Monday, January 28

Bapak saya comel edisi kedua


Hamboi siap ada edisi. Kalah buku anak-anak sidek raket boleh bercakap.
Okay sekarang semua diam anak Jawawin pulak nak cakap.
Eh bukan, it's Jaludin. Jaludin yang comel.
Omg intro pun dah mengundang lemparan senduk daripada bapak.
Pak jangan marah pak kite memang ada darah jawa sikit kan.
Lek pak, lek lu, cium kepala ular senduk lu, letak senduk tu kat lantai jangan baling pak.


"Okay this time bapak letak, sekali lagi panggil Jawawin bapak tetak"

Maka sidang dewan sekalian, sekarang mari lah kita bersila pula, buat bulatan lalu serta merta berdoa semoga bapak i tak baca entry ni. Kerjasama anda amat dihargai. By the way, edisi pertama boleh baca kat sini.

Memandangkan edisi pertama ada gambar kuda kepang di New Zealand, edisi kedua haruslah posing yang sama juga namun kali ini di negara lain pula. International tahu posing beliau ni. I nak isytiharkan posing ini sebagai posing rasmi bapak i. We call it 'Bapak Kepang Style' shall we?

Omomomo bapak sapa la comel sangat ni posing kuda kepang kat Beijing pulak.
Pakai topi lambang komunis tak menahan tu komunis tengok boleh berdarah hidong ganas sangat posing cenggini.


Ha tengok yang ni pulak. Comel sunggoh menyamar jadi ketam gitu gaya.
Mula-mula i tengok gamba ni pun i tak perasan tau yang mana satu ketam betul.
Tengok tu cangkuk dua jari tu serious takleh nak beza. I tahu u pun tengah kerut dahi bertanya dalam hati sejak bila ketam pakai tali pinggang ni?

Homaigaaad mati haku bapak baca menyamar jadi ketam. Dahla main ambik je gamba tak bagitau.
Diharap semua teruskan berdoa dalam bulatan.

Ayah i merupakan seorang cikgu. Bila dah jadi cikgu kerja beliau adalah?
Mengajar.
Pandai ye semua, tak type lagi dah boleh jawab.
Beliau mengajar di sekolah menengah dan subjek yang di ajarinya adalah?


Subjek paranormal.

Sukahati bapak i pegi lukis gambar toyol cenggitu kat whiteboard. I tak tau la ni dia tengah ajar subjek apa, matematik mungkin. Selalu kan soalan maths akan tanya, find x.


Ah yang ni cliche!


Soalan yang bapak i bagi adalah lebih advance. Toyol curi x so now everybody please find x. Sopan sangat toyol bapak ada spender okeh. Budak sekolah kena censored sikit.

Dan, ironinya bermula di sini.

Bapak i jadi cikgu dah lama bertahun tahun lamanya.
Darah minat mengajar turut mengalir dalam badan i. Dulu pernah dapat offer jadi cikgu lepas SPM.
It was TESL in Newcastle and i was in dilemma tapi terambik medic. Oh the road not taken. Sobs.
Pernahla jugak i jadi cikgu ajar budak sekolah rendah masa i buat IB diploma kat Banting dulu.
It was fun but teaching is not easy. Sini nak bagi contoh ye.

For those yang dah lama baca blog hampeh ni, u know how much my parents love stalking my facebook. The best part is, they always kantoi everytime doing it.

This was previously punya kes. Masa ni, facebook baru tukar layout yang timeline tu.
My dad got confused yang mana satu status box and yang mana satu search box.
Sangatlah kantoi tetibe tiara fazlin tiap hari cenggitu.


Yang ni paling best ni kantoi depan mata masa i balik malaysia dulu.
Kenot go betul parents i ni.


Maka selepas beberapa siri kejadian mencari nama di status, i pun ajarlah bapak i.
"Bapak, yang bapak type tu sebenarnya status box, kalau nak cari pesbuk along bapak type nama along kat kotak search atas tu, atas yang ada gamba lens kat sebelah tu tau bapak"
"Okay long" sambil senyum muka comel :)

I agak yakin menda ni takkan jadi dah sebab i da pesan kat bapak i kan.
Tapi bapak i jenis malas pikir menda yang tak berapa penting.
Because he has lots of other things to prioritise, bayar bill api, bill air, ingat tarikh anniversary pastu beli bunga untuk mak i every year awwh so romantic, lagi main game angry bird on his tab.
Maka dengan itu....it is no surprise when i see these in my newsfeed.
*pasang lagu newboys*
Sejarah  mungkin berulang~~ Walau dahku dah berpesan~~ Oh bapakku~~


3rd January.
"Birthday along ni, kite wajib stalk ni. Nita, ambik speck mata abang"
Kata bapak i kepada emak i.

Masa ni baru je dua hari after birthday mak i. My mum was born on the 1st January, and i pulak 3rd January. Haah betul tu lepas 3 hari mak i lahir, beliau lahirkan i pulak. What a supermom i tell u. My dad bought her a bouquet of roses so i maafkan lah bapak tengah prioritise mak, lalu lupa kepada pesanan i pasal pesbuk status box tu. Tapi tapi tapi.......

There is this one day keluar menda ni kat newsfeed i and i was like bangga gila bapak keturunan jawa! Siap buat status nak bagitau betapa bangga dengan generasi Sudiran!
Not.
Bapak i nak cari group family kiterang kat pesbuk sebenarnya. -.-

I dah berdarah idong dah gelak dari ireland ni comel sangatla bapak ni. I senyum jela depan laptop tetibe rasa nak nangis rindu bapak sobs. I ingat nak diamkan je boleh jugak tahu berapa kali bapak i rindu kat i everytime kantoi buat status Tiara Fazlin. Tapi seriouslah yang ni serious i kenot take it anymore. Serious kenot go punya, i try to go ye sidang dewan sekalian but i kenot go. Rasa nak type entry terus nasib baik exam dah habis.



Search FB guna facebook.
Siap ada orang tanya kenapa fb tu best tu.

Tapi yang ni seriously a forgiven mistake la sebab beliau baru bertukar kepada smartphone, so yang ni baru first time online pakai henpon.  Disebabkan hobi merindui anaknya di perantauaan, first thing first haruslah mencari facebook.
Maka beliau pun cari lah 'FB' dan seperti biasa, tercari kat status box.
Dah terlampau rindu ni sampai tak perasan dah bukak pesbuk tapi cari pesbuk lagi :'(
I miss u too bapak sobs.
Gempak gila orang cari guna google bapak i ni dah bukak pesbuk tapi cari pesbuk lagi.
Ha u ade? ada? bapak u ada rindu u camni? takde kan? ha? ha?

Disebabkan terharu bapak dapat henpon baru terus cari pesbuk along, maka i dengan penuh kasih sayang pesan lagi sekali.


"Okay long"



Lets see 'okay long' tu boleh bertahan berapa lama.
Jangan nanti keluar status...
'Apakah cara paling afdhol untuk bunuh oink oink dalam game angry bird'
'Petua bini sayang lebih kepada saya'
Yang tu memang berguling sampai ke dapur la i gelak. Sumpah comel. Bapak, yang tu search kat google ye pak, nak suruh toyol bapak carikan pun boleh. Lukis toyol spender tu kat dinding rumah pastu tanya dia, kalau dia baik insyaallah dia jawabkan. Along rasa search engine toyol lagi bagus dari status box bapak tu. Untung-untung toyol hulur seploh hengget kan murah rezeki. Dia pun memang expert bab curi duit haruslah kaya toyol ni, tengok spender dia Victoria Secret jangan main main.

Aaaaa mati la bapak baca ni. Kamikaze habis entry ni. Kena doa diri sendiri selamat.
So sebelum i undur diri solat hajat dua kali, i nak tanya la sikik.
Henpon sapa je mampu guna pesbuk sebagai search engine?
U punya takleh kan? Bapak i je boleh tahu. Ini sangat rare, cuma berlaku bila terlampau rindu.
Maka saya menyeru lah ye agar semua beli lah smartphone paling latest ini untuk mengetahui betapa bapamu merindui dirimu. It is called....

iBapak.


UPDATE:
Omg my dad can actually predict the future! click here everybadeh! :o


24 comments:

Alfi Kasran said...

Haha,kak tiara ni kelakar betul :D.Fuh nasib jugak bapak saya tak main fb.he he he

Amanina said...

hahahaha. saya pun berdarah hidung baca entry ni. kikiki. fb jd search engine. uniknya! kirim salam kat bapak kak tiara eh. hihi.

Tiara Fazlin said...

semua guna toyol jela jadi search engine lagi best hahah

aisyah sakaria said...

ahaha comel gila bapak awak okayy. bapak kita tak layan fb. dia layan you tube tengok boney m. mengenang kisah silam bersama si emak masa muda-muda dulu agaknya. lagi satu lagu anak singkong. haha takleh blah betul.

Syazana Zainn said...

haha funny ur dad, kantoi stalk anak dia.

n i think he really miss u!

:D

adio oreo said...

Hahahahahaa.....steady bapak tiara.....truskan menyiasat gerak geri gasing anak pakcik....heheheje

adio oreo said...

Hahahaha...steady bapak tiara.....truskan menyiasat gerak geri gasing anak pakcik....yeahhhh..ahakzz

Tiara Fazlin said...

aisyah: huntongla awak tak kena stalk!

syazana: sobs i miss him too rindu nak cari pasal kat umah

adio: steady menda gitu gaya degil hanyaaa haha

Namee Roslan said...

ahahahha...comel gila bapak tiara. kantoi nak stalk pulak tu ! hehe.

deenaawanis said...

haha..klako laa cikgu din..bila laa nak jumpa cikgu din ngn cikgu nita lg ni..tiara nnt ajak mak ngn bapak dtg kl ye bila balik msia.hehe

Anonymous said...

Sakit perot ketawa! siyes comel. Ahahah.

Al-Azrul Iqmim said...

your family is super funny and happening!haha

LydSunshine said...

Owoh... bakpe cikgu aku jadi gitu. Kehkeh. Dulu masa dia muda tak secomel tu la. Mungkin teknologi belum canggih kot masa tu.

Faizul Osman said...

buatku gelak berguling2 sehingga terjatuh dr katil...

iman nur said...

haihhh la bapak hahaa
that's the best thing ever jd anak sulong pompuan seriously =)

Efa Nur said...

alahai comels nye family tiara..hikhik

atd said...

Pesanan ke Incik Bapak!

Long Live Arsenal...
Come On You Gunners!!!!

sheeraY said...

bakpo comel sangat ni anak beranak..

Areliff said...

banyaknya bapak :#

pikir kool said...

my dad teaches too but he's so serious all the time. wish he could be as jovial as ur dad :)

Anonymous said...

wah,excited lah jumpa blog kak tiara.
baru je lepas baca surat dari ireland kat dalam majalah sekolah .
cantik lah.

L.Lawlett said...

hye tiara ,salam kenal. u student medic dekat royal college of surgeon ireland ke?tahun keberapa dah?? and do you have a twitter?

mR.aSLaN said...

tiara , kau rasa... diri kau comel tak?

Asyraf kamarol bahrin said...

Hahha 😂😂
Status fb tu yg xtahan..
Betul la tu bpk u comel✌️😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...