Tuesday, September 20

Hari ini dalam sejarah

Akhir-akhir ni macam serabut otak sikit.
Sekarang tengah pening nak cari rumah kat dublin nanti, dahla mahal gila.
Masalah lain dalam otak ni pun tak hilang lagi. Ibarat jatuh ditimpa tangga kayu, tangga besi, tangga lipat, tangga batu rumah dua tingkat, segala jenis tangga la. Takde tangga, lif pun boleh je nak hempap sekali.

Maka itu, sementara tunggu para landlord aka tuan rumah kat dublin tu bangun i tetiba terupdate blog. Memang takde niat langsung nak update hari ni ke, esok ke memandangkan jiwa tengah kacau.
Tapi penat jugak pikir masalah 24 jam, biar la i relaks kat sini jap. Lagipun kat sana baru pukul 6 pagi so kalau i nak call tanya pasal rumah pun memang dierang tengah mamai la kan tetiba tersilap bagi i sewa reban biri-biri tak ke sadis tu pegi kelas bau tak mandi.

Para housemates merenung kehairanan melihat ahli baru yang berlainan species.
''Chill la! i pun tengah takda rumah ni janganla pulaukan i! Sharing is caring!''

Oh well, kalau nak diikutkan i memang cepat stress jugak la sebenarnya.
I rasa ini genetik my dad la cepat sangat tekanan.
Bak kata Raihan. Ok pasang radio kuat sikit, ha nyanyi...
Tekanan dapat diwarisi~~ dari seorang ayah yang tertekan~~

Eh tapi my dad ada darah tinggi so i paham jela, yeah kami adik-beradik cool je walaupun bapak suka berpidato siap dengan gaya tangan dihala ke kiri dan kanan tunjuk kain tak lipat, pinggan tak basuh padahal takda juri pun mengadili pertandingan pidato peringkat kawasan Bukit Setongkol ni, kan bapak? Malahan tiada trofi pun disediakan, tapi tetap gigih berpidato saban hari. Mengagumkan betul, impressive. Takpe bapak, practice makes perfect. Waaa mati aku kalau bapak baca ni.

Pagi ini seperti biasa. Just so you know my dad ni suka orang teman dia pegi mana-mana, manja jugak la sebenarnya, hehehehehehehihihihhuhuhuhu. Mati lagi kalau bapak baca ni.
Rutin harian akan dimulakan dengan....along bangun teman bapak bayar bil, beli surat khabar, beli nenas, pegi bank, pegi la mana-mana. Bila dah settle urusan, pegi makan sama-sama. Pastu balik gosok baju, pergi sekolah mengajar petang.

Port favourite untuk makan setelah settle semua urusan adalah di food court sebelah bangunan MARA. Tak tau la kenapa my dad suka sangat pegi situ, i redha jela. Sampai-sampai je air barli dah siap atas meja sebab tukang buat air tu dah nampak my dad dari jauh tak payah amik order dah tau nak mintak apa. Pemidato terkenal daerah Kuantan la katakan. Ehem ehem. Aaaa mati aku. Ya allah janganla bagi bapak baca entry ni.

Tetiba sewaktu kami sedang makan ramai gila orang datang serbu mintak autograph. Whoaaa mustahil kejayaan berpidato dalam rumah telah tersebar dengan begitu meluasnya? Siapakah yang bertanggungjawab menyerlahkan bakat terpendam my dad ni? Siapa, apa dan mengapa?

Drama gila padahal sorang je datang kat meja pastu bagi ni.


Utusan, Selasa 20 September 2011
berita Dalam Negeri, page 30
Walawey bapak i masuk surat khabar satu page penuh, posing dah macam godfather dah.
Siap dengan shade oi, taiko tai habis.


Uish bangganya bapak i nampak muda di umur 54 uban pun takda. Wah wah wah.


Apa lagi my dad terus senyum tersimpul malu maka tanpa segan silu terus borong semua surat khabar yang ada kat situ. Eh gurau je, my dad beli 5 je, eh 3 je la, eh bukan 3 dia beli 1 je sebenarnya. Eh eh eh.

Ini ialah berita pasal reunion SK Sungai Lembing. You know, dulu Sungai Lembing was once a happening place, the deepest underground mine ada kat situ masa zaman British jajah, pegi bukak buku sejarah kalau lupa. This pekan was like a city yang sangat crowded, big population. Orang Kuantan pun turun Sungai Lembing kalau nak tengok wayang tahu. So after 25 years tak bersua muka, reunion ni pun diadakan. Thats why dapat liputan. Agak emotional la sebab dulu zaman dierang sekolah, Sungai Lembing ni happening but now dah jadi pekan hantu sunyi sepi takda orang. Tapi weekend ramai la orang datang ke Sungai Lembing untuk holiday panjat bukit, lawat tempat sejarah, mandi sungai, air terjun, macam-macam lagi la.

My dad dulu merupakan seorang cikgu yang garang gila but at the same time suka loyar buruk, sakat student and bergurau. Now you know lagi satu genetik yang turun kat i. My dad ni jadi cikgu yang kalau mengajar dia mengajar betul-betul. Kalau you tak datang sekolah, dia akan pegi siasat dengan vespa dia cari you kat mana, kenapa tak datang sekolah kenapa ponteng. Kalau buat tusyen dia tak pikir duit, tusyen bayar untuk 2 jam tapi my dad sanggup je extend sampai 3-4 jam without asking for extra charge. Senang kata, he just love teaching. Teaching with his heart. Berdasarkan apa yang i observe, ramai students my dad yang datang cari dia semula and ingatkan dia dulu cikgu pernah hambat saya dengan penyapu dan sekarang saya dah jadi engineer cikgu.
Teringat lagu tacing pulak.
Biarku menjadi lilin~~ memberikan cahaya~~
Aku tak kan bertanya~~ apakah nanti balasannya~~

Okay dahla, sekarang nak bagi teka-teki. Antara ramai-ramai student bapak i kan, siapakah seorang student yang memang setiap hari jumpa beliau?

Tu yang baju kurung purple sebelah my dad tu, duduk dua dari kiri. 

Ohhh yeahh mak i student bapak i. Beza sepuluh tahun. Just imagine, masa my mum tengah form 5 my dad umur 27 tahun, cool gila. Hiks!
Dulu my dad selalu jugak keluar paper masa muda sebab dia main hoki, main bola, ensem pulak tu. Eh jejaka rebutan ni kat kampung. Tapi sekarang umur dah kurang remaja tetiba kuar paper lagi sekali memang i buat entry hari ni dalam sejarah la. Wah umur kurang remaja, habis bertapis ayat.
Ok dahla cerita. Sebenarnya i nak bagitau hari ni pertandingan pidato ditangguhkan, i tak dengar leteran langsung sebab bapak i asyik tersenyum. Satu muka surat penuh surat khabar tu. Ewah ewah.
Sekarang dia ada kat sekolah tengah mengajar. You all rasa berapa lama pertandingan pidato ni dapat ditangguhkan ye?


.

23 comments:

filah_ismail said...
This comment has been removed by the author.
LydSunshine said...

Betul tu. Kalo sebut nama cikgu Jaluddin semua org kecut perut. Akak penah kena rotan sebab tak buat keja skolah. Masa akak darjah 6, Tiara kecik lagi. Baru pandai berjalan. Lepas akak dpt result SPM, jumpa cikgu kat bandar kuantan pastu dia bagi akak RM10. Heheh. Segan gila nak terima.

Tiara Fazlin said...

Haha typo la kak filah..SK Sungai Lembing, dah tukar dah..hehe
bab booking2 ni dah try korek tp dirahsiakan, all i know my dad cikgu and my mum student kat skolah tu.. =p

Tiara Fazlin said...

LydSunshine: haaaaaa tu dia da mai da sorang anak murid..i dah kata you all, dia memang garang..ini testimoni anak murid yg sahih ni..eh kalau jumpa cikgu din selalu mesti kurus je semua orang asyik mengecutkan perut..hiks

berrycute Lolly said...

Tiara.. akhirnye u update jugak ! =D tiara.. bile nak balik dublin?? tak sabar tunggu entry u tido kat kandang pulak.. haha

Anonymous said...

hye tiara, nie i lah.
yg u leave wall post sal dis entry tuh..engt lagi.?HHU
btw, nice lah dapat jadi anak warge pendidik nih..nmpk gaye muke cam garang je bapak u nih.aha =)

ANISA said...

teringat hari tu jumpe ur mum and ur dad kat kenduri kawin...hehhee...terbaik la..

Mrs. Mazlan said...

hahaa..i ade paper neh.
ayah cik tiara rupenyer.
ngeh3..

♥jiehaa♥ said...

hee..kambing....lepas ni kena ngembik la bila g kelas.

puteri said...

tiara tawu x stiap kali awk update, sy akan bc byk2 kali pd ms yg same..x bosan lgsung, awk kelakar.. :)

Anonymous said...

betul puteri,i niatnya nak baca berulang kali sampai bosan. tapi xpernah bosan. hebak hebak:)

ascil.punye.lah said...

kak tiaraaaa, kite bagi tau bapak akak pasal entry nih oke.chill lah!kata anak bapak.

jieha nasir said...

wahh, untungglaa bapak sis masuk paper.. mesti idung kembang lapanpuluhlapan cm.. haha. oke, kidding :))

Anonymous said...

gelak guling2! hahahaha

atd said...

erk.. food court sebelah mara..
aih.. terigt ABC Eskrem Ustaz tuu

♥jiehaa♥ said...

bila mau update lagi maa....huhu

munira said...

femes bapak ko tiara!!ko bila lg nih??:) rindu ko ah..lame xjumpa

Tiara Fazlin said...

berry: hey i tak tido kandang, dapat rumah cantik kat dublin..hehe

anon: ingat2! haha muka dah garang, depan2 lg garang!

anisa: wahhh jumpa tak mintak autograph ke? =p

jiehaa: haha ngembek takpe, bau yg tak tahan tu..

puteri: hey awk mekasih!

anon: u pun mekasih!

ascil: patut aih dia suruh kemsalam kat blog..haha

jieha: koyak kain pelekat! haha

anon: jg2 jgn guling dasyat sgt kang jatuh.. :)

atd: oh i love abc kat situ jgk!

jiehaa: sudah update maa..hihi

munira: aku nak famous jgn harap la aih..nak jumpa meh dtg sini! aku bwk gi jalan2!!!!

ain wauhidus said...

chup, you're from pahang? :D

Tiara Fazlin said...

yes, kuantan pahang! org ktn jgk ke? :p

ain wauhidus said...

haha nope
temerloh :)

-Afiq- said...

Mr.bapak terbaikkan tiara.jumpa 1st time d KLIA pn da buat jd member mcm dh lama knal

deena awanis said...

hi tiara!!

i will never ever forget jasa ur bapak n mak lah..just heart them both.

an entry with ur mum's name here :
http://arvanees.blogspot.com/2012/02/off-memori-sekolah-rendah.html

send my regards to them..just hope they'll still remember me.harap satu hari nanti dapat jumpa dorang balik..insyaallah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...