Wednesday, April 13

Pertandingan Tidur Gaya Bebas International

Semalam lepas check jadual kelas cuma satu je yang terbayang dalam kepala.
Pertandingan Tidur Gaya Bebas. 


Hamboiiii silang panggung kau.

5 lectures macam machine gun. Tembak otak tak tahu nak berenti. Dari kul 9 pg straight sampai 2 ptg.
Campur pulak pencuci mulut di akhir kelas iaitu clinical class pada pukul 3. Nak lagi? Group meeting pukul 4. Shopping Study kat library pukul 5. DramaSoc pukul 6. Mau tak beranak aku camni.
Berbalik kepada Pertandingan Tidur Gaya Bebas, kumpulan yg bertanding dibahagikan mengikut kategori bangsa.
Ace teka siapa yg selalu menjuarai competition tak berilmiah ini? Ace teka, ce teka ace ce ce ce teka?
*okay annoying*

Ini antara nama-nama kumpulan yg bertanding:
Omputih aka mat salleh
Yalaaa~ yalaa~ pak arab
Pirates of the Carribean aka Trinidad and Tobago
Melayu mudah lupa
(Cina tak join sebab dierang study 25 jam sehari. Tak sempat nak tido tido ni. Yang lain tarik diri. Tak menjana minda competition ni katanya.)

Ahah, syabas. Betul tekaan tuh. Melayu memang mudah lupa untuk terus berjaga dalam kelas.
Aku pun tak paham kenapa. Ini fakta bukan cobaan okeh. Tak caya ce tanya student obersi seluruh dunia. Hiperbola sungguh seluruh dunia. Eh tapi seyes, yang herannye kumpulan2 lain maintain je, takde pulak menggayakan style2 extreme time lecture. Serious extreme. Tak caya? meh nak bagi contoh kawan2 aku punye style. Kawan2, jgn terasa ye.

Tajimah - gaya tido syok naik roller coaster. Cuba bayangkan fenomena ini, mula2 maintain tegak, pastu layu ke kanan slow2 sikit, bila agak2 nak cium meja tu hayun balik ke atas arah kiri secepat mungkin. Freestyle ini dipanggil ''Roller Head Coaster 360 Degree''
Irda - gaya tido macam jin kena rasuk. Boleh bayangkan tak? cam hayun tak tentu hala tuh. Freestyle ini pula dipanggil ''Style jin takde tujuan hidup''
Aisya - gaya tido robot. Ok ni senang je. Duduk tegak2, maintain~ maintain.......jangan gerak seinci pun. Mata tutup. Opps! tetiba pen terlepas dari cengkaman. Hah kantoi kau tido tangan let loose muscle tak bagi isyarat setelah brain dead sebentar. Freestyle ini bernama ''Pen si penghianat'' 
Rianana - gaya tido black metal. Duduk tegak2. Pastu layu macam bunga kurang kasih sayang secara slow motion. Pastu tetibe 'Daaang!' dahi terhantuk kat meja. Hoorooor gile. Okay yang ni memang susah nak cover kalau sekali da jadi. Freestyle ini bernama ''Kepala ku penukul hebat''
Asmaradana - gaya tido lena. Bukak buku atau laptop pastu tido blakang laptop atau buku atau bekas pencil gedabak atau botol air gemok dengan lenanya. Freestyle ni namenye ''Aku peduli ape'' Gaya ni ade dua. Yang lebih hardcore sandar je kat kerusi pastu nganga mulut. Freestyle ini plk dipanggil ''Lalat, rumah anda di sini''

Cehh mengata orang, gaya style tido aku? Dah bagi hint kat atas tu.
Asmaradana?
T
I
A
R
A
Jacquelina?

Tu la gaya tido aku untuk 5 biji lectures hari ni. Satu lecture, Satu freesyle digayakan. Barula versatile maka seterusnya membantu kumpulan 'Melayu mudah lupa' membolot piala pusingan.

By the way,aku rasa ejaan Melayu tu la penyebab utama. Bukan nasi lemak. Bukan mee kari. Bukan nasi.
Tapi ejaan Melayu tu sendiri. Cakap byk kali kan doa kan kan kan? so jom kita tukar.
Menyegar/ Menyefresh/ Membugar

contoh ayat: ''Tiara ko orang ape?''    
                    ''aku org Menyegar''

Eh apa style tido korang?

P/S: Mak,semua ni benar tak benar. Along gurau je. Along pay attention dgn gigih dalam kelas tau. Ini hanyalah kenyataan yg dibincangkan secara berhemah-no-hard-feelings-wahai-kawan2. I lap u very strong mak.

P/S: Ada orang tanya kenapa nama pelik, actually tu nama adik2 aku Ajim, Nana, Irda, Aisha. Tehee.

12 comments:

Anonymous said...

sumpah kucing tu xleh bla.....hahaha!

Anonymous said...

pergh...trbaek ar..

Anonymous said...

sakit perut gelak sial! kah3!!!!!

Anonymous said...

lol! Melayu... Mejawa OK? Ke Meejawa? lol! Good one! You got style in writing... Keep it up. Letak gambar bedah yg ngeri-ngeri sikit kat sini utk mereka yg x layak jadi surgeon tengok pun bagus... lol! Link exchange?

Power of technology said...

Mana competion nyerr?? aq ada banyak kucing aq ni untuk dipertandingkan.............

Tiara Fazlin said...

kucing punye competitio kite buat lain kali ye..=)

adwa' said...

kelakarnye wahaha. serius akan jadi fenomena!

Cipina said...

ahaha! kelakar. sakit perut tahan gelak.

Tiara Fazlin said...

adwa: haha i bukan Dr.Rozmey nak fenomena bagai..=p

fina: lol finaa jgn tido camtu sudah!

adibhisham said...
This comment has been removed by the author.
adibhisham said...

Firstly tanak jambu plak layout baru blog Cik Dolly ni kan..hahaha..
tido berirama ngan tido berpasangan aka duet tade ker??kahkah..

Tiara Fazlin said...

haha jambu gilaaa..geli pun ada..=.='' yg berduet tu kang berlaga kepala bengkak pulak aih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...