Sunday, October 14

Parking sisi yang dibenci

Homaigad bapak lama tak update belog ni.

Ok i was in malaysia for like 3 months.
Hati bahagia. Otak takde pressure.

Thats. The. Main. Reason. Why. Blog. Ini. Diabaikan. Selama. Tiga. Bulan.

So now i'm back in Dublin.
Back to Tiara who lives in this tiny little room, no TV at home, no siblings to WWE if u smeeeeelllllll lalalalalalalalalalalalala no roommate to talk to and most importantly no burger tepi jalan anymore oh me so sad.


Baby come to mummy T_T

Nota untuk mak dan bapak:
Sebelum update belog i'll make sure that i have finished studying 4 to 5 lecture notes on that one particular day, baru lah i bagi izin kat diri sendiri untuk lepak kat sini. Maka mak dan bapak jangan risau along dah study tadi siap ikat bendera jepun kat dahi.

So here i am tadaaaaaa! Otak dah tepu menghafal gini baru nak gelabah cari blog, bila otak tenang bahagia tak nak pulak jenguk blog. Perangai ibarat habis madu Sepah buang mamat lalu tinggallah dua orang ahli sahaja shuib dan jep. 

I dah ada kat Dublin for like a month?
Lots of things to handle lots of new stuffs to learn.
Last week macam nak update belog tapi bila study je hatiku berbisik....

''Sahaja aku baca lecture notes dua muka surat terus mengantuk....tunai.....''

Dah acane nak update belog baca nota dua muka surat dah terhangguk-hangguk memang rasa guilty kalau lepak kat sini. 

Alaaaaaa i nak cerita about me being a teacher kat entry ni sebenarnya.
Tapi tengok intro dah longjong gini.
Habis tu kita nak cakap pasal apa ni?

Oh i know! Long time ago when i was back in malaysia kan, i drove a car.
You know what i hate most about parking?

Parking sisi.



Epic fail kalau nak suruh i parking kereta cun macam ni.
Kecewa rasa di jiwa tiap kali nak try parking sisi.
Park Ji Sung betul.


Kalau ikutkan hati nak je i beli kereta kontot ni ha senang cerita. 





Tak payah pusing satu bangunan cari parking lain sobs. Tak payah putih mata dah bila tengok parking sisi ada yang kosong nak parking tak berani. Especially bila jalan sempit, banyak pulak kereta beratur kat belakang, memey tak la i nak parking situ nanti kena hon.
''Woi amenda lembab sangat parking ni siput mengandung kembar lapan pun lagi laju speed dia!''
Sentap. 
Terus mengalir air mata, air hidung sambil cari parking lain. Tacing sungguh sanubari dahku ini.

There was this one day i was with my siblings. 
Ecah, Ida dengan Nana. 
Eh tak ingat Nana ada sekali ke tak. Nana! awok ikot kiterang tak masa ni?
Okay back to the topic.
We wanna go to a shopping mall so kena cari parking dulu.

Pusing punya pusing ternampak la satu parking sisi maka dengan konpidennya dahku terus nak parking tanpa ragu-ragu lagi. Kat situ memang sempit sebab orang ramai, banyak kereta, it was weekend.
Pastu entah macam mana tiba-tiba......

STUCK.

I was trying to get out of that situation and nak lari cari parking lain je tapi kereta macam lekat and tak boleh nak keluar dari situ. Homaigad cuak gila kereta lain bersepah dah queue kat belakang.

Pusing stereng ke kanan 360 degree takleh keluar jugak.
Tekan minyak nak try parking, bontot kereta pulak halang kereta belakang nak lalu.
I'm not quite sure how to explain this situation it was long time ago zaman baru dapat lesen.
Berpeluh punya gelabah adik-adik i siap gelak. Dahla ugut nak keluar kereta melarikan diri tinggal i sorang. Ida pulak dah pernah kena kes vespa dulu, malu kat traffic light memang taklah dia nak terlibat lagi sekali. Hampeh betul bukan nak jadi cheerleader ke support kakak masuk parking.
Go go go Park Ji Tiara!



Park Ji Sung left Man United sebab tu i dah hilang skill parking.
Wenger cepat beli player lain yang bernama Park jugak untuk Man United.
Eh budak laki dah kerut dahi nak sound i tak tengok bola la tu i tau la its Alex Ferguson ahah gotcha!


Dalam keadaan huru-hara sedemikian tiba-tiba.......


Seorang pak cik dengan ganasnya bukak pintu kereta suruh i keluar!!! Pastu i dengan panik tak boleh pikir terus keluar dari kereta patuh kepada arahan!!! So here is the problem.

Adik-adik. I. Still. Ada. Kat. Dalam. Kereta. 

Ecah punya gelabah tetiba ada orang tak kenal masuk kereta dahla lelaki.




"Along! Tolong! Sape drive kereta kita ni! Selamatkan ecah! Keluarkan ecah dari sini!"


''Along tolong ada orang nak kidnap kitaaaaaaa!'' 



Ida pulak bukak tingkap keluarkan kaki dah ready nak terjun kereta. Mujur kaki takde cagu kalau tak, koma pulak semua orang kat situ. I pulak tanpa membuang masa terus pandang jauuuuuh ke dalam mata pakcik jaga yang jaga entrance mall punya door. Dalam hati pasang niat nak rampas senapang beliau untuk menyelamatkan adik kesayangan. Oh adik-adik ku dalam bahaya!

Hiperbola sangat ni Tiagha.
Okay fine la pakcik tu baik hati tolong i parking sobs terharu. Tapi serious la beliau bagi je arahan tegas suruh i keluar kereta and he took over the car muka garang tak menahan tu. 
Cuma ada dua kemungkinan di sini ye.
Beliau seorang askar pencen yang garang ataupun beliau dah hilang sabar tengok i lembab sangat parking kereta -.-''

Oh jangan salahkan i okehhhh. I passed my driving test parking test semua jenis test la. 
But lemme tell you this. 
Parking sisi yang diajar kat sekolah memandu tidak valid!

Sebab in real life takde tiang doploh batang ni sebagai reference. Amboi real life macam kat sekolah memandu tu kau hidop dalam vampire life.


In real life ada ke tiang banyak-banyak gini kat tempat parking!
Takde kan! Takde! Sebatang pun takde!

Dah tu macam mana i nak parking?!
* tetibe emo*

Blame the sekolah memandu guys, bukan salah dahku seratus percent cintaku~ hei hei hei hanya untukmu~ hamekau Mas Idayu pun bersetuju dengan i.
Sejak kejadian itu saya Tiara Fazlin telah trauma tahap kuasa supersaiya kameyameya.
Adik-adik i pun dah tak berani nak bagi i parking sisi sejak kejadian ngeri itu.
Banyak gila kereta beratur kat belakang melihat kehandalan i parking. Handal sungguh sampai roger askar pencen mintak tolong. Kalaula ayam pencen lalu kat tepi i masa tu mesti dia gelak tutup mulut takut dedak yang dia breakfast pagi tadi bersembur keluar.

Maka kepada anda di luar sana jikalau ternampak i tengah terkial-kial parking tolonglah pegang sepanduk dan bagi semangat. Tak pun tolonglah belikan penyapu pastu pacak kat sekeliling tempat parking macam kat sekolah memandu itu. Nak pacak diri sendiri pun boleh i tak kisah. Boleh i buat reference konpem tak fail dah. Tapi insyaallah la i lenyek sikit kaki you tu. Aloh ibu jari secuit je takkan nak berkira.

Apa pun terima kasih kepada pakcik yang baik hati tolong saya parking jasamu ibarat lilin menerangi kawasan parking rela membakar diri memberikan cahaya terang ibarat sang suria bermuka bayi dalam cerita Teletubbies.


Pakcik askar pencen, jasamu ku kenang.
Sekian.


33 comments:

Anisa Anuar said...

hey...same goes to me...sama tak suka...it's like...urghhhh hehehe

Tiara Fazlin said...

jyeaah ade geng! *high five*

Hakim. said...

Intro je dah sejengkal. Hahaha.

Parking sisi memang memerlukan pengalaman sebab kalau tak pandai bajet timing, memang tak boleh. Seperti ada suatu Quote tu;

"Parking sisi itu tanda kemahiran kereta abadi" - Mozart

Tiara Fazlin said...

serik dah takpelah tak abadi pon

BEIHA MAT said...

Sister , i memang selalu baca blog you , *oh,i'm 18 years old lagi :p * and hari ni baru gatal tangan nak comment .Anyway , your blog gila superb AWESOME ! suka suka suka :D
anyway , i fail jalan raya .lalalalalla :p

afiqazizan said...

Parking sisi memang susah nak buat..macam apa yang awak cakap dalam entri ini..hihi.

Tiara Fazlin said...

hai beiha pengkomeng baru heheh oh dulu mase i amik lesen kete enjin mati kat traffic light! :o

kalau sorang2 parking takpe afiq kalau ramai orang agak facepalm di situ

Namee Roslan said...

hahha, baik gila pakcik tu nak tolongkan park kan kereta walaupun cengih macam askar pencen. haha. namee pun sama, kalau parking sisi memang terkial2..bila dah gelabah, namee terus drive je cari parking senang walaupun memang tahu parking limited ! gelabah sebab orang belakang line up panjang semata wait kita parking...hahah

syamimihaziqah said...

Eh itu parking ELIT kan?
Siap kena kira berapa kali pusing stereng untuk tiang itu tiang ini. LOL
Lain kali kena ready batang penyapu 20 batang dalam kereta in case 'terpaksa' aci redah side parking.

LydSunshine said...

Hahaha. Banyak makan kerepek la ko ni tiara.

Aujinz said...

Baiklah Tiagha, kalau I jumpa awek cun terkial kial parking sisi, benda first sekali I nak buat ialah honnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn panjang lepas tue baru keluar sediakan sepanduk dan pom pom.. kalau fail jugak baru I tolong.. wakakakaka

ururu said...

"Wenger cepat beli player lain yang bernama Park jugak untuk Man United.
Eh budak laki dah kerut dahi nak sound i tak tengok bola la tu i tau la its Alex Ferguson ahah gotcha!"

ahahaha! demmit terkene! i read "Wenger cepat beli player lain yang bernama Park jugak untuk Man United." two times and then dahi start berkerut (belum start kutuk2 lagi). but i believed in u, so i read on. tapi terkene la jugak sebab dahi dah berkerut. demmit!!

and sebenarnye parking test 20 batang tiang adelah valid. yg tak valid adelah otak kamu sebab tak reti nak subtitute tiang ngn blank dinding or blank space. cube sub dengan Park Ji Sung. mungkin lepas.

Aalia Shahira said...

haha kak tiara ... i pon xsuka nak parking sisi gitu . pernah sekali parking mcm tu , tp selepas trial and error mmg dop boleh masuk pon sampai keretaaaaaaa belakang picit hon dekat i . mulalah gelabah mcm nak beranak . kahkah :P

FozyAliya said...

Takpe tiara k.liya pun sama je cam tiara hehehe...^_^..kita geng skang..hey waly..waly..waly hey..hye geng..

FozyAliya said...

akpe tiara k.liya pun sama je cam tiara hehehe...^_^..kita geng skang..hey waly..waly..waly hey..hye geng..

http://gulagulagetahwarnawarni.blogspot.com/ said...

Takpe tiara k.liya pun sama je cam tiara hehehe...^_^..kita geng skang..hey waly..waly..waly hey..hye geng..

ked kookie said...

pernah dulu, kitorang gi kenduri.. mase tu ayah parking sisi lah kan.. tapi kereta belakang dengan depan rapat sangat.. ayah buat camne tah, sampai berbekas2 tanah tu baru dapat keluar.. fuhh, lepas tu baru i rasa hebat giler sape yang dapat parking sisi ni..

efah said...

errr debor aih nak amik lesengg nih -__-"

deena awanis said...

agree!!memang tak valid cara pengajaran parking sisi di sekolah memandu!!HAHAHA..i feel you..i feel you.

Nadd Aiman said...

haahaha. aku hanya mampu gelak sbb sejak dapat lesen aku xpenah bawak keta. nanti ko dh mahir drive la dtg kmpung aku. belakang airport je if u know what i mean hahaha. ;p

Sanji Ngatmi said...

hahahahah ..

cukup duit beli lah auto parking cam ford focus ..

komfem settle ..

\(*_^)/

nazirulhazwan~ said...

ok. ni awesome. panjang gile.hahaha:P

Fafa Rara said...

same goes to me! kalau bab parking memang surrender habis. lagi2 parking kat mall. sy slalu fail bla nk parking sisi n staright. kalau parking senget mmg pro. wohooo~ sy penah parking keta kt mall sipi2 nak rembat bontot keta org. hihik. nsb baik tgn cepat brtindak memulas stereng sehabis2 darjah. ;D

Tiara Fazlin said...

tu ah namee sama la kite sanggup jalan kaki jauh semata mata nak avoid side parking hahah

Tiara Fazlin said...

hahah lol aujinz buat I gelak je jgn ah hon dulu tolong terus laaa

Tiara Fazlin said...

ururu: jyeaaah im good at bergurau with people

ked: kemsalam bapak! suruh dia bukak skolah memandu!

FizaMustafa said...

kelakar tiara, gelak sensorang baca :)

rabiatul arriffin said...

tiaraaa! penat akak sengih bace cite awak ni :D same goes to me, last2 keluar cari parking lain. hehehehe

'ifwan said...

Belog yg sgt best!! Haha.. my Suggestion to tiara, nxt time standby 20 btg penyapu. Ape gune bonet kreta yg bsar tu.. mtx tolg sorg2 adik yg xde wt ape dlm kreta tu n mamat2 yg queue pnjg n pencen yg da xtau nk biskn mse kt umah, mtx tolg sume pegang penyapu assists tiara. Nk lgk mnarik penyapu tu wt colouring corak2 rainbow gitu. Insyaallah, xsmpi 5min parking sisi settle. Tul x tiara? Hehe

Sanji Ngatmi said...

ecece m.u mesti nak selit gak .. tak boleh tidak

a little less conversation said...

sebab tu suka naik moto..ta payah nak parking sisi..

atd said...

rileks bende ni mmg datang ngan experience dan kene la rajin prektis.
Dlu pun pasal dah lama bawak kete manual bleh la kekok bila kene bawa kerete auto, mula la kaki takle duduk diam.
Sama jugak dah biasa signal belah kanan, tetiba bawak kereta signal belah kiri, tgh nak masuk simpang tetiba wiper yang jalan dan ada adik beradik/member bahkan mak serta ayah sekali plak mmg akan tolong gelak dan terasa macam orang lain tau je bila tengok kereta amik kona pasang wiper!

aduh... kenangan tak best!

Asyraf kamarol bahrin said...

Pakai smart car je la gaye nye..
Hehe😁

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...