Long time no see!
Oh ada lagi ke orang nak baca blog mengarut ni?
Im just done with the exam. Ayat sambung boleh baca kat entry ini ye sebab i malas nak ulang suara.
Tak tau lah kenapa nasib malang macam bertimpa-timpa sikit kali ni.
Namun i percaya segala kejadian tentu ada hikmahnya.
Justeru i berpegang teguh kepada prinsip hidup terbaru sempena tahun baru iaitu:
'Ikhlas itu pasgrah serah dighi itu mengeghah kawan awak nama Basirah'
Tersedak si Basirah tengah makan maggi.
Seperti yang anda tahu, time exam adalah saat paling kritikal dimana i akan bertukar menjadi Super Clock Woman. Aha i ada banyak masa free sekarang ni so i rajin lukis. Shhhhhhhhhhhh stop stop stop *letak jari kat bibir u* jangan cakap apa-apa i tahu i berbakat.
Nah ni i lukis costume.
Super Clock Woman costume baju kurung gambar jam banyak-banyak. Geli je tengok. Dahla gelas terapung rambut macam kepak helikopter. Super Girl paling bengis ni tengok ekspresi muka tu k. |
Stunt yang extreme adalah perkara biasa setiap hari. Kepit senduk pakai kaki godek nugget dalam kuali sambil tangan kiri bancuh coffee tangan kanan bukak buku anatomy. Ini memang gaya kuak lentang seekor kucing lemas dalam perigi.
Slogan utama sepanjang study week adalah:
Makan untuk hidup.
Maka dengan itu sebelum study week i dah beli la segala jenis instant food yang boleh menjimatkan masa.
Contohnya garlic bread. Ini makanan favourite!
Namun kusangka hujan sampai ke petang rupanya salji di tengahari.
ini bukan Garlic Bread tahu? ini namanya Garlic Brick Kalau Makan Teros Cirik Birik |
Hitang habis batu bata pun lagi coklat warna dia.
Ini lah padahnya kalau baca nota sambil grill roti dalam oven. Konon la jimat masa tak nak masak, sumbat roti dalam oven terus siap? Meleleh la air mata roti entah ke mana kebulur terpinga-pinga.
I was reading my notes dengan penuh khusyuk tetiba bau hangit eh aku rasa pagi tadi dah mandi apesal bau macam ni? Homaigad rotiku! Turun dapur je dah rentung tak sempat call bomba nyaknye ke roti ni dah innalillah. Perasaan i toksah cakap la. Kuciwa kecewa derita sengsara semua ada.
I mencangkung cenggini la kat dapur menghadap roti terbakar. Cepat semua mengalirkan airmata bersama-sama. |
Ini kalau i letak depan kucing pun beliau akan pandang ke siling tangan ke dagu lalu berfikir sejenak.
''Eh bila pulak aku yak kat sini? rasanya tadi melabur saham kat toilet bukan dalam pinggan cenggini oh sangatlah tidak sopan''
Adakah segala memori daun pisang ini berakhir di sini?
TIDAK SAMA SEKALI.
Esoknya i turun dapur lagi untuk menggeledah makanan.
Tiba-tiba kicap pulak habis. Ini tidak cool tahu tak. Nasi kicap ngan telur ni jela instant food paling sedap dan menjimatkan masa. Asia Market tu pulak jauh semata-mata nak beli kicap. Bersyukur la u olls kat malaysia tu, janganlah sia-sia kan kicap yang ada, sayangilah mereka dengan sepenuh jiwa kerana bila mereka tiada barulah u olls akan berasa kehilangannya.
I macam nak menangis bila tengok kicap dah habis tahu tak. Terus mencangkung mengadap dinding dapur dalam seploh minit gitu untuk terima kenyataan botol kicap dah kosong.
''Ini betol-betol kejadian bukan cobaan, terimalah kenyataan botol kicap ni dah kosong, ulang suara botol kicap dah kosong botol kicap dah kosong'' *monolog dalaman* |
Beberapa hari selepas itu i berjaya lupakan kejadian sedih ni.
Oh well just so u know, selalu time exam i akan tido kat lantai.
Saje tak nak bagi tido selesa kang lena sangat tido susah nak bangun.
Maka kejadian bila bangun sedar-sedar tengah cium dinding adalah biasa. Itu pun tersedar sebab tetiba hidung terasa sejuk bukak mata oh dah rolling sampai ke dinding rupanya. Rolling in the deep sungguh.
Kau kenapa cium dinding?
Ahah bukan dinding je tuan puan ye, i pernah tercium kaki kerusi sekali padahal syurga kat tapak kaki mak bukan kaki kerusi woi. Ini masuk kategori derhaka ke tak ni? Nasib kat Dublin takde Batu Belah Batu Bertangkop. I cepat rolling ke dinding sebab bilik i kali ni macam lagi sempit dari tahun lepas so feeling macam anak tikus tu ada la sikit-sikit. Nak i tambah kesadisan kisah hidup i ni?
I pernah mimpi jadi tikus mondok tahu?
Ini tidak comel, ini tragis.
Paling sadis i mencangkung kat penjuru bilik sambil gigit lecture notes dalam gelap. I gigit lecture notes siap air mata bergenang tak menahan tu. Serious lah i tak tipu, i pun tak sangka sampai begini sekali drama hidup mengalahkan Ombak Rindu. Nasib baik bangun tido tengok tangan oh ini masih tangan manusia ekor pun takda.
Kenapa harus jadi tikus mondok? I nak mimpi jadi sugar glider! Kenapa kenapa! |
Ok perenggan baru.
Pernahkan anda berasa tacing terlebih time exam? Ye saya tahu kerana saya juga mengalaminya!
Bila nak exam camni, mood homesick tu secara gediknya datang membuak-buak.
Time coffee break i selalu la mengadap tingkap hirup angin sikit sebab rumah i ni macam aman damai je kawasan perumahan dia. Feeling betul lah bilik pulak mengadap pokok-pokok. Oh sini ada video keamanan dan kedamaain, dah lama i upload, tak tengok pun takpe buang masa je.
I was having my light snack masa tu, tengah syok layan homesick tiba-tiba..
makanan terlepas dari genggaman lalu tercampak ke luar tingkap.
*bergenang air mata syawal*
Tak tercapai dek tanganku~~ |
Cepat semua nangis i paksa ni! Tonyoh bawang kat mata sekarang! Takde bawang curi colok cina jiran tu cucuk mata ha cucuk cucuk cucuk lagi!
Sepanjang hari i duduk camni kat tingkap merenung snack tersebut. Dengan harapan tiba-tiba mata mengeluarkan pancaran laser yang mampu terbangkan dia masuk ke dalam bilik semula. |
Nasib baik i ada roommate untuk mengadu walaupun kadang-kadang macam tak boleh harap sikit dia ni.
Dia lah satu-satunya roommate kesayangan i, namanya Datin Ghairah eh itu tajuk filem.
Nama sebenar dia Shin Chan bin Doraemon bin Eksyen Kamen bin Guling-Guling bin Macam Tenggiling. Nak berkenalan click sini.
Nak dengar lagi kisah tragis i?
Cukuplah sampai di sini je tak sanggup u olls nak dengar dah i rasa.
Belum cerita lagi kejadian kena hempap dengan buku Gray's Anatomy yang beratnya 3 kg.
Air satu jug tumpah lalu menghilangkan tulisan pada nota warna-warni.
Nak lagi? Turun dapur pukul 4 pagi nak makan cereal tercampur pulak dengan susu basi.
Cukup ah. Ini pun dah panjang i type entah ada orang baca ke tidak syok sendiri betol. Takpe i tahu mak i baca sebab mak i suka stalk i. Jangan risau mak, along tak kan update pasal mak pernah rotan along punya. Eh terlepas cakap, ini dakwat kekal takleh backspace ni acane.
Maka pengajarannya, kita haruslah sentiasa berpikiran positif walaupun banyak kejadian negatip.
Mood Fadhilah Kamsah i datang dah.
Mungkin jugak Garlic Bread tu sebenarnya ada cendawan yang meracunkan perut? Mungkin juga kicap itu akan menggelapkan kulit i? Nanti nak gi exam gambar ID ngan muka i dah tak sama kan kena halau tu? Mungkin jugak tikus mondok tu petanda species beliau hampir pupus so i macam kena selamatkan dia?
Tapi tapi tapi tapi bila u olls dah tak tahan sangat dengan dugaan yang menimpa-nimpa, maka berdoalah kepada yang Maha Esa, ecewah. Eh i serious ni sebab segala apa yang berlaku ada sebabnya kan?
Tapi tapi tapi kalau rasa tak tahan jugak pikirlah apa-apa yang boleh buat u olls tenang, janganlah sampai kita meniru aksi ini.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Astaga, ini hardcore. Sampai kejung kaki dan tangan beliau. Tabahkan hati setiap hari~ Bunuh diri jangan sekali~ Gitu nasyid pendek dari Dublin. |
p/s: anybody miss me? :)
34 comments:
tiawawa..rindu entry terbaru sedikit sebanyak terubat jugak..acane??hahahaa
entry terbaru yg xlepas dr sialog ombak rindu..mungkinkah mood izzah masih ade lg??hik3
kicap tu penyemlamat.xde kicap xde selra nk makan..
dh habis exam kan??sila apdate selalu..
-ain-
tiagha fazlin, boleh stop peghli saya tak? i will sue youu!!
-lisa-
KAHKAHKAH !
hak3...dh tonyoh dh bwang..tp still xleh nk nges..duk tergelak je bce entry ni..anw..LONG TIME NO SEE UR ENTRY!!haha =D
p/s : saye rindu k.tiagha =D
hahahaha... lawak habis! thanks....
p/s: miss so much!!!
hukhuk..tyme exam mmg da 1001 mcm raser..dan 1001 mcm kerenah kan..hukhuk..>>>I'm the one who miss u and ur post, Tiara..ske bce pglaman org dok overseas..sbb kiter xmampu nk g sane..hukhuk
aihh mental retarded i bace ur entry nie nyah oiihh
penangan pas exam ea same goes to me huh..^^
mmg i bace pn gelak rolling2 like a rolling stone camouflage like a tenggiling gelak terguling guling* ala2 shiro sinchan..: )
pic u lukis tu comey....ekekeke...
hahhaha.. kelakorrrr larr tiara.. btyway,, you grad lmbatt lg kan ?? how many years left huh??
arghhhhhhh!!menjerit lompat keriangan tgk kat blog i kak tiara dah update.hewhewhew
ohsem r baca note dengan pelbagai position.nie mahu kucing pon jeles.haha
aku pon suka layan cleverbot..
tp kadang2 menyakitkan hati juga.. ;)
lain yang di tanya, lain plak yg dijwab.
;))
tiara..bebel mcam macam..
hahaha..tang hangus tu kelaka..
ape ar..makan jelahh..
setahun dok cangkung dlm tandas..ngaha..
time tido atas lantai tu klo boleh cium semua yg ade dalam bilik tu..haha
thanx sbb update k.tiara...
ternanti-nanti blog akak update...
oh!!!sangat klaka tau x...
miss u so much k.tiara
Miss u alot lah tiar?.dah mandi ke blom ni..eh tiara bertanye diri sendiri...
hahaha...mak marah membazir bawang buat tonyoh mata..nak cilok colok jiran, xde jiran cina..makanya pun, tidaklah mengkeluarkan air nya matanya pun..adoyai..
Yes, auntie miss sesangat kat Tiara :)Eh! kita penah kenal ker? Hehehehe... rindu kat cerita cerita Tiara ;)
haahahahaha apalah,sadis ke kicap habis?bab garlic bread tu kalau bakal mak mertua nampak habis lahhh.
ade pon entry bru..^_^
cte yg agk sekar (sedih+kelakar)..hehe :-D
kesian ase,byk tol dgaan kan..T_T
slalu berdoa dan ingt kepadaNya,insyaAllah dprmdahkan..:-)
-hazrin-
HAHAHAHA ! lame rendu nak bace . ape kate tiara buat novel ? mesti syokk !
*ini tidak cool . :3
cepat2 up entry baru yeee :))
sungguh tragis!btw miss u entry damn much :')
I miss you okay I miss you :D Finally kot, beriya-iya i haghi tu tunggu before tahun baghu 2012, last last before tahun baghu cina baru dapat. kesian i penantian yang sadis.
Akhirnya update jugakkkkk !!
Wuu tak pe dugaan tu ada hikmahnya kak !
leh thn lawak jgk engko ni eh
macam ni lah nasib kita student kat overseas =.= i pernah smpai takde kicap, i balun je makan dgn mustard sbb makan utk hidup kan. we have something in common, i pun selalu duduk tepi tingkap bila homesick, layan syahdu sorang2. :') -imranhanafi-
satu lagi projek kerajaan BN.. ehh silap..
Satu lagi sengal entry :0-)
but i like it :-)
sabo jele ye..:)
ya allah kak tiara . berjela di critanya yer . hehe
lawo lukisan
hik hik hik!
melawak pulakkk dak tiara comel ni haaaa=)
byk uhh dugaan exam melanda =D
cakap pahang eh. HIHIH
OMG, dah lame tak bace long post. yang ni punya long post, ak bace sume kot. sambil tergelak2 and macam nak terguling. Mantap la tiara, lawak betol! Seyes lawak! Keep it up.
omg cicak tak boleh nak lagi awesome ke?! Banyak-banyak tempat, tempat itu jugak dimasuk hahaha omg i can't.
wuwuwuwwuwuwuwuuuuwuuwuuu mekasih semua masih mengkomen dan mendatang ke blog ini walaupun i dah 2 bulan tak hupdate..tacing betol..i lap u berry strong eberybady
i tertarik giler dengan kematian sadis cicak tu =.=' sedih sungguh tahu. huh
tiara dengan merenung pohon nan mengcekelat (tidak menghijau sama skali) tu bole tenang ker??
ishk3..dapat merasa ke homesick kan..adehhh..tegh belit lidah ni..terase ke HS kan tiara..siyesly..bab2 biology..*sy mek bio*..akan mendidik kite jadi biol..ogy nye buang tepi longkang..ahahahaXD...gdluck ye smoge jdi dokter y beghkaliber..eheh..doakan sy jdi mikeghobiologis y beghkaliber...marah kak lisa..hehe
Post a Comment