Okay sekarang semua diam anak
Eh bukan, it's Jaludin. Jaludin yang comel.
Omg intro pun dah mengundang lemparan senduk daripada bapak.
Pak jangan marah pak kite memang ada darah jawa sikit kan.
Lek pak, lek lu, cium kepala ular senduk lu, letak senduk tu kat lantai jangan baling pak.
"Okay this time bapak letak, sekali lagi panggil Jawawin bapak tetak" |
Maka sidang dewan sekalian, sekarang mari lah kita bersila pula, buat bulatan lalu serta merta berdoa semoga bapak i tak baca entry ni. Kerjasama anda amat dihargai. By the way, edisi pertama boleh baca kat sini.
Memandangkan edisi pertama ada gambar kuda kepang di New Zealand, edisi kedua haruslah posing yang sama juga namun kali ini di negara lain pula. International tahu posing beliau ni. I nak isytiharkan posing ini sebagai posing rasmi bapak i. We call it 'Bapak Kepang Style' shall we?
Omomomo bapak sapa la comel sangat ni posing kuda kepang kat Beijing pulak. Pakai topi lambang komunis tak menahan tu komunis tengok boleh berdarah hidong ganas sangat posing cenggini. |
Homaigaaad mati haku bapak baca menyamar jadi ketam. Dahla main ambik je gamba tak bagitau.
Diharap semua teruskan berdoa dalam bulatan.
Ayah i merupakan seorang cikgu. Bila dah jadi cikgu kerja beliau adalah?
Mengajar.
Pandai ye semua, tak type lagi dah boleh jawab.
Beliau mengajar di sekolah menengah dan subjek yang di ajarinya adalah?
Subjek paranormal. |
Sukahati bapak i pegi lukis gambar toyol cenggitu kat whiteboard. I tak tau la ni dia tengah ajar subjek apa, matematik mungkin. Selalu kan soalan maths akan tanya, find x.
Ah yang ni cliche! |
Soalan yang bapak i bagi adalah lebih advance. Toyol curi x so now everybody please find x. Sopan sangat toyol bapak ada spender okeh. Budak sekolah kena censored sikit.
Dan, ironinya bermula di sini.
Bapak i jadi cikgu dah lama bertahun tahun lamanya.
Darah minat mengajar turut mengalir dalam badan i. Dulu pernah dapat offer jadi cikgu lepas SPM.
It was TESL in Newcastle and i was in dilemma tapi terambik medic. Oh the road not taken. Sobs.
Pernahla jugak i jadi cikgu ajar budak sekolah rendah masa i buat IB diploma kat Banting dulu.
It was fun but teaching is not easy. Sini nak bagi contoh ye.
For those yang dah lama baca blog hampeh ni, u know how much my parents love stalking my facebook. The best part is, they always kantoi everytime doing it.
Yang ni paling best ni kantoi depan mata masa i balik malaysia dulu. Kenot go betul parents i ni. |
Maka selepas beberapa siri kejadian mencari nama di status, i pun ajarlah bapak i.
"Bapak, yang bapak type tu sebenarnya status box, kalau nak cari pesbuk along bapak type nama along kat kotak search atas tu, atas yang ada gamba lens kat sebelah tu tau bapak"
"Okay long" sambil senyum muka comel :)
I agak yakin menda ni takkan jadi dah sebab i da pesan kat bapak i kan.
Tapi bapak i jenis malas pikir menda yang tak berapa penting.
Because he has lots of other things to prioritise, bayar bill api, bill air, ingat tarikh anniversary pastu beli bunga untuk mak i every year awwh so romantic, lagi main game angry bird on his tab.
Maka dengan itu....it is no surprise when i see these in my newsfeed.
*pasang lagu newboys*
Sejarah mungkin berulang~~ Walau dahku dah berpesan~~ Oh bapakku~~
3rd January. "Birthday along ni, kite wajib stalk ni. Nita, ambik speck mata abang" Kata bapak i kepada emak i. |
Masa ni baru je dua hari after birthday mak i. My mum was born on the 1st January, and i pulak 3rd January. Haah betul tu lepas 3 hari mak i lahir, beliau lahirkan i pulak. What a supermom i tell u. My dad bought her a bouquet of roses so i maafkan lah bapak tengah prioritise mak, lalu lupa kepada pesanan i pasal pesbuk status box tu. Tapi tapi tapi.......
Search FB guna facebook. Siap ada orang tanya kenapa fb tu best tu. |
Maka beliau pun cari lah 'FB' dan seperti biasa, tercari kat status box.
Dah terlampau rindu ni sampai tak perasan dah bukak pesbuk tapi cari pesbuk lagi :'(
I miss u too bapak sobs.
Gempak gila orang cari guna google bapak i ni dah bukak pesbuk tapi cari pesbuk lagi.
Ha u ade? ada? bapak u ada rindu u camni? takde kan? ha? ha?
Disebabkan terharu bapak dapat henpon baru terus cari pesbuk along, maka i dengan penuh kasih sayang pesan lagi sekali.
"Okay long" |
Lets see 'okay long' tu boleh bertahan berapa lama.
Jangan nanti keluar status...
'Apakah cara paling afdhol untuk bunuh oink oink dalam game angry bird'
'Petua bini sayang lebih kepada saya'
Yang tu memang berguling sampai ke dapur la i gelak. Sumpah comel. Bapak, yang tu search kat google ye pak, nak suruh toyol bapak carikan pun boleh. Lukis toyol spender tu kat dinding rumah pastu tanya dia, kalau dia baik insyaallah dia jawabkan. Along rasa search engine toyol lagi bagus dari status box bapak tu. Untung-untung toyol hulur seploh hengget kan murah rezeki. Dia pun memang expert bab curi duit haruslah kaya toyol ni, tengok spender dia Victoria Secret jangan main main.
Aaaaa mati la bapak baca ni. Kamikaze habis entry ni. Kena doa diri sendiri selamat.
So sebelum i undur diri solat hajat dua kali, i nak tanya la sikik.
Henpon sapa je mampu guna pesbuk sebagai search engine?
U punya takleh kan? Bapak i je boleh tahu. Ini sangat rare, cuma berlaku bila terlampau rindu.
Maka saya menyeru lah ye agar semua beli lah smartphone paling latest ini untuk mengetahui betapa bapamu merindui dirimu. It is called....
iBapak.
UPDATE:
Omg my dad can actually predict the future! click here everybadeh! :o
24 comments:
Haha,kak tiara ni kelakar betul :D.Fuh nasib jugak bapak saya tak main fb.he he he
hahahaha. saya pun berdarah hidung baca entry ni. kikiki. fb jd search engine. uniknya! kirim salam kat bapak kak tiara eh. hihi.
semua guna toyol jela jadi search engine lagi best hahah
ahaha comel gila bapak awak okayy. bapak kita tak layan fb. dia layan you tube tengok boney m. mengenang kisah silam bersama si emak masa muda-muda dulu agaknya. lagi satu lagu anak singkong. haha takleh blah betul.
haha funny ur dad, kantoi stalk anak dia.
n i think he really miss u!
:D
Hahahahahaa.....steady bapak tiara.....truskan menyiasat gerak geri gasing anak pakcik....heheheje
Hahahaha...steady bapak tiara.....truskan menyiasat gerak geri gasing anak pakcik....yeahhhh..ahakzz
aisyah: huntongla awak tak kena stalk!
syazana: sobs i miss him too rindu nak cari pasal kat umah
adio: steady menda gitu gaya degil hanyaaa haha
ahahahha...comel gila bapak tiara. kantoi nak stalk pulak tu ! hehe.
haha..klako laa cikgu din..bila laa nak jumpa cikgu din ngn cikgu nita lg ni..tiara nnt ajak mak ngn bapak dtg kl ye bila balik msia.hehe
Sakit perot ketawa! siyes comel. Ahahah.
your family is super funny and happening!haha
Owoh... bakpe cikgu aku jadi gitu. Kehkeh. Dulu masa dia muda tak secomel tu la. Mungkin teknologi belum canggih kot masa tu.
buatku gelak berguling2 sehingga terjatuh dr katil...
haihhh la bapak hahaa
that's the best thing ever jd anak sulong pompuan seriously =)
alahai comels nye family tiara..hikhik
Pesanan ke Incik Bapak!
Long Live Arsenal...
Come On You Gunners!!!!
bakpo comel sangat ni anak beranak..
banyaknya bapak :#
my dad teaches too but he's so serious all the time. wish he could be as jovial as ur dad :)
wah,excited lah jumpa blog kak tiara.
baru je lepas baca surat dari ireland kat dalam majalah sekolah .
cantik lah.
hye tiara ,salam kenal. u student medic dekat royal college of surgeon ireland ke?tahun keberapa dah?? and do you have a twitter?
tiara , kau rasa... diri kau comel tak?
Hahha 😂😂
Status fb tu yg xtahan..
Betul la tu bpk u comel✌️😊
Post a Comment