Sunday, March 10

Pokok Sena kamikaze dalam mangkuk

Housemate bermaksud penunggu rumah.

Tiara awal-awal intro dah nak jadi mak pin sesatkan orang.
Housemates merupakan peneman rumah, kawan serumah.
Seperti orang lain, saya juga mempunyai kawan. Hidup di perantauan haruslah ada kawan.
Walaupun kawan serumah saya bukanlah minah salleh tapi saya tetap bangga. Sebab?
Saya tak rasa rendah diri langsung kerana hidung kami kepek bersama-sama. Bila bangun pagi saya tengok dia, dia tengok saya, kami sama-sama kepek. Oh indahnya dunia. Bila di meja makan saya tengok dia, dia tengok saya hidung kami masih kepek bersama. Oh bahagianya saya rasa.

Dublin, Ireland.
I never thought of coming here. Mula-mula sampai dulu agak blur dan rasa asing.
My life in Dublin bermula dengan 6 orang housemates. Ini bukan geng '6 Jahanam' okeh itu tajuk filem. Kiterang adalah '6 Tak Jahanam Juga Tak Pandai Berenang' gila tak komersial nama cenggitu.
We rent a house together. Susah senang, blur, sesat sama-sama. I still remember the first day masuk rumah baru, i cooked Ayam Tomato makan dengan salad and nasi putih. Baru masuk rumah tak banyak barang sangat, i just cooked whatever we had at that time. Dahla sos tomato brand tak familiar. Bedal jela kang tak pepasal bertukar jadi Irish pulak bila tak makan nasi sehari.

Irish girl! Berrrtukar! Khuhihohohok! *effect bunyi Transformers*


Yes, i still have the picture dear housemates.
Our first dish :)


Dalam tupperware tu tempe sambal kering mak kasi bekal dari Malaysia.
Mak i takut i culture shock sebenarnya ni. So everytime i makan tempe sambil pegang idung konpem sedar diri balik. It's like rasakan kuasa! Tamparan wanita! Gittu je Elite menyampuk.

Long story short. I went to their place the other day sebab rindu. Hahah. They asked me to come for lunch. I tanya la korang nak order anything from me tak? Laju je sebut Tiramisu Cake hamboi order macam i ni Doraemon je.
*seluk poket*
"Mesin Pembuat Kek Ikut Sukahati Nak Kek Apa Pastu Bila Makan Kek Takkan Pernah Habis!"
Panjang benor nama alat, Doraemon pun semput nak jerit doblas harakat gitu gaya.


Tak menahan dierang pegi decorate Tiramisu Cake i ni dengan chocolate syrup.
Siap calit kat pinggan. Boleh menangis chef 5 star hotel tengok ni.

Resepi kelik kat sini. Sukahati i modify resepi sendiri.
Memandangkan dierang order dessert so i pun cakap. Masak spaghetti special masa kita mula-mula sampai Dublin dulu puhlissssss~

Masa i datang umah dierang yang ada cuma 2 orang ni je. Yang lain duk umah lain and ada yang gi London. Ada yang duk city ada yang duk kawasan perumahan. Dah bakpe banyak sangat ada nye tersedak Adawiyah tengah makan.
Identiti harus dirahsiakan okay so i panggil sorang ni Latipah, sorang lagi AR. Rahimah.

Now u wonder what is that special spaghetti?
Here goes the flashback scene :p


Queen Latipah.

Latipah ni rapat dengan i masa satu rumah dulu. Beli groceries sama, balik sekolah sama.
Kalau waktu dinner dia memang tak boleh makan semeja dengan i, sebab mostly apa yang i cakap akan membuatkan dia tersembur. She is easily amused. Lawak sikit je pun gelak separuh nyawa.

Rahimah pun rapat dengan i jugak. Tapi Rahimah ni berdisiplin i tell u. Kalau ada askar jadi housemate kiterang memang meratap askar tu peluk tiang tangga. Beliau akan menangis tersedu-sedu melihat kekentalan disiplin Rahimah ni.

Kiterang yang duk oversea ni mostly ada jadual untuk masak. So we take turn to cook. Boleh menggigil tahu kalau tak dapat nasi sehari so memang kena masak everyday. Kat Ireland ni kentang adalah 'nasi' bagi dierang. Makanan ruji gitu. Tak kuasa la ahkak nak feeling baby makan kentang lenyek zaman gigi dua batang dulu boleh la.

Kiterang juga ada masak bekal untuk lunch. Dinner wajib nasik, lunch jela flexible.
There was this one day tu turn Latipah buat bekal tau, she cooked us spaghetti.
Bilamana i makan spaghetti itu terus i pegang kepala cenggini lalu berfikir.

"Eh aku ada kat Ireland ke India ni?"


"Oh my gucci my prada dalam spaghetti ada serbuk kari!"

Hamekau lauk kacukan mat salleh dan india. Serious itu first time i makan spaghetti ada rasa kari.
Sedap jugak rasa dia sangat unik. Before this i selalu masak spaghetti bolognese or carbonara tu je.

Tiba pula time dinner dia masak tom yam. I pun hirupla kuah tomyam dengan syahdunya tetiba terus posing camni kat meja makan.

"Cepat pulak aku terbang ke Thailand semalam kat Ireland lagi"

"K dalam tomyam pun ada kari"

Ahah lauk Thailand tu pun beliau kacuk dengan unsur India. Memang hemseng la anak puan Tom Yam ni nanti i yakin sungguh, hidung mancung bak seudang dua tiga ekor udang, bukan bak seludang da okeh. Kacuk dengan Shah Rukh Khan jangan main-main.

Problem?

Serious bila sampai turn dia masak tu memang epic i tell u. Suspen je nak rasa menu baru.
Lagu ni macam otomatik la bergema dalam otak i. Berdegup jantung ku~~ bila ku dengar nama kari ah ah Berdebarnya hati~~ kari ku datang lagi ah ah
Tengok Amelina dangdut pun sama suspen dengan i.
Tapi itulah, ingredient wajib adalah kari.
Pendek kata serbuk kari takda dia takleh masak.
Panjang pula kata serbuk kari adalah segalanya.

Dan begitulah hari-hari yang seterusnya cakap je lauk apa serbuk kari haros dicampak sekali. Ada one time tu i buat pasal sorok serbuk kari dia, gelabah gila cari siap ugut tak nak masak. Pahtu kiterang dinner ayam goreng ngan kicap. Terus pulang serbuk kari tobat tak sorok dah. T_T

Ha comel kan kisah spaghetti kari? :)

So thats the spaghetti i ordered! And she cooked that for me.
Cuma mee spaghetti takde la tukar ngan pasta.
It was so good makan sambil terkenang kisah lama, borak macam-macam.
And suddenly tengah syok makan pasta.



"Pokok apa ni kau masak ni? Bukan pokok ni guna untuk buat perabot ke?"

"Oh semalam aku tebang. Itu pokok sena aku rasa.
Jangan banyak cakap makan je, kalau tercekik tutup idong pastu telan secara paksa"



Hahahah we had a good laugh that day.
Comel sangatla potong brokoli cenggitu cepat kenyang kata dia. Logik kat mana entah cepat kenyang.
Padehal boleh tercekik patploh malam siap asma payah nak napas brokoli lekat kat tekak. Dia saja potong besar cenggitu just to reminiscence the past, the first time she cooked when she got here.

Biasa la first time masak seumur hidup, bontot carrot kepala carrot belaka nak campak. Kesian carrot tu mati tak meninggalkan apa-apa. Kamikaze gila satu badan masuk kuali. But now Latipah ni dah pro, i pernah lepak umah dia before balik malaysia dulu, and she cooked ayam merah! sedap menjilat senduk dan kuali sampai tercengang anak pak ali. And and and there was no curry at all even a bit. Tacing kejap makan sambil nangis. Okay sekarang semua lelaki queue untuk buat calon isteri. Dahla suka budak-budak kawan i ni, study bapakla rajinnya sampai tunggang langgang dunia pun buat dunno je. Ha tengok ada genetik rajin tahu.


Here is a shout out to all 6 of u dear ex-housemates.
Thank u for being a part of my life, solat jemaah sama-sama, practice jadi imam untuk solat jemaah tolong kejut subuh hangkut beras sama-sama sampai nak tercabut bahu amboi Tiara hiperbola. Gotong-royong every weekend kemas satu rumah. Thank u sebab tegur bila ada buat salah. Study tulang mayat together kat bilik atas. I can go on forever to thank u guys too bad i don't have enough space here.
Oh well just keep on being awesome and aku akan selalu doa korang semua jadi doktor yang baik akan datang, kita semua la eh. Insyaallah. Amin.
I miss u people.
Wah boleh tahan Tiara tacing okdabai.



16 comments:

Amalin Ahmad said...

Wahhh bestnyee! Tiaghaa, kalau i pegi sana, boley la u mskkan ekk? jimat duit makan.. ngihihhihi

Tiara Fazlin said...

tiap hari la i masak butter prawn untuk u heheh :p

Miiss Tara said...

wwahhh bestnya pengalaman sis! :)
awww awesome gittew ;)

Miiss Tara said...

wwahhh bestnya pengalaman sis! :)
awww awesome gittew ;)

Tiara Fazlin said...

awesome sangat ha nasib baik tak pengsan tercekik brokoli hahah

Ked said...

yeayyy!
misteri kisah disebalik brokoli akhirnye terungkai.
dah lama gambar sepohon brokoli tu tertepek kat fb.
baru skang ade ceritanya.
ekeke

Tiara Fazlin said...

dah sebulan baru nak update blog busy benor sem ni heheh

Kekwa said...

Hahaha . Tercekik ow makan pokok sena ! hahah . Btw , tak boleh lawak lagi ke . (while terkencing dalam seluar)

Tiara Fazlin said...

tercekik dan takleh napas seploh saat sobs

zali said...

masak sendri ke kt sana ??pndai masak.huhu jahat

Amalin Ahmad said...

Hahahaha kalau tiap hari mkn ur butter prawn, jd angelina jolie lah i~ i ad allergic udang, lepas makan udang je bbir jd cekci giteeew... :D

Anonymous said...

Nk no dublin kau-luncai

Ammar Yusof said...

salam singgah. nice blog~ =]

zul hassan said...

walau panjang ku baca sampai habis.. perenggan pertama

pikir kool said...

i believe u hv redefined the extent of randomness in blogging. :) no other can compare to ur expertise in desultory.

km said...

i was super calm during earlier part but then gambar pokok sena tuuu keluar, tersembur nasik kerabu haku! my friends and i used to call sayur besar besar cemtu sayur for kambing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...