Tuesday, September 6

Ceritera raya

Olla everybody! Hows raya?
Paaaanggg tampar diri sendiri soalan cliche tak hengat.
Lantak nak tanya jugak. I rasa mesti semua happy je raya ni sebab you all dapat duit dapat mercun dapat lemang dapat lemak eh terus gelabah cari penimbang. 


Dapat duit raya lagi ke korang?
I tengok status facebook ramai betul yang makin kecewa dengan pendapatan raya terkini setelah umur meningkat dewasa. Pakcik makcik salam hujung jari je takut kalau salam lama-lama nanti kena bagi duit raya, ada yang salam tak pandang pun ada yang salam kuku aje. Makin invisible la senang cite. Betul kah?

''Assalamualaikum makcik saya datang nak duit raya'' 
Line famous tatkala umur masih hingusan, dapat air oren segelas hirup setitik dua, simpan kuih raya yang warna warni dalam poket terus beratur nak salam. Sebelum pakai kasut dah intai sampul raya. Tapi bila umur dah meningkat dewasa i rasa makin mendebarkan la pulak di saat ingin menuturkan line famous tersebot, risiko tinggi.
Rumah pertama rasanya sempat lagi habiskan ayat.
''Assalamualaikum makcik saya datang nak duit raya''
''Hoi dah besar gajah masih mengharapkan duit raya pegi beraya umah gajahla woi untung-untung dapat tebu boleh berniaga kat bazar ramadhan tahun depan sedap air tebu ni woi laku-laku!''
Rumah kedua dan seterusnya i tak tanggung.
''Assalamualaikum makcik saya datang nak du..'' Paaangggg!!!!!
''Assalamualaikum makcik saya da...'' Kelekunggg!!!!!
''Assalamualaikum ma...'' Dussssshhhh!!!!
''Assala....'' Gedegang!!!!!
''Aaa....bye makcik......''


Ah tak kisahla duit raya. 
As for me i want nothing more, cukuplah dapat beraya bersama keluarga tercinta di malaysia. Tak sanggup aku mengayam ketupat guna salad sambil dengar takbir raya dalam you tube. Pastu pukul 10 malam naik bilik pakai baju melayu pakai songkok pinjam, pegang penyapu secara terbalik pastu duduk atas sofa single mengadap videocam. 
''Dengan ini saya Tiara Fazlin pemegang mohor besar eh penyapu besar raja-raja..mengumumkan *selak langsir tengok anak bulan* pergggghhhh konfem esok raya!!!'' 
Pastu rewind balik videocam tengok diri sendiri buat pengumuman raya wah boleh jadi gila.

I did blogwalking semalam and ramai bloggers upload gambar raya mereka sebesar-besar alam. Paling banyak gambar up close wajah sendiri yang mulus jelita. I noticed yang i takda satu pun gambar dalam camera yang style camwhore raya punya. Semua gambar ramai-ramai kepala i tersepit celah orang. Nampak sangat sedar diri sendiri tak seberapa lalu takda la gambar raya untuk di upload kat sini memandangkan i jaga privacy orang lain. 


Lets talk about baju raya. Aloh i tahu ramai yang akan set tema for each raya kan? Tahun lepas keluarga kita dah pakai warna biru air nila tahun tulat hijau tortoise turquoise tahun ni pink air laut pulak la mummy. Eh family i pun camtu! Tapi bukan tema semata-mata ini memang fotostat punya baju sebijik sejebon. Kalau orang lain keluar kedai kain bawak plastik Kamdar kiterang angkut sekayu kain sorang. Kayu beb tak main plastik ni. Feeling filem tamil pun ada macam sangkut kayu besbol kat bahu nak pegi belasah orang.


Just so happen raya tahun lepas baju raya kiterang warna biru yang nampak macam plain sebab coraknya lembut. 
Raya tahun lalu.

We spent our raya kat kampung. Jauhhhhh gila dari kuantan dalam 30 minit dah sampai. Tak sempat habis nyanyi lagu balik kampung sudirman dah tercegat depan rumah. 


Wah lampu raya, pelita belum pasang baru sampai kampung jauh ni.

Pada petang raya kiterang suka jalan kaki ke pekan. So seperti biasa kami adik beradik pegi la pekan Sungai Lembing tu untuk beli mercun bawang kat kedai cina. Oh well imagine jela kiterang dengan baju biru boria camtu confirm orang ingat ini sekumpulan pengawas sekolah yang sesat. Orang cuti raya budak-budak ni terlupa sekolah tutup. Ramai orang pandang sebab baju sama but heck we dont care. I siap beli buku 555 dengan pen sebatang pegang kat tangan wah memang nampak macam pengawas yang berwibawa. Padahal tengah catat rumah mana yang tak bagi duit raya so that next year tak payah datang dah, ceh efficient habis. 

Some of you malu bila baju sama, tapi i tak pernah malu langsung sebab memang sangat cool kalau sesat memang dah tahu ini anak sapa bila tengok baju raya my mum. Sejak i kecik memang pakai baju sama semua ahli keluarga. Kecuali bapak ngan adik lelaki i la, takkan nak gi semayang raya pakai baju melayu berbunga ros beselang-seli dengan bunga daisy. Adik lelaki i pulak muka jambu memang ramai cakap alhamdulillah kamu dah berjaya keluar dari lorong gelap datang msjid semayang raya. Eh pondan jangan terasa.

By the way, talking about duit raya, i got 200+ so you can imagine hows my raya right? Its like OH YEAAAHH BABEH!!
Nak tahu camna i dapat banyak camtu? I akan salam banyak-banyak kali sampai dapat. Salam salam salam bila kena tolak bangun balik, salam lagi kena tonyoh pun buat je muka sememeh, salam lagi sekali. Wah kental gila jiwa budak hingusan di umur 20-an.

23 comments:

ked said...

slmt hari raye tiara!! :)

budak kacamata said...

meriahnyer rayer..tp sy xdpt duat rayer sbyk tue..dh tue ,xd org nk kasi dh..hukhuk

ascil.punye.lah said...

ahahah taktik yang berkesan.salam sampai dapat duit raya.

gilalah kalau salam makcik tu sampai doploh kali tapi balik tengok angpau dapat singgit.tak berbaloilah kak tiara.

eh jap,itu tiara guest house tu akak punye ke apa??

♥jihah_4926♥ said...

waaaaaa......sempoi arh bju raya sama...=)

Nurul Izyan Wahid Anuar said...

rugi tak buat taktik tuu masa first day raya :P

Faez Rusni said...

canteka la bju raye tu..kilat2 lagi kan..baru ade classs..

i dpt duit raye x sampi 50 hengget pon..aishhh

ANISA said...

amboi ke main lagi dapat duit raya rm200++ pe lagi simpan dalam bank..

Tiara Fazlin said...

ked: happy raya too!

budak kaca mata hitam: guna taktik tu, salam pah ceroh mesti dapat..hehe

ascil: haha berbaloi asalkan dapat! singgit pun takpa! ha ah, tu guest house my mum, mehla datang holiday panjat bukit..=)

jihah: tahun ni warna purple! u pun buat la baju sama..=)

izyan: haha tapi jiwan kena kental kena tolak kita lawan!

faez: pengawas high class ni! 50 pun ok lah..=)

anisa: ok esok gi bank! hiks

suk said...

i pun dpt bynk duit raya. boleh beli lori.

jieha nasir said...

waahh, gilerr cool, gilerr cantikk kmpg kak tiara.. aaa, btw, nak duit raya.?? haha.. kididng.. tahun nih purple ek tema.?? SAMAA.. hehe :))

berrycute Lolly said...

baguslah tiara ! nape tak buat entry sebelum raye?? boleh praktik care nih... hahahah

ascil.punye.lah said...

hoyeahhhh ala jauh la.kalau guest house tu sebelah uma nenek kite boleyh lah!

jejaka sepi said...

tiara awk tak pernah fail buat sy gelak dpn laptop nieh...jatuh cinta dub dab dub dab....

Asan Taring said...

alamak, tahun ni xde gamba raya ke? :)

LydSunshine said...

Betul... Sungai Lembing dengan bandar Kuantan very the jauhhhhhhh.... Seperti aur dgn tebing. Hah.. tiara, dah lama akak nak tanya... Nama tiara atsari tu, adik beradik lain tak jeles ke letak nama tiara?

Aujinz said...

Baju Raya?.. takde dah berapa taon takde..

nak buat jugak aa cara Tiara mintak duit raya.. masalahnya depa tonyoh oakai kaki bercagu tue yang tak tahan tue.. keh keh keh

Khairul Kayz said...

lawak betul... hahahaha...... :)

Botak said...

nak cari duit raya., nak cari duit raya.,
hahahaha..

haasyaa said...

Semakin meningkat umur, rasa semakin dilupakan. Duit raya slow-slow meninggalkan kita ceh ceh

amirulaswad90 said...

serius cool tips kau nk dapat duit raya.haha..

qaizara said...

sume biru tu adekbradek ke? beshnyeee.. huhu

sara E a.k.a ct said...

hahaha..xboleh blah salam byk2 kali..XD..sakit perot weyy!!

Asyraf kamarol bahrin said...

baju raya sedondon cool hokeyy!!
dari nenek smpai cucu yg bongsu
hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...