Thursday, June 9

Kau ingat hidup bujang tu cool?

Tajuk entry tak hengat.
Bunyi macam seorang bapak tengah tulis surat layang untuk anak yang suka merayap.

Taiyub Pin,
Rumah atas angin,
Kerajaan atas langit,
POBOX 999.

Kehadapan anak ku Taiyub. Balik sekarang sebelum bapak yoga. Bla bla bla. Korang sambung la. Cuma part Taiyub tu make sure suara berbisik sikit. Budak ni tauke kurma ni.

Just so u know, i'm just done with the exam last week, i was expecting myself to be happy lompat katak after segalanya tamat. Tapi bila abis je last paper, lompat entah ke mana katak pun entah ke mana. Mungkin katak pengsan lepas jawab exam tadi maka tak boleh teman i lompat-lompat.
So dengan hati yang lara i pun balik la keseorangan sambil mengenangkan apa yg ditulis dlm paper tadi.
Susah sampai Shin Chan pun buat tarian punggung masa jawab.
Sedar-sedar rupanya i dah sampai umah, naik bilik, bukak pintu.......amagaaad! bila masa pulak bilik aku jadi tempat shooting geli-mat-mat-mat-kasi-murah-kalkulator-incik taboooo-kangaroo-patahkan-shinguard-amar?

Cantik gila kan masa mula2 datang? macam bercahaya je dengan sinar ceria. Semut pun
segan je nak study kat meja kontot camtu.


Namun langit tidak selalunya biru kadangkala ia kelabu.

Bangun terus study, study terus tidur.
Seronok betul hidup.

Ini kalau hantu kak limah bersalin kembar lapan belakang langsir pun mungkin i tak sedar ni.
Tengok tu selimut pun lipat dua je, nota berselerak,  huruf  'T' pun da layu. Takpe nanti balik Malaysia Ecah buat semula yang baru untuk along ye? Puji sikit comel betul adik i ni.

K sekarang nak tanya, korang rasa hidup bujang ni best ke tak?
I tahu ramai je budak2 sekolah yang tak sabar nak abis sekolah. Nak experience university life. Hidup bebas, tak nak duduk bawah ketiak mak, nak keluar umah sesuka hati, tak nak dengar mak ngan bapak berleter. Dahla time tu darah remaja baru nak mengalir, semua serba tak kena, kan?
Baik mengaku! (segala contoh tu bukan i )
Well, let me tell you this. Hidup bujang tak cool tahu? Especially bila u tengah nak exam.

Sebagai contoh, kalau bilik cam kapal pecah ni mesti mak i berleter suruh kemas, maka secara tak langsung terkemas la bilik ni. Kadang-kadang i rasuah adik i. Sekali kemas bilik, i bagi Ecah singgit. Ecah 50 sen tu Azean Irdawati. Ini adik i yang masa tu baru darjah 3, seringgit tu besar bagi dia. Kenkadang Nana yang kemas. Nana tu bukan bibik, adik i jugak. Irda adik i jugak tapi kena rasuah lagi mahal daripada Ecah. So i jarangla guna khidmat dia. Ecah paling murah la setakat ni.
Tapi kini i hidup bujang i rasa macam tak cool bila semua tu takda.
I pun tak tahu nak belasah sapa sekarang ni. Selalunya bilik i kemas sendiri je cuma part belasah tu macam nak warm up sebelum kemas biar adik mintak tolong kepala kena kepit sambil idong dicucuk dengan crayon. Adik lagi sorang tepuk lantai sambil meniarap pastu kira 1, 2, 3 then bunyi preeetttt! Aku menang first round terus berdiri cium tali pinggang bapak lantas buat muka berlagak sangat menarik perasaan ini ye siapa ada adik dia paham.

Lagi ramai adik lagi ramai referee.

Dalam 3 kali cium tali pinggang boleh dah start kemas bilik.


Next.....
It is time of the year again where everything goes haywire.
Korang tau la kan kualiti hidup memang terjejas la time exam ni. Tido merepek, makan merepek, belajar camna cara-cara nak buat kerepek. Paham je kan. So sejak i hidup bujang ni i rasa segalanya makin bertambah sedihla pulak. Tahap teruk tak jaga makan sampai i muntah kuning sebab perut merajuk. Muntah pulak 30 minit before jawab paper. Kesiannya kat diri sendiri. Padan muka pun ye jugak.

Serba sedikit tentang rutin harian pelajar rantauan.
Pagi i dimulakan dengan turun ke dapur untuk menggeledah makanan. Tak yah nak check meja makan sangatla dah confirm takda apa-apa. Kalau kat rumah paling teruk pun ada la jugak cebisan roti canai paling koman pun ikan bilis nasi lemak terselit celah pinggan.
Tengok, baru intro pun da sedih. Sila sediakan tisu sekarang.
Apa nak buat ni bila makanan takda?
tanpa membuang masa i terus melukut di tepi gantang bersedia untuk buat pengumuman. Ehem ehem.
''Hoi ulat beras! Bangunlah sebelum kamu dibangunkan! Kesat taik mata,lap air liur basi i nak masak nasi ni!''
Boleh tahan. Ada ciri-ciri ibu mithali jugak i ni kan.

Lepas dah basuh beras kena pikir pulak nak masak lauk apa.
Kadangkala di saat genting sebegini semua student nak kejar masa. Nak mandi pun bawak jam loceng, kalau boleh time memasak tu jgk nak menulis. Gile stylo kepit senduk kat kaki, tangan pulak pegang pen. Ini memang kuak lentang gaya kucing lemas kalau kaki goreng sosej, tangan kanan buat nota, tangan kiri pulak bancuh coffee. Memang sangat lengkap lah kriteria untuk jadi Super Clock Woman dengan penuh gaya memakai costume baju kurung gambar jam banyak-banyak. Hambik kau heroin baru bersara terus Batman.

Apa nak buat ni kalau tak nak makan sosej tiap-tiap hari?
Well, i did cook nasi goreng for lunch but nasi goreng tu untuk 3 hari punya stok.
Kesian tak weh. Ini namanya masak secara pukal. Budak oversea memang selalu amalkan, mana nak cari kedai mamak kat sini? Itu jela cara yg paling cepat. So when im sick of it, guess what is the best super fast option? Nasi dengan telur dengan kicap.
Nasib ada kicap kat sini, kalau tak? Makan nasi cicah salji? Sila kesian lagi sekali.
Tapi sebenarnye i bersyukur je, orang susah lagi kesian kan, orang palestin sana tu. K la, tak yah kesian kat i lah.


Pinggan corak lembu bagi meningkatkan imaginasi tengah makan daging. Sedap betul daging masak kicap ini pedas boleh tahan ada cili seketui segan dimakan ditanam tak mahu. 
Nama resepinya adalah 'Tiara Tak Rela' 

Selalunya kalau da abis makan kat umah, i akan berebut untuk basuh pinggan dengan mak i. Huahaha. Eh seyes ni. Tapi sejak i hidup bujang ni i kesunyiaan. Dah abis makan i terpaksa bercakap dengan lemari es, berlakon berebut basuh pinggan bagi mengubati kerinduaan. Ini tidak cool. Lemari es tu adalah almari ais aka fridge. Ni bahasa jawa celop korang apa tahu? Jawa betul gherobok kalau tak silap.

Eh nak tengok meja makan i tak? Inilah meja makan orang bujang. Tengok, tudung saji pun takda.


I ingat balik malaysia nnti nak beli tudung saji Siti la. I dengar tudung saji ni bagus. Bila lalat datang dekat secara otomatiknya lagu Cindai akan dialunkan. Tapi yang ni upgrade sikit.

Cicak di sana~~ Aku tak berkias~~~ Lari lah lalat~ Nanti cicak makan~ 
Ewaaahhh~

Oke perenggan baru.
Wahai sidang hadirin yang dihormati sekalian,
sekarang i nak tanya pulak kalau kat rumah siapa yang selalu pegang remote tv? Betul tu.
Mestilah pengawas ruang tamu yang berkain pelikat dan tak pakai necktie. I selalu serabut bila bapak i tengok berita kat tv. Sebab dia akan cop remote awal-awal so i dengan adik-adik tak dapat nak tengok Shin Chan mahupun Doraemon. Sapa je yang tak serabut kalau jadi cenggini? i jadi tak tentu hala oke. Kenkadang rasa nak tekan je main suis kasi blackout satu rumah. Baru adil dua-dua tak dapat tengok ye dak.

''Along! kenapa takda letrik ni!'' kata bapak i sambil cari lilin.
''Sebab ini adalah karma bapak tak kasi along tengok Shin Chan berguling-guling macam tenggiling! Karma pak! Karma!'' jerit i menggunakan mikrofon sambil mendabik dada. Gila puas hati kalau dapat jawab camtu. Confirm bapak i masak sup tenggiling paksa i makan time tu jugak.

Tapi sejak i hidup bujang ni, tak sangka pulak berita bapak i jugak la yang i cari. Kat sini sangat sunyi tau tak, umah i takda tv sebab kat ireland ni tv dia cam astro. No money no channel.
Even kalau ada tv yang gemuk gila pun tetap takda fungsi kalau takda 'astro' ni. Nak beli tv pulak kena beli lesen tv jugak, duit lagi. Kalau beli tv pun bukan ada cerita Keluang Man mahupun Usop Santorian ini channel Ireland kut cerita mat salleh mabuk minum brendi ada la. Mambang mabuk minum brendi~ tetiba sangat Sudin pendekar bujang lapok menyampuk.





Lagi satu, bunyi kipas pusing pun takda sebab sini dah sejuk. Cengkerik pun takda. Nak cari pasal dengan adik dia tak on skype pulak. Cicak tak pernah terserempak langsung batang hidungnya tak pernah nampak apatah lagi ekor cicak putus bila beliau terkejut lagi la tak dijumpainyapun. Selalunya bila terlampau sunyi u akan cepat bosan bila study and i'm not the type yang boleh dengar lagu time study. Tengok movie pun tak boleh. So ended up, pasang berita yang pernah dibenci satu ketika dahulu. Sekali lagi, ini tidak cool.

Ha! So? Cool ke so far? Bagi i entahla. I nak balik.
Mungkin jugak sebab i ni jenis yang tak suka keluar rumah sangat kut. I'm not the type yang ouyeaaah bebeh it's weekend let's get wasted keluar malam melalak karaoke pegi clubbing lepak-lepak. No. Even selama i kat Dublin ni pun baru sekali je i pergi tengok wayang. Wahaha loser gile.
Nak lepak bilik member yang sekangkang kerengga pun jarang-jarang sekali. Gigih ni konon nak ajak gossip. Bila bukak pintu je member tengah pegang nota terus berdiri kejung kat pintu trauma teringat nota sendiri. Patah balik masuk bilik habis terkubur niat lepak siap pacak batu nisan.
Nak gi rempit? Basikal pun takda asyik jalan kaki je gi sekolah, lagipun kat sini sejuk nanti jadi ais pulak atas basikal. Kejung air liur meleleh hingus sok sek sok sek woi tak macho langsung merempit cenggini menjatuhkan martabat mat rempit malaysia di mata orang Ireland.


Sejuknye ya owloh keras telinga ni.
*nanges*


Mungkin sebab benda ni la kut i rasa hidup bujang tak cool.
Wuwuwuwuu dulu tak suka dengar mak bapak berleter sekarang sanggup pulak beli tiket kapal terbang ribu riban untuk balik dan mendengar leteran. Apa waras ke tidak tu?

Sebenarnya ada banyak je lagi menda lain yang i never thought of doing it pun.
Bila hidup bujang u have to settle kan everything on your own. Now that u know why your parents bising-bising bila bil letrik tinggi. Last time i was like chillax la bapak, now im like cili la mulut i ni pak. U kena cari rumah sendiri, bayar sewa rumah, pegi bank uruskan macam-macam, kena uruskan duit secara berhemah, kena masak sendiri, bayar segala macam bil....ah bapak ngan mak tak yah nak tepuk tangan sangatla baca entry ni. Along ada pasang cctv la kat umah tu, amboi seronok benor ye dia, biasa ye.

Ini ialah bukti hidup bujang yang mengajar cara berjimat tiap kali terfikirkan bil rumah.


'' Hoi tuan tiara kedaun i dah tak larat nak mengandungkan coffee u ni!
Beli la yang baru! I dah tak mampu nak berkhidmat ni! Kedekot taik idung masin! ''

So enjoy ur time with ur family kat rumah tu while it last.
Jangan nak solat istikharah bagai mintak petunjuk camna nak keluar dari rumah yang menkangkung ni. Your parents kongkong u ada sebab. Sebab dia sayang. They all makan kicap lagi banyak dari kita, they know more about life.
Trust me you'll be missing those precious moments. Time flies bebeh.
Tup tap tup tap i skang dah keluar rumah, jauh dari rumah, memang dah jarang2 balik, lepas abis belajar, keje, kawin, bila ada family sendiri dah makin bertambah jauh ngan parents.

Harap-harap laki i nanti buat rumah sebelah rumah mak bapak i, kalau gaduh senang nak lari umah mak. Pakai selipar jepun, jalan. Minyak kereta pun boleh dijimatkan.

Nota untuk mak: Mak, along makan nasi dengan telur kicap banyak sangat masa exam, mungkin ada perubahan warna sikit pada kulit, harap mak masih kenal along lagi bila kita jumpa di KLIA nanti. I lap u very strong mak.

-
-
-
-
-
-
-
-
-                                                              
-
-
-
-
-
-

Perghhhh gile stylo sampai kat arrival hall KLIA posing camni duduk atas luggage.
''Mak!! ni along ni! anak mak! Masihkah kau ingat~~~ masihkah kau ingat???''

47 comments:

Ayeem Jemain said...

nak komen tang lemari es tu je. hahaha wa paham!

~a.t.i.e.k.a.h~ said...

memandangkan skang kak tikah duk umah sewa dan masih bujang..k.tikah turut mengerti perasaan kamu..haha.. T_T masak nasi goreng untuk 3hari?perkara biasa~~huhu

filah_ismail said...

cool la tu... kalau bujang masih duduk dengan mak ayah barula x cool.. makan maggi, nasi telur kicap.. menu biasa tu..kalau nak makan ayam dan daging.. kena gi buat baik ngan the guys sebab dia org rajin gi kedai arab.. kalau McD dekat.. lunch wajib Fillet-o-Fish set medium (kurang dari USD5).. opps.. itu kat US ler.. kampung kecik pun ada McD.. Tv tanpa astro pun masih best lagi.. hihi.. itula napela gi ke Ireland tu..

Chempaka Sari said...

awak ni lawak la.. hehe

Chempaka Sari said...

hap jap.. ayeem jemain ni kan ada je di mana mana blog perempuan hot tau.

Anonymous said...

hahahahahaha kak tiara mmg mencuit hati

luvpinkja said...

hihi. nice entry babe !
btw, i pon dah rasa hidup bujang, hidup jauh dgn family. walaupun tak cool, but sometimes ada yang sweet nya. btw, dah balik mesia nnt dah habis study, mesti u akan rindu pulak moment kat sana hidup bujang semua tu. chill bebeh ! :)

.Gory. said...

Sathiya bujang, Tiara pun bujang. Hah, padan sangat dah lah tu. Kan?

NaEl said...

yup, hidup bujang sangat tak coool ;(

Anonymous said...

steady

Diana Zainal said...

Tiara!~~ Post ko nih comel sgt!~ Tergelak2 aku. :P

.Gory. said...

You tahu tak kuda belang tu rare? So, anak you pun same rare nanti. haha. ok, mane makwe dublin tuk i?

old_trafford said...

cantik bekas air tu..

blog saya
old trafford

Anonymous said...

Orang jawa ni tak panggil lemari es la... org jawa ni panggil 'geghobok es' la...

this is ameer said...

fuyoo..cantek giler bilik!!(i mean yg awal2 tu la)
lepas tu..haa..cam tongkang pecah pon ade..haha

Omoide no kiroku said...

Hi Tiara,
Masa hidup kat rantau org ni lah baru kita tahu menghargai family, kawan dll nya, hidup sunyi..tapi sibuk nak pi belajar oversea kan awal2 dulu. Nanti baru kita sedar jugak lepas winter bertapa cantiknya warna hijau daun yg baru keluar time spring. Pejam jelik sok dah keje.. masa tu aisey rasa rindu lak nak exam.. time kepala serabut nak kena hantar dateline report.. Gud Luck to you, enjoy u life ! I was fun reading ur blog. Kak Ja - Anak murid abah awak.. he.he..he.

izz zara said...

brjaya baca smpai hbis dgn gelak trbahak- bahak... haha

zIq Ziqry said...

nice!! ^^ 2 tumbler! haha

BLADE EDGE said...

Assalamualaikum...


saya dtg dr blog ayeem ayam. baru tahu pasal blog ni..

anyway kalau ada masa, silalah berkunjung ke blog saya.

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

mas saari said...

singgah sini dari blog ayeem dan terus follow blog kamu yg best ni...heheehe

happy blogging!

Ujang9897 said...

best la blog lu....

Raden said...

dulu slalu gak upah adek suh kemas bilik dan tngkap cicak..maka saya amat memahami kamu. owh..sy orang jawa. lemari es itu wujud!

kembatolo™ said...

perghh! punye la panjang entry ni. bergaram ketiak nak abiskan. tapi alhamdulillah, berjaya habiskan.. hehe.

komen 1.
sengal jugak penulis ni eh? merapu meraban je tulisan. lenguh lidah nak gelak. hahahah

komen 2.
duduk obesea mmg menguji kesabaran. nak2 time ingat mak bapak. tapi kalo teringat bukan reti nak call. anak jantan, beselah kan? hoho.

komen 3.
telur ngan kicap dah best tahu? kat sini takde kicap. lagi lah merana bila makan telur kosong. telur cicah air masak bole? hahaha

ok dah. panjang sangat dah komen. nice blog. =P

mai meowmeow said...

waahhh , begitu nampak "Hidup bujang langsung tak COOL " -.-

DeQWa said...

tersenyum sorang2 baca entry awk nie..hehe....
sedap per nasi berlaukkan kicap dikala perut sedang berbunyi...hehe

~hAKim ZaiLAn~ said...

yeke kalau banyak makan kicap jadi hitam?hahha

Far8 budak baik said...

hahaha..helehhh aku cool je..
=p..perlu ke amik pingang corak lembu
bagai..hahahaha..

.Gory. said...

Hambik nok sejuta komen kene balas. padan muke. kesian.

ala, makwe klia pun tade ke? tssk tssk. tak dapat la u ferari. kena la i berlagak pakai ferari pusing pusing megamol karang. kihkihkih

Piah Becok said...

hahahhahaa... so suwit... betul, sile la hargai parents anda. segalanya ditanggung beres. hidup bujang, makan megi je macam aku dulu.

Moh bace ni:
1. WORD OF THE DAY #1
2. AI HETCHU' subang!!
3. day four : 10 things you wanna to say to person(s)

blogtube said...

aSSalamualaikum, empunya blog... pusing punya pusing rehat sebentar disini pula ye... 'salam kenalan..'

ronda-ronda bersama tiara fazlin@myobw...

waeda alias said...

takkk coolll....:P

anyway slmt bkenalan.

padle said...

baby face!!hehe

bibi bibo said...

betul betul , tinggal dgn parent la plg best kan .

btw , i love ur blog:)

LynN LoLa~~ said...

hey there! baru jumpe ur blog. eksaited sebab name kite same. amek medic. same3. yeay! haha

dunie budak medic, mg tmpat jadi kacau bilau. idop bujang memang tabest. hehe. allthebest!

afiq said...

thanks for making me crazy while reading this super crazy entry...hahhahah

Cartaz Aqrab said...

Nice entry! Sakit perut gelak!

Syafiq Mokhtar said...

pinggan corak lembu? haha klakar. :P

kamarul anuar azhar said...

huhuhuhu....best blog nih...lpas nih wt cite yg laen plak...
xsabar nk bace.....
like2....huhuhu

ザ-sylver- S said...

haha

mademoiselle_aurora said...

idup bujang tu xtau g..tp klu idup jauh parents ya mmg xcool langsung!..even aku yg studi xla jauh sgt ni pun (aku org Sabah study kat Tganu)ttp merasai ke'tidak'best'an' away from family apalagi dak2 yg studi obersea...rindu rumah..nak balek...T____T

izma said...

kat ireland kene ada lesen tv yer..mcm mesia dulu2 plak..nak beli tv, kene ada lesen..sthn rm24..hahaha

Q said...

yg u tulis smua tu xde y x bnr melainkan bnr2 belake...mcm kna ngn hdup i dr bab bilik, dging salai n sume skali la...except bab laki 2 sbb i xder laki...i memg dh laki pon...hahah

Ejad Fotopoyo said...

lemari es. epic! hahaha

Ejad Fotopoyo said...

bilik anda yg besepah tu still lg kemas drpd bilik sy :D

andynurehanadibahrahim said...

your blog made my day. saya tak henti ketawa baca entri kak tiara ni. hahaha

Anonymous said...

suka baca blog kamu. menarik dan banyak info. terima kasih buatkan hari saya kembali ceria. keep writing.


beruang

Asyraf kamarol bahrin said...

Hidup anak perantau sobbsobb
Gile sedih mengenang nasib diri...
Hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...