Friday, April 15

Nasib malang bersama mayat

Hari ini hari jumaat. Selalunya hari jumaat jumpa mayat.
Maka hari ini haruslah jumpa mayat.
Semalam hari khamis. Esok hari sabtu. Hari ahad datang pulak lepas tu.
Paaang! diam kau Rebecca Black versi melayu.

Tapi hari ni tetibe takde pulak kelas anatomy. Tapi aku nak jugak masuk bilik anatomy. Lagipun minggu depan dah start cuti dua minggu, karat otak ni kalau tak refresh sikit-sikit. Aku pun tak nak dilanda demam kerinduan nanti susah. Maka seperti biasa aku pergi la masuk bilik anatomy sambil berkata fun fun fun lebih kurang macam ni.


Aku ingat nak masuk kejap je. Sebab nak usha sikit-sikit tak banyak pun, pastu aku pegi la sensorang. Aku dah ajak dah kawan aku tapi dia tanak ikut tacing sungguh rasa di jiwa. Alasan mayat tak hemseng, takde mood. Apakah? Pegi cucuk pisau kat perut Tom Cruise la gitu, kalau dia cadaver konpem tiap hari kau masuk bilik anatomy kawan. Takpela dahku redho lalu membawa diri. Oh by the way, dalam bilik anatomy tu ada lebih kurang 20 mayat ku gagahkan jua berjalan seorang diri menuju ke table mayat aku.

''Janganla tetiba ada yang duduk dah elok semua terbaring ni. Kalau ada yang duduk aku nak ucap merry kismis ke selamat aidilfitri pun tak tau la'' ngomelku sendirian ceyy ayat novel tak nak kalah.
Lepas belek sana belek sini. Korek sana korek sini.

Tetibe...

Gedebuk! Pen dalam poket baju terjatuh ke dalam dada mayat. Okay takpa itu biasa.
Beberapa minit lepas tu.
Kelepet! daging mayat pulak terpelanting kat baju. Okay takpa boleh tolerate lagi.

Kemudian..

Chreeeetttt! ni bunyi tepercik ni. Ke korang dengar bunyi orang cirit birit?
Jus mayat tepercik kat dalam mata aku tahu. Ken u belivit?
Kat bibir ni pun kena! Kat muka! Aku tengah pegang jantung masa tu camna boleh terlucut entah.


Suparjoooooo! Paaang! diam kau Raju iklan Deepavali Petronas.
Sinki Suparjo! Sinki! Sinki!
Maka dengan mata kecek sebelah aku berjalan dengan penuh kelajuan mencari sinki, berlari tak boleh kang langgar pulak mayat yang lain. Mau tersembam pulak satu muka kalau accident ngan one of the cadaver's table.

Pehh serious pedih mata ni tak tipu punya. Sebab juice tu actually macam alcohol lebih kurang, guna untuk awet mayat. Memang selalu bertakung la dalam mayat and plastik balut mayat tu. Macam lopak air gitu, dah kalau terlucut jantung memang la tepercik. Masuk mata tak menahan wei geli pun ada. Rasa macam nak keluarkan bebola mata ni rendam dalam sabun basuh baju sebulan.  Mekasih la encik mayat. Lepas ni boleh la i promote u punya eye drop. Kita joint venture buat MLM ke. Tapi kita tukar nama sikit la. Eye Mo kepada Eye Mayat mungkin. Apa kata?

Eye Moyat Masuk My Eye
*nangis*

Sebenarnya fenomena ni pernah je jadi kat kawan-kawan aku yg lain. Hamboi ayat fenomena macam misteri nusantara. Relek la Tiara. Biasa je tepercik dalam mata tu. Ada yang lagi teruk siap terlangkup muka dalam abdomen mayat segala. Masa tu nak terbalikkan mayat, nak bedah bahagian belakang. Jus mayat termasuk dalam mulut terus pun ada. Hahah sukahati aku panggil jus macam sedap je bunyi jus oren gitu. Jangan gi kedai order jus ni pulak. Aku tak tau nak describe macam mana nak letak gambar kang muntah jelanok pulak korang. Maka sila bayangkan je apa aku type jangan bangkang, cadangan ditutup.

Tapi serious la yang termasuk dalam mulut tu aku tak tahu nak imagine macam mana, apa rasanya. Handphone terjatuh dalam mayat pun pernah je masa tengah intai-intai organ tu. Saja cari pasal ni gi letak dalam poket baju. Kawan Irish aku kena, nama beliau Kevin. Berlaku depan mata aku. Takpa dia tak paham bahasa melayu kat blog ni, so aku nak cakap Kevin busuk tak mandi pagi. *tetibe*

Oh henset dia tu bukan lah Nokia torch light. Bukan juga Blueberry. Tapi iPhone. Sila tukar nama jadi iMayat sekarang.

Lagi satu, korang ingat kelas anatomy ni ajar pasal bedah-bedah mayat je ke?
Tidak sama sekali. Prof Ryan pernah je bagi aku ilham untuk bukak kedai satay.
Ohooiii hoi! Paanng diam kau M.Daud Kilau. Ini serious. Korang pun mesti ada semangat macam aku jugak sebab satay ini sangat rare. Pasti tuan tanah Satay Kajang rasa terpukul akibat persaingan yang menggerunkan.


Aku pun tak tahu la kenapa dia begitu tegar mengambil
nota aku padahal tangan dia tengah bedah mayat.

Oh di manakah nilai perikemanusiaan?

Ok cepat! Mana lidi satay!

Haa..tengok..Prof Ryan siap bagi 'High 5' kat 
aku supaya jadi lebih bersemangat utk berniaga.
''Tiarwa, nantiy jangan lupa jhemput saya ya bila awak sudah ada kedai satay ya'' 
kata Prof Ryan dlm accent mat salleh nya.





Kecur air liur ni.
Panngg! diam kau Tiara.


p/s: This is my third entry in this blog, mind the personal pronoun 'aku' used in this one. Hehe. First three posts guna aku. Sorry kalau rasa kasar.

18 comments:

fatin farhah said...

hahaha..lawak la ko tiara..

Anonymous said...

macam2 ragam along nihhhh...tp berani betol!

Unknown said...

PANGGGGG!!!! lol!

Anonymous said...

wey gile cool awek ni dod.......

sitinadzirahali said...

lawak laa . xberhenti gelakk

Wan Harun said...

geli gilo

Anonymous said...

FUN FUN FUN......

Anonymous said...

eeiii yek...aku bru pas mkn tomyam..walaweh..hahahaa

mohd faiz said...

x mkn nasik aq seminggu cmnie..

Tiara Fazlin said...

belum tengok cacing dalam usus..x makan maggi setahun..haha

Anonymous said...

gmbr myat xde ke tira?nk tgok...heee

LittleGurl said...

hahaha. ade mayat duduk tak??haaaaaa

Fathin || Bamir said...

errrr-,-...fun.fun.fun..kak tiara bleh maju ar kalo bukak kdai sate tu.

QwertyQaz said...

pang skali la prof ryan tu...hahak

Tiara Fazlin said...

hahah pang kang dia baling pulak satay tu kat i..lagi merana hidop

pikir kool said...

whoa, u can really draw.
one question tho, did u draw those from memory or just 'tekap' from the textbook?

Aimi Farhana said...

kelakar!!!! hahahahhaa.

Unknown said...

daging tu memang something la ..
haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...