Saturday, November 19

Makanan Malaysia di mata dunia?

Macam mana nak start intro ni eh. 
Hmmmm, ok. 
Hai?

Haha gini la i kan bila nak start ibarat pungguk rindukan kucing bertanduk. 
Bila dah start menaip tak reti pulak nak berhenti ibarat lipas kudung baru dapat kaki palsu.
Tak pernah dengar lettew peribahasa hiperbola gittew.

I nak cakap pasal apa eh arini. Oh pasal makanan! Nyum nyum! 

Beberapa minggu yang lepas, RCSI Isoc ada buat Charity Week. 


Antara aktiviti yang dilakukan adalah jual menjual.
There is this one week dimana setiap hari akan ada satu negara promote menu masing-masing and bila dapat untung the money goes to charity.
Bila sampai turn Malaysia, semua pakat masak Nasi Ayam! Nasi Minyak! Banyak lagi lah! Price dalam 3-5 euro which is RM 20. Ah memang i telan tulang ayam tu terusla baru berbaloi kan. Tercekik je minum air pastu dengan gigih berusaha untuk telan lagi baru puas hati nasi ayam 20 hengget. 
Over kau Tyraaa Banks *tetiba tukar nama*

So, camana nak jual kat mat salleh makanan melayu ni?
Last time pernah sekali ada jualan nasi lemak and one of my friends buat announcement dalam lecture hall kat depan orang ramai promote nasi lemak.

''We sell..errr..rice..cooked with coconut milk...it is..errr..actually..steamed rice with coconut..with a few baby fish...errr..and some spicy gravy''


Ok fine baby fish tu anchovies, i memang suka panggil baby fish macam comel.
Tahu tak susah nak eksplain nasi lemak ni camne kat mat salleh.
Nak direct translate tak boleh. ''Today we sell Fatty Rice!''
Bergelimpangan pulak semua orang keluar lecture hall sapa nak makan lemak oih. Orang sibuk nak buang lemak kita rakyat malaysia telan lemak. Bukan itu aje, minyak pun telan jugak. Nasi Minyak kalau translate jadi Oily Rice. Hardcore tak hardcore ni hati kering tahap kemarau 40 hari ni.

This got me thinking. 
Kuih dan makanan malaysia punya sedap tapi kenapa tak boleh laris di pasaran antarabangsa? 
Saya ada jawapannya. Saya putar Halimmm! maka Halim pun berputar-putar ibarat penari ballet dengan tangan ke atas sambil menyebut nama-nama kuih yang sedap.




Ok sekarang imagine i jadi tukang jual kuih eh kat college i.
*sinsing lengan baju*
Tetiba datangla sorang mat salleh baik punya hemsenng berdarah hidung tatkala melihatnya.
Dia nak beli satu kuih ni pastu dia tanya apa nama kuih ni?


Dalam melayunya nama kuih ini adalah Tahi Itik.
So i pun kata this is Duck Shit. Like a boss. Sapa nak makan taik itik ni. Terus dia blacklist i jadi awek dia. ''This girl is disgusting!''
Syahdu gila mat salleh hemseng cakap gitu *bergenang air mata syawal*



Pastu datang pulak yang lain tanya nama kuih hijau ni apa eh?
''This is Bathing Princess'' 
Pehh sexy habis nama kuih.
Terus bulat mata homaigod makan tuan puteri mandi cis kulit putih otak biru.
Kesian Puteri Mandi kena makan. Biarla dia mandi kau nak makan dia kenapa?! kenapa! kenapa!
''How about this?''
''This is Jump and Stab''
Esok terus keluar headline newspaper kat Malaysia.


RCS Ireland : Niat seorang pelajar Malaysia yang mahu melakukan charity work tanpa disangka telah berakhir dengan tragedi. Kuih Lompat Tikam adalah pengkhianat utama dalam kes ini. Mungkin tak puas hati kerana dirinya dijual tanpa rela hati. Ikuti laporan live berikut.

''Saksi memberitahu apabila nama kuih itu disebut tanpa diduga jejaka mat salleh terus melompat lalu menikam beliau! Kejadian ini adalah ibarat rusa menjentik tanduknya sendiri anak kucing pula berlari di tepi kali. Saya Karam Tak Timbul-Timbul dari Dublin Ireland melaporkan untuk TV3''
*tangan turun naik cucuk perut cameraman* 



Disebabkan niat yang tulus murni, esok i jual kuih lagi.
''Hello! what is this?''
''Go Back Apam!''
Terus mat salleh tu balik rumah sambil menangis. 
I pun terpinga-pinga mengapakah beliau berlalu pergi? I nak jual Apam Balik je ni sedap ni.
Janganlah balik rumah wahai Apam Michael. Beli lah beli lah wuwuwuwuuu! T____T
*dan dan je nama mat salleh ni Apam Michael*


Selang semenet datang pulak sorang mat salleh gemok.
''Whats this?''
''Soaking hippo yaawwww!'' *sambil buat muka ceria*
If u smelll lalalalalalalallalalalalalalalalalala gedegang dia WWE i kat situ gak.
Kuar headline lagi glamer i gini.


Saksi berkata:
''Mat salleh tersebut salam faham dia ingat cik tu ejek dia gemok cam badak. 
Nyaknye ke cik tu kena semekdon''  
*sambil buat muka serius kena interview*
( i rasa dia nak maksudkan smackdown di situ)



Ceh ada je kan saksi ni nampak segala kejadian. Dia tukang sapu kat RCSI ni.


Dah bakpe budak ni kena belasah je bila jual kuih?
Esok jual Kuih Bom kena masuk penjara pulak.
Tak menahan tu ada nama kuih Cik Abas Demam ngan Cik Timah Ketor.
Ini kalau i jual kat melayu pun mau dia berguling ketawa esok terus sawan demam terketor-ketor.
Siapa cipta nama Mister Abas Fever ngan Miss Timah Shaking ni?
Are they husband and wife so bila laki dia demam lalu teketar-ketar lah isteri yang bernama Timah ketakutan menjadi balu ditinggalkan bersama anak doploh lima ketul?

So pengajarannya, tolonglah mudahkan kerja i nak meniaga weh rakyat malaysia kenapa nama makanan ni pelik sangat adoinya pun.
Sedap tu sedap tahi kalau gini la eh tengok i teringat kuih Tahi Itik dah tersalah type. Start balik ok. Sedap tu sedap tapi kalau gini la gayanya memang tak mampu kuih malaysia nak berdiri megah di mata dunia.


Mc Donald kalau dapat ke melayu ni mesti jadi Mek Dollah gila tak commercial.
''Where're u going dude?''
''Imma go to Mek Dol to get some burger dude!''
*petir*
Seyes i yang hidung kemek ni memang berdarah telinga la dengar. Mat Salleh hidung mancung macam burung belatuk dia peduli apa. Mek sana Mek sini iklan kat tv.

''Mek Dol's new dinner plate serves with 3 chicken wings and fries! It's finger licking good! Come to Mek Dol NOW before its too late la mek!!!!''


Duuusssshhhh!!!! tumbok tibi sambil buat muka meneran menahan kemarahan tak lupa juga hidung kemek dikembang kempiskan akibat napas dah tak keruan.


So sekarang dah tahu kenapa KFC, Mc Donald boleh dijual di seantero dunia?
Nama they olls commercial la u olls.
Takdanya KFC nak jual French Fries dia bagi nama Gigi Taring Warna Kuning, nak jual eskem Chocolate Chip dia bagi nama Tahi Kambing Bulat atas aiskrim.
Sebab tahi kambing pun bulat-bulat macam chocolate chip. Sapa tak pernah tengok pegi tumbuk perut kambing sekarang sampai dia yak.



Habis kalau gini u nak bagi nama apa pulak kat fries ni?! Muka budak ni pun dah konpius. Nak kata gigi taring pun bukan, bulu hidung pun bukan. Nak bagi nama apa hah? hah? hah?! 
Tetiba emo.


Tengokla jenama luar bersepah kat Malaysia dah bilanya jenama malaysia nak bersepah kat obersi?
Sampai bila kita nak berada di takuk lama membiarkan orang lain berenang melintasi kita sedangkan kita tergapai-gapai kelemasan mengejar matlamat yang entah kemana hala tujunya?
Marilah kita bangkit bersama, mara sederap, berpimpin tangan menggengam erat mengejar impian yang sudah hampir kelihatan bayangnya. Yakinlah, kita juga mampu menghirup teh panas dari piala emas sambil tersengih memperlihatkan gigi emas juga.
Wah habis jaguh pidato bunyi ayat aihhh. Boleh tahan i ni ye. Hikhikhik. Ok fine yang gigi emas tu spoiler.


Sudahla perut i dah bunyi cerita pasal makanan ni.
I nak pegi buat kuih Pop i Ah la kejap. Ha peminat Kpop takyah nak buat muka eksaited la.
Nama melayunya Popiah.


p/s: first time i melukis untuk buat entry, memang cantik pun i lukis takyah nak bangkang heeeeee weeeee wuuuuuu~

60 comments:

Ked said...

adeyyy..kadang2 bende macam ni la yang boleh jadi barrier utk pomot culinary negara kite kan? tapi, i rase, better u pomot diorang ngan original name je. tak payah tukar name. bia mat salleh blajau cakap melayu sket..hehehe..

Muhammad Al-Afiq said...

mwahahaha...tiara u kelentong je la mat salleh hensemg tu...pakai je nama betul jual kuih..u jual la donut..donut lagi sedap dan senang nak buat...kalau mat salleh tak tahu donut tu apa, u lempang je dia...nice entry..terkentut isi perut i ni baca.. =p

Khairul Anuar said...

kah99!!! kejang perooot baca entry nih tiara.....adoi la u nih....xsangke awek cun bley mlawak tahap mcm nih..

izuddinrahim said...

wow.. terer masak nampak? terpikat teruss~ hahaha

adibhisham said...

Haha..Cik Dolly si jaguh pidato..xleh blaa untuk konklusi penghabisan itu..hikhik..Btw kalau Kuih Telinga Kel**g cam ne lak Cik Dolly??

.Gory. said...

Hoi Duck Shit! Haha.

Kau melukis ke? Aku masalah comment pop-up apa semua pun tak paham, kau dah boleh melukis dalam blog. Steady steady.

Sebenarnya, paling steady sekali, kau orang jual la cekodok. Pergh.

"This kuih is called, er, Toad. Kodok. Cekodok."

haasyaa said...

I eat fatty rice i love fatty rice. Y u no fat kak tiara? LOL Sumpah entri ni lawak gilanakmati. Takpa kak, mat salleh sana tak nak akak, abang saya ada Hahahahaha

Mohd Hafiz said...

adeiii!! mesti mat salleh trpinga-pinga..hahaha..

♥jiehaa♥ said...

hahahaha.....macm tak nak karangan berjela2 nie stop ja...lawakk gila...mmg otak geliga la kak tiara nie..;)

nfrhana said...

haha. popiah pun ada nama k-pop dia jugak eh ^^

Encik Mimpi said...

nak resipi plis. fatty rice , oily rice dgn brave rice. pliss

Anonymous said...

walawehh..tagline mek Dol 2 mmg cannot go la.
before it's too late mekk!!..hahaa

Hirdayu Rahmat said...

tiara ! hahahah !! duck shit sapa mau beli sayang ! heyshhhh !!


mestilah selalu ingat kat tiuara, sape yang bagi maya virtual dandellion hoh ? makcik tiara en en en ~

k.na said...

Yakinlah, kita juga mampu menghirup teh panas dari piala emas sambil tersengih memperlihatkan gigi emas juga.

adoila long...bguling2 baby k.na dlm perut ni baca cerite along ni :)

Anonymous said...

Sapa2 kat cni tau.. kt mne ade mc dol??? nk try singgahh.. kih3..

teratai said...

dlm kelakar ada benornya! seronok membaca entri ini:)

adibhisham said...

tiara..bukan ta sanggup tulis,takut ade yang terasa..maybe CIk DOlly yang akan terasa kot..kahkah..

cik.eica said...

hahaha klakar nak mampos ! hilang stress nak mid term mlm ni, muhakakaka

Fatihah Mustapa said...

Gambar budak comel mana kat bahagian side bar atas blog ni tiara? comel gile... x)

Anonymous said...

Memnag best..oh makanan malaysia:)

Aujinz said...

Dan macam biasa, entri pecah perut dari bakal doktor yang cun..

wakakakaa...
Duck Shit giler punye stailll.. wakakakaka.. patutnya panggil Duck Poop sedak sikit yer dok.. koh koh koh

Botak said...

bagitahu nama kuih tu dalam bm sudah., tak perlu rasanya nak translate., macam makanan masyarakat cina yew char kway., orang tak panggil pon kuih hantu goreng., memang takkan ada yg beli kalau sebut camtu.. :P

ascil.punye.lah said...

hahahaha tiara.gelak guling guling sampai nak terbuang air besar baca entry nih.

atd said...

adeh, mcm mana bleh silap baca Persada sebagai persenda

last bloodz said...

entry2 yg amat menarik.. sempoi abes..

danny said...

hahaha...as usual, kelakar entry!

suk said...

saya suka kuih 'draw face' (seri muka). :D

oh and no offense, but i think u should just stick with writing. nice doodles btw.

Anonymous said...

Go to comment setting..and block lah comment for anon like this tiara..ops i post as anon... =D

Ir. Jamal said...

Wah, kreatif sungguh cik Tiara..boleh gelak sampai guling-guling kalau baca entry
nie..haha..keep it up, suka baca entry camnie..

Oil and Gas Blog

Anonymous said...

makanan malaysia. love it. miss it.

Syazana said...

give me bowsprit shrimp please (:

Anonymous said...

hey tiara.. aku baca hg punya comment atas tu, ur not gonna stop updating just because some random hater's comment dont u? your post always made my day... im sure 90% of us readers also feel that way... so hey... continue doing so will u? :)

90

Anonymous said...

do not take it siryesly la....i percaya yg tiara tulis entri ni just for fun....yg penting i and other readers terhibur kan...hahahaha

i support u tiara!!!

athirahmazlan said...

go tiara! :)

Anif Abdullah| AA said...

pengsannn!! haha

Fizah Ibrahim said...

Haha, 1st time masok blog nih n baca entry, kelakar gila hihi..

Mak aih mmg panjang, kalo da tulis tatau nk stop eyh?hihi =p

ayepabrahman said...

first time dengar kuih taik itik tu!baru tahu name kot.haha.

laskar pelangi said...

terbelahak habis ginjal,usus dan segalanya dalam perot sebab baca entry yang HOT habis...hik3 lawak lah dear:) tak sangka bakal doktor camni.selalu imaginekan doktor ni jenis skema nerd jer. Hehe:) tapi tiara tak cm gituuu....heee~ memang nama kuih muih kat msia ni pelik2 kan? tapi sedapppppp! =D

HardiskHifni said...

okey, i love this one, bwahaha!

just BW around, come check out mine kalau ada masa-masa free :)

anotherguyscribbling.blogspot.com

Asiam the Great said...

Terima kasih akak Tiara! :-)

Nalisa Syahira said...

duck shit ? huahuahua , lawok ler .

widiea azira said...

hey tiara..u jual nasi lemaksmbilwat muke cute baru la laku...

aSLaN said...

pukul 2 pagi tadi puas 'kutuk' TIARA FAZLIN dekat entry (http://nifi2408.blogspot.com/2012/01/tiara-fazlin.html )

harini, tengok visitor dari DUBLIN come to my blog, so i saje-saje nak kenakan owner blog tu dan cakap tiara fazlin datang blog i..

dan tiba-tiba tengok di follower box, tiara fazlin follow me .. peghh terharu..

apepon suka lukisan kuih lompat tikam anda tu:-)

aSLaN said...

pukul 2 pagi tadi puas 'kutuk' TIARA FAZLIN dekat entry (http://nifi2408.blogspot.com/2012/01/tiara-fazlin.html )

harini, tengok visitor dari DUBLIN come to my blog, so i saje-saje nak kenakan owner blog tu dan cakap tiara fazlin datang blog i..

dan tiba-tiba tengok di follower box, tiara fazlin follow me .. peghh terharu..

apepon suka lukisan kuih lompat tikam anda tu:-)

Anonymous said...

Amboiii . Inchek Aslan ni . Dah kutuk sis kat entry kita , kutuk kita kat entry ni pulak yerr . Nak kena sekeh ni .

Btw , sis ! Sorry sebab ter'mengumpat' . Ada tersedak2 tak malam tadi ? Hehe :D

aSLaN said...

Tiara kat ireland skarang musim ape yer?

Unknown said...

giler haprak sentak jntung den time tgk tiara fazlin komen den punyer post ! alamak and i was like "teror haprak haku sampai tiara komen ny ?" wkwkwk.. nyway thanks tiara..

best tak blajar kat ireland ? susah tak study medic ni ? and you know what,, I mmg admire giler org mcm you ni sbb even korang study medic still ada masa dgn alam maya ni.. oh,, ada tips tak bila dah jadik student medic ni.. i would love to know it.. waiting for my spm result know and hoping that blh smbung medic nnti .. i'allah ..

Emmet said...

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

aSLaN said...

musim sejuk erh tiara?
laa .. pikir musim durian ke, langsat ker.. rupenye tengah sejuk .. msti best nak makan ABC .. cedok je salji depan rumah then tambahkan sirap dan kacang ..

Alnu Alfa said...

hahaha u make me LOL la...boleh tahan senget minah ni...
baby fish? hahahaha...fried anchovy la syg...hhe...tapi mmg betul pon, mknn melayu x perlu kot nk diaduk ke nama inggeris for the sake of commercialisation, thats what make its unique...org kita ni mmg suka bagi nama secara melepaskan batok ditangga...tengok macam pahang, asal nama dari pokok mahang, ipoh asal dari pokok ipoh, lpas tu mcm2 lagi nama tempat atau nama makanan yang kita tengok org melayu namakan sempena dengan persekitaran yang mewakili subjek tersebut...hhu...itu menunjukkan org kita ni simple mided yet highly efficient hhi...apa2hal pon makanan kita memang sedap pon...

fasya said...

slm..hi honey..i dtg secare aman.. =) i x tw klo dah ade org yg bgtw u psal bnde ni..(byk sgt komen, mlas nk bace) 4 me, better u xyah nk translate sgle jenis kuih tu dlm bi.. ckp je dlm melayu..bukan diorg tau pon tahi minyak ke, puteri mndi ke sgle mak nenek tulah.. cne kite nk maju kt negara org sdgkn kite sendri x bgga dgn produk kite sendiri..malu nk sebut nme kuih tu.. kemon honey.. pasni xyah ubh nme2 kuih tu ok? bia tergeliat lidah omputih tu nk mnyebutnye =)

Tiara Fazlin said...

greetings everyone! sorry that i dont have the time to reply each and everyone of you..just wanna say thanks sebab rajin komeng kat entry ni! me love u muchie muchie! <3

izma said...

ya allah, selamatkanla hambamu ini dari disangka gila meroyan sebab gelak sorg2 dpn pc baca blog tiara ni..nontheless, i tetap suka blog u sbb u make me laugh!! i suka gelak, walaupon sorg2...kikikiki.. =D

tp seyes lawak u translate bulat2 nama kuih2 melayu tu..however, bila dipikir2kan balik, ada pandainya org dulu2 bagi nama kuih smp xleh nak ditranslatekan ke bahsa omputih.nama pon sedap! puteri mandi la, apam balik la, kuih batang burok la, hape la..mmg tabik spriiiiiinggg kat org melayu nih!:)))

Tiara Fazlin said...

Hahaha lol izma! Tak menahan siap berdoa tu! U buat I gelak jela!! Hahah

Efa Nur said...

efa 1st time dtg blog Tiara nie.. bace dari entry yg latest n sampai entry nie baru rase nk komen..

mmg terbaik laaa..suke sgt baca entry nie..best2....
gelak guling guling...hahahaa

selamat berkenalan Tiara :)

sudi2 laa jenguk teratak hamba nie ye..hehee :D http://efagurlz.blogspot.com

:)

Anonymous said...

Nasi lemak punya Indonesia la.

Tiara Fazlin said...

hai efa! :)

Tiara Fazlin said...

ah anon nasi lemak punya malaysia *cari gaduh*
hahah k fine amikla nasi lemak tu, hulur ikan bilis sekor cukup dah

Anonymous said...

awak ini lucu dan ada unique sense of humour lah.keep writing your blog.

Unknown said...

Harian mentroll tu bole langgan ke??😁
Haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...