kalau gini u nak bagi nama apa pulak kat fries ni?! Muka budak ni pun dah konpius. Nak kata gigi taring pun bukan, bulu hidung pun bukan. Nak bagi nama apa hah? hah? hah?! 
Tetiba emo.


Tengokla jenama luar bersepah kat Malaysia dah bilanya jenama malaysia nak bersepah kat obersi?
Sampai bila kita nak berada di takuk lama membiarkan orang lain berenang melintasi kita sedangkan kita tergapai-gapai kelemasan mengejar matlamat yang entah kemana hala tujunya?
Marilah kita bangkit bersama, mara sederap, berpimpin tangan menggengam erat mengejar impian yang sudah hampir kelihatan bayangnya. Yakinlah, kita juga mampu menghirup teh panas dari piala emas sambil tersengih memperlihatkan gigi emas juga.
Wah habis jaguh pidato bunyi ayat aihhh. Boleh tahan i ni ye. Hikhikhik. Ok fine yang gigi emas tu spoiler.


Sudahla perut i dah bunyi cerita pasal makanan ni.
I nak pegi buat kuih Pop i Ah la kejap. Ha peminat Kpop takyah nak buat muka eksaited la.
Nama melayunya Popiah.


p/s: first time i melukis untuk buat entry, memang cantik pun i lukis takyah nak bangkang heeeeee weeeee wuuuuuu~

Thursday, November 10

''Tiara! hows Raya Korban in Ireland?''







Pengarah MARA Ireland yang baik hati bernama Pak Lan

Kak Najwa kesayangan!

ini kening Ziana Zain, dua-dua terangkat, you boleh ke?

Banner raya yang legend



Meh sini nenek nak korbankan kamu~


Salam Raya dari Dublin, Ireland u olls!



So basically Hari Raya Aidiladha kat sini
 Makan + Amik gambar 

Senang kan i raya tayah kejar lembu. Daging korban ada je tapi bukanla sembelih lembu kat Malaysia Hall tu kang mat salleh tengok bakpe pulak lembu jerit pagi-pagi cenggitu. Dasyat betul bunyi lembu menggeliat bangun tido aih. Semayang raya pulak boleh je nak solat kat Malaysia Hall ramai-ramai or pegi Dublin Mosque. Tapi kan takbir kat Dublin Mosque tu memang sangat lain alunan dia. But ok jela dari dengar kat you tube kan. *bergenang air mata korban*

Disebabkan agak ramai yang tanya soalan ni kat facebook
''Tiara! hows Raya Korban in Ireland?''
so i nak jawab
''HATI i ni yang terkorban sebab rindu rumah''
haha ok jela raya kat sini, siap ada open house lagi! and boleh jumpa kawan-kawan from different universities, macam reunion kecil-kecilan gittew.
Oh by the way, my camera ni suka buat muka i nampak macam tepung i pun tak tau la kenapa mungkin setting camera tu 'tepung scene'. I juga pakai thermal wear kat dalam and kebetulan matahari terik so thats why tak pakai coat, berpeluh pulak nanti. Bukan i ni kulit tebal ibarat kura-kura ye tuan puan? punya hardcore pakai baju kurung semata-mata.

Nanti tolong kemsalam lembu kat Malaysia! jangan ingkar eh, ini pesanan arwah Dolly si biri-biri sebelum beliau pergi, dulu berjiran dengan lembu katanya.

p/s: yea i was kinda sad in my previous entry, thanks to those yang amik berat inbox i kat facebook, comment kat my entry tu apa semua, im ok now, nanti ada mood i up entry yang proper sikit eh. I lap u bery strong la. Muah cikit! :)
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...