Saturday, April 14

Aku seekor berudu yang menyimpan secebis rindu

Hakak tajuk tak boleh nak puitis lagi ke?
Meratap A.Samad Said baca tajuk cenggini
I memang lemah sikit bab bagi tajuk untuk entry.
Pendahuluan pun tak reti nak start cemana.

Cenggini lah kita start ye.
1, 2, 3, Mula!
Start! Go! Pergi!
Perut maju ke hadapan! *krik krik krik*




Sikit lagi....sikit je lagi.....sabar..sabar...kayuh ngan 
tangan slow-slow..focus..focus...


K la, straight to the point je la.
Sebenarnya entry ni ditaip minggu lepas dah pastu i published pastu i buang balik i saved as draft. Hahah.
Sebab hakak type dengan liarnya di luar kawalan. Ibarat kera sabung-menyabung gaya menaipnya. So hakak rasa macam tak perlu publish la. Namun begitu hakak tak tau pulak terkeluar kat bloglist orang tajuk berudu ni. Then orang pun tanya la mana entry berudu mana entry berudu tadi appeared kat bloglist.

Aihhhh..suka sangat i jadi berudu.



K la i bagi. Ambikla.

AMARAN:
Entry ditaip ketika penulis berada dalam keadaan separa waras. I've been away from home for 7 months


Homaigaaaad tolong tolong tolong!

Time cuti cenggini memang la kualiti hidup ibarat berudu dalam longkang.
Jadi ikan segan jadi katak tidak mahu. Suka hati buat peribahasa sendiri. Ditambah pula bulan Jun nak dekat dah perasaan nervous semakin bergelora. Untuk pengetahuan anda semua pada bulan Jun ini i akan bergelar seorang........

Jeng!

Jeng!

Jeng!


Bukan isteri mahupun tunang orang tetapi i akan bergelar rakyat malaysia ya tohan homesick tahap dewa. Time macam ni perasaan sunyi makin menjadi-jadi. Nak gi travel pun takda mood dah kalau ada orang offer jalan-jalan pegi Narnia pun i reject punya ibarat peribahasa Shin Chan suka buang angin orang offer saya tetap tidak hingin. Ya allah nak balik.


K tarik nafas sikitttt.

Uwwwwwaaaaaaaaaaa nangis pula ibarat kaca menghujani permata lalu air gerimis mengundang jiwa tanpa membuang masa diriku terpaku melihat peta Malaysia. Najwa Latip sila buat ayat ini jadi lirik lagu kalau tak i jalankan pembedahan plastik tukarkan u jadi Sarip Latip. I'm a plastic surgeon i pernah jahit plastik jadi baju barbie doll dulu. Sangat bertauliah i ni.


K tarik nafas balik.


Sidang hadirin yang dihormati sekalian, pernahkah anda tidak sabar untuk cuti dengan pelbagai plan menghiasi minda ini? Saya juga begitu. Cita-cita tinggi ibarat gunung kinabalu didukung oleh gunung everest digendong oleh bukit redang punya tinggi semangat nak masak sedap time cuti.


Apakah?
Tajuk makanan: Janggut Berinai Terjunam Ke Mangkuk
Geli je tajuk cenggini.

Putus selera tengok makanan badang ni jadi kuatnya tak jugak. Berikut adalah bubur dengan serunding ding ding ding ding jinggo bell jinggong bell  *excuse me i tengah menaip dengan gaya kera sabung-menyabung agak mabuk sikit di situ*

Agak kronik ye perasaan homesick ni sampai makan pun tak selera. Rendam beras jadi bubur tabur serunding. Tiga langkah complex boleh dapat migrain. Bukan setakat putus selera ini boleh putus ekor sekali. Seriouslah slogan makan untuk hidup begitu tersemat di jiwa ibarat paku payung mensematkan langsir renda di tepi meja pengantin woih ini bukan makanan kucing ye diam diam tutup mata pastu telan.


Kawan-kawan i ramai pegi travel spring break ni but i decided to stay in this tiny lil room ibarat tikus mondok tersesat masuk kandang kuda terpinga-pinga sendirian kerana species kami tidak serupa. Kerja i belajar jela tapi attention span punya kontot seperti Patrick nak tangkap obor-obor tersilap lepak kat umah Squidword pula. Baca nota sikit pegi dapur geledah makanan. Baca nota sebaris tengok calendar kira hari nak balik malaysia.

Ini baca nota ibarat masuk mata kiri keluar mata kanan, keluar telinga kanan, hidung kanan, mulut kanan. Hah tengok tengok masuk satu penjuru je keluarnya ke segala penjuru. Do the maths guys.
input (1) - output (4) =  (-3) negative result ye di situ.

Bagi membuktikan betapa tidak fokusnya i tatkala dibelenggu perasaan homesick ni, satu kejadian telah berlaku. Pada suatu malam i terasa lapar. Setelah sendawa bedal maggi baru sedar i dah mencekik maggi expired. Again, yes again people dulu dah pernah berlaku nasib baik hidup lagi berudu ini. Tetiba Tiara mengaku jadi berudu. Berenang-renang daku di dalam longkang sambil menyanyi lagu Sudirman balik kampung oooo ooo ooo balik kampung. Sampai malaysia je dah bertukar menjadi katak bahagianya rasa.

Belikan i tiket balik Malaysia sekarang jugak jika mahu hidup selamat!
Takut tak takut tak?



Walaupun maggi expired macam sedap tapi i tak tau apa kesan dia. So esok kalau sesiapa terserempak dengan i tengah sawan berbuih kat tepi jalan tolonglah jangan anggap i kebulur makan sabun ye. Sabun rasanya sangat pahit, i pernah rasa dah dulu masa kecik-kecik colgate habis bapak i  bagi sabun suruh gosok gigi. Asalkan berbuih dan wangi katanya. *lalu i pun gosok gigi sambil bergenang air mata*
Anak mithali kan kena dengar jela cakap. Sabun buku cap burung kakak tua pulak tu. Kenapa tak bagi sabun basuh kain terus pak? biar silau gigi ni bila sengih boleh jimat beli lampu.

Haaaai mambang rajin! mambang semangat! mambang motivasi! mambang pandai silalah munculkan diri mambang homesick tolonglah pergi jauh dari sini teman mambang mabuk makan tapai basi.

Oh by the way, cikgu bahasa melayu boleh guna entry ni sebagai contoh karangan peribahasa. Boleh je ambik ini hak cipta tak terpelihara, species liar ni takda sapa pun yang sanggup pelihara.

Yang selalu merindui,
Berudu Sepi

Aaaa kan i dah kata takda sapa nak baca entry mabuk cenggini.

UPDATE:
Ya allah bila baca balik i sendiri pun tak paham i type apa. Haha.

43 comments:

azila abdullah said...

haha terpaksa baca berulang kali setiap ayat untuk pham makna dia..pening! pandai cikgu bhasa melayu ajar..hihihi :)

Khairul Azman said...

terima kasih sebab publish tiara! aku bc smbil gelak guling2 kot, kahkahkah!

infoserius™ said...

Pening membacanya.HAHA.

Jom terjah blog saya!

Amanina said...

haha. entry separa sedar. payah sy nk paham. entry mabuk ke? hahaa :D

Althafunisa said...

atul rasa, kalau ckgu hazlina baca post nih, bergenang air mata dia.. tggi sgt bahasa.. hahahhaha.. selamat pulang ke malaysia bulan 6 nati..

Nadd Aiman said...

nanges cikgu linda ngn damia kalau dia bace entry ko ni tiara.. eh ke ape nama anak dia. lupe dh. heheh..

Far8 budak baik said...

tiara..x payah balik sini lagi k..
duduk je kat sana..ktorg x nak doc dah haha..sedih gak bace entry ni..wlupun tulis separuh mabuk..ngaha..gi narnia nnti amik pic byk2..nk tgk gak saiz singa tu camner..ekeke..

ungu lavender said...

puitis sgt aih ayat..3,4 kali bce ulang2 byk kali baru leh phm..
ini entry serius..sy pn homesick wlwpn S.ALAM-BP 4 jam je hahaii
uuwwwaaa!!

sara E a.k.a ct said...

sangat2..puitis...*berpeluh*

Al Kisah said...

berat entry nie.. u dah g klinik.. better g amik ubat homesick..

daripada makan bubur ding dong jingga bell u.. baik i call mc d suruh antar satu large poridge kat u..

sekian..

ascil.punye.lah said...

entry mabuk bedal tapai basi bak kata tiara.
betullah kita rasa a samad said letak jawatan camni.byk sungguh peribahasa yg bole dijadikan teladan.tahniah sang berudu sepi!

Tiara Fazlin said...

bhahahahahahahahah comments u all ni serious la buat i gelak! berudu sepi la, bubur ding dong la hahah

N.A.Z said...

hukhukhuk bahasa mu terlalu tinggi untuk ku pahami kak tiara.terharu sangat-sangat bila baca berulang kali..

akak,terimalah daku sebagai pelajarmu :)

Tiara Fazlin said...

hahah naz sebenarnya takde kena-mengena pun peribahasa tu sume main type je ikot suka..i sendiri baca seploh kali pun tak paham jugak! hikhik

NIZAM said...

baca tajuk pun dah nak tergelak guling2. HAHAHA. kreatif punya tajuk.

Tiara Fazlin said...

i rasa i terhidu ganja jiran sebelah ni masa type entry ni =.=''

Syazwan Che Deraman said...

balik nanti boleh jumpa apham..
kihkihkih.
ape dah callsign dia?

Namee Roslan said...

ini parah sebab homesick sangat ni !! hahha. ey, apa tu muntah ke yang makanan badang tu ? erk... haha :D

::rango:: said...

haha. tiara u ni kelakar. tabahkan hati tiara! aja-aja

Rozuan Ismail said...

pening i bace.hoho. papepon selamat blik la

NOR ERNA SHAFIQAH said...

haha,,akhirnye ade gak entry sal berudu ni ea...x puas ati bile bukak bloglist, tp entry x de..huhu...

x lame da k.tiara,,pas ni leh la duk msia lame2..jge mkn ea,,jgn mkn megi yg da expired lg k syg..:)love u

zulfikar hazri said...

ibarat berudu tepi longkang, jadi ikan tidak hingin, jadi katak tidak mahu!

credit untuk analogi ini. syabbas inspektor sahab.. syabas babu ji!

Aalia Shahira said...

print screen tu xboleh blah punyer kak tiara.mcm ku kenal sahaja..wakakaka.

balik nanti calling2 la.mana nak tahu boleh ubatkan ke tak :D

ANISA said...

letak blog ni dalam 5 blog pilihan

http://anisa-mylife.blogspot.com/2012/04/segmen-5-blog-best-pilihan-saya.html

Patrick Star said...

tabik la kat berudu sepi, sedih2 pun boleh lg buat org lain gelak...

nabilahnafi :) said...

Banyak betul peribahasa dia. Hahahaha.

tika akhir said...

x yah balik mesia la tiara,,bia bebanyak lagi entry mracu cam gini keluar . haha

Fz27 said...

kalau tak nak homesick taip kan on balik hantarkan ke 28839

Lena Ob said...

kenape tibe2 rs pening2 je nih lepas bc entry nih?hihihihi....btw..entry yg sgt lah berudu..~apekah?

LydSunshine said...

Ini adalah cerita kejam seorang bapak menyuruh anaknya menggosok gigi menggunakan sabun Lux. Melampa cikgu jaluding ni.

Tiara Fazlin said...

wan, tak tau lagi la callsign dia ape..yeay! nnti balik boleh jumpe! :)

haha namee, tu namanye ayat bertapis tu

sobs rango, u tak paham :(

rozuan: haha I baca pun pening

erna: awwhh sweetnye comment ni, buat I senyum je..love u too!

zulfikar: mera beta heiyyyy

aalia: haha shhhhh ni rahsia kite :p

nisa: thank u!!!

ommmmggg patrick idola I comment kat blog ni! sy suka tgk awak blakon la patrick! kemsalam spongebob!

nabilah: ah sudah, sepupu baca blog omg cemana ni..maluuuu

tika: oh smpainya hatimu tika..sobs

fz: tu line malaysia ke?

lena: hihi I pun pening bila baca balik :p

lyd: cikgu jaludin mmg suke buli kite kak..sobs

suha said...

well,mmg mabuk tp ade a few things nk kabo (nada serius)

1. suha suke katak
2. suha follower 1111
3. weeeeeeeeeeeeeeee (riang tak ketahuan)


kbai!

adio oreo said...

Arghhhh....akhirnye...berjaya jugak habiskan cerpen yg sungguh bermakna ni....bahasa tahap dewa kiou

Tiara Fazlin said...

hello follower 1111! sila claim fridge magnet ireland ye dari i nanti..heheh

adio: bukan dewa kiou lah, dewataraya :p

Ujang said...

Keturunan berudu baca mesti sedih..hee,

Eh berudu tu boleh mkn tak ek..

Anonymous said...

x sabanye nk jmpe kak tiara kt rcsi nnt...skrg ni tgh gigih study for IB exam..huhu

d_LA said...

Sila jumpa saya..
menangis cikgu baca bhsa berudu ni taw..hurhur

efa nur said...

sedihhhnye baca...
kesiaannn tiara....kahkahkah

itu je nk cakap..OKBYE..kehkeh ;D

Woofer Storm said...

ramai je nak baca entry ini.. mgkn kemabukan menghasilkan sesuatu entry amat diperlukan pada sesuatu masa..

#salam dari malaysia,,

Anonymous said...

=)

Fatim said...

your are so funny.

[ wanni ] said...

pening pening tapi tetap jugak baca!

Semoga selamat pulang~

atd said...

Homesick eh?
hhmmm durian raub tgh byk nih~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...