Vespa.
Ouyeaaaah memang dari dulu i teringin nak bawak. Rasa macam cool je bawak vespa ni.
Kantoi la tulis surat cinta untuk mak kat belakang gambar, kena air kan dah tertembus pen biru tu. |
Ok, that is my dad sewaktu zaman dia muda remaja.
Seperti yang anda semua tahu, bapak i merupakan jejaka rebutan kat kampung suatu ketika dulu namun i tak tahu la sejauh mana kebenarannya sebab i tak lahir lagi. Tapi desas desus ada mengatakan bahawa para gadis akan buat-buat cuci tangga ataupun lap tingkap apabila bunyi vespa my dad makin mendekati rumah mereka. U know bunyi vespa kan kuat dari jauh dah boleh standby nak mengusha la kiranya.
Amboi benarkah ini pak? Air dalam mangkuk belalang ni takda setting flashback pak. Justeru, orang Sungai Lembing jangan segan silu tinggal comment bagi mengesahkan kebenaran desas desus ini.
Ok back to the topic, when i was in secondary school, agak-agak time Form 4 gitu my dad somehow repair that vespa and letak kat rumah di Kuantan. So i apa lagi belajar la bawak.
I know kalau pempuan bawak vespa nampak macam ganas is it?
Tapi jangan judge cenggitu i ni lemah lembut orangnya ibarat bihun terlebih rebus.
I cuma suka buat menda yang orang jarang buat. Dulu tingkatan tiga belajar skateboarding.
Ini macam breaking the stereotype la kononnya. Zaman jahiliah kan biasa la poyo sikit.
Kali pertama i bawak vespa tu, it was hard.
I practice bawak vespa tu kat keliling umah je.
Selalu mati, start enjin mati hidup mati mati mati mati, penat i nak sedekah Al-fatihah hampir doploh enam kali atas vespa tu. Actually kalau you tahu bawak kereta, senangla nak bawak vespa but at that time i takda lesen kete lagi umur baru 16 tahun, tak reti bawak kereta pun so itu yang terhegeh-hegeh belajar.
Pada suatu hari, sewaktu i sedang khusyuk melayan Spongebob Squarepants tetibe mak i tepon.
Tepon pulak time beruang laut sedang bersungguh-sungguh membelasah Squidword.
Patrick ngan spongebob dah ada dalam bulatan dah masa tu.
Ini beruang laut. (click red link for beruang laut in action) (semangatnya aku) |
Suspen tahu tetiba telefon berdering ring ring ring ku angkat ku tanya rupanya mak i suruh amik adik i kat sekolah Cenderawasih. Beliau ada kerja so i kena amik adik i yang sibuk practice hoki setiap petang kononnya. Padahal alasan je masuk kelab hoki, habis sekolah guna kayu hoki jadi samseng tamil rampas budak lain punya coki-coki.
Maka, dengan hati yang risau i melangkah keluar bersama harapan agar Spongebob dan Patrick selamat dengan jayanya.
Tiba-tiba....
i tengok segala jenis kenderaan tiada kat rumah kecuali vespa hitam yang cool itu.
I pun sengih menyeringai sampai ke dahihihihihi.
Punya excited ibarat Patrick sedang menangkap obor-obor bersama Spongebob, i tanpa segan silu terus start enjin vespa bawak pegi sekolah. Pehh akhirnya cita-cita bawak vespa atas jalan tercapai.
Oke dah amik adik i, dia duduk kat belakang lalu kami pun dalam perjalanan balik ke rumah.
Sehingga tiba di traffic light dekat dengan Tunas Manja i berenti kerana lampu merah lalu vespa itu.....
MATI.
Lampu pulak baru je HIJAU.
I terkial-kial tadah tangan sedekah Al-fatihah terus menggelabah start enjin lepas amin.
Time macam ni jugakla kau nak mati vespa hitam legam. Traffic light pulak empat penjuru, memang para manusia yang berada di 3 penjuru lain semua pandang la kan sebab dierang semua tengah berhenti lampu merah kan. I sengih jela kan dierang pulak siap hon kat i kan. Cis adibah betul perangai.
Tanpa membuang masa, adik i terus turun vespa, bergulung atas jalan lalu berguling-guling macam tenggiling~ berguling-guling macam tenggiling~ sampaila dia masuk semak tepi jalan.
Hardcore sungguh beliau menyamar menjadi tenggiling? patutkah i ikut langkah yang bijak itu? Tapi tak kan nak tinggal vespa ni kat sini?
''ini serious~~ wonderpet tolongla datang bila bekerjasama hidupkan enjin vespa jadi mudah....'' Nyanyi i sekuat-kuatnya di tengah traffic light itu sambil berjujuran air mata dengan harapan Wonderpet boleh datang dalam kadar yang segera.
Namun malangnya ahli Wonderpet antar gambar ni kat i. Mereka minta maap tak dapat datang tolong sebab semua tengah bercuti dengan Wonder Girls kat hawaiii. Bajet kawai la lu! Tiba emo. |
Setelah beberapa menet, akhirnya vespa itu berjaya dihidupkan.
Tetiba tenggiling yang bergulung ke dalam semak tadi otomatik dah tukar jadi manusia bertenggek semula kat atas vespa belakang i siap sengih macam kerang tercekik ikan gupi . Hampeh betul bukan nak tolong.
Sejak hari itu, i bersara bawak vespa sekejap.
Siapa yang pernah nampak kejadian itu especially orang Cenderawasih sila minum clorox sekarang supaya terhapus kejadian tersebut dari memori kalian. Ini arahan. Kepada rakyat Cenderawasih dan juga Bukit Setongkol, i'm pretty sure some of u pernah nampak sorang budak pempuan kehulur kehilir dengan vespa hitam. Percayalah setiap kali berhenti di traffic light itu sememangnya i masih trauma. Kalau nampak dia lagi sekali sila baling telur kat dia.
Selain daripada itu, keminatan dan keeksaitedan untuk bawak vespa ini bukanlah mengalir dalam darah i seorang sahaja. Wah ayat macam tercekik ikan gupi jugak ke apa ni. Adik i yang paling bongsu pun sama eksaited juga. Tapi yang membezakannya adalah skill beliau yang lebih gempak.
Ayam katik di zaman kegemilanganya. |
Ingatlah orang yang tersayang. |
Tengok meter jangan tak tengok. Haaaa mat rempit bawak motor pun tengok jalan, adik i tengok meter nak make sure full speed. Shame on u mat rempit, shame on u. |
Bagi menambah tekanan yang memang sedia tertekan, satu hari ni dia kena denda berdiri atas kerusi. Cikgu bagi homework suruh translate apa-apa perenggan English ke Malay. Dia pegi amik novel i dia pilih perenggan Harry Potter kau. Maka dengan confidentnya dia translate....
Harry Potter jadi Harry Pasu
Ron Weasley jadi Minyak Kereta Weasley.
Hoi RON 95 tu petronas punya minyak bukan nama orang! Habis kalau Twilight?
Elizabeth Swan dah confirm la jadi Elizabeth Angsa kan.
Jacob Black pulak jadi Yaakob Hitam eh?
Atau mungkinkah Biskut Jacob Hangus Terbakar?
Apa lagi, balik rumah campak beg pakai helmet terus rempit.
''Dah lu apahal nak potong wa ni derr...??'' |
39 comments:
tiara tiara tiara! gua xde blog tp tiap hari gua bkak blog lu nie...pg2 smpai opis je bkak blog ni dlu..lu mmg buat hari gua lg ceria la..kah99 penat gua gelak tgk adik lu atas vespa! gua jgk besyukur lu kasi anon comment gua da lame nk luahkan isi hati gua ni...
hahaha! kemain style die 2 ... jgn esok besar buat mcm 2 udah :P
kelakar la! satu family kelakar. haha
tiaraaaa...i rasa vespa tu nak kan bca yasin bru dia dah tak mati...baca fatihah x cukup...eh.! semat la adik u bwak vespa...rempitttt habis ar.
cool...klakar laa adik u..sempoii!
hohohoho. lawak kot.
tersenyum sorang2 dah ni. aishh!
XD
Tang mat rempit kecik tu.. gelak guling guling like tenggiling jugak.. wahaha
style ayam katik rempit tu...hahaha =p
vespa..?? biasalah tuh, motor antik. hahaha :))
tertekan baca entry ni Tiara..tergelak je keje..Adib pon ta penah ada chance nak ride Vespa even kawan2 ramai yang bawak Vespa..Btw untung laa :P
vespa sangat cool.retro gila!
eh adik tu style lah!tension buat huruf A senget benget punya pasal.ahahah
along habis pak weecah lari (now) dah darjah 4 i memang sempoi macam kakak i ida ngan along tia kak ida along nak buat c.d menari die memang bes gelak sampai nak sakit tekak hahahahaha
Hahahahahaha lawak gila dan dan time tu jugak vespa nak mati. Kalau i yang kena, i pun bertukar jugak jadi tenggiling tinggalkan vespa buat sementara waktu yang pasti, selamatkan air muka dulu. LOL
YA ALLAH
AKAK,usus saya dah tercabut dah ni sebab asyik gelak je layan entri akak,akak pasang balik usus saya
kita pon suka bunyi vespa,Tretetttrettet.K tu bunyi vespa.Haha
haha..! tiara nih..! vespa oh vespa..! xD
rempit sama2 nak? u bawak, i duk blakang. sbb i tak reti bawak vespa. KAHKAHKAH
Hah, steady tiara. Brader brader ofis dah start baca blog kau. Hehehe. Jaga jaga, jaga jaga.
Cumanya, mana lasagna? mana mana? lapar. teringin slurrp ni
hahaha....asyik glak je bce blog ni..btw sume entry kite da khatam..:D
jangan risau, spongebob dan patrick selamat. oh adik u ada potensi jadi rempit contoh.
tanya Cegu Jaludin...sape driver tetap vespa tue setiap ujung minggu ... merempit ke Sg. Lembing... bab aweks berlari wt2 sapu sampah, lap tangga, susun kasut tu mmg betul, tiada yg betul melainkan yg betul adanye... ada sorang awek tu...bila vespa trang..tang..tang lalu... mmg peminat setia... sure lambai2 kat tingkap umah... kecik lagi masa tue.... ekekeke...
zack : gua pun ari2 bukak blog gua zack! mekasih lu rajin singgah! dah buat blog nnti bg link kat gua! :) wah rasa cam rock plk tulis cnie..hehe
cik yien: skang dia darjah 4, masih boleh dibentuk, hehe
maghiam: maghiam! i senyum baca nama u! comey pronunciation ni! lol
afiq: haha betul gak tu tak terpikir pulak.. :p
danny: haha ni keje abg dia ni, abg dia yg suruh posing.. :)
dyah: sampai hati dayah kata lawak, i malu besar kut hari tu..sobs
berrycute: haha kalau ikutkan i pun nak jd tenggiling! malu gila kut ramai org pandang masa tu..=.=''
naziyatul: dulu je dia kecik cam ayam katik, la ni dah jadi ayam cucuk la, sihat ngat, haha
jieha: cool gila vespa ni! try la bawak!
adib: aaaa rugila kawan dah ramai ada vespa, pegi la belajar ngn dierang! before sampai traffic light roger wonderpet dulu ok?
ascil: haha biasala budak tadika.. :p
aisya: kantoi la ecah ada pakwe along bgtau mak kat skype nnti!!!!!!!!!!
haasya: itulah pasal, dan2 je nak mati kat traffic light..i malu gilaa kut..
diyana: haha diyana akak belum jadi doktor lagi aih nak pasang2 usus org..lol bunyi vespa camtu! :p
yan: i benci vespa tu..sobs
kembatolo: haha i seret je u kat tayar lol!
gory: haha brader opis la sgt.. :p nak lasagna tunggu aku balik msia la taun depan!
wanie: omg awk da bc semua, habisla awk jd merepek macam i nnti..=.=''
suk: oh syukur mereka selamat.. =') haha takyah nak jd contoh sgtla lol!
zyezye: pakcik aziz! betul la desas desus ini maknanya! wowowowowowowo hot stuff jgk bapak ni dulu2 ye..hehe
haha~ bpak u da mcm roy(GIla2 remaja).. kasi pinjam itu moto,mau ronda2.. nk gak rasa ape bapak u rase zaman2 dlu.. =P
hahaha.. yg gmbr kedua last tu lawak.
lahai comelnya entri ni.. hahaha
abih blog tiara dah terdedah kt cousins sume..
bg amer baca confirm guling2
sume entry dh siap baca dah ni
Ic..nana prnah tunjuk gmbar ni..kesian korg pedajal ecah..hehe
Laugh out Loud. i love ur post. bnyk unsur2 kecindan. hahhaha. best la ur experience nek vespa :P
terbaik cerita...wat pepagi kome tersengih sorang...haha
hahahaha !
rase macam ku pernah lihat peristiwa ini. Tapi ingat2 lupa sudaaa .. :D
cenderawasih kat kuantan kn?mcm penah dgr je waktu duk kuantan....hehehe...btw nice blog....jemput jenguk blog kami balik ye?mana tau teringin nak g bercuti dgn fizo omar ke....
http://galaxies-holidays.blogspot.com/2011/10/bersama-artis.html
i tiara aku yang (aku baru mula blog) ni blog aku yang terbaru, aku terpaksa buat baru pasal aku lupa password. (org cakap orang pelupa ni bini dia banyak, tak tau laa, tapi orang cakap, mintak2 betul laaa, aminnnn)anyway sebenarnya aku suka baca blog ko ni, kelakar gakz, bole ilangka bosan aku time kerja ni, tiap kali aku baca blog ko mcm terkedu pun ade ngn penggunaan ayat ko tu, anyway mmg best, bukan aku je sound kkawan aku pun cmtu gak, so xde la kami gi luar bangunan dan hisap rokok hehe, at least ade gakz aktivity faedah lagi berguna, bagus tu, aku arap ko ok kot ngn kenyataan aku ni, kje aku bz so kalau xde yang nak mengkelakar kan aku aku akan tension bile aku tension semua orang aku nak marah bile semua orang aku nak marah, semua orang kan benci aku bile semua orang benci aku aku xde kawan jadi aku terpaksa lonely bila aku lonely makanya hidup aku xbest, tapi tolong jgn pk bukan2 im not ur secret admire, k,
sumpah lawak bhai! gua salute lu sakit perut gelak!
Hey , serius mmg cool cerita u , i pun bawak vespa jugak since last year , mase umur 16 thun ,bile fikir balik , cool jugak bawak vespa kan .
hafiz: haha pinjamla sejam seploh hengget!
aiman: kesian adik i kena buli jd model tak bertauliah, haha
encik tikus: ah sudah, camne entry boleh comel?
kak diana: alahaaaaai malunyaaaa sedara baca..........=.=''
afiq: haha kesian ecah!
elvy: ah sudah kecindan ni ape?
usop: hehe sengih sampai dahi ke telinga ni?
efah: sila lupakan sekarang! now!
galaxy: yup cenderawasih kat kuantan!
aku: whoaaaaaa terharu u comment panjang..T____T thank you baca blog!
anon: haha minah rempit kecik tu mmg! i pun gelak masa jd camerawoman!
norma: homaigod tak cool langsung, ini cerita sadis tahu.....wuwuwuwuuuu malu gilaaaa.....eh kita start bwk vespa umur sama la! :)
style ler adek u posing macam tu..nak pinjam kasi masuk quiz "Gambar2 Kanak2 Tercute" boleh tak? menang nanti bleh share.
hye, baru tahu blog tiara :)
tahu pon dr blog ujang
btw, u r so funny :D
i started to read all ur older post
guest what?
senjang separuh hari ni asyik gelak je.
cant wait to read ur new post :D
gambateh!
awwh syazana thank u.. :) takyah tunggu lah I ni update sebulan sekali je heheh glad that I kinda make your day *hugs*
memang kene telan clorox ke??
hmm..
Post a Comment