Saturday, March 10

Tiara si Snow White jawa yang berwibawa

Hoyeaaaah its weekend fun fun fun!

Holoh tak fun langsung terperuk dalam bilik gini ngadap laptop type entry.
Nasib baik ada belog boleh type cerita.
Kalau takde terpaksa ngadap dinding ukir orang lidi pakai cawat pegang lembing dikejar dinasour.
Tiara kau memang kan kalau tak hiperbola dok buleh sungguh, berat nanang makang ikang laa.

Okay semua dah tengok tajuk?
Eheheh arini i nak cerita kisah Snow White jawa yang berwibawa.
Sekarang sapa nak isi borang jadi 7 ketul orang kecik tuek? ke orang kerdil?

For your information, musim sejuk kat Ireland ni dah nak berakhir. Entahla dah berakhir ke belum tapi nak masuk spring dah la ni. By the way musim spring bukanlah bermakna banyak spring-spring basikal mahupun spring kereta jatuh dari langit. Spring ini musim bunga. Trollll macamla orang tak tahu.

Astaga i ni kalau nak start memang la kan suka type panjang-panjang. Gini la mok cik pendekkan cerita la. Musim salji ni buat mok cik teringat kat satu kisah tatkala mok cik masih muda dulu-dulu. Izinkan mok cik speaking London sikit eh mok cik nak bahasakan diri mok cik sebagai i.
Begini kisahnya.........
*lampu malap asap kepul-kepul effect setting flashback*

Asap rokok pon bolehh~

Zaman kanak-kanak adalah satu zaman yang seronot. Seperti kanak-kanak ceria yang lain i juga ceria dan riang seperti mereka. Wah ayat habis bahagia. Sejak kecik impian memang nak main salji. Budak kecik mana yang tak pernah berangan main salji ace bagitau?

Pada suatu hari i sedang bermain bersama kawan tetiba kami menemukan sekujur polysterine putih yang amaaaaaaaaat besar sedang terbujur kaku di pinggir semak. Amboih ayat macam cerita seram pulak.
Tanpa berkata apa-apa i pandang kawan i sambil sengih menyeringai, lalu kawan i pandang i semula sambil cuba angkat kening macam Ziana Zain. Tapi u tau je la bila tak jadi, rasa nak tampar pun ada sebab ekspresi muka serupa orang tengah sembelit. Beriya berusaha kerut dahi segala.

Kami pun bawa polysterine tersebut bersama kami.
Balik rumah kejap rembat kopiah bapak konon tengah pakai snow hat.
Pastu terus terpacak depan rumah Farah.

''Asssaalaaaaaa~~ mualaaaaaaaaikummm~ Faaaaa~ raaaaaah~''
''Asssaalaaaaaaaaaaa~~ mualaaaaaaaaaaikummm~ Faaaaa~ raaaaaaaaaaaaah~''
''Mana Farah ni tak keluar pun lagi....ok kita panggil sama-sama..''

tarik nafas..1...2...3....pandang each other nak make sure serentak suara.

''Assalaaaaaaaaaaaaaaaa~ mualaaaaaaaaaaaaaaikummm~ Faaaaaaa~ raaaaaaaaaah~''
ini memang style budak kecik panggil kawan depan rumah memang macam koir bunyi dia.
Holoh i tahu u pun pernah buat kan kan kan.

Setelah mengambil giliran siapa yang harus menghasilkan salji kami terus bermain dan bermain. Cara bermain salji ini amat mudah. Sorang panjat gelongsor pastu kikis polyterine tu. Yang kat bawah gelongsor muka memey berlagak bajet macam kat oversea konon salji turun dari langit. Pastu kuar la ayat mat salleh yang belajar kat tadika.
''Whats your name?''
''Yes yes no''
Pastu sengih la sesama sendiri buleh speaking London. Baru tadika boleh speaking, bangga sungguh rasa.
Sewaktu kami sedang berjimba-jimba bermain salji.
Tiba-tiba.........


Farah buat muka macam ni.



Yana pulak buat muka gini sambil memandang Farah.

                                         I pun buat muka begini sambil bertanya. 
''Mengapakah wahai Yana dan Farah, janganlah buat i panik bukankah kita sedang berjimba ni?''

Tanpa menjawab soalan, Farah dengan muka maintain terkejut mata bulat teros nangis.
Yana tunjuk idung Farah.


Homaigaaaaad polystyrene masuk lubang idung!!!!
Histeria kejap i kat tengah padang. Yana pulak terus Parkinson.
Nak tolong korek ngan tangan macam geli pulak!
Paling tak tahan Yana dengan konpidennya berkata.
''Besar salji yang masuk idung dia!! Kita nampak salji tu terbang pastu dia sedut!! Farah awak jangan korek idung! jangan! nanti dia masuk lagi dalam dia pergi kat otak awak!!''
Serious memburukkan lagi keadaan budak seketul ni.

Entah apa-apa punya budak.
Suka hati assume saluran hidung bercantum dengan otak.

Bila kita bernafas, udara akan berlegar-legar dalam otak dahulu sebelum masuk
ke dada kita ye tuan puan, ingat tu. Otak ni tapis udara kita
tahu?


Serious i dengan Farah percaya terus sebab Yana macam dapat markah tinggi sikit peksa ABC aritu.

Ok sekarang sila baca ayat Farah ni sambil nangis bagi menyelami ketakutan beliau:
''Tiara! macam mana ni saya takleh napas ni! Nanti kalau tarik napas abisla salji ni masuk dalam otak saya awak! macam mana kalau saya hilang ingatan saya dah tak dapat balik rumah saya tak ingat mak bapak saya dah saya pun lupa nama saya! sapa nak jaga kucing saya kat rumah!!!''
 I dengan muka panik terus jawab ''Takpa awak mulakan hidup baru!!''

Wah gila membina punya jawapan. Mati la kucing Farah kat rumah Farah dah nak mulakan hidup baru ni.

Ok ok relaks, i tahu u olls dah makin suspen bila sampai kat perenggan ni. Siap kucing mati ni jangan main-main. Tu dah ada yang mencangkung depan laptop tu. Kak Midah jangan nak gigit jari sangat. Sabar sabar.

Sebagai seorang kanak-kanak yang bila tulis biodata cita-cita haruslah jadi doktor, kesempatan ini perlulah digunakan sepenuhnya. Emergency case ni. Peranan Snow White harus ditukar menjadi doktor! I suruh dia napas menggunakan sebelah idung sahaja bagi mengelakkan polystyrene itu masuk dalam otak. Yana kat sebelah cekak pinggang muka risau.

I pandang jauuuuuuhh ke dalam mata Yana.
Hampeh punya Yana muka masih konpiden polystyrene boleh masuk otak.

Ini serious.

I terus intai idung Farah dengan peeenuh kasih sayaaaaang. Eh bukan, dengan penuhhhh penghayatan.
I tengok agak dalam jugakla budak ni sedut salji palsu yang durjana itu. Spoil betul orang tengah seronot si salji tu pergi terbang masuk idung pulak.
Ini lubang pernapasan wahai salji palsu, anda perlu tahu fakta itu sebelum masuk. Tengok ada bulu idung tu melambai-lambai kan? Itu bukan satu panggilan selamat datang wahai salji palsu. Ini bukan Gua Musang mahupun Gua Batu Caves untuk panaskan diri. I tahu la u tu salji, tapi u palsu takyah over nak bajet sejuk ah. Pegila cari gua lain ke, lubang tepi longkang tempat biawak lepak tu ke, bawah gelongsor ke.

Tiara please jangan melalut kawan dalam dakapan tengah nazak ni.

Maka tanpa membuang masa lagi, i bagi arahan tegas i suruh dia hembus kuat kuat siap tepuk-tepuk belakang kepala dia lagi secara berjemaah dengan Yana. Memang terhangguk-hangguk la budak tu kena sekeh banyak kali.

Kalau orang lain tengok la i rasa dierang akan ingat ini upacara halau hantu ke ni nak keluarkan hantu tepuk-tepuk kepala dengan pakai kopiahnya lagi. Nak bagi roh jahat tubik ni oih!
Dahla Yana tocang dua rambut dia masa tu. Dengan polystyrene berterabur sana sini, seram habis warna putih ni. Nak halau hantu apa pun tak tau sorang pakai kopiah macam pak haji, sorang tocang rambut macam anak cina, sorang lagi terhangguk-hangguk macam orang india tengah pukul tabla.
Sawan ke apa budak kecik tiga ketul ni siap semangat satu malaysia.

Ah lantak asalkan ingatan kawan dapat diselamatkan.

Entah camne rezeki dia la tengah selsema masa tu kan, takut masuk otak punya pasal gigih betul beliau sembur sampai satu padang bergema nak tercabot hidung pun ada, akhirnya keluar la polystyrene beserta hingus sekali.
Terus sengih dengan hingus meleleh.
I pun tanya
''Nama awak apa?''
''Faraahhhh...''
Alhamdulillah tak hilang ingatan lagi kawan aku ni.

Kiterang pun sepak polystyrene, naik basikal lalu pulang dengan senang hati.

''Esok kita main salji lagi eh?''
Kelepet! dia selek hingus kat baju i.

Serious menyesal selamatkan ingatan dia. Kalau biar je mesti beliau lupa hidung kat mana.



P/S: Kisah ni dah lama sesangat i tak tau dierang ingat lagi ke tak kiterang pun dah lost contact. Kalau lah Yana ngan Farah ingat lagi sila tampilkan diri i nak selek balik apa yang patut diselek. Sobs.

23 comments:

Nurul Amanina said...

seruis lawak la Kak Tiara.. hahahahaha, terkekek depan laptop nih, wahahahah.

cepat kak yana dan kak farah, tampilkan diri kalian....

Tiara Fazlin said...

amanina: ini tak lawak ini tragis..i hampir kehilangan kawan tahu..nasib baik idop lagi....

azila abdullah said...

haha lawak. mmg sengal btol zaman kanak-kanak. dlu i tak brangan main salji tp berangan jdi puteri. hehe

ezzaty said...

heeeee.okay serius kite gelak je baca cite akak nie ! :D

Muhammad Al-Afiq said...

hahaha...u never let me down la tiara with ur entry..best2...sweet kalau korang bertiga dapat jejak kasih balik... =)

haasyaa said...

Kecik-kecik dah nampak dah ciri-ciri seorang doktor yang berwibawa. I thought you're going to write about snow white.. last-last cerita pasal salji masuk hidung haha Alhamdulillah kawan you selamat lagi! :D

me said...

هههههههههه.lawak la tiara ni..berat nanang la awok..

mangomunirah said...

ini kelakar,bole mengundang kerisauan penghuni blok sebelah,"rase bilik dea tade org selain dea apasal gelak besar nak matii",jgn aku pulak krg dorg serang reramai nak halau hantu.

budak hitam said...

hahaha...i bace sampai menagis ni ape kes??? lawak habis time salji masuk dalam otak tu..

hazly said...

[img src="http://i.imgur.com/y51O3.jpg"]

lucky they have doctor in the making... :P

Anonymous said...

memori zmn knk2 mmg best...tu blom msuk cete main pondok2 ngan kawen2 lg kan?hahaha..anyway,nice story..^_^
-hazrin-

ascil.punye.lah said...

ish padan lah amik kos medik.kecik kecik pon dah reti selamatkan orang.kalau kita,kita nangis balik rumah. "wuwuwuwuu makkkk,idung yana masuk salji palsu." yana dekat padang dah separuh pengsan dah rasanya.

주라이다 said...

ROFL..
serious Tiara,u x pernah fail buat org ketawa gila baban bila buat entry.fyi,pada i blog u satu2nya entry yang sumenya x de yg x klakar (ok,ayat agk pening di situ).
i masa kecik sndri pnah je berangan nak main salji and alhamdullah last year br dapat main.kt seoul.yess!hehe..
ade masa update lagi ok.saaayanggg Tiara :)

PrimeMinisterrr said...

Assssaaaaaalaaaaa~muaalaaaaaaaaikummm~ Tiaaaaaaa~raaaaaaa~ Thanks sebab buat I ROFLMFAO! :D

Far8 budak baik said...

hahahahahahahaha kelaka kelaka...
sakit perut gelak..
sengal lah kau tiara...
kesian kat farah...snow white lah sgt..ngaha..yana pun same gak..haha..

nape ending tu tak tnye...
"nape saya sape??"
mesti dy jawab..."slowpoke"..ngaha =p

Far8 budak baik said...

hahahaha..kelaka kelaka...
sakit perut gelak...

sengal lah tiara..kesian kat farahhh...yana pun same gak...

tiara..ending tu..nape tak tanye gini..
"name saya ape??"
mesti dy jwab.."slowpoke" nye lah..
ngaha

Lena Ob said...

hahahaha...lawak la tiara nih...zmn kanak2 mmg best..cte la pglmn len plak...;)

✿♥! b.e.l.o.g e.m.m.a ♥!✿ said...

Tiara, aduih sy asyik gelak jek..
Sbb sy pon pernah main habuk polystrene masa dak kecik.

-saya follow blog awak-

tello said...

any new vacation update plis..
ske r tgk views kt luar negara..

cinta siswi said...

hahah.. berat nanang la..

#singgah.. :)

Dee said...

mau cirit birit i tanggung derita bace en3 ni.. adoiii.. u buat i kene sawan gelak tkencit2..haha

Dee said...

i boleh terkene sawan gelak type cirit birit bile bce *fikiran* u ni.haha ok,sgt enjoy!

Asyraf kamarol bahrin said...

Hahaha semue pn masuk air
Tp nk bt macamana i rase semua org ade cter lebih kurang macam u..
Sebab ape lebih kurang cter ni..yela cter org lain xde melalut korbankn airmata😂😂
Hahahah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...