Thursday, December 4

Darah kacukan mermaid


Hello semua. 
Kita bertemu kembali setelah 9 bulan.
Ini sememangnya tempoh yang diperlukan untuk melahirkan sebuah entry.
Satu hari i type satu perkataan. Cenggitu la kekdahnya sehingga siap satu karangan.
Next entry tunggu lagi sembilan bulan ye bagi i minum susu Anmum cukup-cukup dulu.


Siapa entah jadi anonymous kat previous post ugut suruh update blog.

Terpaksa update ni sambil nangis. Janganla paksa cenggini.
Pastu kat instagram pegi kata batu Sungai Lembing pun tak berlumut macam blog ni.
Oi blog ni memang sengaja letak lumut oke kak Tiara bela ikan kat sini, lumut tu ibarat nasi bagi dierang makan sangat kenyang tidur mimpi sawah padi mandi dengan beras basmahti.


Bercakap pasal ikan. I yakin bahawa selain keturunan jawa i jugak berketurunan ikan duyung. Walaupun berketurunan jawa, i la jawa paling hampeh dalam family tree ini sampai je kat i terus terbantot segala ilmu.


Ilmu jawa i yang paling tinggi adalah mengira. I boleh kira satu hingga empat dalam bahasa jawa masuk nombor lima je cikgu i kena denggi tak sempat khatam. I dah duduk tepi katil nak dengar dia ajar nombor lima dalam bahasa jawa tapi sebab denggi bibir dia macam menggeletar nak sebut lima. I serabut bila segala qalqalah sabdu dari mulut dia tak berbutir i tinggal je buah limau dua biji anggur sebekas pastu i balik rumah terus.


Ilmu jawa i yang kedua adalah makan tempe.




Bagi yang mengikuti perkembangan i walaupun i tak kembang makan nasi lima kali sehari pun tak tau la kenapa susah nak gomok harapkan hidung jela kembang semangkok. Ok sambung bagi yang mengikuti instagram atau facebook mostly tahu that my parents went to Mecca. Mak dengan bapak pegi haji for 49 days. As most of us know, sebelum pergi haji there will be kelas dan latihan dan ceramah semua tu. Sebelum pegi kelas bapak kejut anak anak dulu. 


"Nana.....bangun na"

Nana yang tengah tido lena bukak mata terus sentap.


"Assolatuhoirumminannaum mana sejadah aku "


Nana ingat dia berada di alam lain dah tatkala melihat bapak pakai ihram sebab masa dia nampak bapak tu matahari pagi memang direct la memancar kat muka bapak. Macam penuh nur la gitu bercahaya sungguh muka bapak. Nana terkejut terus terduduk dengan taik mata cepueh rambut macam janggut kambing dipanah petir. Sambil Nana mengenyeh mata sambil tu jugak Nana nyanyi Asma-ul Husna.  


Apa lagi Ecah terus ambik songkok. I dengan Irda berdiri belakang Ecah posing tangan nasyid. 


Ecah pegang mikropon tahan ketawa tengok Nana terketor-ketor nyanyi Asma-ul Husna. 


                           
Di saat Nana sedar dia diperkambingkan terus Nana berdiri tarik ihram bapak pastu tepuk songkok Ecah amik tuala pegi mandi. Nasib baik bapak pakai seluar kat dalam kain ihram. Pagi yang amat suspen ye sidang dewan sekalian toyol mana boleh register tabung haji. 



Tengok nak cerita pasal ikan i cerita pasal toyol la, nasyid la hey ni yang i malas nak bercakap ni. Kalau diam dekat setahun blog berlumut bila dah start cakap tak reti nak berhenti pulak.  Berbalik kepada cerita ikan kita. 

Cinta bapak kepada ikan adalah sangat mendalam sedalam perigi bujang lapok menuntut ilmu mambang. Dari dulu lagi dah dia memang sayang ikan tapi i tak sangka la sayang sungguh mengalahkan cinta agung Romie terhadap Hanez Suraya. Anzalna rambut kepuk tolong sailang boipren baru Hanez oke nanti i belanja jagung bakar dua. 

Bapak i bela ikan kat rumah. Bela ni bukan repair tau macam mana nak repair ikan. 
Ikan pula ada makanan ikan yang tersendiri. Namun begitu bapak i selalu rasa makanan tu tak cukup.  

Bayangkan kita sekeluarga semua kat meja makan ni tengah dinner pastu ada la sekor udang je lagi tinggal dalam pinggan. We are talking about udang galah masak sambal petai ni bukan udang kering kena tepuk masuk kuah cili api. Bapak tanpa ragu terus ambik udang yang paling last dalam pinggan. 

Ecah adik bongsu i muka terharu dah tengok bapak nak kupaskan udang untuk dia. 

"Baiknya bapak kupas udang untuk Ecah"


Siap kupas tetiba bapak bangun dari kerusi, basuh udang kat sinki, kunyah, pastu campak udang masuk aquarium. Masa tu i rasa nak tukar binti ikan gupi dah. I pun tanya bapak.

"Pak, dah bakpenya nak kena kunyah udang tu?"
"Takut ikan bapak tercekik udang tu besar sangat"

Terus i masuk bilik ambik surat beranak tukar Tiara Fazlin binti Gupi Ekor Ungu.

Kejadian yang sama kian berulang dan akhirnya kami semua redho berkongsi kasih dengan anak ikan. Ini anak ikan betul bukan anak ikan peliharaan datin kesepian macam drama melayu tu bapak i bukan datin. 


Semakin dekat hari keberangkatan ke Mekah, semakin kuat gerak hati ini berkata yang bapak ialah King Triton ayah kepada Little Mermaid di kelahiran sebelumnya. Tetiba masuk unsur padayappa harap maaf ye semua.

"Hoi Wak Doyok bakpe kau ambik tempe dalam pinggan 
Wak Dimas Antakesuma kan dia tengah makan tu"
kata King Tritoludin.


Beberapa hari sebelum pergi menunaikan haji. 


Kau mampu ke sebelum pegi semayang Jumaat baca khutbah untuk ikan dulu?
"Sidang Jumaat yang berekor sekalian hendaklah kita berkongsi rumpai laut yang ada. Berikanlah salam setiap kali berjumpa bersatu kamu teguh bercerai kamu kawin lagi"

















Tangan lekat kat dinding tu nak mengalirkan kuasa khutbah masuk aquarium. Warna merah atas karpet tu bukan torch light, itu alat untuk translate bahasa melayu jadi bahasa ikan. 
                        

Ya allah mati la kalau bapak baca ni sebab bapak sendiri pun tak tau gamba ni ada dalam henpon i dia tengah tido i amik gamba. Macam biasa semua sila buat bulatan tadah tangan doakan i selamat. 

Sebelum pergi sekolah bapak buat tution dulu untuk semua ikan.
Kelas tambahan percuma ni kau ada?
                         


"Sepat tambah sepat jadi dua sepat. Gupi jangan main celah batu cikgu tengah mengajar ni"


Di bawah adalah rajah anak Jaludin yang redha berkongsi kasih. Walaupun sedar mereka dianak tirikan kera di hutan dipisangkan mereka tetap tolong cuci aquarium bapak. 

Sengihla sangat padahal jauh di lubuk sanubari, hanya jauhari yang 
mengenal kuih lompat tikam. 


Kalau ikutkan hati ni nak je curah air cuka lepas siap cuci aquarium biar semua ikan bertukar menjadi jeruk. Nasib baik teringat cakap ostazah darjah enam ikan tak suka cuka ye murid-murid. Tetiba sangat ostazah ajar cenggitu dalam kelas agama. Motip.


Setiap hari bapak akan mengadap aquarium. Tapi takpela bapak nak lepas rindu dulu sebelum tinggal ikan kita ni cuba la memahami. 

Hari berlalu dan akhirnya bapak pun berjaya menjejakkan kaki di tanah suci Mekah. Semuanya kembali normal tiada lagi ikan di antara kita. 

Namun ku sangka panas hingga ke petang rupanya dah banjir dari pagi tadi lagi. Selang beberapa minggu bapak pun call.


"Assalamualaikum along ikan bapak macam mana?"

Direct i jawab. 

"Dah mati belaka berbuih mulut ekor putus mata terkeluar sisik gugur"

Terus bapak letak. Emosinya haku tepon jauh-jauh tanya pasal ikan.


Lepas letak tu bapak message semula for confirmation. Along ikan macam mana. 




Demi menjaga hati bapak agar tenang menunaikan ibadah i pun jawab jela elok-elok. 

Persoalannya. 
Siapa anak bapak yang sebenar? 
Nasib baik bapak tak tanya. 
"Along, Ajim bagi khutbah tak untuk ikan bapak masa bapak takda ni?"

Weh memang i baling tongkat khutbah kat cermin ikan time tu jugak sambil jerit "Takbir!" 


Bapak pergi haji dengan mak. Rezeki mak dapat ikut. 49 days went so fast. Tak rasa pun. Kejap je and suddenly it's time for my parents to come home. Bapak dah kurang tanya pasal ikan sebab bapak dapat ikan lagi comel malah boleh bercakap. Sampai je KLIA kiterang nampak bapak pimpin ikan baru keluar arrival hall. 


Memperkenalkan!



         Ismet Ulam Jaludin dan Danish Segaraga. 


                            
Di bawah adalah kelas tution baru bersama Danish Segaraga menggantikan kelas tution ikan. Danish sorang je register tution percuma ni. Please excuse aircond kat belakang tu adik lelaki i punya kerja.






I don't know if jawa blood atau mermaid blood yang lagi kuat mengalir dalam badan i. Bapak still sayang ikan tapi bapak lagi suka makan ikan. Tempe pun bapak makan jugak. I guess kesimpulannya di sini adalah bapak seorang kanibal. 


Oke kelas tution ada lagi kosong, so sekarang siapa nak register jadi anak ikan bapak? 









13 comments:

Hafiz Hafizol said...

HAHAHAHAHAHA.. Sampai hati bapak. anak sendiri tak de tanya pun sihat ke tak. dia p tanya anak ikan dia dulu.. =P

| CIKZEK | said...

apelah nseb dianaktirikan oleh bapak ye tiaghaa. hahaha nges sedu sedu ai bce crita u ni tauuu. hahaha

Juls Julie80 said...

Assalam..

Finallyyyyyyyyy..!!

update jugak kan... lepas ni kene ugut bawak steering lock sambil cekak pinggang dengan rambut menggerbang ehh ke mengerbang ejaan dia cane ntah..baru cik doc TF baru nak hapdet kannnnnnnnnn... hahaha

btw, welkam bekkk... pung pak pungg pangg pungg.. ehhh salah..tu sound track utk majlis kepak kepung...

selamat membloggggggggg... hehehe

Unknown said...

Ahahahaha. Gelak gelak baca

Cik Iman said...

ikan kesayangan ekekeke

LydSunshine said...

Melampau cikgu aku. Esok hapdet lagi blog hokey.

cEro said...

Uih!
Abah aku pon sayang bebenor dgn ikan dlm akuarium dia...
Bila masuk waktu makan malam suruh makan dkat meja, dia pegi kasi makan ikan dulu dan tenung lama2 supaya dapat kepastian yg ikan tu makan makanan dia.
Selagi ikan tak makan, dia tak duduk meja makan utk makan maka yg lain pon tak makan...

Aku rasa kebanyakan abah2 ni, bila anak dah besar sikit semua kasih sayang tukar ke ikan kot...hehehe

Miss azieni said...

nampaknya kak tiara kena tukar jadi ikan la kak baru bapak sayang lebihhh siap bagi udang galah semangkuk nanti. heee :D

Miss azieni said...

nampaknya kak tiara kena tukar jadi ikan la kak baru bapak sayang lebihhh siap bagi udang galah semangkuk nanti. heee :D

Najib Ariyan Ali Basha said...

Hahahahahahaah gelak gelak gelak gelak... sebelum penutup blogwalking petang ni... terhibur ngan bahasa2 yg kelakor... aku pun jawa jugak... kalau loyar buruk cenggitu harus by now dah jadi karang laut.... hahahaha lagi dan lagi

salam singgah

Anonymous said...

Nice story,update lah slalu..huhu..blog nie pun tak nak jd anak tiri jugak 😅

Anonymous said...

Akak tiara, boeh tnya, best tk study luar negara? Akak nyesal belaja kt sana?

Unknown said...

You should start writing again. Your blog is fun and entertaining and I sure hope u are as funny in real life. Selamat berpuasa Tiara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...