Thursday, April 28

Let me bring you to ITALY: Rome

Hi semua!
Ok nama i Tiara, nama u ikut suka hati u.
Sekarang kita kawan! so i akan panggil u kawan!
Maka sebagai kawan yang baik i nak bawak u pegi jalan-jalan. I bawak u pegi ITALY!
Okeh kawan? :)

WARNING: para ibu yang mengandung atau pengidap penyakit kronik tak boleh ikot nanti lemah longlai jumpa lelaki italy yang hemseng. Holoh, sebenarnye tu media je yang sibuk gembar gemburkan macam tanah kebun, padahal yang hemsengnye cuma beberapa ketul. Secara realitinya kiterang jumpa priest ngan policemen je yang hemseng-hemseng. Priest siap ade calender okehh jangan nak main-main. Priest of the month sebagai contohnya.


Kau saja kan da hemseng takleh kawin pulak kan.

Ok ini ialah team member kite yang lain-lain ye kawan?

Hamboiii awal-awal da start ngan sudu garpu, ni petanda tak baik ni.

1...2....3...Pengembaraan Geng bermula!!

Checkpoint 1: ROME

Wahh..Rome! Selama ni memang impian la kan sebab selalu tengok dalam buku teks sejarah. Siap ciom-ciom buku segala macam nak masuk dalam buku je time cikgu mengajar.
''Peah, bangun! cikgu tau awok tido''
''Bukan cekgu, saya nak gi Rome ni cekgu, buku ni macam pintu suka hati doraemon je cekgu''
Zaassss! kapur blackboard tersumbat dalam lubang idong.
"Tolong saya cekgu, saya takleh napas idung tersumbat ni cekgu"

Kalau kat Rome i nak bawak u pegi mana eh kawan?
Haroslah Colloseum idaman yang u cium-cium tu. Tadaaa~~



Colloseum is considered as one of the greatest works of Roman architecture. Colloseum ni dulu tempat orang lawan-lawan ngan binatang. Pahlawannye dikenali sbagai Gladiator. Zirafah pun ade tergolong dalam kancah perlawanan berdarah ini. I pun terkezut bila dapat tahu yg incik Zirafah turut terlibat. Tapi zaman dulu mungkin zirafah bergigi taring maka terpilih untuk join the battlefield. Kadang-kadang banduan akan dicampak naked and unarmed pastu kena lawan dgn binatang buas sambil ditonton oleh orang ramai lebih kurang 50,000 orang. Ape kejam benor punya hiburan. Baik layan Siti Sarah kawin ngan Sepah.

I dapat info kat papan kenyataan ni lah. Segalanya fakta bukan cobaan.

Ni pulak pakaian gladiator tu. Sorry kawan gambar u takde sebab u jd tukang amik gamba.
Jangan kemek hati ye.

Rome sebenarnya ade banyak tempat yg nak pegi. Trevi Fountain amat sesuai bagi mereka yang mencari cinta. Holoh khurafat semua tu. Baling syiling dalam kolam terus dapat boipren. Nampok benor nipunye kan.

Trevi Fountain

Ace kire berapa ramai yang ketandusan cinta nih?

Memang banyak pun coins yg dicampak kat dalam kolam ni. Tapi i tahu je malam-malam Majlis Perbandaran Rome kutip buat beli ice cream untuk tengah hari esoknye. Untuk kurangkan nilai khurafat i tak guna coin sendiri, i celup tangan kutip coin orang lain pastu baling balik konon-konon mintak cinta. I mintak cinta dari MARA sebab masa tu i tengah sempit, duit MARA tak menggunung lagi.


Ini bukan muka mintak cinta ini muka mintak tamparan padu daripada MARA.

Tetibe kat Trevi Fountain ni jugak ade Statue of Liberty. Mungkin sedang mengharapkan coin orang lain untuk buat wish. I derma 20 sen kat dia. Moga dia jumpa la cinta lama dia nanti lepas campak duit i dalam fountain.

Tak tahu la i sejak bila Statue of Liberty ni tukar jantina. 
Warna putih pucat menandakan darah kurang sebab berdiri lama sangat tunggu coin masuk bekas. Oh y
ang i posing gitu i pun tak tau la amenda motip. Sila pentes kaki i dari belakang biar tersungkur ke bumi menciom tanah bajet princess posing gitu gaya. 

Hamboi cepat je duduk dah dapat 20 sen dari i.

Next, Vatican City yang juga dikenali sebagai Holy See. Tempat ni merupakan sebuah negara yang paling kecik dalam dunia. Ketua negara Vatican City ialah Pope yang dipilih oleh kardinal-kardinal. Sini pun tempat tinggal Pope kalau tak silap. Cun jugak la seni bina kat tempat ni. Vatican City ni bolehla dianggap sebagai tempat yang amat bermakna bagi penganut agama Kristian. 


Ni tempat Pope lambai-lambai kat orang ramai. Pope akan berdiri kat balkoni untuk
address orang yg tengah duduk atas kerusi.

Belakang tu kerusi untuk orang duduk takkan berdiri pahtu poco-poco pulak kan. 
Baju belang tu bukan kerusi ye kawan.

Selain Vatican City, Vatican Museum pun ada jugak. Kat dalam museum tu banyak statue and drawing kat ceiling. Angels and Demons pun ada berlakon kat dalam ni.


Pintu gerbang macam nak masuk umah berhantu.




Ini ialah Hercules. Macho kan pakai daun? Ish batal air semayang cenggini.



Oh by the way, u pernah tengok tak movie When in Rome? dierang pun ada berlakon kat tangga ni rasanya. I rasa la, u rasa ada tak?



Familiar tak? Macam tangga rumah u kan?
Ini kalau tertinggal beg sekolah pagi-pagi mau beranak panjat tangga doploh kali gi ambik beg kat bilik. Tak pepasal pegi sekolah bawak bayi seketul.

I nak bawak u kat mane lagi eh? Piazza! kat Italy ni banyak Piazza tahu. Piazza means dataran. I tahu otak u pikir pizza kan kawan? lapar ye? alololololo nanti i bawak u makan. Sekarang kite main lukis-lukis dulu kat sini.


Ini i yang lukis ni.






Sama kan?kan?

Hidung berdarahla tu tengok biskot Jacob.

Hasilnye -.-''
Selain tu kite pusing-pusing je bandar Rome ni, u tak yah naik bas ye kawan. Transport kita adalah kaki. Jangan nak buat muka la i suruh zirafah makan u kang baru tahu.


Ministry of Culture and Heritage

Mr.Bean turun dari sini la. Eh i gurau je u.
Pantheon 
the oldest Catholic church in Rome

Tempat lepak makan eskem.




Tengok i berani tiru posing askar siap sengih macam kerang kurang kasih sayang.
Dua ketul askar kat belakang tu gerang nak tembak i je.

Ini pulak Spanish Step. I pun tak tahu la kenapa ramai sangat orang kat sini. Rasanya fashion show selalu ada kat sini ni.


Dah bakpe firaun boleh sesat kat Italy nih? 
Nak belajar buat spaghetti kewww abe firaung.
Itu berdiri atas tin biskut Hupseng ke abe firaung.

Firaun ngan Cowboy kelabu ni dua-dua manusia betul ye kawan.
Sila bagi coin kalau nak amik gamba nanti dia tembak. Kalau perot u bocor kena peluru i tak tanggung okehhhh. I termenung sambil mencangkung je tengok u.

Ok dah penat jalan-jalan jom kita makan sekarang!

Seafood spaghetti

Ok lah da bagi u makan ni. Esok lusa i bawak u pegi Pisa, Florence ngan Venice pulak ye. Tunggu otak i jem tengok buku i bawak you jalan-jalan. Bukan jem roti tu okeh, kalau jem roti habisla otak i kena makan nanti i jadi tenuk pulak tak berapa nak pandai. Nanti bila i coffee break i buat entry lagi. Sekarang nak sambung study. Ciouuu bella~

13 comments:

MiLd said...

LoL! Good one!

.Gory. said...

Pergh, sampai tang Brad Pitt semua sebijik. Sampai tang you, lari ke langit. Gahaha. Btw, jeles. Ni nak tunjuk gambar jalan jalan kuantan ni. Gahahah

TeynTeyn said...

time kat bassilica tu terasa macam dalam Hercules plak. (gile tak matang aku) -.-'

Tiara Fazlin Jaludin said...

Mild: thanks!=)
Gory: haha! sebijik jugak ape..jgnla lari ke langit..
Teyn: oh lupe nak cerita..dalam museum tu ade statue Hercules!

munira said...

tiara!!seronoknye!!!:)

Anonymous said...

dengki dengki.... nak gi yg alam nyata.... wuaaaaa.....

Nana Maurer said...

waahh.best nye dapat pegi rome.lucky u!

Tiara Fazlin Jaludin said...

munira: hee seronokla jgk..=)
anon: wuaaaaa...sorry la i tak mampu bawakk..T__T
nana: alhamdulillah,rezeki..

Miss Butang said...

nak nangis tengok..bestnya :')

Anonymous said...

Hai tiara. I don't know much about you. tapi i baca blog you seriously i gelak2 sebab you ni kelakar lah. heee. nice anway :)

Tiara Fazlin said...

awwhh im just an ordinary girl, nothing much..anyway thank u :)

Nurza Diana said...

hai tiara!
my first bump here, i dah fall in love dengan your blog. lucky you dapat pergi italy!

Tiara Fazlin said...

may I fall in love with u? heheh italy has been my dream place rezeki je dpt pegi ni, nurza blh la start kumpul duit, nnti boleh pegi sana jgk :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...