Wednesday, August 31

Do you know that...


Intro. Intro. Intro. Intro. Intro.
Boleh tahan jugak intro cenggini.

Hoooyeahh! Malaysia memang awesome time raya!
Nasib baik la i tak terima tawaran Australia, menangis weh pagi raya ada exam. Kenkawan i yang belajar kat Australia, New Zealand sume first paper pagi raya. Memang haku lukis gambar ketupat jela dalam kertas peksa tu, jangan harap nak jawab soalan. What is an inguinal ligament? It looks like lemang. What is popliteal fossa? It looks like ketupat. Habis waktu exam memang basah kertas digenangi air mata dan air hidung syawal. Drama gila.

Ok sekarang nak tanya, sapa pegi semayang raya? Tengok semayang raya kat tv ke? Actually tak kisah la semayang apa pun, tarawih ke hapa ke asalkan berjemaah. Sebenarnya dah lama nak cakap tapi dulu takda blog. Ape yang korang perasan?
Hey tu nenek aku ada bunga merah. 
Ini gambar google, takda kena-mengena dengan sapa-sapa.

Oh ye memang i nak cakap pasal saf.


Ok, first sekali?
Malaysia punya saf.
Serious boleh letak sofa raya sebelah dia. Sofa besar sangat, kita tukar sekuali rendang seiring dan sejalan sikit dengan mood raya. Memang ada jarak pun between saf. Ini semua berdasarkan kefahaman sorang satu sejadah. Kalau takda sejadah pun tapi karpet masjid tu berbentuk kubah memang sorang satu kubah la. Sapa kata semayang dalam kubah ni pahala lebih. Kubah tu gambar je mek takyah nak bernaung sangat di bawah kubah. Korang mesti pernah alami, ke korang yang buat?

Tengok, tengok, kan sorang satu sejadah tu?
Ini pun gamba google.

Oh well, do u know that....

we can move untuk rapatkan saf ketika sedang solat?

Ulang suara, ye betul tu..ketika sedang solat, sewaktu solat, semasa solat.
Bila tetibe saf bocor disebabkan orang keluar saf maybe dia batal wuduk ke apa ke and u pulak dah start solat and orang sebelah pun sama, move bebeh jangan buat muka toya je. Kalau tak silap i lebih kurang tiga langkah gitu la.

Tapi kalau dah tiga langkah still tak rapat saf boleh jela tambah a few langkah lagi, tak pun buat langkah besar sikit masa gerak ke tepi atau ke depan. Tak perlu la langkah sampai gaya king kong pulak ye. Mau kejang kaki tetiba, semayang terkangkang gitu i tak tanggung.

Last time i pernah berkesempatan untuk pergi masjid kat Dublin, namanya Dublin Mosque.

Yes it was a church last time tapi dah ditukar jadi mosque. Macam-macam ada kat sini,
cakap je nak apa, internet cafe? restoran?

Kalau kat Dublin mosque ni kan, para jemaah memang sangat menjaga la saf ni. Dierang akan make sure bahu bertemu bahu, memang rasa la electric current solat berjemaah tambah pulak pak imam nangis sambil solat, yang lain pun bahan nangis sama. Abis air mata air idung sume kuar. Silap-silap boleh terapung segala jenis kopiah songkok, dasyat tak dasyat electric current saf ni.

Just so happen, at the same time i nampak satu fenomena yang di luar jangkauan akal fikiran yang waras. Ayat tak hengat. There is this one mak cik yang degil tak nak rapatkan saf. Orang sebelah kanan dia mula-mula cuit bahu, then tarik lengan tapi makcik tu maintain tak gerak. Sekali dia tarik tudung sampai senget kepala. Orang sebelah kiri pulak tolak dengan penuh bergaya.

Orang kanan tarik kain semayang, orang kiri tolak memang senget habis la makcik tu. Stok Michael Jackson 45 degree punya senget cuma bezanya dia senget ke tepi la instead of ke depan.


Time tu dah start solat pun, imam tengah baca Al-Fatihah masa tu kau jangan main-main.
Macam gaya pasukan nasyid pun ada i tengok senget kiri kanan.
Setahu i la kan, Raihan pun senget ala-ala ditiup angin sepoi-sepoi reti bahasa, mak cik ni punya senget memang angin halilintar tak reti bahasa 45 degree punya.

Suprisingly, makcik tu maintain tak nak gerak jugak. Janganlah orang malaysia hoi. Last-last orang belakang kena tarik gi depan, tengok betapa hardcore dierang menjaga saf. Kita? Ayam yang sedang menyelamatkan diri dari menjadi lauk rendang pun boleh berlari di celah-celah makmum sambil tersenyum bangga. Muka berlagak angkat kening sebelah siap drift lagi. Sebab tak accident banyak sangat ruang untuk mendriftkan diri.



Maka itu, nanti nak solat berjemaah bawak la kuali sebijik, boleh measure jarak saf.
Kalau saf tak rapat, saf tu akan putus, so takda maknanya semayang berjemaah ye dok? Bawak je kuali tu, rendang takda pun takpa. Kalau muat kuali tu, ape lagi tarik je telinga orang sebelah. Eh jangan wat gitu, nanti dia tumbuk perut sampai terkentut kan dah susah tu batal wuduk. Tarik je bahu dia dengan penuh kelembutan. Kalau degil gak, suruh orang sebelah tolak tapi jangan la sampai tergolek pulak. Itu dah bukan solat berjemaah dah tu, itu bergusti namanya.

.

23 comments:

Muhammad Al-Afiq said...

ohoiii...tiara u suka buat kitaorg gelak la...bgus jugak follow blog u ni...xda la i kesepian hening kat sini stuck sorg2 mkn maggi pagi raya sbb x dpt blik m'sia...happy raya tiara..!

SLeM said...

Fill in the blank la kan sepatutnya..hehehh

Anonymous said...

nak jaga jarak dalam saf pun susah..manusia2 hhehe

@PrimeMinisterrr said...

First time your entri berbeza kan? Haaa ye lah semangat raya :D And i sangat sangat berterima kasih dengan si Ayeem Ayam sebab menunjukkan blog you. sebab sumpah best.

haasyaa said...

*ehem* ok i pernah buat sembahyang sorang satu kubah hahaha.

AiraEzaira said...

suka cara penulisan awk.selalu ternanti2 entri terbaru dr blog awk!^^

mohdizani said...

pasal saf ni sgt2 la stuju..xthu nak wt cmne dah..sbb sllunyer pakcik2 yg xske duk rpt2 nie..aiseyyyh.

Anisa Anuar said...

nice entry...nak cakap gk aritu time bulan pose...tapi..asyik terlupe aje..aduyaii..

ascil.punye.lah said...

betul tu kak tiara.banyak kali dah alami benda camni.penat orang duk cuit cuit dia suh rapatkan saf,tpi taknak pulak.
alasan : panas!
haishhh.=_____=

Tiara Fazlin said...

mohdizani: betul mmg pakcik makcik yg selalu tak nak..ok lepas ni sambil pgang bahu sambik pandang mata dia sambil ckp..why pakcik why??????

Anisa: sekarang pun boleh je lg..hehe

ascil: ahh tak yah cuit, cubit je..haha mmg selalu pun bg alasan panas, tak nak rapat2..ish

♥jiehaa♥ said...

betoll apa yg kak tiara ckp...i agree 101% , muehehehe , kadang-kadang asa mcm nak ambik tali ikat dekat pinggang masing2 , =)

ascil.punye.lah said...

haha cubit kang melatah pulak makcik makcik nih.

lady-D said...

so far kat sini mmg rapat2 punye..lgpun b4 start smayang mmg tok imam bg arahan soh dok rapat2 dulu..katakanlah kalo ade makcik xnak gerak,takut sejadah kena kebas kan, so menjadi tanggungjawab org blakang lak dtg ke depan..tp mmg sedih rr tgk saf lobang2 cam tu..

berrycute Lolly said...

hahahah.. betul tu tiara.. bagus jugak buat entry macamni,, =D

suk said...

wah style la intro. nak komen la. komen komen komen komen.

Nur Mohamad Adli said...

Simple word that i would like add up here..

"Luruskan saf,rapatkan saf,betulkan saf...sesungguh melurus dan merapatkan saf itu sebahagian dari kesempurnaan solat"

Anonymous said...

nice info!
teringat ustaz cakap, setiap manusia ada electric current (positive & negative)..so bila solat berjemaah, semua current ini akan di charge akan menghasilkan satu tenaga yang baru!

-TaNa (TanpaNama)-

Far8 budak baik said...

satu sejadah satu org..
haha! tu ar kn..
rasa macam nak pi ar
dublin mosque tu..kagummmmmm
kalau hari raya pertama exam..
mmg lukis ketupat sekali rendang ar kn..agagaga

alyaa zamry said...

terbaek la kk tiara jwb exam tlis jwpn ketupat ngn lemang....hehe.....bgusnye dorg jge saf...klu kt malaysia,hampeh..huhu...

Asan Taring said...

ingin menambah,
kalau nak melihat ukhwah sesebuah komuniti, lihatlah pada saf yang berjemaah ditempat tersebut.
wallahualam.

MIS said...

Hahaaaa...cool..

Anonymous said...

Anjing , kucing, hamster , ikan, burung beo - siapa yang Anda pilih? Atau mungkin apa yang binatang eksotis - ular, buaya, kadal, monyet ?

Unknown said...

Perkara2 yg sering jemaah lupekan..
Serious.. Patut tampal note ni byk2 kat masjid dlm malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...