Friday, December 6

Banjir yang bahagia

Talking about banjir.
It was a part of my life.
Because?
Dulu masa kecik i pernah duduk kat Sungai Lembing.
Banjir akan berlaku at least dua atau tiga kali setahun.
Air sungai dia pulak macam lembing dilempar Pak Sameon laju dan deras apabila hujan lebat akan berlaku lah banjir dengan ganasnya dan bengisnya dan rakusnya.

I was about 4 or 5 years old masa tu tak tau apa. I paling suka banjir. Haha.
Dulu rumah kayu so i'll be sitting kat tangga kayu tu tunggu air naik. Pastu air lambat sangat naik i pegi tido dulu. Bila bangun je terus tanya mak.
"Mak, air dah tinggi ke belum?" Dah kau kenapa Tiara tetiba berangan nak jadi little mermaid kononnya rumah tenggelam boleh berenang dalam rumah cenggitu. Tinggi sangat cita-cita padahal kalau selam dalam air lima saat dah kojol.


Mak dengan bapak belum balik kerja.
I tunggu sambil berenang-renang di sekeliling rumah bersama teman semermaid yang lain.


Other things i love about flood is that i want to row a boat.
Tau tak besen mandi budak kecik tu?
Lebih kurang cenggini la. Ini port i lepak main buih masa kecik sampai kembang jari.




Setiap kali banjir bercita-cita dapat melancarkan bot i ni sambil kayuh pakai penyapu mak. Tapi setiap kali i mintak mak dengan bapak i tak kasi. Setiap kali hujan akan disangkut tinggi tak tercapai dek tanganku. Panas sungguh la hati aku nak main bot-bot pun tak boleh. Keinginan sangatlah membuak-buak kalau ikutkan hati nak je kait besen mandi i ni, pastu curi-curi keluar ikut belakang. Nasib baik la ostazah kat tadika bagitau jangan durhaka cakap ibu bapa maka dahku turutkan jua. Bagus jugak ostazah ni kalau tak memang tertonggeng la haku dalam air mana la stabil bot kau ni Tiara dah besar baru sedar kenapa mak dengan bapak tak kasi. Dulu punya sedih sambil makan maggi ayam sambil berlinang air mata mak dengan bapak dah tak sayang aku ke.

Makanan banjir.
Opkos maggi atau sardin dan telur dadar atau nasi kicap dengan telur.
Time hujan sejuk pulak tu i was the happiest person time banjir and i always looking forward to it.
Makan ramai-ramai bentang surat khabar sambil tunggu air naik cepatlah air tinggi berdoa dalam hati ini sangat sengal abadi. Gigih berdoa. I rasa time kat Sungai Lembing dulu ada la kut sepuluh ketul budak kecik macam i berdoa banjir sebab tu tiap tahun Sungai Lembing banjir 3 kali. Orang kata doa budak kecik ni termakbul. Ke i sorang je dalam kampung tu doa cenggitu? Mintak maap la warga Sungai Lembing jika dahku penyebab banjir itu.

Bot kertas!
This is another reason why i love banjir.
It's time to have fun with my paper boat.




Banyak gila la bot kertas i lipat pastu lancar dalam air rasa macam Tiara Columbus gitu.
Time ni pun i ada tulis surat nak cari kawan tadika. Sebab banjir kan kiterang terputus talian. Nak buat isyarat asap tak boleh main api pulak kecik-kecik cenggini.
I tulis kat kertas 'Aisya, sekolah bila bukak?' selain itu 'Kerja rumah awak dah siap?'
Kononnya bot tu berlayar la ke rumah kawan tadika i. Bila teringat balik serious rasa nak lukuk kepala sendiri. Apa lagi la aku tulis konpiden je surat boleh sampai sebab dah tengok ni arus banjir menghala ke rumah dia. Boleh sampai ni sebab kiterang jiran selang beberapa rumah je. Siap luahkan isi hati kenapa mak tak kasi main besen mandi buat bot tolongla bagi bot awak kita kongsi la kalau awak ada datangla ambik saya. Sampai aku umur doploh tahun habuk pun Aisya tak balas hampeh punya kawan.

Aftermath was fun too!
Lumpur penuh dalam rumah! It's time for sliding!
This was how it looks like after banjir. Ini rumah lama i.



Habis tilam, kerusi semua. Tapi masa kecik tak pikir apa pun.
Gigih je doa banjir lagi sekali.

Logik akal la sidang dewan yang dihormati sekalian.
Gelongsor dalam rumah ni siapa tak suka?
Tak payah susah pegi Sunway Lagoon bayar 30 hengget nak masuk.
Ini logik akal budak kecik la kalau orang besar memang dia lambung i dalam sungai.
Tak susah pun tak payah swimming suit. Pakai seluar ikat kemas sikit dengan getah pastu lancar diri sendiri atas lantai. Terasa macam bom dilancar ke Hiroshima sungguh padu sekali diriku ini.
Posing sambil meniarap dan tangan kehadapan ibarat Superman juga was my favourite. 
Bila lagi nak terbang dalam rumah ce bagitau. Ini lah masanya.
Tapi tips utama slide ni, seluar kena ikat kemas-kemas la kang tak pepasal ada toyol pulak dalam rumah.

"Ajim! Ajim! Tengok along ni! Mula-mula kita lari kan, pastu kita meniarap camni, pastu nanti best rasa macam terbang. Best Ajim rugi tak buat baik Ajim buat..."
Ajim pun sengih-sengih sambil angguk macam itu lah idea paling brilliant dia pernah dengar seumur idop.

So my little brother yang berumur empat tahun pun ikut jela jejak langkah kakaknya ini sangatlah memberi kebaikan kepada diri sendiri sampai benjol kepala terhantuk dinding.
"Dah awok ringan lancar la diri tu slow-slow sikit apa la tak reti nak estimate" leterku di dalam hati bila mak marah kenapa ajar adik main lumpur slide cenggitu. Tengok, contoh anak yang tak derhaka mengomel dalam hati sahaja. Mekasih ostazah tadika jasamu ku kunang-kunang.


Masa ni i sangat hairan dan pelik kenapa bapak nak sedih bila banjir. Banjir sangat best oke pak.
Ape bapak ni nak cangkung buat muka sedih pulak along sangat bahagia ni. Memang patut diberi makan siamang budak kecik seketul ni tak berguna betol.


Senyum la pak!
Mintak laluan sikit pak nak lancar diri jadi Superman ni 

kang terlanggar bapak durhaka pulak.


Teruk jugakla aftermath.



Now that i am a grown up.
I can see why people rasa sedih bila banjir. Look at my house ikan dalam aquarium pun hilang. Beranda rumah roboh. Tilam habis berlumpur banyak barang rosak vespa kena baiki makanan susah cari and macam-macam lagi. Even tandas rumah pun hilang tak pepasal aku yang umur lima tahun ni jadi buruh kasar. Anak mithali kononnya sibuk nak menolong padahal kuderat tak berapa pun tiup muka dah tertonggeng ke belakang.


Tiara dan Ajim buruh berkaliber.
Time ni bapak pulak sengih, gembira rasa di hati anak-anak rajin membantu.
Dah kau kenapa Tiara mencangkung muka cenggitu macam cina apek kalah judi mati bini.


"Paaaaak bila nak banjir lagi!"
Kelekung bapak lempar batu bata benjol kepala.

Banjir was a fun thing to me back then.
Budak kecik semua benda pun bahagia. Being a kid was fun u don't really see the negative part of something u always find positive vibe in it. Now rumah i kat Kuantan. Kuantan banjir teruk tapi alhamdulillah rumah i tak kena mungkin sebab dah besar ni i tukar doa mintak tak banjir dah kat rumah. But it was horrible seeing all the pictures banjir agak besar and banyak benda rosak. I cuma mampu doa semua mangsa banjir diberi kekuatan dan kesabaran because i can't be there to lend a hand. Tulis lah surat kat i and lancar dengan bot kertas, untung-untung sampai kat i, boleh i balas. Bukan macam kawan tadika i tu sampai hati beliau buat i menanti jawapan. Penantian itu satu penyeksaan.



Stay safe orang Pahang.
Jaga diri and selalu lah berhati-hati.

Jangan guna besen mandi buat bot.




19 comments:

Syamimi Hazirah said...

Rumah i Sungai Isap Damai banjir teruk. Mohon sama-sama doakan air cepat surut supaya i boleh balik selamatkan kucing-kucing i yg terperangkap dalam rumah tu :'(

U ikut i balik kemas rumah jom.

Anonymous said...

cute story

anys sophea said...

Tiaghaaa!!org sedih rumah kena banjir pn bole gelak bca entry nih...hak3..alhamdullilah rumah kite xkena banjir..sama2 kite doakn utk mangsa banjir ye..

anys sophea said...

Tiaghaaa!!org sedih rumah kena banjir pn bole gelak bca entry nih...hak3..alhamdullilah rumah kite xkena banjir..sama2 kite doakn utk mangsa banjir ye..

Aalia Shahira said...

Akak, you can be a novelis too. sure you can be the best seller punya author because your writing is so neutral w'out over imagination.
tengah having problem pon boleh gelak bila baca blog akak. like now.

btw, lepas exam terus cari entry baru kat blog akak. buat ubat penghilang stress. haha. still remember me? *tetiba* ^^v

Syazana Zainn said...

thanks tiagha for made my stressfull friday normal back haha

if you masuk raja lawak fer sure I will voting you. you really hilarious

btw teringin juga nk merasa banjir but dekat ipoh x pnh bnjir since I was born hihi

juls julie said...

Assalam..hi Tiaghaaa (sebutan "R" tu ikut slang org Swk) haha

Finally!! lame giler nak tggu awak update blogggg.. hehehe..

sedih tgk rumah mangsa2 banjir tp bila baca entry nih..blh plak rasa nak gelak.. aduiiiii...! :p

ape2pun semoga dipermudahkan dan ditabahkan hati mangsa2 banjir di pantai timur, JOhor dan Melaka menghadapi dugaan nih... hrp bantuan disegerakan utk mereka.


btw,. gambar jadik buruh tu sangat comel okeyyyyyyy :p

salam sayang,

putrajaya/Saghawak :p

LydSunshine said...

aftermath tu selepas matematik ke. tihtih.

dah cikgu jala tu bakpe muka sedih gile mencangkung gitu gaye. sape plok yg berani amik gmbor cikgu garang ni time dia tgh bekmut. ish..ish...

tiara, akak sama mcm awk. masa kecik, selalu harap banjir kat jalan belakang rumah sebab nak main air. sementara nak tunggu air naik, akak tido. bile bangun tido tgk air surut, siap hampa. mmg tak berguna betul bile ku kenang.

Anonymous said...

Kak tiara masa kecik2 sgt comel, da besar lgi sgt cntik!!!
Kak tiara, buat la entry slalu..penat tau kite bukak blog kak tiara ari2..mcm nak tggu bulan bertanduk tau..i love u kak tiara..

FozyAliya said...

hahahah tiara..tegelak k.lia baca..ngan tgk pic zaman kanak2 rebina dulu so sweet..papepun kita doa sama2 semoga pahang akan pulih seperti biasa..

ahmadhiSyam said...

mintak2 la kat area rumah gua ni xde budak kecik mcm ko tiagha, berdoa banjir...hahah

iliesbublies said...

suka suka suka tajuk..hahaha..post pon best..suka tiara..

Efa Nur said...

terbaik laa tiara...
baca dengan penuh maknaa..hehe


semoga semua mangsa banjir di pahang kuat hadapi dugaan ini...


Stay safe orang Pahang :)

haasyaa said...

Bestnya pengalaman banjir akak! Dulu kita duduk kuantan area indera mahkota 2 tapi tak pernahlah banjir :D

Isa HaQim said...

Tiara fazlin

Isa HaQim said...

Tiara fazlin

Isa HaQim said...

Tiara fazlin

Asyraf kamarol bahrin said...

Banjir adalah masa utk kawasan rumah bertukar jd water parks...besen mndi budak2 tu lejen.. Gune tong ais yg warna oren tu pn ok jugak😂😁

Hasnim Othman said...

Haaahaha. Hilang tension reading your blogging tiara. Happy blogging

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...