Wednesday, August 31

Do you know that...


Intro. Intro. Intro. Intro. Intro.
Boleh tahan jugak intro cenggini.

Hoooyeahh! Malaysia memang awesome time raya!
Nasib baik la i tak terima tawaran Australia, menangis weh pagi raya ada exam. Kenkawan i yang belajar kat Australia, New Zealand sume first paper pagi raya. Memang haku lukis gambar ketupat jela dalam kertas peksa tu, jangan harap nak jawab soalan. What is an inguinal ligament? It looks like lemang. What is popliteal fossa? It looks like ketupat. Habis waktu exam memang basah kertas digenangi air mata dan air hidung syawal. Drama gila.

Ok sekarang nak tanya, sapa pegi semayang raya? Tengok semayang raya kat tv ke? Actually tak kisah la semayang apa pun, tarawih ke hapa ke asalkan berjemaah. Sebenarnya dah lama nak cakap tapi dulu takda blog. Ape yang korang perasan?
Hey tu nenek aku ada bunga merah. 
Ini gambar google, takda kena-mengena dengan sapa-sapa.

Oh ye memang i nak cakap pasal saf.


Ok, first sekali?
Malaysia punya saf.
Serious boleh letak sofa raya sebelah dia. Sofa besar sangat, kita tukar sekuali rendang seiring dan sejalan sikit dengan mood raya. Memang ada jarak pun between saf. Ini semua berdasarkan kefahaman sorang satu sejadah. Kalau takda sejadah pun tapi karpet masjid tu berbentuk kubah memang sorang satu kubah la. Sapa kata semayang dalam kubah ni pahala lebih. Kubah tu gambar je mek takyah nak bernaung sangat di bawah kubah. Korang mesti pernah alami, ke korang yang buat?

Tengok, tengok, kan sorang satu sejadah tu?
Ini pun gamba google.

Oh well, do u know that....

we can move untuk rapatkan saf ketika sedang solat?

Ulang suara, ye betul tu..ketika sedang solat, sewaktu solat, semasa solat.
Bila tetibe saf bocor disebabkan orang keluar saf maybe dia batal wuduk ke apa ke and u pulak dah start solat and orang sebelah pun sama, move bebeh jangan buat muka toya je. Kalau tak silap i lebih kurang tiga langkah gitu la.

Tapi kalau dah tiga langkah still tak rapat saf boleh jela tambah a few langkah lagi, tak pun buat langkah besar sikit masa gerak ke tepi atau ke depan. Tak perlu la langkah sampai gaya king kong pulak ye. Mau kejang kaki tetiba, semayang terkangkang gitu i tak tanggung.

Last time i pernah berkesempatan untuk pergi masjid kat Dublin, namanya Dublin Mosque.

Yes it was a church last time tapi dah ditukar jadi mosque. Macam-macam ada kat sini,
cakap je nak apa, internet cafe? restoran?

Kalau kat Dublin mosque ni kan, para jemaah memang sangat menjaga la saf ni. Dierang akan make sure bahu bertemu bahu, memang rasa la electric current solat berjemaah tambah pulak pak imam nangis sambil solat, yang lain pun bahan nangis sama. Abis air mata air idung sume kuar. Silap-silap boleh terapung segala jenis kopiah songkok, dasyat tak dasyat electric current saf ni.

Just so happen, at the same time i nampak satu fenomena yang di luar jangkauan akal fikiran yang waras. Ayat tak hengat. There is this one mak cik yang degil tak nak rapatkan saf. Orang sebelah kanan dia mula-mula cuit bahu, then tarik lengan tapi makcik tu maintain tak gerak. Sekali dia tarik tudung sampai senget kepala. Orang sebelah kiri pulak tolak dengan penuh bergaya.

Orang kanan tarik kain semayang, orang kiri tolak memang senget habis la makcik tu. Stok Michael Jackson 45 degree punya senget cuma bezanya dia senget ke tepi la instead of ke depan.


Time tu dah start solat pun, imam tengah baca Al-Fatihah masa tu kau jangan main-main.
Macam gaya pasukan nasyid pun ada i tengok senget kiri kanan.
Setahu i la kan, Raihan pun senget ala-ala ditiup angin sepoi-sepoi reti bahasa, mak cik ni punya senget memang angin halilintar tak reti bahasa 45 degree punya.

Suprisingly, makcik tu maintain tak nak gerak jugak. Janganlah orang malaysia hoi. Last-last orang belakang kena tarik gi depan, tengok betapa hardcore dierang menjaga saf. Kita? Ayam yang sedang menyelamatkan diri dari menjadi lauk rendang pun boleh berlari di celah-celah makmum sambil tersenyum bangga. Muka berlagak angkat kening sebelah siap drift lagi. Sebab tak accident banyak sangat ruang untuk mendriftkan diri.



Maka itu, nanti nak solat berjemaah bawak la kuali sebijik, boleh measure jarak saf.
Kalau saf tak rapat, saf tu akan putus, so takda maknanya semayang berjemaah ye dok? Bawak je kuali tu, rendang takda pun takpa. Kalau muat kuali tu, ape lagi tarik je telinga orang sebelah. Eh jangan wat gitu, nanti dia tumbuk perut sampai terkentut kan dah susah tu batal wuduk. Tarik je bahu dia dengan penuh kelembutan. Kalau degil gak, suruh orang sebelah tolak tapi jangan la sampai tergolek pulak. Itu dah bukan solat berjemaah dah tu, itu bergusti namanya.

.

Saturday, August 27

Yes, im still alive

Whoaaaaaaaaaaaaa!
Lama gila tak update blog oih!
Dekat 2 bulan ada kut?

Paling terharu followers bertambah walaupun blog tak berupdate malahan ada 17 ketul entry semata-mata. Cis memang blogger paling loser la i ni. Tak pe lah lagipun i baru je lagi so nobody cares ye dak. Korang pun bukannya perasan yang i dah lama tak update ye dak. Eh kan semua dah tersedak, ye dak?

Maka di kesempatan ini, i nak mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada dua orang readers i yang masih setia, iaitu diri sendiri dan ibunda kesayangan. Woha! readers lain sume dah lari. Jikalau 584 followers blog ni perggh ayat jikalau. Ok sambung, jikalau 584 followers blog ni secara tak sengaja singgah kembali, i nak cakap...
Selamat Hari Raya I Lebiu Readers.

I sengaja nak bagi salam perantauan awal sebab nanti hari raya sume tak layan blog dah sebab busy nak kutip duit raya. Disebabkan i tak rajin nak anta gamba kat sorat kabar, maka i antar gambar kat dalam blog je la diiringi semangat yang berkobar-kobar!

Tadaaaa!



Diharap raya kali ni akan lebih bermakna, pergi ziarah sedara mara okay, jangan nak gi tengok wayang pulak cerita Karipap Popia Keropok Cinta. Wah cerita baru. Moga korang semua dapat banyak duit raya. Bagi yang dah tua pulak pandai-pandailah hulur duit raya. Lebih pun takpa, minyak dah naik harga sekarang, pen dengan buku makin mahal. Eh memang ada kena-mengena, i pakai pen dakwat petrol tahu, kalau tersalah tulis tak yah liquid, bakar je terus.

By the way, maybe nanti i akan update blog. Justeru itu bagi mengelakkan feeling syok sendiri, sekarang i nak tanya ni.

Blog i ni still ada readers ke?

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...