Friday, August 10

Taiko Tai kawasan Bukit Setongkol

Nama saya along.

Seluruh keluarga panggil saya along.

Maka sudah terang siap suluh dengan pelita tujuh likur malam bahawa saya memang taiko tai terunggul. Saya ah long Bukit Setongkol, salah satu kawasan di Kuantan. Sape la yang bagi nama tempat Bukit Setongkol ni buat gengster KL gelak je nama tak ganeh langsung. Dahla setongkol, kalau dua tiga tongkol okay jugak. Patut bagi la nama Bukit Berdarah ke, Pak Tongkol The Gigi Besi ke. Whoaa bapakla ganasnyeee, bapak i pun tersedak dengar.

Walaupun saya along yang disegani ramai namun begitu bila saya balik malaysia pada tahun ini gelaran unggul saya telah dicabar. Ibarat hantu cina kuku panjang mencakor mangsa yang lupa tahan napas begitulah sakitnya rasa di hati ini. Kerana gelaran itu telah dicabar oleh?

Adik sendiri.

Perebutan kawasan antara Ah Long, Ah Dik serta Ah Bang telah berlaku. Sangatla tidak patut kerana kami adik beradik tidak harus begini. Air dicincang takkan mungkin jadi air cincau. Dahla kami lima bersaudara sahaja ciput je bilangannya. I ni yang sulung harus mendamaikan keadaan. Bukankah lebih baik ah long ah dik dan ah bang berdamai lalu karaoke lagu dangdut ah ah ah ah ah daun pisang takkan ku lupakan. Kan lebih elok begitu? Tepuk dada kucing tanya dia nak ikan ke whiskers.

Scene investigation.

Bilik mandi.

kawasan ecah | kawasan abang
kawasan ecah | kawasan abang

Sobs sobs ape ni.
I balik malaysia aritu masuk bilik air nampak ni terus rasa nak menangis nanti kalau terlebih kawasan kena simbah cat cemana. Mandi dalam ketakutan tahu. Ini kalau tetamu datang umah nak pinjam toilet, mau tergolek beliau ketawa berguling keluar rumah. Huahahahahaha bilik air kena bahagi kawasan! Huahahahahaahahaha sawan berbuih aku ketawa! Huahaha berguling-guling macam tenggiling! Huahahaha! Ok tak lawak.

Ini serious.

Mujurla shower room ada banyak. Ini adik lelaki dengan adik bongsu i punye shower room dierang share. Paling tak menahan singki pun bahagi jugak.






Ini kalau duduk kat tengah-tengah line pembahagian kawasan, kena gosok gigi sebelah kanan je ke cemana ni? Kira macam nak berus gigi tu berus sebelah jela? Gigi yang masuk kawasan orang tu konpem la takleh gosok ye dok. Bahaye nanti ade orang cucuk perut pakai harpic pulak padah ceroboh kawasan beliau.
Tengok bahaya tak bahaya. Muncung harpic ni tajam tahu walaupun rupa macam manja gitu menyamai itik comel. Nasihat saya, don't judge a weapon by its muncong. Sukahati buat idiom sendiri boleh tahan english edukesyen ah long ni. Mesti dulu Sekolah Jenis Kebangsaan Soley-soley ni.

Namun begitu wang pampasan bakal meleraikan keadaan. Baca notis dalam bilik air ni.



Ahah bagi RM 5 seatel tahu? Eh bukan seatel tapi beres. Namun i yakin tahap dewataraya la beliau nak maksudkan settle di situ tapi dah gengster kan mana main tulis betul-betul. Tengok tulisan pun beliau pancung. Pancung banyak kali pulak tu.
Seatel 
Serram nihhhh! Seram! Tulisan pun pancung, kalau orang mesti kerat empat belas terus ni. Semua simpan lima hengget dalam poket sekarang kalau nak idop lama. Nak makan ketupat raya tak? Nak makan tak? Haaa lebih baik anda semua sediakan payung sebelum jadi ceti, baru style kepit kat ketiak.

My favourite ceti of all time. Payung kat ketiak yeyeeah.

Tapi nak kata dia ganas sangat tak berhati perut tak boleh jugak. Walaupun ganas dalam hati ade taman Babylon tau gangster ni. Tidaklah tamak kawasan sangat seperti yang anda semua sangkakan.

Ini bukan tajuk filem okeh. Adik i memang murah hati berkongsi shower gel. Yang lain semua kena asingkan ikut kawasan kecuali shokubutsu ni lah sebab dierang share ataupun kongsi dalam bahasa gengster. By the way, konsi jangan lupa pancung. Oh sila baca tajuk sabun ni.
Onsen Therapy De-stress and Revitalise.
Kau ingat tak stress ke kutip hutang haaa? haa?! 
*tetibe emo*


Ok sponge mandi tak menahan ni. Tempat letak tisu beliau modified jadi tempat letak sponge. Woha spongebob pun boleh menangis tengok katil selesa cenggini. Double-decker bed siap.

<---- Ecah
  <--- Abang

Tapi difahami jela kena asingkan. Sebab lepas kutip hutang mesti badan kena cat sume kan. So kena asingkan la shower sponge ni. Mana la tahu Ah Dik sensitip ke dengan Nippon paint yang Ah Bang guna. Sebab Ah Dik pakai cat Deluxe je lebih feminin katanya. Warna pink simbah kat pintu rumah sesapa bayar hutang lambat.

Namun i bersyukur jela adik i tu tak bahagikan toilet bowl. Maleh nak imagine kalau kena bahagi. Duduk senget gitu gaya macam entah ape-ape pulak i rasa. Mesti tak berapa nak indah kan? Lagi-lagi kalau tengah cery berry kan.

''Lu olang ketepi semua ketepi! Gua mau langgar itu tauke lemang! Hutang sama gua tapi gua minta bayar bunga sukahati dia bagi bunga orkid pulak sama gua..ken u bilivit? main-main sama gua maaa..ini olang memang sulah terlampaukan dirinya.''

Kasi pancung sikit taiko tai.
Tauke Lemang.
Ewahhhh ganazzz sangat. Serram nihhhh.

Haha bilik adik i yang bongsu ni dekat dengan bilik adik lelaki i.
So thats why dierang share that shower room and she is the ketua. Maka beliau berkuasa untuk memastikan bilik air tersebut sentiasa bersih. Me and my other two sisters have our own shower room untuk dijaga. Tapi takdela notis gini gaya. Ecah yang bongsu tu share dengan adik lelaki i kan, so yeahh lelaki. Sampai kena letak notis oihhh tak bagi kotorkan kawasan orang lain ecah dah tak larat nak kemas gamoknye.
*pasang lagu newboys*
Sejarah bilik air kotor mungkin berulang~~ Ecah tak larat nak kemas dah~~ Oh abangku~~

Tapi tapi tapi penaklukan kawasan adalah yang paling power oleh Ah Ngah. Serious takda sapa berani masuk kawasan beliau. Baca notis kat pintu bilik ni.

Jangan baca tulisan hitam okay. Yang merah tulis ngan darah tu baru taiko tai sejati.
Meh i tolong zoom in.
(p/s: taiko tai berjiwa seni, siap lukis potret orang yang dilarang masuk..ida cantik sekaliiii rambut 3 batang)

amaran! Jangan pegang...

....tombol pintu...

...ada taik hidung...
Okay ayat penuh dia: 
Amaran! Jangan pegang tombol pintu, ada taik hidung
Eh sabar jap ade dialog. Tu nampak tu ade orang tanye ''mana?''
Pastu dia tulis ''eeeuuuu'' so i agak memang ade la kut taik idung. 
Woih memang haku pun tak berani masuk kawasan ni.



Sekian sahaja laporan akhbar Gengster Harian Utusan Metro.

Yang ganas lagi menggerunkan,
Ah Long Tong

Eh macam sedap pulak lontong ni boleh buat berbuka. Ketepi semuaaaa sila bagi laluan kepada ah long nak beli lontong. Gua cocok perut ngan harpic kang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...