Thursday, July 7

PS. I LOVE YOU film locations! kita terjah!

Hari ni i rasa tension, serabut kepala, putus asa.
Maka dengan itu i nak update blog sebab i tak rasa nak buat menda lain selain dari update blog ini sahaja pada ini hari okeh. I nak berjalan2 melalui blog ini pada hari ini. Apehal ayat cam mabuk minum ketum ni. Oh lupa otak i kan tengah berakar serabut, berdaun selari.


Entry: Ps I Lap You Very The Strong
Mood: Jiwang karat gila 


Intro ayat novel sikit. Ehem ehem.
Aku duduk termenung di jendela memerhatikan hujan renyai sepoi-sepoi bahasa. Perutku masih belum terisi dari pagi tadi. Cacing di dalam perut sudah pun memulakan tarian poco-poco bagi menghilangkan kebosanan sementara menunggu makanan. Tatkala melayan perasaan tetiba mat salleh mabuk backhand pintu rumah dengan kuatnya. Cis hampeh punye mat salleh! Sumpah hatiku. Tiba-tiba sesumpah warna ungu campur hijau pun lalu sambil mengangkat keningnya. Mungkin dia ingat aku panggil dia. Ahh aku tak peduli itu semua lalu aku menelefon kawan-kawanku. Geng, jom kita pegi jalan-jalan kat Ps.I Love You nak?
Maka kawanku dengan segera bersetuju, lalu kami pun pergilah ke film locations itu.


Pergggh ayat novel paling mengarut aku pernah baca. Berdarah hidung.


Ahli-ahli wonderpets ireland yang terlibat.


Bagi yang tak tahu apakah PS. I Love You, meh sini i nak bagitahu sikit. Its a novel written by Cecilia Ahern, an Irish writer which then turned to movie by Richard LaGravenese. Cerita ni sangat romantic and sedih tahu. It is a heart-breaking story of love, loss and life-changing letters. Watak utama ialah Gerard Butler as Gerry and Hillary Swank as Holly. By the way, Gerry yang ini bukanlah Garry si siput Spongebob, Garry yang tu awek pun takda tahu miow bila lapar sahaja malah sering menggigit Squidward. Lagi pulak takkan la Holly paham surat yang siput tulis, mesti penuh dengan lingkaran je macam cengkerangnya. Ah sudah i dah nak mula merepek dah ni, ok kembali kepada sinopsis.


Gerry ni suami kepada Holly di mana setelah dia mati akibat cancer, Holly still rasa yang dia tu cam idup lagi. Gerry wrote Holly a series of letter yang akan sampai ke rumah, all ending with P/S: I love you di akhir surat. Bila birthday Holly, Gerry dah siap rakamkan suara untuk wish birthday kat isteri dia. Gerry even arranged for Holly and her friends to travel to his homeland of Ireland. Nak kata Gerry dah prepare semua la sebelum dia mati. Holly sedih campur happy but with Gerry's words as her guide, Holly slowly embarks on a journey of rediscovery.


Sudahla tu ceritanya, nak detail gi baca sendiri atau tengokla movie. Tapi apa pun novel lagi berganda-ganda best la dari movie. As alwayssss.

File:CeceliaAhern PSILoveYou.jpg
Ini novel

 Ini movie

Alang-alang dah menyeluk pekasam biarlah sampai masam ye dak? So memandangkan kiterang dah memang ada kat Ireland and kebetulan suka dengan novel ini maka kiterang pun pegi la melawat film locations dalam movie tersebot. Kat mana tu? Wicklow, Ireland!

Haruslah anda tahu ye ahli lelaki dalam group ini cuma bawak camera besar gedabak punya semangat tak hengat namun bila ditanya ko tahu tak kita nak gi mana? Aloh aku tahu la ni tempat movie PS I Dont Know The Movie kan? Garry si siput, sila gigit kepala mereka.

Perjalanan ke sana agak memeningkan kepala kerana naik bukit, jalan bengkang bengkok macam ular tengah menggeliat akibat sembelit. Sampai je atas bukit i pun muntah berjemaah dengan sorang minah salleh, nasib baik ade geng. I pandang dia, dia pandang i, lalu terus muntah lagi dan lagi dan lagi dan lagi sebab makin loya tengok muntah orang lain. Macam entah apa-apa pulak i rasa. Kebetulan dalam ahli pengembaraan ni i ada bawak Robin Hood sorang. Dia ni bercakap melalui ekspresi muka, i rasa korang boleh paham jela bila tengok muka dia walaupun dia tak cakap apa-apa.
Tu yang kat tengah tu, sudah terang tak payah suluh dah dia nak bagitau yang i muntah.
Yang ni pulak? Ace teka? saya mengantuk? salah!
Robin Hood tengah kata, ''Aweesome scenery.....''

Kedua-dua gambar ni di ambik kat tasik, where Holly and her friends pegi memancing.
Cantik gilaaa kan?

Oh lupa nak bagitau, i had stye aka ketumbit masa gi jalan2 ni, so mata i cam kecik sebelah, jangan nak kata i gatal kenyit mata all the time la ye.


Si mata kecek.
Seluar bercahaya sebab takut sesat, bukan sebab terkena air wuduk ye nak dapat nur segala.

Cinta pandang pertama antara Gerry dan Holly adalah di Wicklow National Park. Holly was lost, Gerry cam selamatkan dia la, hero gitu. This is the bridge yang dierang lalu dalam movie tu! Awww! eksaited mak nak!!


Tengok ni siap pakai glove Holly lagi you...
Sama kan???!!! 

Yang ini pulak area di mana Holly tengah pegang peta. Tapi dalam movie tu kan ada bunga warna purple, time i pegi ni da nak masuk summer, so bunga dah nak mati semuanya. 

Yang warna macam rumput gelap sikit tu kawasan yg sepatutnya berwarna purple.

Dalam banyak2 tempat, trip ni tak bawak kiterang pegi pub yang Gerry nyanyi untuk Holly tu, macam kiciwa la sikit. Tapi yang paling bestnya, Whelans Pub tu sebenarnya kat belakang sekolah RCSI i je senah oooi. Itu pun tour guide yang bagitau i. Selama i kehulu kehilir jalan kaki nak ke kelas lalu depan pub tu i tak perasan langsung. Tapi kira bagusla kan, itu tandanya i tak layan pub, pandang signboard pub pun tak, apetah lagi nak masuk. Eh mak, lepas nafas lega nampak.

Selain dari filem Ps I Love You ni, Wicklow jugak adalah location untuk movie Braveheart dan banyak lagi la movie lain. Wicklow ni jugak merupakan satu tempat yang cantik malah sangat tenang aman dan damai berudara segar. Meh kita usha gambar.


Bunga daisy bersepah kat tanah! Bestnye!





Setelah berjalan-jalan dalam hutan...tiba-tiba.......

Korang teka la kenapa, mungkin juga Robin Hood kita ternampak 
kura-kura dan Garry si siput tengah berlumba .
Kemudian.........

Robin Hood lapar agaknya.
Maka i pun cepat-cepat...

menyamar jadi pokok supaya Robin Hood tak kebas makanan i.


Pastu.....


Robin Hood pun merajuk lalu mengadu kat ikan duyung di tepi tasik.
Tetapi.....

i buat selamba mencangkung je sebab ikan duyung 
tak mungkin ke darat untuk kerjakan i 


Ah sudah, jadi komik la pulak. Ish makin merepek la i ni bila mood tengah kiok.
Apa pun Wicklow memang satu tempat yang best la untuk release tension, bukan jadi tempat untuk berlakon je. Banyak lagi gambar cung melecung macam mercung yang i nak share tapi cam terlebih banyak pulak. Ok lah sebelum i merepek dengan lebih teruk, elok lah jika i berhenti sekarang. Pegi join cacing menari poco-poco lagi tenang. Semoga berjumpa lagi pada siri jalan-jalan akan datang. Ok la i nak pegi makan kerang. Eh bila baca balik macam pantun pulak.


TAMAT

Entry jiwang karya:
P/S: I Love You Readers!
So berapa ramai yang like movie ni? =)

41 comments:

Ayeem Jemain said...

sungai best! cam nak mandi!

Nurhasliza Jeffry said...

Nothing to say. Just LOLOLOLOL!!

MERAH said...

Cantiknya Tiara !!
Eh silap, cantiknya scenery, Tiara.haha.
Untungnya dapat berjalan bila duk belah2 europe ni :D

Anonymous said...

aku nak royalti. k thanks.
-robin hood-

Tiara Fazlin said...

ayeem: mandila jd ais teross..hihi

nurhasliza: hehehe

merah: mai la dtg sini!!

ROBIN HOOD: eh robin hood comment la!!!!! awwww!! eksaited gileeee!!!!!!!

Maya Lisa said...

ni yang jeles dengan tiara ni....

jeles sangattt^^

Maya belum dapat lagi pergi melancoonggg ...

tuggu lah nanti maya pergi !

efah said...

dah tengok ini ceritaaaaaa !!!!!!!!!!!!!
weeeeeeeee ~~~~~~~~~
^_______^

*lompatsampaisiling*

kembatolo™ said...

mengarut sakan nampak? hahaha.
btw, cun gila noks!~ =P

Tiara Fazlin said...

maya: da pegi nnti share2 la kat blog ye!=)

efah: best gileeee kan dpt suami romantik cam gerry tu!!

kembatolo: mengarut sakan ye? hahahah jom gi makan kerang!

hanjila said...

waa...seronoknya tiara jln-jln. thibur bca entry ni. ayat, gmbr, smua best...^-^d

pandangkedepan said...

wah...kehijauan daun yg sepoi2 bahasa....:P

Aujinz said...

nak join! nak join!

Tiara Fazlin said...

hanjila: nnti u boleh la honeymoon kat sini!=)

pandangkedepan: haha perli nampak..=p

aujinz: jom join! jom join!

ascil.punye.lah said...

eiiii honeymoon kat sini cam best je.
p/s untuk bakal suami,sila kumpul duit banyak banyak.bawak aku satu pamily pi sini=p

wan nurfazliyana said...

tiaraaa! ak bwu ad ksmptn, dan tau ko ada blog. lmbt tol akuh. folo lah ak:) iwannabelyana.blogspot.com

wan nurfazliyana said...

aku dh lme ada. dr dlu sign up. tp xpost2. jrg gle update. mls nk tulih. tara, ble ak nk mai ktn nih nk mlwt ko. hehe. ak keje..xtentu masa..

fifitiez said...

kekekeh..suka baca blog tiara ni.mesti saya gelak-gelak ajer..tapi tiara jarang updatela..updatelah selalu.saya ni salu mengharapkan tiara untuk buat saya gelak tau..

NaEl said...

cantiknye tempat tuuuu. Kite pun suka movie ni. Sedihhhh :D

Tiara Fazlin said...

ascil: amboi da siap bg reminder kat bakal suami ha..tp p/s u lain sikit, bkn p/s i love u..hehe!

wan: dtg je raya nanti, aku raya kat msia..=)

fifitiez: aloh..sorry la i jarang update..i ni part time blogger je..hidup i ni busy, kelam kabut..hehe u jangan tnggu entry i nnti rasa lama, buat tak tahu je ok?=)

Nael: kite pun suke! kite nangis! isk3!

wan nurfazliyana said...

okeh:) good la gitu. aku pulang ke ktn, dlm 4sept. so around tuh aku visit umah ko skli. mybe nexye ak dpt greenlite bwk keta. snang la nk terjah umah ko! hehe, btw, ko cuti smpai bpe sept? ko maila kl..

.:Farah Liyana:. said...

tiara........... i jealous okay! by the way cantik gila tempay niiiiiiiii ;)

ascil.punye.lah said...

kak tiara:memang lah lain sikit.tak main lah romantik romantik.i lebiu konon.kalau p/s:i nak duit u,sedap jugak dengar kan?heh=p

jom follow blog kite.

ANISA said...

wow bestnyer....yg part ttbe ada komik tu kelakar jgk...
citer ni best giler..w/pun xtgk lg...just taw dari novel...

Helmi said...

movie ni best.. =)

hamzah ian said...

wah.. bestnya dapat pegi sini.. aku ni g obersi pun tak pernah.. sobs

Lin Kamila said...

cantiknya scenery!! cantiknya awak!

I A__M said...

oke i like its

Naddy said...

sangat cantik!!!!!!!!!!!!!

haasyaa said...

Bestnya duduk Ireland. I have my ambition, i want to be doctor and study dekat Ireland. How luckily you can go there. Btw you're so cute :3

rathiqah azmira rosli said...

1st

awak comel dan cantik.my godd!!flawless gile


2nd

pesal duk ireland.jeles.hehehe

micah aje said...

comel sgt....

Maya Lisa said...

tiara tiara ^^ nanti Maya pergi sarawak.. UNIMAS. ingatkan nak sambung study kat luar negara jugak macam tiara, tapi... takde rezeki...


ekceli, nak bunga daisy............ sgt sgt.....

Far8 budak baik said...

seyes cantik gileeee..
x pyh nk pandang i pandand u
sgt lah kn...
hahahaha..
ayat kelaka..
x ley belah tol =)

adibHISHAM said...
This comment has been removed by the author.
adibhisham said...

Far8 aku setuju..
X yah nak u pandang dia, dia pandang u laa..
hahaha..
geli siot perot..

ENCIK TIKUS said...

berdarah hidung gua bila tengok muka lu lama-lama.. arghhhh..

Sarkasiz said...

argh..terlalu kiut..gambar gunung tu..keh3x

hAniEy IzhAr said...

nice place!!

luqmal hadi said...

PS I Love You. Aok dok pergi rumah Gerry ke?
Braveheart. Ingatkan berlakun dekat Scotland.

Anonymous said...

Today is good weather, isn't it?

Leena (cenccia) said...

lawanyer gambar tuh ! wahh ! best nyer ! *sy pulak yg terlebih teruja nih.. hehe.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...