Saturday, June 27

Sabun di bilik mandi sabun




Hai hari ini saya beli sabun buku.

Bukan sabun bentuk buku tolongla takkan tengah mandi pun nak baca buku sambil sabun badan sambil baca sabun buku.

K i type balik.
Hari ni i beli sabun buku.
Tapi bukan sabun gel tu tapi sabun kotak. Paham tak susah nak explain ini gamba.




Dah lama tak pakai sabun cenggini. Hari ni i beli semula setelah sekian lama mejauhi diri darinya. Macam tu bahasa malaysia saya confident sangat. Saja ni nak bagi cikgu bahasa melayu naik darah sikit gurau kasar sekali sekala.

Sebelum ni i takut nak beli sabun buku ni.
Sebab?
I trauma sejak kecik. Sampai dah besar ni tengok sabun buku rasa nak mencangkung hadap dinding nangis tersedu-sedu sabun kau tolonglah mempergi jauh dari aku. Naik darah lagi cikgu bahasa melayu.

I have a dad.
Hahah ayat nak start ngumpat bapak oke macam biasa mari pegang tangan saya buat bulatan mintak bapak dijauhkan dari entry ni. Jangan sesiapa pun pegang tempe nanti bapak datang dekat.

Bapak i sukakan kebersihan. Bapak paling suka mandi. Tahap suka mandi ni tak dapat nak diulaskan dengan kata-kata. Kita bukan nak main masak-masak ni beberapa ulas bawang putih tapi ulas ni explain.

I can only explain berdasarkan situasi. Contoh situasi.
Kiterang satu keluarga nak balik Kuantan dari Kuala Lumpur. KL to Kuantan normally 2 jam setengah if u drive fast. Boleh balik hari je i selalunya. Tapi dengan bapak jadi?

Enam jam.
Bukan enam ketul jam dinding tu tapi 6 jam tempoh perjalanan.
Sebab bapak suka mandi.

Kalau ada movie 7 Perhentian lakonan Erra Pajira bapak akan ada filem sendiri tajuk 7 Hentian Perigi lakonan mantap Jaludin Pajeri mintak maaf nak type pajira tapi pajeri nanas tetiba lalu lalu depan mata puasa ini penuh menduganya. Hi cikgu bahasa melayu.

Setiap kali jumpa hentian bapak suka berhenti mandi pastu pegi surau solat walaupun boleh jamak dia nak jugak solat ikut waktu. Hentian pertama tu kira warm up. Next hentian bapak cari air, minum teh o panas sambil baca surat khabar la makan mee sup la pastu next hentian pegi beli kacang la beli buah betik la mandi lagi gosok gigi ada jela kerja dia. Bapak nak kumpul lencana pengembara pengakap ke berhenti semua tempat ni?

Ini kalau i terbang pegi indon sempat makan ayam penyet pastu penyetkan idung Agnes Monica sedas patah balik malaysia bapak kat Temerloh lagi tuala kat bahu baru lepas mandi.
Si Ecah pulak kat belakang ni tido sepuluh kali bangun balik tak sampai sampai Kuantan lagi. Berminyok ecah kat seat belakang sebab tunggu bapak, kalau tadah minyak boleh goreng telur lapan guni buat kenduri.

Pak, apa kata bapak tinggal je Ecah tepi highway ni. 
Ini dah kali sebelas Ecah bangun kita tak sampai lagi. Ecah tak berminat nak join kelab pengakap bapak kumpul lencana pengembara di setiap hentian. 
Pajeri nanas Ecah mana pajeri lalu depan mata lagi.



Serious ini kisah benar. That is how much my dad love cleanliness. Kat rumah takyah cakap la berapa kali mandi berpeluh sikit mandi kotor sikit mandi so i pun menurun la suka mandi gosok gigi. Pembersih sangat bapak i ni. Takyah letak febreze kat rumah letak bapak je wangi dah.

Now we have reached kisah gosok gigi. Macam ni la main type je ikut suka melalut sini sana jauh betul nak sampai part gosok gigi ni.

Dulu masa kecik i duduk rumah kayu kat Sungai Lembing. I dengan adik lelaki i beza setahun je so bapak memang jaga kiterang dua orang serentak. Memang di zaman awal kehidupan, tiga orang ni rapatla sahabat handai sahabat hyundai. Mandi pun sama-sama pakai seluar katak berhimpit dalam bilik air. Toyol melayu la katakan, sopan pakai seluar. Toyol jawa dia lain sikit pakai daun pisang macam balut tempe tu kiterang jawa celup je so pakai seluar katak ok dah.

Pada suatu hari macam biasala hari dah maghrib penat main berpeluh semua bapak kata dah jom mandi. Maka terkedek-kedek la si Tiara dan si Ajim berjalan ke bilik air berseluar katak.

Bapak sangat best kalau dalam bilik air sempit tu bapak boleh buat bilik air tu rasa macam Sunway Lagoon. Ada kolah air bapak buat jadi swimming pool, main buih buat belon, paling best i dengan Ajim main paip air shower tu. Buat macam cium kepala ular.



Sama kan?
Imaginasi tak nak kalah.


I buat bunyi seruling sambil Ajim cium kepala shower. Ko mampu cium ular tedung dalam bilik air? Dah cium muka bangga sebab hidup lagi walaupun cium ular berbisa dua-dua tak kena patuk. Hebat sangat dah rasa masa tu bapak pulak melayan tepuk tangan lagi la rasa bangga.
Setelah berseronok dalam bilik air dah basah dah shampoo semua tibalah masa untuk menggosok gigi.

I dengan Ajim berbaris la mencangkung depan bapak.
Tetiba bapak buat muka lain sikit tapi kiterang tak syak apa-apa pun.
Lepas tu bapak hulur la berus gigi kat Ajim dengan i.
Masuk berus gigi dalam mulut gosok sekali dua Ajim buat muka macam ni.





I pun muka terkesima jugak.

Tapi gosok je la gigi anak mithali kan sebab tengok bapak gosok macam biasa je muka bapak.

Ajim try to go but he kenot go. Tetiba Ajim nangis.

"Pak...ubat gigi apa ni pak...."

Tapi i kalong kan takleh la nangis. Kalong harus kental. Sambil gosok tu dahi i jela berkerut.

Ubat gigi species apa ni.
Loading.......


Bapak kata ni ubat gigi mahal sebab tu rasa lain sikit. Kiterang pun gosok la gigi sambil mencangkung. Tapi sekuat mana pun kalong saiaa tetap taaa kuad awaaaa. Menitik jugak air mata memandang ke lantai. Tik tik tik camtu bunyi air mata jatuh.

Kejadian itu berlaku beberapa kali juga sepanjang hayat Tiara dan Ajim.
Namun masa berlalu membuatkan Tiara semakin mengesyaki ubat gigi mahal bapak.

Dah besar sikit baru la i sedar rupanya selama ni ubat gigi mahal itu adalah sabun buku. I tak tau la zaman dulu sabun buku mana bapak i guna pegi tenyeh kat berus gigi hulur kat kiterang. Cap burung kakak tua warna hijau tu if u guys still remember. Sebak wei gosok gigi dengan sabun perasaan bercampur baur. Mixed emotion nak rasa apa pun tak tahu.

I found the sabun gais. Penjenayah burung kakak tua nampak ganas tu kan kembang sayap dua. I tak ingat langsung bau dia macam mana tapi i ingat rasa dia
hahahaha tak kelakar oke gais ini kisah sedih.


Bila tanya bapak kenapa pak kenapa bagi sabun buku. Bapak bagi sabun sebab ubat gigi habis. Kita dalam situasi darurat bapak nampak sabun je. Bapak kata kebersihan itu penting badan kena sentiasa wangi. Mulut juga haruslah sentiasa wangi gigi kena gosok selalu. Pentingnya gosok gigi ni walau badai melanda walau lautan api menduga kita harus redah jua.

Pak, along nak cakap ni. Sabun memang wangi, tapi sabun bukan ubat gigi.

Kenapa bapak tak suruh kiterang kunyah bunga ros je?

Bapak juga kata asal ada buih tu ubat gigi la tu. Paling tragis Nana dan Irda juga percaya dengan nasihat yang bertamadun ini. Kesimpulannya semua adik-adik i pernah makan sabun. Jangan tanya kiterang apa rasa sabun. Tak nak bagitau pegi rasa sendiri dan hayati derita kami. Bapak memang sangat menjaga kebersihan diri dan anak-anak. I rasa kalau i dah ada suami tapi tak suka berus gigi memang i ikat dia dalam bilik air paksa gosok macam ni.

Dah bakpenya ecah makan racun tikos sampai berbuih mulut.
This is actually a video hahah Ecah tak 

suka gosok gigi masa kecik maka dipaksa oleh bapak.
Kaki silang ko jangan main-main gosok gigi pun kena casual.


EXHIBIT 1:
Mangsa dera cuba tunjuk perasaan tak puas hati.

Mangsa dera sakit hati.

Tapi apa pun i tetap mangsa dera paling mithali. Gosok dengan sabun pun i tak jelir lidah i tetap sengih ibarat kerang wangi.

Bahagia mu derita ku pak...


Now that Ajim and i dah besar so those sabun ubat gigi has long gone. Kiterang lagi rela merangkak pegi kedai beli ubat gigi dari guna sabun.

Namun, pada suatu hari...

Bapak nak pegi sekolah. Bapak i cikgu bagi sesiapa yang tak tau. Bukan bapak i ni darjah dua tetiba nak gi sekolah pulak anak dah lima ketul cenggini. I pun macam biasala salam bapak kat tangga hulur bekal air fresh oren dia and roti bakar.

Pastu mak pulak salam bapak laga pipi sambil cakap bye apa semua pastu mak tanya.
"Eh bang kenapa bau sabun lux tetiba ni?"
I dalam hati tahu dah kenapa. Masa tu dalam hati berbuih buih dah rasa nak curah je bekal air oren ni kat bapak tapi i sabar.
Bapak dengan penuh rasa tak bersalah jawab
"Nak cepat pegi sekolah ubat gigi habis nak cepat ni nak cepat."
Mak gelak je.

I sambung dialog
Pak, lain kali jangan guna sabun lux, guna sabun basuh kain tu bagi berkilat putih terus gigi. Bukan wangi je berkilat sungguh kalau campur clorox sikit buat clorox tu macam lysterine kumur kumur. Kalau blackout kat sekolah, bapak sengih je sebab gigi bapak putih sangat boleh suluh satu sekolah. Kalau satu keluarga kita ni berus gigi guna sabun basuh kain jimat letrik kerja kita sengih je dalam gelap habis semua bersinar sinar takyah bukak lampu dah. Bla bla bla bla bapak tutup telinga sambil jalan masuk kereta terus drive pegi sekolah.


Lepas ni tolongla siapa-siapa yang terserempak dengan bapak i hulur colgate kat dia sambil nyanyi 

Gosok gigi berpada-pada~~
Gosok dengan sabun jangan sekali~~
Hidup di bilik mandi banyak pancaroba~


Gitu nasyid bulan Ramadhon.
Happy fasting everyone!




P/S: Terima kasih bapak jaga kebersihan anak-anak dari kecik. We lebiu. Muaah banyak.





19 comments:

Izzah Sobki said...

*Jatuh kerusi*

Lawaknyaa bapakkk! Hahaha tak terfikir boleh ada sejarah pahit gituu guna sabun buku berus gigi. Mesti kelat gila! Haha

Anonymous said...

go girl, best story ever in 2015 so far.

john ells

Anonymous said...

Berdekah baca cerita ni. Adoi laa. Cerita Kak Tiaghaaa tak pernahnya tak kelakar. Kah! 😂😂😂

Anonymous said...



Hahahaha terus I tersengih macam kerang sebaik saja nampak status u update blog. Lama tungguuu *nangis* kipidap Tiagha!

Ahmad Hisyam said...

Waah setelah berejam duk upload gambar..ade pun entri baru...
tp yg tak tahan siap record video penyeksaan tu..kejam sungguh ;(
mohon upload video pulak..haha

faizal_signs said...

Haha laugh sambil jatuh berdebub

cEro said...

Tak berenti aku gelak guling baca setiap patah perkataan ttg Bapak ni...

Oh, sabung yg burung bertiga tu warna hijau kan?
Aku macam pernah ingat pernah guna masa duduk asrama dulu...heheheh

Aujinz said...

Baca kat opis, seksanya nak tahan gelak... kah kah kah

saye niza said...

bapak u rare okeh! hahahaha

R.abubakar said...

Me got my fair share with soap. Apabila kene suruh gigit sabun by my uncle pasal mencarut bila bergaduh dengan my cousin kat kampung waktu raya(rupanya omputih ada denda macam tu).

Guess what... X berkesan langsung dengan orang Mnampakni rupanya. Besoknya bergaduh lagi dan mencarut lagi, my uncle ambil sabun tetapi mum lagi cepat kali ini datang tonyoh mulut dengan cili infront everybody kat rumah tu. Terus kami sepupu semua tak berani mencarut sampai sekarang because of that horror experience. But later that day my uncle yg bagi makan sabun tu curi-curi bawak I gi makan ice-cream kat Swensens City Square tuk pujuk. To horror of an xperience for a child kata dia.

pilot awan said...

Sakit perut gelak..hahaha..ptut my bro dgn sistr in law suka blog ni..haha

Anonymous said...

Dahsyat. Ini cerita betul ke?
Dari : cool jazz

Myra Jay said...

Adoiii.. sambil baca sambil gelak sambil sengeh2..
Sabo jela bapak.. hahaha
tapi tetap nak tanya apa prasaan guna sabun buku kat gigi.. hihuu
Pengalaman tu kan..

Norain Binti Omar said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@zalora.com.my

Thanks :)

Omoide no kiroku said...

Lama tak baca blog Tiara. Ha..ha.. bapak nak ubat gigi ke.. tak pe skrg keje kat kilang ubat nanti balik kuantan bw balik ubat gigi...

Papoyz said...

Salam kenal

Aini Shah said...


Hi Tiara, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

suerafe said...

masih kelako walaupun dah patplopat kali baca haahahahahahahhahah lawok gila woiiii

Awza Jay said...

Entry yg sgt menghiburkan... ank tgh tido kat sebelah neh nyaris nak tergelak kuat nsb baik boleh kontrol

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...