Friday, August 10

Taiko Tai kawasan Bukit Setongkol

Nama saya along.

Seluruh keluarga panggil saya along.

Maka sudah terang siap suluh dengan pelita tujuh likur malam bahawa saya memang taiko tai terunggul. Saya ah long Bukit Setongkol, salah satu kawasan di Kuantan. Sape la yang bagi nama tempat Bukit Setongkol ni buat gengster KL gelak je nama tak ganeh langsung. Dahla setongkol, kalau dua tiga tongkol okay jugak. Patut bagi la nama Bukit Berdarah ke, Pak Tongkol The Gigi Besi ke. Whoaa bapakla ganasnyeee, bapak i pun tersedak dengar.

Walaupun saya along yang disegani ramai namun begitu bila saya balik malaysia pada tahun ini gelaran unggul saya telah dicabar. Ibarat hantu cina kuku panjang mencakor mangsa yang lupa tahan napas begitulah sakitnya rasa di hati ini. Kerana gelaran itu telah dicabar oleh?

Adik sendiri.

Perebutan kawasan antara Ah Long, Ah Dik serta Ah Bang telah berlaku. Sangatla tidak patut kerana kami adik beradik tidak harus begini. Air dicincang takkan mungkin jadi air cincau. Dahla kami lima bersaudara sahaja ciput je bilangannya. I ni yang sulung harus mendamaikan keadaan. Bukankah lebih baik ah long ah dik dan ah bang berdamai lalu karaoke lagu dangdut ah ah ah ah ah daun pisang takkan ku lupakan. Kan lebih elok begitu? Tepuk dada kucing tanya dia nak ikan ke whiskers.

Scene investigation.

Bilik mandi.

kawasan ecah | kawasan abang
kawasan ecah | kawasan abang

Sobs sobs ape ni.
I balik malaysia aritu masuk bilik air nampak ni terus rasa nak menangis nanti kalau terlebih kawasan kena simbah cat cemana. Mandi dalam ketakutan tahu. Ini kalau tetamu datang umah nak pinjam toilet, mau tergolek beliau ketawa berguling keluar rumah. Huahahahahaha bilik air kena bahagi kawasan! Huahahahahaahahaha sawan berbuih aku ketawa! Huahaha berguling-guling macam tenggiling! Huahahaha! Ok tak lawak.

Ini serious.

Mujurla shower room ada banyak. Ini adik lelaki dengan adik bongsu i punye shower room dierang share. Paling tak menahan singki pun bahagi jugak.






Ini kalau duduk kat tengah-tengah line pembahagian kawasan, kena gosok gigi sebelah kanan je ke cemana ni? Kira macam nak berus gigi tu berus sebelah jela? Gigi yang masuk kawasan orang tu konpem la takleh gosok ye dok. Bahaye nanti ade orang cucuk perut pakai harpic pulak padah ceroboh kawasan beliau.
Tengok bahaya tak bahaya. Muncung harpic ni tajam tahu walaupun rupa macam manja gitu menyamai itik comel. Nasihat saya, don't judge a weapon by its muncong. Sukahati buat idiom sendiri boleh tahan english edukesyen ah long ni. Mesti dulu Sekolah Jenis Kebangsaan Soley-soley ni.

Namun begitu wang pampasan bakal meleraikan keadaan. Baca notis dalam bilik air ni.



Ahah bagi RM 5 seatel tahu? Eh bukan seatel tapi beres. Namun i yakin tahap dewataraya la beliau nak maksudkan settle di situ tapi dah gengster kan mana main tulis betul-betul. Tengok tulisan pun beliau pancung. Pancung banyak kali pulak tu.
Seatel 
Serram nihhhh! Seram! Tulisan pun pancung, kalau orang mesti kerat empat belas terus ni. Semua simpan lima hengget dalam poket sekarang kalau nak idop lama. Nak makan ketupat raya tak? Nak makan tak? Haaa lebih baik anda semua sediakan payung sebelum jadi ceti, baru style kepit kat ketiak.

My favourite ceti of all time. Payung kat ketiak yeyeeah.

Tapi nak kata dia ganas sangat tak berhati perut tak boleh jugak. Walaupun ganas dalam hati ade taman Babylon tau gangster ni. Tidaklah tamak kawasan sangat seperti yang anda semua sangkakan.

Ini bukan tajuk filem okeh. Adik i memang murah hati berkongsi shower gel. Yang lain semua kena asingkan ikut kawasan kecuali shokubutsu ni lah sebab dierang share ataupun kongsi dalam bahasa gengster. By the way, konsi jangan lupa pancung. Oh sila baca tajuk sabun ni.
Onsen Therapy De-stress and Revitalise.
Kau ingat tak stress ke kutip hutang haaa? haa?! 
*tetibe emo*


Ok sponge mandi tak menahan ni. Tempat letak tisu beliau modified jadi tempat letak sponge. Woha spongebob pun boleh menangis tengok katil selesa cenggini. Double-decker bed siap.

<---- Ecah
  <--- Abang

Tapi difahami jela kena asingkan. Sebab lepas kutip hutang mesti badan kena cat sume kan. So kena asingkan la shower sponge ni. Mana la tahu Ah Dik sensitip ke dengan Nippon paint yang Ah Bang guna. Sebab Ah Dik pakai cat Deluxe je lebih feminin katanya. Warna pink simbah kat pintu rumah sesapa bayar hutang lambat.

Namun i bersyukur jela adik i tu tak bahagikan toilet bowl. Maleh nak imagine kalau kena bahagi. Duduk senget gitu gaya macam entah ape-ape pulak i rasa. Mesti tak berapa nak indah kan? Lagi-lagi kalau tengah cery berry kan.

''Lu olang ketepi semua ketepi! Gua mau langgar itu tauke lemang! Hutang sama gua tapi gua minta bayar bunga sukahati dia bagi bunga orkid pulak sama gua..ken u bilivit? main-main sama gua maaa..ini olang memang sulah terlampaukan dirinya.''

Kasi pancung sikit taiko tai.
Tauke Lemang.
Ewahhhh ganazzz sangat. Serram nihhhh.

Haha bilik adik i yang bongsu ni dekat dengan bilik adik lelaki i.
So thats why dierang share that shower room and she is the ketua. Maka beliau berkuasa untuk memastikan bilik air tersebut sentiasa bersih. Me and my other two sisters have our own shower room untuk dijaga. Tapi takdela notis gini gaya. Ecah yang bongsu tu share dengan adik lelaki i kan, so yeahh lelaki. Sampai kena letak notis oihhh tak bagi kotorkan kawasan orang lain ecah dah tak larat nak kemas gamoknye.
*pasang lagu newboys*
Sejarah bilik air kotor mungkin berulang~~ Ecah tak larat nak kemas dah~~ Oh abangku~~

Tapi tapi tapi penaklukan kawasan adalah yang paling power oleh Ah Ngah. Serious takda sapa berani masuk kawasan beliau. Baca notis kat pintu bilik ni.

Jangan baca tulisan hitam okay. Yang merah tulis ngan darah tu baru taiko tai sejati.
Meh i tolong zoom in.
(p/s: taiko tai berjiwa seni, siap lukis potret orang yang dilarang masuk..ida cantik sekaliiii rambut 3 batang)

amaran! Jangan pegang...

....tombol pintu...

...ada taik hidung...
Okay ayat penuh dia: 
Amaran! Jangan pegang tombol pintu, ada taik hidung
Eh sabar jap ade dialog. Tu nampak tu ade orang tanye ''mana?''
Pastu dia tulis ''eeeuuuu'' so i agak memang ade la kut taik idung. 
Woih memang haku pun tak berani masuk kawasan ni.



Sekian sahaja laporan akhbar Gengster Harian Utusan Metro.

Yang ganas lagi menggerunkan,
Ah Long Tong

Eh macam sedap pulak lontong ni boleh buat berbuka. Ketepi semuaaaa sila bagi laluan kepada ah long nak beli lontong. Gua cocok perut ngan harpic kang.

37 comments:

Anonymous said...

oh myy gucci my prada..
boley mental retarded ak baca blog ang nih..for sure ko nih terlebih humerus bone oiihh NGAHAHAA~

Tiara Fazlin said...

hahahah lol gucci prada!

nia marlissa said...

hhahah , suwitt aje kak tiagha punya sibling :)

deena awanis said...

funny lah korang neh.tiara raya kat malaysia ke tahun ni?

Amanina said...

Hahahahaha. gelak berguling2 baca entry nih. hmm ganasnya siap bagi2 kawasan.

Amalin Ahmad said...

Hahahhaha senak perut baco :D haha
send my regards to your adiks okehh especially ecah.. nk share toilet dgn dia jgk laa :p

ascil.punye.lah said...

tiara tiara~

kalau dah nama tiara tuh,malas nak cite ahhh,mmg bikin gua gelakkk je.eh ampun taiko,cukai perlindungan byar bulan depan ek.haap tak simbah cat kat rumah saya.kalau nak tolong cat,takpe.

Dylla Fadzil said...

HAHAHAH comel gila! lol

najwaMazlan said...

Ya Allah, Kak Tiara. kenapa diorang tak kongsi toilet bowl? haha. memang perghhhh lahhh. haha

.Gory. said...
This comment has been removed by the author.
fittry elyna said...

your family mmg kelakar

fittry elyna said...

your family mmg kelakar

Anonymous said...

tiara oh tiara..aku tak sangka ko lawak cmni..dulu takde pun ko tunjuk sifat ko gini..bakat terpendam eh..adoi..betul la org sg lembing ko ni..hahaha

Anonymous said...

tiara oh tiara..aku tak sangka ko lawak cenggini weyh...dulu takde pulak ko tunjukkan sifat terpendam ko ni...layak lah ko jadi org sg lembing...hahaha

FaiZaH Fyn said...

haha dasyatnya siap bahagi kawasan!err paip dekat sinki tu dia bahagi sekali jugak ke? :p

Aujinz said...

hahahhahha... lawok laa adik TF.. yang naik Vespa tue tak menahan..

zaidshafek said...

awesome storyline! hahaha.

zaidshafek said...

hahahaha. the way you explain the story is super cool wei. kelakar gila.

atd said...

huaaa, muda2 dah ada issue space ginih,
kene tambah buat his and her sinks
baru taiko lama bleh tumpang skit kat dua2 sink!

Tiara Fazlin said...

haha nia..sweet ape menda buat pening kepala je gini gaye

kak deena tiara raya kat malaysia! mehla dtg umah!

amanina haha kecik2 da ganas

amalin! jgn share..i pun dah lama tak masuk toilet dia..serrammm

ascil haha tolong cat raya =p

dylla: ecah memey comel, tapi nana paling tak comel main taik idung =.=

najwa: janganla kongsi yg tu terseksa batin tahu..hahah

gory: wey gory kau padam bakpe? ego eh?

fittry: genetik bapak ni belaka salahkan bapak

anon: siapakah gerangan? org kampungkah?

faizah: uish paip kalau bahagi jugak tak keluar la air hahah

aujinz: yg naik vespa tu ecah di zaman muda sekarang ecah da bam2

zaid: story line yg hiperbola

atd: eh itu lagi bahaya nanti duit pampasan jadi double..seploh hengget

♥ Cik Zack ♥ said...

hahahaha wahhh ini ganas sihh tiara. siap bahagi kwsan bagai. adududu ~ sweet laa u olss. hahaha ;)

Aalia Shahira said...

lama tak stalk sini.rindu kat kak tiara haaaaaaaa :P

okaylah tu..adik beradik mmg cenggitu.nnt dah besar2,boleh buat kenangan terindah sambil nyanyi lagu samsons,hehe

one said...

ur stories always make me smile =)

Namee Roslan said...

hahah . ketawa namee baca ! macam mana lah tu semua space pun dah dibahagi. kalau mandi, buih2 kalau masuk kawasan lain kena pancung ! :D haha

ururules said...

ooh! this one's very funny.. cemane nak like blog nih?

efah said...

alaaaahaii ~
geyylang si paku geyylang .....
hahaha

Dee said...

tiara, msg u yg berbaur..


"hello,will u please pick up the phone? this is an urgent matter"

pon sudah cukop membuatkan hati comel i kecut. memg u ah long sejati la..

a little less conversation said...

nasib baik paip ada 1 je..kalau jenis ada paip panas ngn sejuk, konpem abang long dapat yang panas je ye tak

Anonymous said...

Salam Tiara,

Tiara dok bkt setongkol lorong berapa?
kita pun kat bkt stgkol gak..huhu...

Mila

Tiara Fazlin said...

mujurla bahagi toilet je..kalau bilik pun bahagi tido atas lantai jela tiap hari

Tiara Fazlin said...

hahah nnti lirik pun kena bahagi! lu nyanyi part intro, gua nyanyi chorus..sp salah nyanyi pancung!

nan ferio said...

Tiara 543 bukit setongkol ke ni? Biar btul. Mmg biasa mkn lewat2 mlm nasi putih ayam goreng kunyit,sup kosong and cili potong. ^ ^

Anonymous said...

Kak tiara cpt la wt entry baru...tak saba nk tggu!!!!

Sanji Ngatmi said...

entri semangat untuk my lovely blogger tiarafazlin ..

http://ngatmisanji.blogspot.com/2012/09/gagasan-excited-manchester-united-kalah.html

LynnAiza said...

kahkahkahkah! pestime masuk blog ni,jumpa entri ni,terus gelak golek2 dalam hati. sumpah kelakar gileeee. hadoiiii laaa..

4feet8 said...

haha..lawak..comella adikberadik nih

TechKini.com said...

hahahahaha... lawak giler. tergelak2 non-stop bace post ni. rofl. bukan lawak pasal gaduh tu je, yang tulis post ni pun x bley blah. adehhhh, keras perut + menitis air mate. lama x gelak camni bile baca blog..


TechKini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...