Thursday, November 22

Irda di Mana

Siapa kenal adik-beradik i memang tahu adik i ramai perempuan.
Tapi masa dierang kecik i tak tahu kenapa i ada adik macam ni.

Kitaorang bukan jenis lembut ayu tapi jenis tak betul sikit.
If u guys know them and rasa dierang okay sekarang, sini i nak cerita zaman kecik jiwa i terseksa macam mana.

Paling rasa nak tepuk adalah Irda dengan Ecah. Nana dia kakak sikit, so Nana dengan i otak sel dah bersambung 70% tapi si Irda dengan Ecah ni masih under construction dalam 20% je, itu pun kenkadang ada spark terus menjunam jadi 5%.

Bila dierang shot 5% ni la i termenung di luar jendela bayu petang meniup lembut petang petang tengok angsa mengenangkan apa nasibku.

Ini Irda dan Ecah.
Gambar macam cover magazine, posing macam artis penuh kontroversi.
Tengok jelingan mata tu, tak rasa nak pukul ke?

Ini Nana.
Walaupun topi senget, otak dia agak waras la sikit. So i geng dengan dia masa ni.
Tangan nasyid camtu takdala rasa nak pukul sangat.


Ada dua cerita sebenarnya kalau muat satu post i cerita dua-dua kalau tak muat kita jumpa di liputan seterusnya.

Siapa pernah baca cerita Irda dengan bapak pergi sekolah akan tahu betapa dia obses dengan Agnes Monica. Setiap hari nyanyi cinta ini tak ada logika.

Irda ni dia memang ada killler voice, setiap hari kiterang akan suruh dia nyanyi. Dia punya suara time chorus tu boleh buat cicak kat siling hilang pedoman terjelupuk jatuh ke lantai terjelir lidah lalu mati. Senang ada Irda kat rumah tak payah susah susah lastik cicak. Suara yang membunuh.

Si Ecah pulak jenis mengikut Irda. Si irda ni akan jual tiket untuk ke konsert dia. Koyak kertas kat buku sekolah i, jual balik kat i dan ahli rumah yang lain.

Habis jual tiket dia akan buat breathing technique lalalala lulululu lelele sambil Nana sahut kat belakang lelelempang nak?

"Haters gonna hate" jawab Irda sambil menggulungkan matanya.


Lepas tu dia akan berdebar, tarik nafas dan panjat meja.

Konsert bermula.


Cuba bayangkan setiap hari u kena hadap adik buat muka feeling macam ni, 
kalau Agnes Monica betul takpa jugak.

Namun ini hakikatnya.
Ini bukan Agnes Monica, ini namanya Agnes Manasama.
Rasanya jiwa i terseksa tak? Setiap kali dia buat concert i telan panadol lapan papan.

Cukup ke lapan papan tu?


Hahaha i dah mintak izin dengan Irda sebelum upload gambar ni kat sini. Ingat i berani ke nak tepek tanpa izin, artis besar kot ni sekali company dia saman i, i nak bayar dengan apa.

Ini bukan main-main punya konsert tau i tell u, sambil nyanyi sambil menari hentak kaki kat meja hayun kepala semua. Energy tu memang puas hati, berbaloi la dengan harga tiket. Sekali pakej hidung kembang kempis sebab semput sambil nyanyi sambil menari.

Masuk lagu ke sepuluh i dengan Nana dah nyawa ikan, rasa nak sembur Irda dengan paip bomba satu das biar melantun ke rumah sebelah.

Habis nyanyi Irda akan cakap terima kasih semuaaaaa sudi datang ke concert saya. Adalah Ecah seketoi kat atas kerusi situ kaki terjuntai hingus meleleh.


Best concert ever!

I dengan Nana tak pergi konsert tu, bukan sebab jauh, adalah dalam lima langkah je ke dapur. Cuma masa dia nak jual tiket tu kiterang terus koyak and tampal kat dahi Irda so tiket kiterang dah tak valid la untuk masuk ke konsert dia. Irda tak marah, cuma dia bagi kapas sorang satu set.

"Tolong sumbat dalam telinga ye, suara i bukan free so kalau u tak nak datang ke konsert i tolong tutup telinga atau keluar dari rumah ni sampai konsert habis"
(baca dalam nada diva gedik)

I pun balas.

"Salamelekom Agnes, kalau takda modal nak sewa tapak konsert apa kata Agnes pergi mengaji je dalam bilik. Kapas ni sumbat dalam hidung sendiri agar mengingatkan agnes dengan kematian"

Terus Agnes berlalu pergi.

Sebenarnya i ada video concert concert dierang ni hahaha tapi i private kat Youtube.

Nah i bagi teaser sikit je.


I dah kata ini serious punya menari, terbang satu tangan okay adik aku.
This is a career, bukan hobi.


Full video akan direlease tapi i tunggu Irda dengan Ecah kawin la dulu, takut jodoh dierang tengok kang terus meluru ke tengah jalan mintak lori langgar. I dah kata dia ada killer voice jangan main-main.

Hobi Irda adalah menyanyi, berlakon dan menari.
Menyanyi dan menari idola dia ialah Agnes.

Cuba teka siapa idola lakonan dia?
Siska dan Acha Septriasa. Omma Bertha ada la jugak rasuk dia kenkadang.

Kalau dia tengah berlakon, tapi takda orang layan dia akan pegang muka u.

Lepas tu dia jerit tatap mata saya. Sambil pandang mata u dengan tajam.

Selalunya i tonyoh je balik ko pegi tatap sejadah sekarang. Sentap la kejap pegi bilik air, bukan nangis, amik wudu, tapi sambil ambik wudu tu keluar la dialog ya owlah ngapain gue diperlakuin begini Siska kejam sekali sama aku ya owloh.

Ecah intai pastu tambah.

"Aku dengarin bunyi tangis, aku ini pari pari kiriman ibumu datang untuk menjagamu"

Yela dia kan sidekick Irda mestila bagi moral support.

Nana pun bagus jugak, walapun tengah baring atas katil dia tetap bangun to join the clan.

"Salamelekom peri, peri pernah makan belalang goreng tak? Saya tengok sayap peri ni lebih kurang belalang je. Sebelum saya panaskan kuali lebih baik peri undurkan diri dari sini"

"Irda jom la tukar hobi tanam taugeh ke baca sifir ke susahla melayu ramai dengki ni"

I tak tau la ini sejenis hiburan untuk i dengan Nana atau sejenis penyeksaan.

Zaman ni mak dengan bapak i agak busy business, Ajim ada geng dia, so kiterang jela yang melayan dua ketoi ni.

Pada suatu petang Irda ajak Nana jalan-jalan naik moto beli ais krim pandan.

Siapa ingat scene Acha Seprtriasa dgn Irwan Shah naik basikal?


Ada satu scene ni kat ladang teh.
Acha Septriasa berdiri belakang basikal macam ni sambil menyanyi.
Waktu ni movie My Heart memang tengah panas.
Sebulan jugakla telinga i panas dengar dialog My Heart tiap hari.


Irda kata muka dia lebih kurang je dengan Acha Septriasa.
Tapi i dengan Nana rasa lebih kepada Acah Perasan.

Kesannya sangat mendalam bagi i sampailah ke harini.

Disebabkan idola Irda semua Indonesia, secara tak sengaja i jadi fasih bercakap Bahasa Indonesia tahap qolqolah sabdu semua sebijikla. Traumatic brain injury betul.

Sambung kisah aiskrim pandan.


Maka dua ketul ni naiklah motor berbekalkan duit seringgit.

Nana bawak moto Irda duduk kat belakang. Irda tak bawak moto sebab nak bawak diri dia sendiri guna kaki pun kenkadang berlanggar dengan pintu.

Setelah membeli aiskrim Irda berasa sangat bahagia.
Ketika inilah dia tutup mata, tarik nafas dan menyeru semangat Acha Septriasa.

"Bila kita mencintai yang lainnnnn......
Mungkinkah hati ini akan tegar......"

Nana dah meleleh airmata sebab pagi tadi dah doploh kali dengar lirik ni, petang dengar lagi.


Wajah Nana ketika membawa motor.

Tiba waktu chorus Irda pun berdiri macam scene My Heart kat ladang teh tu.

Pada waktu yang sama juga Nana tengah langgar bumper.

Tiba-tiba.......

"Kakakkkkkkkk...."

Nana rasa pelik sebab selalunya Irda habiskan chorus tapi kali ni tak habis. Nana toleh belakang.

Irda.

Tergolek.

Atas.

Jalan.



"Kakakkkkkkk!"
"Kakaaaaaaaaaaakkkk....."
Irda merangkak nak naik motor semula. Waktu ni dia selami watak Ju On atas jalan.

Nana jerit balik,

"Aku! Anak! Tunggal! Siapa! Kakak! Ko!" sambil wheelie motor nak terus pecut, tapi memikirkan kami masih memerlukan Irda untuk bunuh cicak di rumah, Nana patah balik.

Kejadian tersebut berlaku di tepi taman, belakang Shell area Tunas Manja Bukit Setongkol tu.

Semua yang ada di taman menjadi saksi. Dahla orang tengah main bola, semua pandang.

Nana dengan hati yang tidak rela, turun motor sambil sambung.

"Sebisa mungkin.......
Tak akan pernah......jatuh motor kalau ko tak fefeeling My Heart ha sekarang nak buat lagi ke tak berlakon la lagi apa kata lepas ni ko berlakon cerita Sang Kancil dengan Buaya pulak boleh fefeeling buaya telan sila tergolek dalam sungai pulak"

Irda jebek sambil gigit plastik aiskrim kat mulut "Sorry kakakkkkkk....."
Wow first time diva minta maaf, selalunya sombong.

Balik rumah Nana terus cerita, semua gelak dengar.

Irda masuk bilik air terus depress sebab career dia dah tercalar sikit.

Esok blog gossip mesti tulis tajuk 'Tragedi Artis Wanita Berguling Macam Tenggiling'

"Ya owloh ngapain gue diduga segini, gue cuma mauk beli eskem pandan ya owloh" 

I tarik Nana.
Nak tanya satu soalan je.

“Masa kat bumper tu memang awak saja bawak laju ke cemana?”

Nana tatap mata i dan berlalu pergi.

Sampai harini takda siapa tahu Nana sengaja atau tak sengaja.

Sampai harini Irda menyanyi sambil duduk je.


--------------------------------------------------

Esoknya Irda dan Ecah buat photoshoot baru.


"Ampunkan saya yang telah mengecewakan semua peminat.
Saya dah tukar kerjaya sebagai pembaca sifir"

"Ampunkan saya juga, saya pula telah menukar kerjaya sebagai peladang taugeh.
Buat masa ini ada lima biji kacang hijau sudah bercambah, doakan kejayaan saya"





4 comments:

Mokomira said...

Ahahahhahahaha senget la tiara adesss adesss...ni da besor elok je pangai dia kan.. kor la hahhaha.
Da besor ni lawa je memasing baik nana irda ecah and especially tiara.

jieha nasir said...

yeayyy. kak tiagha is back. hahhhahahaahhaa. nak lagi kak tiagha punya ceritaaaaaa. tak pernah tak kelakarrr. so funnyyyyyyyy

Tiara Fazlin said...

Dah besar ni bolehla otak dah bersambung 80%, tahan sikit perangai hahahah

Tiara Fazlin said...

Back once a year je hahaha cerita banyak, masa je tak berapa nak cukup😂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...