Wednesday, May 4

Travel tips ulat bulu terbakar

Memandangkan semalam u nangis berlagukan irama newboys sebab wallet u hilang, sekarang i nak bagi tips. I dah kata, fashion tak penting tapi u degil. U kata u anak angkat Angelina Jolie kena jaga penampilan. Tapi nama u Budiyonto Santoso tak ke jawa tu?
Sila ketepikan segala self conscious dan segala nasihat fesyen mak angkat juih u itu. 


Angelina Jolie pun cukur jambul macam orang jawa. Sila bangga.
Jangan asek nak ikut dia je. Dia pun ada ikut u sebenarnya.

Bercakap dari pengalaman, sepanjang i travel the world in 80 days setiap negara yang i pegi tu haruslah ada lawatan sambil menangis ke balai polis. Walaupun balai polis tiada dalam senarai tentatif tapi tak tahu kenapa mesti ada je ahli jemaah yg dicuri barangnye. Kat Turki kena gi balai polis. Kat Manchester wallet i hilang pulak. Kawan i gi France pun terpaksa melawat balai polis jugak. Banyak lagi la tempat lain. Italy u pulak kena. Tapi kat Turki takpe sebab polis hemseng. Sila bagi iphone kat pencuri sekarang.

Sejak itu i decided untuk buat macam ni kecuali kat Turki.


Cari getah rambot pastu ikat kat zip beg.

I tahu rupa dia macam ulat bulu terlebih panggang masa BBQ
tapi percayalah, skill ini berkesan.


Akan datang mungkin i akan upgrade kepada ulat sutera pulak.
Getah rambut sutera lebih cantik kerana kecantikan adalah hak milik setiap beg.


Sebelum ni i pakai getah camni je. Tapi i takot nanti kalau ada cicak, kawan i curi sebab nak buat lastik.

Ikut korangla nak yg mcm mana. Tapi ingat, ukur stoking di kaki sendiri,
jangan nak sutera bagai tapi seminggu makan maggi.


Up close sikit. Eh tu ada kuku cicak terlekat. Hey nak kena betul kawan i ni!


Ini adalah kejadiaan yang berlaku di Florence mase i pegi sana. Pencuri tu berlakon nak tanya pasal tiket train. Dia pun tunjuk betul-betul depan muka, taktik nak cover mata. Sambil tu tangan dia seluk beg cari wallet. Dierang ni gila skillful ye sampai takde sapa pun yang perasan. Bila train dah jalan baru sedar wallet dah hilang. Kepada sesapa yang nak gi Italy nanti sila berhati-hati dengan skill begini. By the way, pencuri ni muka dia bukan macam penagih, tapi budak comel yang nak kesat hingus sendiri pun terkesat hingus orang sebelah.

So kalau u dah ikat wallet dekat beg secara otomatiknye masa pencuri tu nak bla dia akan tarik u sekali harung dengan getah tu. Haaa~ masa ni u pandang jauuuuuuh ke dalam matanya pastu tanya.
''Ye brader, nak main zero point ke? atau blue black ikan kasar sili oli ooowas dam dam dam besi keluar ABC! keluar kau dari sini!''
confirm dia lompat ala-ala zero point level 9 tali skipping paras kepala.

I harap travel tips ni berkesan sebab pencuri obersi memang begini style dia. Dierang sopan sikit dari pencuri malaysia yang hardcore gila terus ragut tercabot tangan mangsa. Pencuri obersi nak curi wallet aje sebab dia tahu beg u tu jenama mydin kacukan giant sikit-sikit, takde makna nak curi.
Tapi curi wallet senyap-senyap makan dalam woo sebab kenkadang tak sedar camna wallet tetiba takde terus diagnose diri sendiri dementia. Kenapa kenapa i nyanyuk walaupun i masih muda! Dilema gila aku salah letak ke, tercicir ke, orang curi ke.

Orang kat malaysia pun boleh jugak buat kalau jenis perangai henpon ada kat tangan tapi sibuk duk kecoh satu kampung tanye ''mana henpon aku!! mane henpon aku!!!! '' ( bukan i )

Maka mulai hari ini lantak la orang nak pandang slack ke tengok kau nak bayar duit fridge magnet tetibe ade ulat bulu escort wallet keluar beg. Lantak. Asalkan wallet sedikit selamat. Kalau sayang kawan-kawan lain sila share tips ini. I ikhlas, sebab menda ni dah banyak kali berlaku. I tak nak pisang beranak anak luar nikah okeh.

Eh kalau nak ikat wallet kat zip seluar pun boleh. Nak gi toilet scan je kat mak cik jaga tu.
Touch and Go kaedahnye.
Kelekunnnggg! berus jamban tersumbat dalam telinga.
''Suka hati kau je kan nak touch2 wallet kat meja aku, keluarkan syiling ah baru boleh masuk! Meh sini kita battle zero point level 24! ada berani?''

p/s: this is not a joke, i memang ikat wallet kat beg bila travel. Wahh, why so serious?

17 comments:

LittleGurl said...

hahaha. klaka gile. nak pergi turki skng jugak kasi fon!eh,nokia 3310 boleh x?

TK said...

Padat story, witty, surprising, entertaining, refreshing.

Anonymous said...

sumpah xblh bla la....cam org gila ako gelak sorang2 dpan laptop....agagagagaga

efah said...

haha . betul betul extreme !
nak share 1 cenderawasih laa !! kan slmt warga2 sini ... haha !

filah_ismail said...

best.. tips yang amat berguna tapi x tahan baca beg Mydin kacukan Giant.. nak order satu leh? :)

MiLd™ said...

Yuuhhuuuuuuuuuuuu!!!!!! PAAANGG!!!! Err just blog walking...

Tiara Fazlin Jaludin said...

lil gurl: waaa 3310 pun boleh gak..tp polis kurang hensem la,ok?=)
tk: mekasih..
efah: hello org cendrawasih! i jiran u! bkt stongkol!
kak filah: haha! x ley order kena kacuk sendiri meh..=)
mild: PANNNG jgk! hee

panggil saye mice said...

haha...wei, kalu ko g batu pahat pon same...TOURIST ramai gile..:))

Tiara Fazlin said...

batu pahat ragut semua teros! hihi

Naqieb said...

hahaha!!!ini punye artikel BAIKPUNYERRR!!!

Aujinz said...

ahahaha..
masa aku travel pon same gak..

aku ilang henpon kat Saigon, hilang duit kat Beijing..

aku perlu prektikkan ulat bulu nie setiap kali travel gamaknye...

Tiara Fazlin said...

naqieb: jgn lupa praktikkan ye..=)

aujinz: ish! i patot publish lg awal before u gi beijing! mesti dpt diselamatkan!

Naqieb said...
This comment has been removed by the author.
Faiz Tapit said...

letak dompet dlm boxer jela. hahaha

ainiey said...

okeh! gelak guling-guling sampai roommate terkejut!! muahahahhahahahah..

Tiara Fazlin said...

faiz: haha sukahati kau nnti pencuri tu tarik sekali aku tak tau

ainiey: kemsalam roommate! hehe

Asyraf kamarol bahrin said...

macam2 dapat pengalaman kat tempat org
beruntungnya..
mohon jalan2 selalu..
haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...