Sunday, July 3

Banyak yang dah berubah

Hello and assalamualaikum! Rindu i tak? Hehe. Excited ada kat msia sampai takda masa nak tulis blog.
Soooo, hows malaysia treating me?
Tengok gamba pun u all dah boleh tahu rasenya :)

Perbarisan haiwan laut yang telah terkorban di medan dapur. Sila bangun tabik hormat sambil menitiskan air mata.

Eh lilttle mermaid pun ada? Kanibal sunggoh.

Oh yea i feel so melayu again. Sambal belacan is in the house bebeh! Petai pun! Cepat pakai cawat besi yang kedap udara supaya angin petai beracun tidak tersebar dengan ganasnye! Ha tengok, tikus tu da sawan berbuih u terlepas sedas dua. Takyah nak buat muka tak bersalah sangatla. Control la sikit. Kesian dia baru je nak gi dating jumpa makwe.

Sebenarnya kan, i rasa cam baru je bulan lepas family i hantar i kat KLIA untuk fly ke ireland. Nangis2, peluk2, nasihat2 tapi actually dah lama jugak la i tinggalkan Malaysia. Masa memang cepat berlalu. Banyak jugak yang dah berubah. That day i baru je merewang kat bandar. Boleh tahan jugak la beraneka jenis bangunan yang baru tumbuh macam cendawan celop tepung.

Ape je yang dah berubah ni?

Adik-adik i. Dierang semua da makin sihat rupanya.  Kalau nyamuk gigit pun boleh patah hidung nyamuk tu bagi menggambarkan kekentalan badan.
''Mak kenapa ada selumbar warna hitam ni kat lengan ni!''
''Oh tu bukan selumbar, tu idung nyamuk. Semalam dia nak hisap darah tetiba idung dia patah lalu tercabot''
Dalam skype nampak macam normal je. Ini konpem tahan nafas sepanjang berskype. Abis skype je semua lepas nafas. Eh adik-adik ku, along tak sebut nama ye. Gi timbang diri sendiri atas dacing, kalau patah riok dacing tu, sapa makan tom yam terasa la serainya.

Well, bukan itu sahaja, adik-adik sepupu i pun semua da makin besar, da makin tinggi, yang lelakinya da makin teruk sakit tekak tu bila i dengar suara dierang. I da bagi sepuloh paket strepsils tapi kasar jugak suara tak reti nak sembuh. Ni mesti baca doa makan tajwid tunggang-langgang sebelum bedal strepsil ni. Kan syaiton da kebas, sebab tu tak berkesan. Entahla, i always thought dierang ni kecik2 je lagi, memang selalu kecikla di mata i. Kalau boleh i nak dierang jadi kecik je selalu, bukan best pun bila jadi besar nak peluk cium sume gi lari. Cis.

Antara banyak2 perubahan, yang paling i cannot go is the part when budak kecik tak kenal siapa i. I paling sukaaa baby tahu tak. Tapi bila i dukung dia nangis sebab bagi dia i ni cam bangla pam minyak kat shell depan umah. Yela sebelum i fly dia still dalam perut mak dia, sedih woo tak dapat jumpa masa baru lahir. Kat facebook pulak orang sibuk duk tag gamba dia yang makin membesar. Bila da sampai malaysia excited nak jumpa tapi dia buat i ni macam tak wujud. Memang betul-betul ada rupa bangla ke i ni? Tacing gila sadis gila. Dahla comey bangaaat sepupu i ni. Sakit hati sakit hati sakit hati sakit hati sakit haaaaaaaati. Meh sini i nak compare size dia sebelum i pergi dan selepas i kembali.


Sebelah kiri tu size dia sewaktu masih janin. Sebelah kanan tu size dia yang terkini.
Karpet bulu tu bagi menambah effect suasana dalam rahim.

Bagi menambahkan lagi kesadisan dan ketacingan jiwa raga, i ternampak pulak gitar kesayangan i.





Up close sikit. Sentap hati mak nak.


Oih tu bukan hingus, tu gam gajah adik i tepek. Hingus kurang kuat cengkamannya. Wah adik, kakak tak perasan pun gitar patah. Pandai la adik cover.

Bagi menambah-nambahkan lagi ketacingan, tuner gitar i pun dah musnah. Apa lah nasib ibarat terbersin di tangga. Tapi takpa, kakak tetap sayang adik. Haa ape lagi tolong la click nuffnang i, nuffnang ada 4 hengget nak beli gitar plastik pun tak lepas.

Selain itu, bandar kuantan pun da banyak yang berubah. Bangunan baru selambak. Tapak yang dulunya hutan semak samun sekarang da jadi kawasan perumahan dan perkedaian. Bila pokok sume da innalillah, cuaca jadi makin panas. This is tak best bro, tak best bro. Tapi nak buat macam mana, semua pikir untung. So? Apa yang korang terlopong lagi depan laptop ni? pegi la tanam pokok depan umah sejukkan bumi ni sikit. Kalau malas sangat gi tanam taugeh pun boleh. Tabur je dalam kotak tisu tu pastu siram air. Hydroponik kekdahnya. Eh yeke eja cenggini.

Huargggh! i ni selalu berniat nak buat short entry je. Tapi mesti jadi panjang beroti jala. Actually korang baca ke tak bila i type panjang2 ni?

Ah lantak, i nak type lagi.

Secara kesimpulannya, i akan cuba untuk terima segala perubahan yang berlaku. Eceh macam la alien invade Kuantan ni ubah semua benda. Tapi i nak bagitau, dalam banyak2 perubahan yang berlaku cuma satu perubahan ni je yang buat i jadi serabut kepala bila memikirkannya.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Nenek i join military. 


Fire! Fire! Tatatatatatataa!! Ha elak cepat elak!
Ekspresi wajah agak kurang bengis di situ ye, mungkin gembira kucing kesayangan beranak kembar lima.

So, korang rasa lebih selamat ke negara kita sekarang? Terus terangla i memang sangat yakin. Tengok gaya pegang senapang pun dah tahu betapa berkalibernya askar baru ni.

p/s: adik i snap gamba ni masa i kat dublin, hampeh punya cucu. Tapi apa pun nenek i yang terpaling cool.

.

32 comments:

ღ p!nk veLvet ღ said...

i baca entry pjg ni walaupon sempot gaq mcm sepah, ahaks~~

tat baby mmg cute gile ... rugi kan die tak kenal u? hahaha~~

Anonymous said...

lawaklah. yang part baby 2 comel kelakar:>

izz zara said...

haha, xpenah bca blog ni xgelak... harus gelak haha

kembatolo™ said...

pheww.. alam realiti pon macam ni jugak ke? potpetpotpet? gahaha

suk said...

ada jugak terbau2 hancing masa baca entry ni. ha3. feveret tu udang masak ssmbal petai. terliur je tgk.

afiq said...

honestly super sengal kat part tikus x sempat nk g dating...
u mmg pak lawak la...hahahhaha

Tiara Fazlin said...

pink velvet: yea mmg sgt rugi..sedih woo..isk2!

anon: baby tu mmg sgt comelll!! geram nak penyet2 je!!

izz zara: waaah i buat u gelak..hee~

kembatolo: haha sempot bc entry ni eh? realiti i pemalu la..hiks!

suk: gempak btol kan entry boleh produce bau..hehe udang sambal petai? tgk kiri kanan ade tikus nak gi dating ke x..

afiq: haha pak pun pak la..=)

Muhammad Al-Afiq said...

hey tiara kita baca sampai hbis la ur entri..dun wori kalau tulis pnjg2 pun...sumpah sempoi & lawak...bdk medic Ireland awalnya balik m'sia..kitaorang kat egypt ni masih lagi exam...so sad... btw nice blog..keep it up girlz

myra ashrul said...

sedapnye makanan makanan kat atas tuh .
selalu tunggu entry baru sis tiara sbb nak gelak guling guling . kelakar !

Tiara Fazlin said...

al-afiq: haha mujur u all baca smpai abis, xdela syok sendiri type sorang2..hiks! hm,kiterang blk awal eh?mybe musim xsama kut..

myra: mmg sedap, makan sambil nangis tahu..hehe mekasih sbb rajin tunggu..i ni dahla jarang2 update..=)

CF said...

mak ai mknan,, mcm nak smbut menantuu.. hahahaa. lapo weyhhhh!!!!

Raden said...

no matter how is ur entry, i wil read it til d end. opss..mane jajan dr ireland??? ggrrr!

ern elyna said...

entry panjang mana pun ta kesah kalau best camnie. rasa berbaloi walaupun mengah duapuluh-empat-saat. HAHA.

.Gory. said...

Pergh, ni cakap cakap pasal rahim sensitif ni. Ngilu.

Anonymous said...

hessyh US military pun leh kalah nie nek..shoot lg nek.aman & harmoni bkt setongkol..haha!

Anonymous said...

u relaks gile xde pun nak tepek gambar kt stiap pnjuru blog, kat stiap entry..padahal u cun jgk ape..relaks,cool je,entry pn bkualiti..suka la u!

kamal said...

aku stuju kilak ngan anon atas nieh....keep it up tiara!

Botak said...

entri ni mengandungi unsur² keganasan, kerakusan dan kepengotoran., untuk bacaan 50tahun keatas je., hahahahaha.. :))

btw., makanan tu untuk sorang punya makan ke, atau segerombolan manusia lapar punya makanan?? tertanye-tanye., hahahahaha.. :))

Tarmizi Abd Rahim said...

hahaha sempottttttt...
peace!!

fluffy said...

hahaha...entry lawak...berguling2 dah aku.. mengalir2 air mate.. :D

bUdakTemBam~~ said...

klaka la,, wat la entry baru lg...suke2x....

pandangkedepan said...

ahaha...anda berseni....tergelak tgk ayat "suasana dalam rahim"...

Nobita Sensei said...

terliur pulak tengok ketam tu.

Shahbri said...

hehe.. bnyk tengok maharajalawak nie.. papepon best lah.. follow saye ek .. :)

jieha nasir said...

setujuu gilaa ngan anonn atas kamal tuh. sis tiara mmg bestt.. cantik pun cantik.. lawak punn lawakk.. plingg bestt laa sis tiaraa.. heheh ;))

Saya said...

laparrrrrrrrrrrr :))
http://iamsaya.blogspot.com/

Lilianna Mardiana said...

Perghhh ketam masak lemak tu serious buat meleleh air liur I hokey!
Haha btw nenek you cool gile! ;)

Aujinz said...

keh keh keh... haaaaa sempooootttttttt...

tu diaaa aihh.. bersepah haiwan laut yang terkorban..

hamzah ian said...

cool la nenek.. hehe

Anonymous said...

panjang berjela pon ttp kami bace. lawak la blog nie. cool sgt.

Dragon said...

eh...u da blik malaysia t,tros join sepah raja lawak yek..mmg ade bakat r..hihi

Asyraf kamarol bahrin said...

Lagi panjang you menaip l
Lagi berair2 mata ni
Klakor tau xklakor
Hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...