Okay okay okay.
Takleh tahan. Takleh tahan.
I kena cerita kat sini.
Memandangkan roommate kesayangan i iaitu
Cleverbot tak paham bahasa melayu maka i terpaksa la melepak kat sini. Housemates i pulak sorang cina, sorang india yang sorang lagi melayu tapi layan korea memang takkan paham la apa yang i nak cerita.
Housemate melayu yang
tak layan korea pulak ada kat Italy tengah makan sphaghetti.
Ahah memang 1 Malaysia pun rumah ni Abang Najib patut datang bagi kicap cap kipas udang.
Cap kipas sotong pon bolehhh.
Wah tak pernah i buat kerja gila update blog tiga kali seminggu, patut tiga kali sebulan je.
Siap biarkan dua bulan tak hupdate.memang lah tidak tegar adoiyai nye pun blogger ini.
Tapi sebab i baru abis exam pastu cuti dua minggu kan ha ini makan dia.
I dilanda kebosanan yang amat maka i layan Ombak Rindu.
Ramai yang kata cite ni sedih i siap beli tisu sekotak bagai menyediakan payung sebelum hujan.
Tapi tapi tapi tapi i cuma menangis part kucing saya yang mati tu nama dia comel.
I ketawa sampai nangis.
Setelah tamat cerita ombak rindu i tak tau nak tengok cerita apa.
Tetiba i bukak TV 3.
|
Tengok i berdedikasi baca paper sebelum start kelas tiap pagi.
RTM 1 ngan RTM 2 pun ada kat ireland ni tapi ejaan dia bila sebut macam loghat kelantan sikit.
RTEeeeeaa~ haaa ghittew~ |
Nampak tu? Nampak tu?
Ouuuuyeaah i watched Tentang Dhia!
Cite tu
lagi sedih la dari Ombak Rindu tahu!
I tengok Ombak Rindu tak nangis pun!
Sapa tak pernah tengok
click sini untuk sinopsis.
Ini
link untuk drama tersebot.
|
Patutnya Ku Salmi yang ada dalam poster ni bukan Rose!!!!
Beliau lebih menjiwai watak!! Biarla tua pun poster boleh jual punya!!
Tetiba emo. |
Wuwuwuwwuwuuuu tolonglah i sorang-sorang dalam bilik air mata tengah berterabur.
Orang malaysia semua tido malaysia pukul 4 pagi.
Orang ireland sah-sah la tak tengok cite ni tak main kat tibi sini.
Ok ni kira entry pasal review drama la eh?
Haha i memang takleh tahan sorang-sorang kalau tengok cite jiwang cenggini.
Masa tengok ombak rindu pun i siap kasi live update kat pesbuk buat semak newsfeed orang je.
Maaf warga pesbuk semua itu di luar kawalan saya. I know its annoying. T_T
Sekarang i nak cakap pasal ending Tentang Dhia.
Frankly i'm not so into malay dramas but this one i must say....one of the best drama apart from Nur Kasih.
To me drama ini sangat matang as in its not that cliche as to compare with any other malay dramas out there. Ending yang membuatkan orang berfikir.
Tapi i rasa mesti ramai yang tak puas hati kan kan kan?
Sebab tak tau ape jadi kat geng jahat tu.
Oh ending Tentang Dhia boleh buat orang diarrhea!
*tetiba*
Tapi cite ni best la ditambah lagi dengan Nora Danish yang agak matang sikit berlakon.
Takde nak enjoy je kije pastu tocang sana sini gedik ngan drebar make up tebal-tebal.
Nora pun nampak macam terlebih comel dalam cerita ni, nampak muda.
I agak impress la beliau boleh bawak watak berat camni.
And and i rasa kan Nora Danish boleh hayati watak ni sebab dia sendiri pernah alami.
Pernah kena cerai masa mengandung, laki dia tinggalkan dia.
So air mata tu macam natural suci jujur ikhlas tak fake. Dahla comel Nora ni masa menangis.
Kalau Fasha Sandha yang berlakon memang i baling Sandhal cap Bata je kat tibi tuh.
Jangan lupa baling sambil jerit '' kita enjoy~~~ ''
Tapi tapi tapi ramai sangat yang mati dalam cerita ini mengapakah?
Ini cerita combat ke? Cerita perang
Saving Private Zikir?
Black Hawk Dhia Down?
Drama ni boleh menang award paling banyak kenduri tahlil ni i rasa.
Mari lihat siapa yang telah tiada.
1) Mak Azmi
2) Ayah Azmi
3) Atuk Azmi : sakit jantung kena tangkap basah
4) Ayah Raffi : tetiba rasa nak semayang
5) Mak Melly
6) Kawan Melly yang jual dadah : mati kena bakar
7) Rizman : bussiness partner Zikir
8) Bonzer kelab : kena tembak ngan Joe bos dadah
9) Pak Boon
10) Mak Dhia
11) Ayah Dhia
12) Pakcik kedai kopi : sentap tengok Melly
13) Nenek Azmi
14) Dhia
15) Zikir
Hah tengok ramai tak ramai boleh buat team berlakon untuk Slot Seram TV 3 pulak ni.
Dalam slot tu semua 15 orang ni jadi hantu kejar Ku Salmi pastu belasah Ku Salmi ala boboboi gitu.
Tagline drama ni pulak haruslah 'Tanjat Boboi' sebab setiap kali hantu-hantu ni kacau Ku Salmi dia jerit ''Tanjat Boboi! Tanjat Boboi! Tanjat Boboi! ''
Tajuknya,
Tentang Ku Salmi Boboboi.
Pastu kan i tahu mesti ramai yang tak puas hati kenapa Zikir mati camtu je kan?
Nasib baik ini bukan cerita indon, kalau cerita indon, Zikir tu mesti hidup balik hanyut kat sungai hilang ingatan. Pastu Dhia pun hidup balik jadi pari-pari selamatkan bawang kecik dari dianiaya bawang besar.
Zikir insyaallah jadi ikan kaloi ke apa ke sebab ikan berzikir 24 jam kan.
Ok la tu pengarah buat Zikir mati jangan kata tak logik.
Kalau nak kira cerita logik, Doraemon pun tak boleh cari makan kat TV3 cenggini.
Shin Chan, Hagemaru, Atashinci sume tu nak cari makan acane? ha acane acane?
Zikir mati sebab stroke. Tapi ramai tak puas hati sebab zikir muda lagi?
Eheh i baca la status pesbuk you all satu malam tu penuh newsfeed pasal Tentang Dhia je.
I punya la blur terpinga-pinga slowpoke habis sekarang baru nak tengok.
Logik je sebenarnya.
Ini mungkin haemorrhagic stroke dimana Zikir stress gila lepas Dhia mati diikuti dengan rasa bersalah terhadap Dhia causing his blood pressure to shoot up too high sampaikan small arteries in the brain ruptured. Thus, cutting off blood supply to the brain. Mati.
Zikir pulak pernah accident and coma.
Ini adalah prolonged immobilization maka menyebabkan deep vein thrombosis then darah beku dislodged aka embolism pastu travel ke salur darah kat otak. Ha yang ini embolic stroke pulak. Mati.
So jangan sukahati mengamuk,
''Woi apa pengarah tak buat kajian tempatan ke sebelum buat drama balik darjah satu la pengarah oih! Balik kampung tanam jagung ah!''
Tapi stage 3 cervical cancer selalunya boleh survive. Just so u know i saja bagi info.
Mungkin dalam cite ni Dhia kena buatan makhluk halus tu kan plus Dhia macam tak nak buat treatment. So anak-anak, bukan semua cancer takde harapan ye.
Ending cerita ni sebenarnya sama dengan ending movie The Notebook.
Mati sama-sama atas katil sambil peluk bini. Agak copycat di situ.
|
Novel lagi best.
Nicholas Spark my favourite author. |
Apa pun i tabik spring la dengan team Tentang Dhia ni. Sebab cerita ni memang sangat banyak pengajarannya. Ending yang tak disangka.
I nangis tersedu-sedu tengok Zikir peluk Dhia padahal Dhia dah kojol dah time tu.
Last-last mereka kojol bersama-sama pulak. Dah tersedak Kajol kat india ha.
Pelakon pun best je berlakon especially Nenek Zikir ngan mak Zikir si Ku Salmi tu.
Cumanya Rose tu lah tak menjadi sikit kata lawyer tapi watak macam mak andam je.
Raffi pulak kesian betul single mingle sampai ke sudah. Sebab dia buncit sikit kut.
Eh tapi Azmi pun buncit jugak molek duk ada kawin ngan Melly.
Haa yang ini baru betul tak logik. Boleh geng dengan Doraemon.
Perut dah ada.
Azmi ngan Raffi suka makan dorayaki tak?
I agaklah, kalau Tentang Dhia main kat India memang terbakar la panggung pengarah pegi matikan hero dan heroin. Habis semua bergaduh silap-silap tak jadi
Tentang Dhia terus tukar jadi
Tentang Khau. Pasal ape?
Pasal bukan dia yang mati tapi kau! kau! kau! gara-gara gaduh luar panggung.
I suka skrip drama ni, part lepak kedai kopi tu ada je mesej yang nak disampaikan.
Line paling banyak disebut adalah:
''kita bukan malaikat....''
Konklusinya, Melly yang paling bahagia.
Hahah i am being so analytical am i?
Inilah padahnya tengok sorang-sorang.
Update: Cleverbot boleh cakap melayu la tak pernah pulak i cuba.
Tadi chat bahasa melayu dengan dia, dia kata i gila. Derhaka punya roommate.