Friday, May 31

Murid jangan datang awal ke sekolah

Olla eberibadeh i'm just done with the exam.
That explains why this blog dipinggiran melukut di tepian pinggan meratap kesedihan.
Tetiba sangat peribahasa kau Tiara.
A.Samad Said bace teros tarik ekor kucing.



Dah bakpenya buat gitu ke aku Pak Samad weh? 
Orang tengah gayut ngan makwe ni bincang nama anak minggu depan nak 
nikoh, main tarik-tarik ekor pulak dia.
"Hello dinda, terkejut benar kekanda. Anak kita bagi nama B.Samad Tongkol okay ke?"
"Dinda baru je tengok Iron Man semalam, Nur Ironmanoh rasanya lagi sesuai kekanda"



Ha tengok tengok buat entry takde draft memang camni la kucing la ape jela yang kau merepek ni Tiara. I pun tak tau la nak cakap ape ni main taip je macam kura-kura mabuk takde tujuan hidop.

Oh time exam aritu i stress pastu ade la fikir pasal the road i didn't take, what they could offer.
The road not taken, yes.
There were few other roads given to me right after my SPM result. But i chose to be here in Ireland.
One of the offers i got last time was TESL in the United Kingdom, UK. 
I tak ingat which uni, Newcastle i think, lupa dah. 
Cam best jugak jadi cikgu ni sebenarnya. So harini i nak berangan jadi cikgu.
Call me Teacher Tiara.

When i was in Malaysia back then, i ade la tolong mak i tambah markah students. Masa tu mak dengan ayah i pegi Korea. So before pegi my mum tanda kertas and later i tolong add up the marks.
I ingatkan jadi cikgu ni ajar orang, namun sangkaanku berada di landasan yang salah ibarat Yusof Taiyub nak berbisik iklan kurma kat tv tetiba beliau termenjerit Yussop Taiyoob!!

Sebenarnya student yang ajar kita lebih banyak dari kite ajar dierang.

Adab bereakap.

Bila nak bereakup dengan makwe, haruslah senyum senget ke kiri dan talipon makwe. Senyum je walaupun dalam tepon tak nampak. Ini adab penting dalam bereakup.
"Kita perlu bereakup kerana awak telah curang dengan benggali roti. Saya suka beli roti atas motor tu tapi sekarang saya dah malu nak tahan dia bila dia lalu depan rumah"


"Dah bakpenya beli roti pun nak jeles.
Janganlah kerana saya kamu berdua bereakup.
Roti kismis saya ni sememangnya plastik lickin' good"

Okay tak, budak tu nak tulis adab bercakap sebenarnya tapi huruf c tu pakai subang jenis cangkuk bentuk bulan sabit sebab tu nampak macam e.

Tapi tapi i belajar banyak lagi menda lain selain dari adab bereakup ni tahu?
Siapakah yang biasa melawat ke sekolah?

I serious tak tau lori air ni kira pelawat ke tak? Zaman i sekolah dulu lori Milo dengan Vitagen je datang sekolah. Sekarang ni dah upgrade ke Oligo dan Holik.
Jabatan edis no komen, patut sujud syukur dah ni beliau tak eja Jabatan kudis.

Tapi yang ni adalah upgrade yang paling advance tak pernah terlintas dek akal pikiran.
Sangat impressive.


Lori jual majalah Kuntum i ken go lagi tapi Justin Biber ni i try to go but i kenot go.
Justin Biber yang biasa ditemui di sekolah.
Saya ulang, biasa.
Kau jangan main-main okeh Brons Mas dan Alif Satan juga ada.

Alippp Satan! Alippp Satan! *cakor muka*

Bila baca jawapan ni rasa macam nak kunyah je kertas kenapa! kenapa! kenapa! Brons Mas dan Justin Biber tak pernah datang kat sekolah i pun! *histeria tarik rambot*
Aliff Satar mahupun Alif Aziz juga tak pernah datang apatah lagi Alif Satan, lagi la tak pernah.
Tapi mungkin jugak Brons mas tu adalah boipren bibik yang tolong amik dia balik dari sekolah.
Pakcik dalam indon kan panggil mas. Ataupun Brons ni pilot kerja dengan MAS Airline ke mungkin jugak warga emas terbiar bernama pakcik Brons apa-apa la kau dik hahah. Tapi jangan bagi Alif Satan ambik awak balik sekolah tau. Alif tu dalam jawi macam nombor satu. Mungkin setan mata satu. Seram oih. Satan ni makhluk jahat jangan balik sekolah ngan dia.

Selain itu i juga belajar bahawa menjadi seorang ayah adalah sangat mudah.
Berikan dua tanggungjawab bapa.


Marah.
Tak marah.

Menhamtar ke sekolah.
Mengabil di sekolah.

Senangnye la jadi bapak cenggini. Hamtar je gi sekolah pahtu ambik semula. Marah, tak marah.
Tak marah pun salah satu tanggungjawab okeh.
*pegi Thailand tukar jantina*

Tapi yang ini adalah pengajaran terbaik yang i pernah dengar.
Nyatakan tiga kepentingan diadakan peraturan sekolah.

Jangan datang awal awal kalau duduk sorang sunyi lah...
Takkan tu pun nak kena bagitau pikir logik la! Takkan itu pun cikgu takleh nak pikir! 
Okay kau jangan nak sukahati sangat songkok tambah kopiah sudah.
Ejaan epple tu no komen asal ade bunyi kira betul ah.
*syujud syukur lagi*

Haa kan tu ada benarnya, kalau u datang awal-awal sangat ke sekolah sape je yang ada? Kerusi ngan meja je kan. Sunyi tu. Jawapan memang sangat memenuhi kehendak soalan ni.
Lagi satu jangan tidur dekat sekolah pada malam pagi atau petang. Tengahari je boleh.
Pakguard sekolah jangan sentap ye budak nasihat jangan tido kat sekolah pada waktu malam.
Tak boleh, kenot tau abang jaga. Peraturan sekolah ni. Jaga je pintu pagar tu elok-elok.

Actually banyak sangat nak share boleh berair mata sambil i baca jawapan dierang ni hahah. Comel sangatla bebudak ni. Maka jika ada para ibu dan bapa baca entry ini, diharap ibu bapa semua tolongla check kertas peksa anak masing-masing nanti cikgu Tiara bagi asam masing.

Sekarang pegi lantak la pakcik Brons mas ke, adab bereakup ke, i tak nak ambik tahu.
Yang i paling nak tahu sapa budak dua orang si Izz Qawin dengan Syafiq ni?
I nak bagi fridge magnet Ireland kerana mereka begitu mematuhi peraturan sekolah.


Berikan dua ciri pelajar yang mematuhi peraturan sekolah.
I serious tak tau sejak bila ciri merupakan sejenis manusia.


Izz Qawin dan Syafiq, sila contact cikgu Tiara bulan Jun nanti okay?



37 comments:

Ked said...

hahaha
sebijik cam adik i.
tak taw la ngan budak zaman skang ni.
mengeja kelaut, kalau sms tu tepat pulak ejaan theyols.

i pernah baca buku latihan adik i dulu,
" saya suka bermain bebinter pada waktu petam."

bebinter? penat kepala hotak kecilku ini nak berpikir. rupanya, badminton uolss! huhuhu

Tiara Fazlin said...

hahahah sama la adik i pun b dgn d terbalik sokmo, ejaan boleh tolerate lagi tak menjawab soalan tu yang histeria tu hahah

Miiss Tara said...

hahaha I baca sampai nangis guling2 tawukk! hahahhaa :D :D

Tini Tweeny said...

Hahahahaha, Tiara macam tak pernah buat.

nini said...

hahahahaha.....macam macam

Tiara Fazlin said...

hidop Brons mas!

Tiara Fazlin said...

haha kite pernah eja salah pastu mak marah, tobat terus

Miss Vamp said...

soalan ciri pelajar tu, mungkin dia malas nak describe panjang2...so dia describe as a whole. mungkin juga dia implement skill study smart, not study hard..hahahaa

tanda kertas periksa budak2 sekolah rendah sangatla seronok sebab lawak dan pelik2..

Miss Vamp said...

soalan ciri pelajar tu, rasanya budak tu malas nk describe panjang2, so dia describe as a whole terus...mungkin jugak dia implement study smart, not study hard..haha

tanda kertas budak2 ni memang seronok..lawak, pelik, tak faham..macam2 ada..

Tiara Fazlin said...

seriously the best answer la yang tu hahah

MIA H said...

kalau kak tiara jadi cikgu sungguh, mesti gila comel!!

A said...

alif satan tu paling kelakar.sampai sakit perut dok gelak.hahaha

Tiara Fazlin said...

pernah je jadi cikgu mase buat diploma dulu, main gitar dalam kelas sambil dierang nyanyi lagu sifir matematik LOL

hahah kesian Aliff Satar sentap

Abenawe MacNeil said...

dah blaja medic kat 6 thun x prnah pun i dgr ada department nama "jabatan edis" kat KKM hahaha full of lolzz

nice blog btw :)

Tiara Fazlin said...

takde eh jabatan edis? hahah jabatan nyamuk sembur asap

iman said...

ouh izz qawin & syafiq kamu sangat comel...think out of the box ahahah

Ibnu Ahmad said...

Nicely written. Lawak habis.

ascil.punye.lah said...

alif satannnn! sila datang area ampang iolss minat sangat dekat youuu alip satannn hahaha bebudak ni kann mengucap panjang kita baca.

syamimihaziqah said...

Hahahaha k funny, kreatif sangat la jawapan diorang ni.

Sofea said...

Seriously lawak entri ni.. kirim fridge magnet satu..

Rony said...

Hahahahahaha ini klaka!
Hai Izz Qawin, Syafiq, Alif Satan, Jastin Biber. Ohh hai abam abam jabatan edis! Brons mas ftw!

ahmadhiSyam said...

dulu2 selalu jgk tlong mak check kertas budak darjah 1. mmg berair la mata duk baca jwpn diorg...kenot go

Botak said...

izz qawin ngan syafiq mesti top student kat skolah tu., sebab tu boleh dikategorikan sebagai ciri., hahahaha...

Nurul Iliana said...

Sius lawak!gelak x hengat dunia n baby.mati baby dlm perot tkot ingt ad gmpa bumi.pdhal mama die duk t'gelak bca entry tiagha yg comey!haha

atd said...

heh, kertas SPM pun kadang2 macam ni jugak, untuk pihak yang mmg dah putus asa macam2 jawapan depa tulis

Dina Zakaria said...

tiara..tiara..
specialized in ape nanti?
jangan amek mental specialist eh..kang jangkit ngan patient..risk factor ada dh ni..hahahha

Unknown said...

diorang ni darjah berape kak? hihihi.. comel sangat jawapan2 diorang ni

Aini Hafizah said...

Adik kwn akk dajah 1 jwb soklan english..soklan bg gambar ayam suh bg nana dia..jwpn dia chicken mc dulak..ibubapa sekalian ini adalah salah 1 keburukan fast food ye..

Unknown said...

Hai Tiara Fazlin..akak silent reader n senior awk mase di skc mase zaman awk karaoke salam utk kekasih tu..hahaha..tadi ayah awk dtg opis akak..melawat katenye..hamboihhhh kelakar amatttt la ayh awk nie...geleng kepala adik awk yg ikut tu..

Cik Patin Cantik said...

tak dapat ckp dah..asek gelak.. ;D

Anonymous said...

alif satan tu merujuk kepade Isetan la.. Isetan selalu lawat sekolah. nampak sangat cikgu2 selalu pegi shopping kat Isetan. murid2 nampak brand/beg Isetan bile cikgu2 pulang shopping.

Anonymous said...

lawak gila berair mata aku baca HAHAHAHAHAHA

Juls Julie80 said...

lamenyer dah x hapdet belog..suke skodeng belog sis..

btw, thanks tau singgah kat belog akak (sbb rasa cam dah tua, so biasakan diri dengan panggilan kakak) hahaha..

btw, Selamat Berpuasa..... mggu depan dah rayaa yeayyy!! hehehe

wordsafterwords said...

Hahahaha. post ni lawakkk hahahha. Boleh hilang stress! ;D

Anonymous said...

alamak tiara.awak ini kelakar seram.btw your mum tahu tak u go thru the book she mark?
from x-men
singapore

baff said...

aku baru baca cerita ni.hahahahhaha.its really funny.pasal yg epple tu ada gak bunyi lagi tapi knp dia ada buah mangis?buah menangis ke buah magis?huhuhuhu.tp boleh nmpak ah usaha diorg tu kan.

Anonymous said...

epple tu boleh terima lagi tapi yg buah mangis tu kelakar.buah menangis or buah magis?hahahhahaha.anyway,nice blog u have.kipidap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...