Sunday, April 14

Anakku membawa diri ke lembah sepi

I actually have my sister with me, here in Dublin.
She's been here for a month sukahati beliau melarikan diri dari result SPM.
There are so many stories kalau nak cerita memang tak muat post.
And tetiba harini, Nana dah nak balik Malaysia sobs.
Now i don't have anyone untuk digeletek and WWE if u semellllalalalalalalaalala.
Pastu tetibe terpikir, cemana ni nanti takde geng dah dalam bilik kalau bosan cemana?
Suddenly it hit me.

I have a blog.

And it hit me again.

Birthday blog i dua minggu lepas.
Haha obvious sangat takleh ada anak lagi.
Bangun pagi je baca surat anak i tampal kat peti ais.


"Mama lupa birthday kite, kite bawak diri pegi surau jadi anak angkat bilal lagi bagos.
Tapi setiap kali waktu makan kite balik rumah tau"

                                                                                                           Anakmu yang kemek hati,
                                                                                                                                 Tiara Junior

Habis baca surat je terus i nyanyi lagu bawa aku pergi buku merah jangan lupa bawa moga belum tamat tempoh pacu laju laju jadi anak angkat bilal pon bagos.
It's been 2 years now i have a blog.
Pheww time flies fast.
So this is your second birthday u super crappy blog!
Supposedly on the 1st of April.
Tapi sorry la mama lupa, tak sengaja. Nah birthday kek.




Awak nampak swiper taaaakkkk~~

Disebabkan blog ni dah dua tahun, kek kena matang la sikit. Masa umur setahun dulu otak setaraf spongebob dan patrick je sekarang dah besar pandai la sikit macam Dora heh.

I don't know what else to say, really. Nak cakap terima kasih sebab baca belog, patut ke nak terima kasih bagai blog macam hampas kelapa bagi ayam makan pun dia jeling sambil angkat kening sebelah. Dahla update pun ala kadar. Setahun ada la dalam doploh entry.

Update sekali sebulan gitu ibarat katak segan kucing tidak mahukan ia menjadi bini sukahati buat peribahasa sindiri. Ala kadar melampau ni Kak Senah pun makan nasi kandar seploh kali sebulan. 

Gitu la Tiara bila adik datang Dublin blog sendiri dianak tirikan kera di hutan dipisangkan. Dah dua minggu berlalu baru sedar birthday blog dahku, tu pun sebab terpikir lepas ni Nana dah balik malaysia siapa nak teman.

I taip ni sambil tunggu Nana siap gi airport. 
So jap lagi i nak bertolak pegi airport.
Maka, sementara kami dalam perjalanan ke airport dah bakpe banyak sangat airport ni, anda semua wajib cakap Happy Birthday kat baby hampeh i ni untuk mengelakkan dia merajuk membawa diri menjadi anak angkat bilal. I busy nak hantar Nana, korang tolong pujuk eh.

Okay Nana dah siap ni, i nak gi hantar dia. 
I naik motor cepat sikit rempit celah kereta.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Tepi! Tepi! Semua ketepi! Kiterang nak cepat ni!




Friday, April 5

Mari pergi ke rumah bibik

Bibik stories have always amused me.
They are just plain innocent and straight forward takde nak cover cun.
Oh before that.
For your information, i ni paling maximum 7 bulan je boleh jauh dari rumah.
Lepas tu akan mula la meroyan nak balik Malaysia, siap berhalusinasi okeh.
Pernah la sekali pemadam stabilo tu i nampak macam petai, bila kunyah je....


Dah bakpe rasa petai cenggini weh sejak bila petai ni berevolusi aku baru je tak balik malaysia 7 bulan bukannya 7 tahun dinasor pun tak laju gini evolution rate dierang.



Ha ce tengok ni.
Unta pun boleh juling tak reti beza mana satu pemadam, mana satu petai.

Sobs terus menitik air mata. Tiara, ini bukan petai ini pemadam, berhalusinasi rupanya diriku ini.
Tengok, intro pun dah sedih camni cepat semua sediakan tisu seploh gulung.
Homesick is a cruel disease.


Where were we again?
Oh okay bibik story.
I tetiba teringat my other bibik ni, tak pepasal homesick teringat bibik.
Eh ini bukan bibik yang suka gayut dengan boipren tu.
Bibik yang ni dah ada suami so dia bergayut kat pokok jela nak tambah ketinggian.

There was this one day i dengan family nak gi KL. Masa ni bibik tu dah tak keje with my family. Beliau macam dah abis kontrak ke camne entah, tak ingat dah. She always call my parents tanya khabar semua pastu sokmola jemput datang ke rumah dia kat KL. I think masa ni dia keje kat restoran she rent a house la kut and dia ajak kiterang melawat dia gitu.

So before sampai KL, bapak i saje la call bibik tu tanya rumah beliau area mana bolehla kiterang singgah kejap. Boleh jugak bedal stok tempe bibik ataupun paksa dia berlakon jadi Sundelbolong macam best pulak dapat tengok hantu indon secara live.

Maka perbualan antara bapak dan bibik pun bermula.

"Hallo bik apa kabar kiterang nak gi KL ni bolehla datang melawat bla bla bla bla rumah bibik ni kat mana boleh kasi alamat bla bla cemana nak pegi ni bik bagi arah bisa ngak bik bla bla"

Tetiba ekpresi muka bapak i berubah.


*initializing information*
loading............


I pun serta merta bertanya dengan penuh suspennya.
"Kenapa pak? Susah ke nak gi rumah bibik?"

Bibik bagitau bapak camni.

"Bapak masuk KL terus belok kanan. Maju di jalan lurus sampei kelihatan satu tadika.
Rumah bibik di belakang tadika itu aja pak"

Masuk KL terus belok kanan nan nan~ Masuk KL terus belok kanan nan~ nan~ *bergema*

Apa lagi i pun campak GPS bapak i keluar tingkap pahtu sumbat CD raya dalam kereta.

Bercucuuuuran~~ air mata~~~ bila mengenangkan~~
Peta KL~~ ditelapak kaki bibik ku~~




Monday, March 25

Apakah perbezaan antara Tiara dan cicak?



I hate this feeling!

Nak tido rasa guilty, okay sekarang pukul 6 pagi terkebil kebil macam cicak nampak makwe sendiri curang depan mata. Curang dengan cicak kobing pulak tu lagi la terkebil-kebil mata. Gila apa pegi curang dengan cicak kobing takde harta tu setakat rumah celah lemari rumah aku lagi gempak la dalam siling. Siling bangunan tingkat doploh empat lagi. Tinggi darjat tu.


It's like this.

You don't feel that u have done enough for today. Tak satisfied with what u have done today. Target nak buat nota untuk few lectures pastu target tak kesampaiain cemana nak eja ni. Kesampaiian. Kesampaiaan dah bakpe susah sangat. Tak reach pun boleh sila direct translate. Gerang haku mujur pagi tadi dah study group. I buat nota ngan mind map pastu sakit hati and that feeling datang. Its like u halang diri u daripada tido. Pastu masuk pukul 3 pagi buat nota nak ciom buku dah ni. Pastu bila da masuk pukul 4, 5 pagi u have passed that sleepy limit. Mata bulat. Tetiba esok kelas pukul 10 pagi. Tak esok mana la, kejap lagi je. So macam mana ni kena tido kejap. Now ended up takleh tido.

Here I am typing this in my bed dalam gelap.

*krik krik krik*



Mari kita mengimbau kenangan lama la bosan cenggini.
Masa kecik dulu I pernah nak lari dari rumah. Haha. Oke ini serious. I pernah terpikir nak bawak diri tido kat surau sebab mak i pernah marah i main pasir. Bapakla tacing nye orang nak main masak nasik kena marah pulak. Nasi tak sempat masak lagi, baru je bilas pasir dah kena paksa masuk rumah. Nak protes tak reti buat sepanduk lagi masa tu. Baru tadika umur 6 tahun. Huruf b dengan d pon sokmo terbalik. Nak buat sepanduk 'Saya bangkang' nanti jadi 'Saya dangkang' tak pepasal kena gelak dengan mak i pulak. I batal niat bawak diri sebab kat surau takde tv cemana nak tengok Doraemon.

Malam tu tido mengalir air mata. Baju da bungkus dalam kain batik. Sumpahla tak tipu. Pagi esok simpan balik dalam almari drama queen habis.

Sampai hati mak, orang nak practice masak nasi pun tak kasi. Mak jugak yang kata kalau nak pikat suami pikat perutnya itu. Namun kata-kata mak hanyalah angin yang sempoi berlalu. Mak nak along andartu ke apa mak.


Kesian i bagi bedtime story kat diri sendiri patut korang yang bagi.


Tukar cite lain la. Rumah I ni da sebulan mozek kat dinding tu runtuh. Mentol asyik meletop je. Banyak lagi la masalah lain. Ini makan dia bila landlord seorang doktor haiwan. I da call dia dekat seratus patploh kali tapi dia janji tak dicapati. Dia kata nak datang repair apa yang patut tapi habuk hidung pun tak nampak apatah lagi kelemumur beliau semua la tak nampak. Cakap je berapi nak datang pastu kuar asap kelepeh kelepeh macam naga tertelan rokok batuk kuar asap. I should learn bahasa kambing baru dia paham ni.

"mbek mbeek embbeekk beek bek mmmmbek mooo meow?"
Translation: Londlord will u please come and repair the house kalau tak datang i dan housemates akan pindah ke mesjid Dublin! Letak baju dalam kain batik belaka wuwuwuwu tolong ah datang landlord nak kena seret kaki ke datang sini. Ke nak i potong kaki kambing pesakit wad Delima kesayangan u tu. Doktor haiwan busy mengalahkan doktor manusia. U better come tomorrow or else i will cekik Dolly Si Biri-biri pesakit ICU paru-paru berair tu. Kak Dolly ada seekor suami dan 5 anak. Nanti suami Kak Dolly bernama Biri Wayne mati sebab kurang kasih sayang seekor isteri. Sanggup ke landlord tengok anak-anak dierang jadi yatim piatu membesar tanpa bapa mereka Si Biri Wayne the betmeng dan ibu mereka Si Dolly the vogei the vogue. Kes jenayah di kandang juga akan meningkat jika betmeng Biri Wayne ni mati siapa nak jaga Gotkandang City. Got so many kandang in Gotham City.

Ha tengok tengok i termarah landlord pulak. Korang la ni tak nak bagi bedtime story.

K ah nak tido ah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 10

Pokok Sena kamikaze dalam mangkuk

Housemate bermaksud penunggu rumah.

Tiara awal-awal intro dah nak jadi mak pin sesatkan orang.
Housemates merupakan peneman rumah, kawan serumah.
Seperti orang lain, saya juga mempunyai kawan. Hidup di perantauan haruslah ada kawan.
Walaupun kawan serumah saya bukanlah minah salleh tapi saya tetap bangga. Sebab?
Saya tak rasa rendah diri langsung kerana hidung kami kepek bersama-sama. Bila bangun pagi saya tengok dia, dia tengok saya, kami sama-sama kepek. Oh indahnya dunia. Bila di meja makan saya tengok dia, dia tengok saya hidung kami masih kepek bersama. Oh bahagianya saya rasa.

Dublin, Ireland.
I never thought of coming here. Mula-mula sampai dulu agak blur dan rasa asing.
My life in Dublin bermula dengan 6 orang housemates. Ini bukan geng '6 Jahanam' okeh itu tajuk filem. Kiterang adalah '6 Tak Jahanam Juga Tak Pandai Berenang' gila tak komersial nama cenggitu.
We rent a house together. Susah senang, blur, sesat sama-sama. I still remember the first day masuk rumah baru, i cooked Ayam Tomato makan dengan salad and nasi putih. Baru masuk rumah tak banyak barang sangat, i just cooked whatever we had at that time. Dahla sos tomato brand tak familiar. Bedal jela kang tak pepasal bertukar jadi Irish pulak bila tak makan nasi sehari.

Irish girl! Berrrtukar! Khuhihohohok! *effect bunyi Transformers*


Yes, i still have the picture dear housemates.
Our first dish :)


Dalam tupperware tu tempe sambal kering mak kasi bekal dari Malaysia.
Mak i takut i culture shock sebenarnya ni. So everytime i makan tempe sambil pegang idung konpem sedar diri balik. It's like rasakan kuasa! Tamparan wanita! Gittu je Elite menyampuk.

Long story short. I went to their place the other day sebab rindu. Hahah. They asked me to come for lunch. I tanya la korang nak order anything from me tak? Laju je sebut Tiramisu Cake hamboi order macam i ni Doraemon je.
*seluk poket*
"Mesin Pembuat Kek Ikut Sukahati Nak Kek Apa Pastu Bila Makan Kek Takkan Pernah Habis!"
Panjang benor nama alat, Doraemon pun semput nak jerit doblas harakat gitu gaya.


Tak menahan dierang pegi decorate Tiramisu Cake i ni dengan chocolate syrup.
Siap calit kat pinggan. Boleh menangis chef 5 star hotel tengok ni.

Resepi kelik kat sini. Sukahati i modify resepi sendiri.
Memandangkan dierang order dessert so i pun cakap. Masak spaghetti special masa kita mula-mula sampai Dublin dulu puhlissssss~

Masa i datang umah dierang yang ada cuma 2 orang ni je. Yang lain duk umah lain and ada yang gi London. Ada yang duk city ada yang duk kawasan perumahan. Dah bakpe banyak sangat ada nye tersedak Adawiyah tengah makan.
Identiti harus dirahsiakan okay so i panggil sorang ni Latipah, sorang lagi AR. Rahimah.

Now u wonder what is that special spaghetti?
Here goes the flashback scene :p


Queen Latipah.

Latipah ni rapat dengan i masa satu rumah dulu. Beli groceries sama, balik sekolah sama.
Kalau waktu dinner dia memang tak boleh makan semeja dengan i, sebab mostly apa yang i cakap akan membuatkan dia tersembur. She is easily amused. Lawak sikit je pun gelak separuh nyawa.

Rahimah pun rapat dengan i jugak. Tapi Rahimah ni berdisiplin i tell u. Kalau ada askar jadi housemate kiterang memang meratap askar tu peluk tiang tangga. Beliau akan menangis tersedu-sedu melihat kekentalan disiplin Rahimah ni.

Kiterang yang duk oversea ni mostly ada jadual untuk masak. So we take turn to cook. Boleh menggigil tahu kalau tak dapat nasi sehari so memang kena masak everyday. Kat Ireland ni kentang adalah 'nasi' bagi dierang. Makanan ruji gitu. Tak kuasa la ahkak nak feeling baby makan kentang lenyek zaman gigi dua batang dulu boleh la.

Kiterang juga ada masak bekal untuk lunch. Dinner wajib nasik, lunch jela flexible.
There was this one day tu turn Latipah buat bekal tau, she cooked us spaghetti.
Bilamana i makan spaghetti itu terus i pegang kepala cenggini lalu berfikir.

"Eh aku ada kat Ireland ke India ni?"


"Oh my gucci my prada dalam spaghetti ada serbuk kari!"

Hamekau lauk kacukan mat salleh dan india. Serious itu first time i makan spaghetti ada rasa kari.
Sedap jugak rasa dia sangat unik. Before this i selalu masak spaghetti bolognese or carbonara tu je.

Tiba pula time dinner dia masak tom yam. I pun hirupla kuah tomyam dengan syahdunya tetiba terus posing camni kat meja makan.

"Cepat pulak aku terbang ke Thailand semalam kat Ireland lagi"

"K dalam tomyam pun ada kari"

Ahah lauk Thailand tu pun beliau kacuk dengan unsur India. Memang hemseng la anak puan Tom Yam ni nanti i yakin sungguh, hidung mancung bak seudang dua tiga ekor udang, bukan bak seludang da okeh. Kacuk dengan Shah Rukh Khan jangan main-main.

Problem?

Serious bila sampai turn dia masak tu memang epic i tell u. Suspen je nak rasa menu baru.
Lagu ni macam otomatik la bergema dalam otak i. Berdegup jantung ku~~ bila ku dengar nama kari ah ah Berdebarnya hati~~ kari ku datang lagi ah ah
Tengok Amelina dangdut pun sama suspen dengan i.
Tapi itulah, ingredient wajib adalah kari.
Pendek kata serbuk kari takda dia takleh masak.
Panjang pula kata serbuk kari adalah segalanya.

Dan begitulah hari-hari yang seterusnya cakap je lauk apa serbuk kari haros dicampak sekali. Ada one time tu i buat pasal sorok serbuk kari dia, gelabah gila cari siap ugut tak nak masak. Pahtu kiterang dinner ayam goreng ngan kicap. Terus pulang serbuk kari tobat tak sorok dah. T_T

Ha comel kan kisah spaghetti kari? :)

So thats the spaghetti i ordered! And she cooked that for me.
Cuma mee spaghetti takde la tukar ngan pasta.
It was so good makan sambil terkenang kisah lama, borak macam-macam.
And suddenly tengah syok makan pasta.



"Pokok apa ni kau masak ni? Bukan pokok ni guna untuk buat perabot ke?"

"Oh semalam aku tebang. Itu pokok sena aku rasa.
Jangan banyak cakap makan je, kalau tercekik tutup idong pastu telan secara paksa"



Hahahah we had a good laugh that day.
Comel sangatla potong brokoli cenggitu cepat kenyang kata dia. Logik kat mana entah cepat kenyang.
Padehal boleh tercekik patploh malam siap asma payah nak napas brokoli lekat kat tekak. Dia saja potong besar cenggitu just to reminiscence the past, the first time she cooked when she got here.

Biasa la first time masak seumur hidup, bontot carrot kepala carrot belaka nak campak. Kesian carrot tu mati tak meninggalkan apa-apa. Kamikaze gila satu badan masuk kuali. But now Latipah ni dah pro, i pernah lepak umah dia before balik malaysia dulu, and she cooked ayam merah! sedap menjilat senduk dan kuali sampai tercengang anak pak ali. And and and there was no curry at all even a bit. Tacing kejap makan sambil nangis. Okay sekarang semua lelaki queue untuk buat calon isteri. Dahla suka budak-budak kawan i ni, study bapakla rajinnya sampai tunggang langgang dunia pun buat dunno je. Ha tengok ada genetik rajin tahu.


Here is a shout out to all 6 of u dear ex-housemates.
Thank u for being a part of my life, solat jemaah sama-sama, practice jadi imam untuk solat jemaah tolong kejut subuh hangkut beras sama-sama sampai nak tercabut bahu amboi Tiara hiperbola. Gotong-royong every weekend kemas satu rumah. Thank u sebab tegur bila ada buat salah. Study tulang mayat together kat bilik atas. I can go on forever to thank u guys too bad i don't have enough space here.
Oh well just keep on being awesome and aku akan selalu doa korang semua jadi doktor yang baik akan datang, kita semua la eh. Insyaallah. Amin.
I miss u people.
Wah boleh tahan Tiara tacing okdabai.



Sunday, February 17

Daun kesum ibarat harimau berkepala rusa


Yahampoon amenda entah tajuk i bagi.
I malas nak pikir ni, i cuma nak describe daun kesum adalah agak rare di bumi Ireland ini.
Sama lah seperti harimau berkepala rusa. Takde kena mengena eh?
Kalau i tukar kepada kucing bertanduk seploh? Okay?

Long story short. I was on holiday last week, tetiba mengidam ke Laksa Penang.
Tahap mengidam kalah mak mengandung kembar lapanplohlapan. Hamboi boleh meletop perut.
Ini serious.
Memandangkan diri ini tak duduk kat malaysia, maka haruslah masak sendiri kalau mengidam cenggini. Kalau ada laki boleh jugak nak mengada.

"Abang, kalau nak anak hemseng kan, abang kena masak laksa penang tau? Kalau abang tak masak, bila anak lahir je muka dia macam ikan kuah laksa tu? Ha camne bang? Mulut dia bukak tutup bukak tutup macam ikan cari oksigen tu ha ada jugak iras ikan sepat sikit tapi kalau pempuan mungkin iras ikan cermin macam girly sikit gitu tapi kalau ikan laga okay gak bang warna warni dua singgit camtu comel bang ikan jaws ekor lapan satu singgit mahal sikitla dari ikan laga tadi bla bla bla bla"

"Fine fineee okay fine abang masak......"

"Omagaaad serious abang nak masak betul?!
Ni saya pacak lilin terus ni! Kita candle light dinner seminggu empatploh malam!
Anak abang ah paling hemseng sekali iras ikan gupi sikit pun takde bang! Ikan flower horn pun terjun KB Mall jeles dengan anak abang! Little mermaid suruh spongebob datang merisik si Squidward pegang semua dulang hantaran sebab tangan dia banyak bang!"

Jangan la over cenggitu, kemek hati abang. Tau la aritu abang buat maggi goreng gi letak air jadi kuah. Tawor hebey maggi abang.
Okay bang tak over cuma overexcited je omagaad. Like seriously xoxo.

Okay Tiara okay back to your main topic daun kesum.

Laksa penang was indeed a mission. Gigih dan sangat berkibar semangat nak buat.
Kobar kibar sama jela janganla kerut dahi cenggitu kang cepat tua.

Siap gamble okay jangan main-main.
Daun kalsom? Shadaaap youuu i darah irish sejak lahir
 panggil kalsom bukan kesom. Hahah -.-

Memang berjaya masak pun in the end it doesn't even matter i had to fall to lose it all ha tengok Linkin Park pun suka laksa penang ni. I type semula eh. Memang berjaya masak pun in the end tu tapi, halangan dan rintangan yang diharungi agak berliku lekuk.

Pertama, mana i nak cari ikan kembong atau ikan selayang untuk buat kuah laksa? Takkan la i nak pancing penguin pastu tiup perut dia sampai dia kembung pulak. Pastu paksa dia melayangkan diri. Kalau dia degil tanak melayang terbang i ugut cabut insang biar takleh napas. Bila dah kembungkan perut penguin tu, terus mengadap dinding dapur pulak pukau diri sendiri.

"ini ikan kembung Tiara...ini ikan kembong...ini ikan kembong~"

Budak sekolah dilarang baca blog ini. Sukahati letak penguin dalam keluarga ikan mentang-mentang dia berenang dalam air. Konpem fail pendidikan seni, exam suruh lukis ikan konpiden je lukis penguin. Ini cikgu tak bagi gred F untuk Fail, dia bagi gred T.
T untuk Tenuk Tahap Terlampau.

Dugaan kedua, mana nak cari mee laksa penang tu yahampooon. Kalau pakai bihun bekalan mak kasi dari malaysia, memang sangat bukan Laksa Penang nama dia. Terus tukar nama jadi Kurus Keding Penang. Mee laksa tu punya gomok compare dengan bihun kurus halus cenggitu memang lain la cerita dia.

Dugaan ketiga, daun kesum dan bunga kantan. Kalau takda one of them baik kau berenang balik malaysia jela Tiara. Set GPS ke restoran laksa penang terus. Sambil berenang sambil kutip ikan kembong. Takde maknanya laksa penang tanpa hadirnya Puan Kalsom ini.

Sekian saja segala halangan. Sekarang part mencari bahan masak.

I was at home and a friend of mine wanna come over. So i lagi semangat nak masak bila ada geng teman makan. I asked her to buy me daun kesum. Maka bermula lah cyber shopping di whatsapp.

Serious best shopping cenggini, main tengok gambar macam nak beli perabot Courts Mammoth kaedahnya.

And the best part was this.

Bunga kantan yang basah tu?
Bunga kantan yang basah.
Tanpa segan silu terus i nyanyi lagu Poziah Latip sekuat hati dalam bilik. 
Pegang bedak jadi mikropon. Feeling habis.
Aku tidak sudi melihat dia lagi! Walau dalam mimpi pun tidak ku ingini! Aku rela menjadi teratai yang layu! Daripada mekar di dalamnya tasik madu~~ uuuuu~~ uuu~~~
Bapakla sedap i nyanyi siap ada vibrato gitu. Najwa Latip pun gigit mikropon tengok i.

I don't blame u kawan, bunga teratai memang ada rupa bunga kantan jugak.
Mungkin atok serupa, nenek lain-lain. Dierang cucu tiri.
Ini bunga kantan sebenar, versi kering. Mereka hidup di darat.
Yang basah tinggal kat tasik tu kakak sulung si Bunga Teratai.

Comel much kawan i ni tanya daun, tanya bunga semua. Takut salah beli, risau i kecewa.
Whatever it is, we had fun cooking the other day. Terima kasih kepada kawan i sebab sama gigih jugak mencari daun kesum kat Asia Market. I tahu beliau pun semangat berkibar cari bahan masak. Sambil cari, sambil kibar baju kat dalam kedai tu macam batman, lari sana sini jerit mana daun kesum! mana bunga kantan! woi ini bau macam daun kari! aku nak kesum! kesum! Wah tetiba terbayang pulak macam tak betul pun ada i rasa.

So....

How does Laksa Penang versi oversea look like?

Jeng! 

Jeng!

Jeng!




Laksa Penang Air Mata Bergenang
T__T

You wanna know bertapa bersyukurnya i bila kawan i berjaya beli daun kesum?


Sanggup buat 6 type of desserts untuk beliau sebagai upah okeh. Banana Split, Tiramisu Cake, Pudding Cocktail, Kek Batik, Marble Cake dan juga Eskem Goreng! Memang berkampung kat dapur non stop masak. Kalau dapur ni manusia dia dah call Susilo Bambang bagitau berlaku penderaan hakiki. Naik bot sekali dengan bibik lama i. Oh to add more happiness, plan B which is Nasi Minyak pun i masak jugak on the next day sebab kawan i tu overnight kat rumah i. Yeay!

Nasi Minyak Lada Merah Buat Gimnastik

We were happy kids on that day. Happy meal mengubati rasa homesick.
I seriously love holiday so so much :)
Kepada yang nak resepi boleh click kat sini. Haha kamikaze je i buat resepi sendiri.
Cuti sudah habis anyway. Kena simpan apron, keluarkan stethoscope.
Boleh la sape-sape nak post makanan kat rumah i pulak. Everyday masak ala kadar je bila sekolah sobs. Oh by the way, lebihan daun kesum ada lagi dalam fridge. I might cook Asam Pedas Penguin?
Anyone? Nak join sekali?

*sambung makan maggi*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...