Monday, December 10

Kenapa pilot tak dapat kerja!

Kenapa kenapa kenapa.
It's been on the news, everywhere.

Oke fine kecuali kat bikini bottom.

Yang tu memang payah sikit.
Spongebob sampai sekarang tak dapat lagi lesen bot apatah lagi lesen kapal terbang.
Kejam sungguh Mrs. Puff cikgu ikan buntal tu.

Long story short.

I bet dah ramai cadet pilot kat luar sana yang penat dan juga tak larat menjawab soalan seperti.
"Bila kau nak habis buat course piloting ni eh?"
"Kenapa yang dah grad memilih job sangat, sebab tu la ramai yang menganggur kan?"
Banyak lagi lah soalan lain. So maybe lepas ni korang boleh copy paste je entry ni bagi sedebuk kat dierang, abih cerita.

Kepada yang selalu baca paper and kepada mereka yang ada kaitan with those in aviation world, u might know in depth. I just know a little and i might get these facts wrong. Jangan marah.

But i just feel like blogging about it. Tambah pulak cerita Adam Hawa menaikkan saham pilot, habisla semua budak lepas SPM ni kang apply jadi pilot konon nak buktikan beliau boleh jadi Adam. Shut up. Lelaki macam Adam tak wujud. Dah bakpe Tiagha nak emo haha.

So today i don't do medicine, i'm doing piloting cewaaaah. 

Panggil i Captain Tiara, ini arahan.


Ada gaya tak?
Ok fineeee thats not aviator's cap its marine.
I beli kat Venice aritu jadi captain gondola je, sobs.


P/S: This is another Tiara yang tengah type. I macam agak waras sikit untuk entry ni, bekalan daun ketum dah layu semuanya.


Sebelum in depth, we need basic for those who are not in aviation world.

Pilot ada jenis-jenis lesen.

PPL is Private Pilot License. Sapa-sapa yang ada lesen coklat ni, u boleh terbang kat malaysia and bawak passenger. Tapi, tak boleh mintak charge, kena bawak free je.


CPL is Commercial Pilot License. Lesen biru ni kalau ada, u can work as a pilot kat airlines company.


ATPL is Airline Transport Pilot License. With Full ATPL, u boleh terbang sebagai seorang captain bawak kapal terbang besar gedempol aku tendang masuk gol. Eh tak, lagi besar macam yang i guna untuk balik Ireland ni.


Frozen ATPL ni pulak macam ATPL tak full. *sukahati haku buat term sindiri*

Yang ni kalau u jadi co-pilot kat airlines company, so belum boleh jadi captain.
Dah tu camane nak jadi captain dalam kapal terbang ni?! 

Awak kena dapatkan Full ATPL. Kinda like kena unfreeze la frozen ATPL tu.

Namun begitu tuan puan, bukan kena bawak keluar dari peti ais pahtu defross frozen ATPL dalam microwave ye?
Pilot perlu collect 1, 500 hours total flight time in an aeroplane atau 1, 000 hours dalam helicopter dahulu.


ATPL License.





Paham tak ni? Tak paham sudah, berhenti baca entry ni, click sini jual kuih Tahi Itik dengan i.



Here comes the problem. They have rules.

Pilot yang dah grad, akan pegang CPL license and Frozen ATPL.
Dierang diberi tempoh 5 tahun untuk defross Frozen ATPL yang sejuk beku ni, kalau tak dierang kena repeat balik semuaaaaaa JAA papers, which agak ramai flung sebab susah. Amboi Tiara macam pernah jawab paper tu je. Hahahahah ok jangan gelak, susah, tak caya tanya cadet pilot.

Sebab itu lah, para pilots gelabah nak unfreeze that frozen ATPL, sebab dierang diberi tempoh 5 tahun sahaja bukan selama-lamanya boleh lek lek isap shisha tak peduli apa. Plus, satu paper JAA tu 75 pound tahu, dalam RM 400 gitu, mahal kalau nak repeat. You see, duit lagi. Dah 5 tahun grad pastu kena exam balik, i pun lupa apa i belajar. So agak risau di situ.



I read a few articles about this matter kat The Star, and other newspapers.


They suggest pilot semua ni keje la crop dusting ataupun keje dengan flying club bawak orang jalan-jalan untuk kutip 1, 500 hours total flight time. Macam i cakap tadi kan, syarat untuk dapatkan full ATPL within 5 years so takyah repeat JAA papers dah nanti.




Crop dusting.
"Peww! Peww! Peww! Tatatatatatataa mati kau ulat bulu, belalang, sipot!
Tembak lagi tembak! Tatatatatata!" jerit abe pilot penuh emosional.
"Tolong....tolong.......aku dah buta......." kata ulat bulu bernama Kasim Selamat pula.



Tolongla jangan memilih wahai pilots sekalian daripada menganggur tu lebih baik kerja sembur racun boleh jugak collect hours sementara tunggu permanent job, kata ramai orang. But here comes the problem. Even if u jadi pilot pembunuh serangga di ladang bayam mahupun ladang kangkung, terbang la dari pagi sampai malam, hours won't count in. Sebab small aircraft tak dikira. Pilot kena bawak aircraft yang lebih 5,700 kg baru hours counted. Hamboiii tauke bayam mana la kaya sangat nak sembur racun pakai boeing. Siap ada stewardess melayan tu. 


''Ulat bulu nak racun jenis apa ye sebelum kiterang sembur ni? Nak campur dalam maggi cup ke nak gaul dengan kacang goreng MAS?'' tanya stewardess cun.

''Kena bayar kan? Takpelah kiterang janji tak gigit sayur bayam dah, assalamualaikum'' kata ulat bulu sambil berlalu pergi.

They said pilot ni semua tak nak keje ni sebab tak glamour. Sama lah dengan kerja kat flying club. It's still small aircraft you're talking about. Weight kena exceed 5,700 kg dulu untuk collect hours for full ATPL. 

“They think it is nice to put on a suit and walk around airports. They are not willing to try any other options. If they are willing to exchange the suit for shorts and T-shirts to clock in the required flying hours, they won't have any problems (in securing jobs),” he says. 
-The Star- 

Oh u don't say.....pilot ada yang jual burger kot, jual insurans, jadi cikgu sementara. Dah lama pun dierang exchange the suit for shorts and tshirts berbaur asap burger ye dok? Eceh pilot jual burger angguk-angguk depan laptop sambil baca. Belanja i burger satuuuuuuu. Mayonis lebih.



Ini je lah yang tambah rage ni. Actually what he meant is peluang kerja semata-mata, but tak payah cakap boleh penuhkan 1, 500 flying hours tu because it doesn't. So now the society might think, oh pilot ni memilih je lebih gedik betol. Padahal dierang pikir pasal that 5 years rules tu jugak. Flying club pun macam tak banyak je kat malaysia ni. Tapi boleh je keje as crop duster untuk kutip pengalaman bawak aircraft kan pilots sekalian? Gaji boleh tahan jugak dengar kata. 
Tapi tu lah, family's expectation is still there. Lagi tension kalau dapat parents yang expect tinggi, say what....dierang dah spent a quarter million untuk anak belajar kat flying school kot.

Kata ayah kepada seorang cadet pilot.
Huntonglaaa ayah awak Boromir.

Ok now i dah explain pasal pointless 1, 500 hours for ATPL dengan bekerja sebagai crop duster atau pilot bawak orang jalan-jalan, flying instructor pun sama jugak. That flying hours cuma pengalaman dan untuk dapat gaji sahaja. Aircraft bunuh ulat bayam tu is not qualified to unfreeze ATPL. Tutup buku.


Another option they give for these thousands of jobless pilots is...amik lesen helicopter mu pahe dok?
Chopper tu ramai orang tak bawak banyak peluang kerja okeh u olls. 
Here is another thing.
Awak kena tambah lagi RM 250k. Yes, dua ratus limaploh ribu hengget tunaaaaai....sah?
"Tak sah! mak aku keje jual ABC kot! mana nak korek duit lagi! buat lesen kapal terbang aritu da pinjam dengan bank sekarang nak buat lesen helikopter pinjam lagi, makan mesin ABC ah cenggini"

Oke sekarang semua amik tisu kita nangis sama-sama. Alolololo sabar eh pilot sekalian alam. Pegi mintak offer berlakon filem 2 Alam arahan Dr. Rozmey kutipan juta-juta. Nama watak utama Awang Cendawan sebagai penghargaan kepada rambut Dr. Rozmey. Kita caras rating Awan Dania.

Bagi yang kaya takpa, duit mengalir macam air. Bagi yang tak berapa kaya, duit mereka macam air batu keras kejung kat situ. Kena kisar buat ABC dulu, jual kat orang baru dapat duit. So tak berapa laju pengaliran dia ye. Cendol pun tacing tengok abang pilot berpeluh pulas mesin airbatu tolong mak.


"Kita usaha ye mak. Abang janji tunjuk kat adik-adik yang abang boleh jadi pilot suatu hari nanti. Boleh abang bawak mak jalan-jalan pergi oversea. Hidup kita akan jadi lebih baik suatu hari nanti mak"

Tiara buat ayat drama. Best kan skrip i buat. 
Oke next.
Ada jugak yang suggest pegi la keje overseas mek oiiii. Apply job kat sana. Contohnya Indonesia tu bukan jauh sangat pun, raya boleh balik lawat mak bapak. Dekat je Indonesia dengan Malaysia, jangan jadi manja sangat la sayang tinggal parents konon.

Yes, kerja kat luar is one of the ways to unfreeze ATPL but the problem is, dierang kena bayar guna duit sendiri untuk type rating sesuatu aircraft. Type rating ni sesi simulator on certain aircraft and of course para pilot ni kena pilih aircraft yang beratnya above 5,700 kg like i said before. Maybe boeing, airbus, ATR and it costs RM 100k -180k kalau nak tanggung sendiri. Kepada yang kaya-kaya tu ada je yang chose that decision and they got the job. Semua tu pulak harus dibuat menerusi agent. Yang ni ada risiko kalau silap pilih agent habis pulak duit kena tipu.

So yeah, it's all about money guys.



I know memang banyak lagi orang lain yang tengah menganggur, but this is a big issue now in Malaysia. That's why i really feel like talking about it. Beribu pilot datang KLIA untuk interview dengan Malindo, even datang dari Sabah and Sarawak. Pukul 6 pagi da terpacak kat KLIA, tapi tak diberi peluang interview pun sebab ramai sangat. Cekidaut here

JAA diperkenalkan tahun 2009, and dengar kata ramai yang fail sejak berkenalan dengan JAA ni. 
Not your cinta pandang pertama gais? 
Dulu ada regulation kata, maximum attempt is 4 sitting untuk each subject paper and tempoh masa setahun je untuk pass that subject dari tarikh pertama dia amik paper subject tu. For example kalau u amik Metrology bulan 3 tahun 2011, u kena habiskan before bulan 3 tahun 2012 dengan syarat 4 kali peluang sahaja. Kalau tak, kena repeat balik semua paper. Berapa ribu pulak tu?
 
Pastu pulak kalau seseorang cadet tak abiskan semua paper dalam masa 2 tahun after his commencement date which is hari pertama daftar as cadet pilot, dia kena repeat suma paper. Dulu masa Civil Aviation Authorities (CAA) punya zaman, tak ramai sangat yang flung sebab macam senang nak pass. Cadet pilot la kata, i cuma ulang suara. I tau exam medic je. Teheee.

So i faham la kut dierang risau. Duit duit duit.



Ini la yang jadi kat KLIA dua hari lepas if u don't know.
Beribu hati penuh dengan harapan pegi interview Malindo.
It is a big issue now.
Credit: The Star
Pool of pilots waiting for interview. Bukan pilot je ni, aircraft engineer, cabin crew semua ada jugak tahu. Mengalahkan rombongan Pak Danial Kreik nak gi haji bersama teman sekampung. Ceh tiara nama tak nak urban pulak kan, Pak Sameon sudah.
Credit: Lisha Sahar


So gitulah cerita dia.
Pilot perempuan pun ada je kat flying school tu. Malaysia Airlines tak amik pilot perempuan kerja dengan dierang tahu. Maybe sebab leceh bila beranak lembik macam tauhu cemana nak bawak kapal terbang.
Pastu ramai pulak yang apply maternal leave sebulan, dua bulan cemana? Tak pepasal MAS rugi takda pilot bawak aircraft terpaksa bukak kedai jual tauhu pulak kat LCCT. Currently MAS ada 4 female pilots je tu pun sebab ambik from FireFly after FireFly close their 737 operations. So after 4 orang ni keluar, MAS tak amik female pilot dah. 
Tengok, pressure jugak cadet perempuan yang cari job ni dah tertutup satu option.



Maka dengan itu, public out there maybe boleh faham perasaan dierang semua ni.
Seriously it's all about money.
Tapi, kalau u guys ada peluang untuk jadi flying instructor ke, crop duster, flying club whatsoever grab jelah buat sementara. Iye memang tak glamour and memangla cakap je senang but think about it, u still can earn money. 
Oh ye ke? Ha ha ha it's not that easy. 

They still need around RM 5k-6k untuk jadi flying dutchmaaaan oke tak itu hantu dalam cerita Spongebob. They need to do aircraft conversion dulu. 

Ish susah jugak nak bunuh ulat bayam ni kena bayar beribu-ribu pulak. 
So again, DUIT lagi sekali, bukan sebab tak glamour semata-mata. Dierang kena invest dulu, burn that 5k-6k. Tapi takpelah dari duk kat umah tak buat apa. Biar sempit duit dulu, dapat gaji kemudian. Senyum sikit pilot.

What u do is sambil kerja sambil apply to airlines, jangan sambil apply sambil duduk rumah tak buat apa-apa. Orang nak kerja ni at least u look for experience kan sebab kalau duduk umah, ilmu terbang yang belajar kat flying school selama ni pi mana? 


Adam Mukhriz kau tak wujud!
Takyah nak sengih sangat.


Walaupun Adam Mukhriz tak wujud tapi I have quite a number of friends yang buat piloting and i know they can't voice this out nanti lesen kena gantung ke apa. Rasa terpanggil la jugak to write this entry sebab kesian dierang kena bash dengan public but they can't defend themselves. I buat medic bolehla selamba tulis entry ni haha korang belanja aku jagung bakar lapan ketul oke ingat free ke buat entry ni sembur racun bayam kang.

So, all the best kepada semua superman and superwoman of the sky!
Just don't give up your dreams, keep on trying.
Take a deep breath in and be strong.
Things will get better.
Insyaallah.

credit: The Star, google, people around me.

P/S: If there is any misleading fact or info being mentioned above, do let me know please. I'm doing medicine i bedah mayat not aircraft :p 

P/S: This entry is written for the sake of changing the public's mindset, yang pikir kenapa pilot memilih kerja. Bukanlah sengaja memilih, it's the money that they have to invest before start kerja tu yang halang dierang in most cases. RM 250k is not a small amount u see?

UPDATE March 2014: Malaysia Airline is hiring female pilot.

62 comments:

Mohd Lokman Bin Ramli said...

banyaknya keluar duit..

4feet8 said...

tiara. TQ untuk info ini..

Namee Roslan said...

ramai jugak yang menganggur sebab terlalu ramai pilot nowadays. lepas tu nak kena tunggu turn for simulator pun satu hal. Kena beratur untuk giliran punya lah lama.

Tiara Fazlin said...

memaaaang banyak incik Lokman

sama2 4feet8!

nameee! tu lah nak tunggu turn satu hal, yg bwk aircraft nak consider weather lagi, now monsoon lagi slow progress

Arumi Dasuki and Erma Alyssa said...

Kalau memang cita2, passion and cinta terhadap pekerjaan pilot tu teramatlah tinggi, lagi satu option ialah dengan masuk TUDM, tu meme kompem dah la boleh flying2 naik aircraft kan, plus boleh berkhidmat untuk bangsa dan negara youu.. Just my opinion la ekekeke :D

Anonymous said...

Good entry. Btw tiara, maybe lepas ni boleh buat entry pasal physiotherapist pulak. Dengar cerita ahli fisioterapi pun mengalami nasib yang sama di malaysia iaitu belajar tinggi-tinggi sampai degree tapi akhirnya jadi penganggur takde kerja. Kalau ada kerja pun very limited and gaji pula dibayar tahap diploma even dah ada degree. Ni based on pengalaman salah seorang anak kawan mak yang ada degree dalam fisioterapi tapi sampai sekarang still menganggur, bukan sebab memilih tapi sebab peluang kerja yang very limited di Malaysia laa. Kalau nak pergi cari kerja kat oversea memang taklah kan mana nak cari duit bayar tiket kapal terbang penginapan semua tu,visa lagi huhuhu

ahmadhiSyam said...

pergh panjang lebar cik tiagha ekspleng..tp mmg ada baca pasal rmai yg kantoi JAA paper. maybe tu salah satu cara DCA nak tapis pilots yg dah melambak...

haasyaa said...

Cewah bila kak tiara berkata-kata ttg pilot! Adam Mukhriz is hot~

AshMael said...

kalo camtu, nk jadi dokter je la macam cik tiara. susah blaja...susah keje....duit masyukkkk(kalo jadi consultant la)

Anisa Anuar said...

tp orait jgk jd pilot...nnt leh beli kapal terbang sndr, then sndr fly kn... *angan2*

Anonymous said...

Betul! Jangan memilih... Bawak lori 20 tan pun mencabar apa! :D

Hamba Allah said...

tak salah kot pilot jadi penjual burger ^_^

Rui said...

Btw, yang dah dapat offer to undergo as training pilot tu memang akan diserap sebagai permanent staff kan?

Anonymous said...

hi guys, got a question here..
what about military pilot..??
r they going the same license??

mia sha said...

si pilot baca entry ni trus benti kejar cita2 hehehe

Anonymous said...

Hi. Saya shaziylia sahar. Saya cadet pilot perempuan. Saya tinggal kan comment ini sebagai bukti yg saya sudah baca entry ni Dan well , sbb tiara suruh, ok.

Aujinz said...

haaa... jangan ingat keje pilot nie glamer semata mata.. depa pon pening kepala gak nak cari duit...






Nasib baik laa teman nie rabon. Kalau idok, maunye teman dah felaiii skang nie.. koh koh koh

Iceman said...

kalau nak jadi pilot nak glamour nak memikat berhenti saja lah ... kalau nak cari duit lebih nak kaya, nak travel free ok lah. looks like u ni anti pilot sikit lah, mix around with pilot ke , komen boleh tahan knowledgable ada sikit yg tak betul.

bukan pilot je yg kutip anggur banyaak profession lain pun sama jugak.. salam maaf kalau terguris hati

Tiara Fazlin said...

arumi: hahah everyday kena kawad bawah panas everyday plkn la maknenya

anon: insyaallah kalau free i'll blog about it, im keeping up with malaysia's current news tehee

hisyam: yup thats one of the ways, tp kesian la kan duit org habis, they shouldn't let the flying school recruit too much cadets sampai surplus

hasyaa: Adam Mukhriz tak wujud!!! *tetibe emo* hahah

anisa: haha 5 tahun lepas tu kena repeat paper sbb bawak diri sendiri je :p

anon: hidup kena flexible! jyeeahh!

hamba Allah: eh sape kata salah! i loveee burger tepi jalan sooooo much!

rui: kalau jd cadet MAS or AirAsia most of the time mmg serap terus, private flying school yg problem sikit, i think i think

anon: no, military pilot lesen tak sama..as the name suggests CPL: Commercial Pilot License
ATPL: Airline Transport Pilot License
so lesen tu untuk Commercial and Airline je, kalau military, airforce u need another license..i think la, i think

shaziylia: hahah lol u did come here! :p

Iceman: haaa i anti pilot seriously? entry ni habis backup jobless pilots da..u should read twice i think..oh and i tiap hari mix around dgn pilot..dia siap kejut i bgn pagi there is no way i anti dia heheh..anyway, pleaseeeee bgtau ada sikit yang tak betul tu part mana sbb i need to correct it, tak nak deliver info yg salah thank u

aujinz: sbb cerita Adam Hawa la i buat entry ni! over tau angkat saham pilot cenggitu harapan palsu sunggoh hahah

Adam bin Ahmad said...

Hi tiara, boleh berkenalan ? :)

dhiashahida said...

menganggur duit.....bnda tu jugak sll ada dalam minda saya..bila la masalah ni nak berakhir..huk3....sume bnda pun nk pakai wet..singgah follow awak..;)

zulhilmi tempoyak said...

pnjgnya... i have heard about that. sbb tu rmai gak pilot dr luar yg dtg jugak interview dkt malaysia.

btw. trasa jugak. sbb i`m one of those yg memilih dlm kerja. kuikuikui...

Sanji Ngatmi said...

beratur demi sesuap nasi ... ibadah ...

Al Kisah said...

pelaburan yang tinggi untuk menjadi seorang pilot.

tapi idea tiara menarik. tak semestinya jadi pilot kena kerja dengan airlines..

tapi masalahnya, kat malaysia tak der lagi nampak ada orang buat bisnes flightseeing tour around island kat malaysia or crop dusting..

kalau ada for sure ada orang sambar dah kan..

FozyAliya said...

tiara k.lia here..i miss u laling..k.lia baca dah entry tiara nie peace =)..miss u dear..take care ye duk sana ^_^

putraqwe said...

masalahnye ramai sangat pasir pasir CAA tuh.. tu yang kecoh..

Anonymous said...

saya jealous dengan bf awak tiara

Tiara Fazlin said...

adam? no u don't exist so kenot berkenalan dgn hantu hahah

dhiaaaa everything is about money sekarang ni

zulhilmi: panjang eh? ni mesti baca skip2 ni *rage face*

sanji: oh yg itu sangat betul im with u!

alkisah: oh yg flightseeing ada kat KL dlm RM 500 per ride if im not mistaken

kak liyaaaaaaaa! ghinduuunyeeee :'( balik la semula kat pesbuk sobs..kak anys pun takde geng dah kesian dia

putra: apakah pasir2 CAA sorry sy slowpoke mcm patrick star

anon: ah sudah bakpe pulop ni, knp nak jeles2 niiii

afham said...

Mungkin recruiter dari airlines boleh cuba guna cara ni

http://www.huffingtonpost.com/2012/11/08/hainan-airline-body-odor_n_2094632.html

Ririe Hanna said...

Haha tiara , yang ayat "Adam Mukhriz kau tak wujud! Takyah nak sengih sangat." kelakar . btw , your blog was sooo awesome ! :D

Anonymous said...

Naseb bek aku x suke jd pilot.. :)

atd said...


Military pun pakai CPL juga, tp before masuk civil aviation depa kene bawa semua log book waktu dlam perkhidmatan pasal semua rekod hours on aircraft, types of aircraft dlm tu.
After verified baru boleh amik lesen awam dan join civil aviation.
Tetapi, byk member yg tukar dari military ke civil aviation kebykan dari transport tak kira either rotary or fixed wings and not fighter pilot.
Fighter jocks biasa duk kat military sampai pencen. Fighter jocks biasa tak masuk civil aviation pasal kena byk buat conversion n training jadi macam start dari awal balik.

Tiara Fazlin said...

anon: sama la aku hahahah nak jgk aku

atd: wohaaaa thank u so much for the explanation!

sheeraY said...

penuh informasi,penuh sensasi
;)

محمد رازيق said...

pilot oh pilot. tak apalah. aku rasa lain2 bidang pun macam ni.

Ain Dzaya said...

even tataw sepatah haram pasal aviation world..dapat la ilmu sket hari nie :">

Ain Dzaya said...

even tataw sepatah haram pasal aviation world..dapat la ilmu sket hari nie :">

saifudin said...

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

MOHD KHAIRUL NIZAM MOHAYAN said...

sila layari page FB MENERJAH AWAN - DEMI MEMBURU HASRAT MEMBARA dan juga feel free to visit my blog HTTP://CAPTKHAIRULNIZAM.BLOGSPOT.COM

Anonymous said...

Peluang pekerjaan di Zouk Academy sebagai pelatih juru urut professional (therapist). jaminan pendapatan sebanyak RM 2,500 berserta sijil kemahiran yang di iktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Latihan akan di beri dan asrama disediakan secara percuma. bekerja di spa/pusat penjagaan kesihatan yang terkemuka dan bertaraf tinggi.berminat sila hubungi Shakilla di talian 017-3401239.Pengambilan sepanjang tahun 2013.

anwar said...

Detail betul..

wan91 said...

Well, i have to say miss Tiara, for someone whom is not related to aviation industry, your knowledge about pilot is quite astounding. :) or should i say marvellous! you made my day miss Tiara, hahaha.

akhbar666 said...

wah u know a lot jufak pasal aviation..impressive..:) -akhbar kmb-

Anonymous said...

Bagus gak info blog ni, bule memadamkan hasrat nak behenti epos cam ni.

Anonymous said...

TIARA BOLEH TAK BAGI KELAYAKAN UNTUK PILOT

Tiara Fazlin said...

i did some research and tanye org jgk for this post thats why tau sikit2 :)

anyway anon, kelayakan untuk pilot yg paling latest im not sure, boleh check kat website DCA or any flying school website?

Anonymous said...

isu pilot mnganggur ni bkn benda baru.. taun 90s pon graduate pilot dri NZ n aussie x dpat keje kt msia afta buat cnversion..ade yg keje bank hampir 7taun pastu airasia bkk peluang kerja taun 2000... mase tu x rmai, skrg ni rmai sgt, yg pelik nyer bdak2 result spm cukup makan pun mak bapak nk hantar anak msuk flying school jgak..duhhhhh!!!..220k fees dorg baik wat bisness kdai makan lagi masyukkkk, untung 20-30k sbulan.. skrg ni yg dpt kerja airlines tu rmai yg jenis mintak sokongan org politik.. x semua, tetapi ramai yg jenis mcm tu.... dlm MAS x yah ckp lah..'Mesti Ada Sedare'...Hahaha..

Jalil Asyraf said...

Thanks for the post. Actually saya mmg nak sgt jadi pilot,tp tak lps interview airasia haritu. Now tpaksa ambil a level. Ada jugak tfikir nk ambil private. Tapi lepas bace entry ni, macam cuak pulak nak ambil risiko. Thank again and tiara sangat klakar and cute:)

MOHD KHAIRUL NIZAM MOHAYAN said...

Tumpang iklan ye tiara ... boleh juga melayari blog saya di http://captkhairulnizam.blogspot.com

Wan Mohd Faizul Rizal Wan Harun said...

Jobless Pilot SpongeBob: "Patrick, bakpe susoh ngat nok buleh kije pilot ni?? ngek ngek ngek"
Captain Patrick: "Sebab Type Rating untuk fresh pilot semua kene bayar la SpongeBob..ohohohoh"
Jobless Pilot SpongeBob:"Tapi saya mampu bayar la Patrick..100ribu?200ribu?300ribu?
sebut aje Patrick..dan saya juga ada Gary..dan saya..saya..Saya berpengalamn 10 tahun dlm kejuruteraan pnyelenggaraan pesawat, bkerja di lebih 3 syarikat penerbangan dan terbaru ialah di Krusty Krab, lulus semua ujian JAA sekali harung dan..dan..saya sayang Krusty Krab"
Training Captain Squidward:"Awak pernah 'jumpa' seseorang untuk dapatkan kerja pilot ke SpongeBob?"
Jobless Pilot SpongeBob:"Seseorang???"
SFA Sandy:"Iye SpongeBob,seseorang yang boleh membantu awak"
Fleet Captain Mr. Krabs:"Saya kenal awak SpongeBob..esok awak boleh mula bekerja di Krusty Krab Airline"

Plankton:"Sayangku Karen, di Bikini Bottom ada tertulis -No matter what you have and how much you have, 9 out of 10 is all about 'someone' you know-.

'Jangan Kemana2-Nick di9 akan kembali selepas ini-

Anonymous said...

kahkahkah...kelakar...cara u elaborate sebijik mcm org dr aviation world....but that's the reality....we from the engineering side pun share the same fate....so guys out there better think twice b4 jump into aviation industry....setakat ade lesen cpl or easa part 66...tp xde org nak ambik keje....baik xpyh...ade lebih bagus pegi belaja ambik safety course kat niosh bangi,,,untung2 beli keje oil and gas....hahahaha

Anonymous said...

Thanks sebab explain..- pilot jual burger skrg da nak masuk kerja..hoyeh!

Tiara Fazlin said...

Tahniah! mayonis lebihhh hahah

Rina Nabilah said...

my mom kata, pemandu bas pun boleh dipanggil Pilot sebab pemandu bas bawa penumpang dalam bas, macam Pilot bawa penumpang dalam kapal terbang. Hahah

Anyway, betul kata akak. Tapikan, macam mana Pilot banyak mengangur? Dorang tak belajar engineeringkah? Bukankah banyak lagi peluang? Kalau tak dapat jadi Pilot, jadilah Aircraft Engineer. Mana tahu dapat. Betul ke saya cakap?

Lagipun cita2 saya pun nak jadi Pilot. But parent prefer saya jadi engineer. So in that case kalau tak dapat jadi Pilot, jadi aircraft engineer pun bole, dapat juga tengok kapal terbang fly~ :D

Anonymous said...

Tiara ada org copy ur entry. Google harissairi.

yellowherbie said...

As a pilot, i just wanna say.....gila best post you ni babe!

Miss AK said...

Hi sis.saya nak tny klw pilot perempuan pregnant still working atau ambil cuti?yg dah deliver cuti bpe hari?

Aimi Farhana said...

tak pernah tahu la pulak pasal ni. btw, thanks!

Anonymous said...

Hi tiara nice entry..I berminat nk tahu psl pilot pun sbb my bf is one of them...bukn sng nk jd pilot...n one more thing bukn smua pilot kjar glamor..mmg ada retis yg nk dkt but dorg lbih suka org biasa....try to know them n u will find that all the rumours are not true....:)..just share pe yg ptut..

Anonymous said...

I likes the way your explain abt the aviation world. Anyway,starting 2015 soon jobs abt pilots gonna banyak sebab banyak airliners beli kapal baru. And kalau tak silap,mid 2015,some company from overseas tak sure daripada mana akan buka branch diorang di malaysia. Guess what?? Makin banyak lahh peluang tu nanti.. Tapi satu je abg nak pesan,dunia pilot kena cepat sambar peluang becoz benda2 macam ni once closed,it will gonna takes 5-7 years baru nak ada balik. Im a pilot and tiara,I salute you mon ami.. "Keep flying high but dont get high"

Anonymous said...

Bukan semudah tu nk tukar2 kareer dr pilot ke aircraft engineer.. utk jd pilot, kna ada pilot license, it same goes to aircraft engineer.. utk jd aircraft engineer, kna amik aircraft engineer license, which is different types of engine and parts. Lgpon, apa yg pilot bljar mostly on how to handle the aircraft, but aircraft engineer mostly learn on how the machine works. Pendek kata, dua2 profesion ni sangat berbeza, tapi saling melengkapi

Anonymous said...

Sy lulusan kejuruteraan aircraft dan bakal sambung cadet.

Katakan yg awk single cik Tiara 😂😂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...