Zaman i sekolah dulu handphone merupakan salah seorang ahli keluarga dadah.
Contoh kalau Marijuana ni manusia pastu dia buat buku skrap 'Keluarga Saya' masa Form 1
handphone ni memang dia letak sekali dalam isi kandungan. Itu panjang kata la.
Pendek kata, dierang ni macam adik beradik.
Dulu i sekolah Seri Kuantan sebelum i pindah SMART. Nak kata berseri tu rasanya lalat je yang menyerikan hari-hari kami. I pun tak tau la apa malang sangat nasib i asyik dapat sekolah lalat je.
Bila masuk MARA Banting sekolah dalam kelapa sawit lagi, jumpa lalat lagi.
Mungkin sebab i suka tengok Kamen Rider masa kecik dulu so jiwa lalat dengan jiwa i sebati seadunan tak dapat dipisahkan.
Setiap kali cerita tu start there will be a
theme song and that, is the best part.
I akan berlari pakai helmet bapak depan tv, pastu ambik bantal kepit celah kaki konon tengah bawak motor. *senget kiri senget kanan* *layan corner lutut cecah lantai*
I'm pretty sure budak zaman sekarang tak tahu apa benda i cakap ni. Yela korang main moto dalam ipad je imaginasi yilek. Okay i ada masa free harini nah ambil ni i lukis.
|
"Laidaaaa~ Kick! Laidaaaa~ Laidaaa~"
Warna biru tu helmet bapak bukan kopiah okay. Warna pink tu bantal busuk i. Ajim pernah kencing kat bantal tu masa tido, sampai i termimpi pegi Sunway Lagoon. Bangun tido terus i nangis. Ku sangkakan Sunway Lagoon di waktu petang, rupanya air terjun di waktu malam. |
Waa teserlah bakat melukis i. Budak tadika tengok ni muntah hijau.
Tapi dulu i nyanyi Laidaaaa~~ Laidaaaaa~~
Dah besar baru sedar rupanya Rider~ ~ Rider~~
Penyanyi jepun mana la lidah kejung sangat perkataan Rider pegi bahan sebut Laida.
Over tau pelat cenggitu. Termakan shushi basi ke sebelum nyanyi?
|
Lalat paling hemseng i pernah jumpa. |
Siapa tak percaya dia sebut Laida boleh
click sini. Gigihnya aku bagi link.
Tengok i dah drift cerita lalat. Okay kita drift balik cerita handphone.
Stay with me, stay with me jangan turun bantal lagi.
Kenapa handphone sejenis dadah?
Sebab kiterang kena seludup handphone masuk sekolah.
I duduk asrama dulu so kalau bawak fon memang susah nak sorok.
Satu dorm dalam 20 orang. Macam keluarga tikus rasanya hidup segumpal doploh orang macam ni.
Pada suatu hari.......
Salah sorang dormmate berlari masuk gate asrama menuju ke pintu bilik dengan kelajuan lipan lapanploh helai kaki.
|
"Weyy korang! Wey korang! Dengar kata minggu ni ada spotcheck!" |
Eii ini merupakan satu announcement yang paling ngeri. Kalau member tengah semayang maghrib tetiba kau jerit macam ni memang dia tadah tangan masa sujud terbaca doa qunut.
I ingat lagi i tengah mencangkung depan locker masa ni cari maggi.
I toleh belakang, semua doploh rakyat dorm sedang terkesima.
Belaka muka macam tikus mondok kena cekik.
Ada jugak muka macam tikus ekor terkepit.
|
"Ya Allah Senah apa kau cakap ni katakan ini semua dusta..." |
Maka ahli mesyuarat tikus lantas duduk bersila kat tengah bilik, fikir camana nak sorok fon.
|
Lebih kurang macam ni asrama i cuma takda tv. Agak sendu time bosan bersila atas katil menghadap orang depan. Kau tengok muka aku, aku tengok muka kau. Pastu gelak tengok hidung sama sama kepek. |
Waktu mesyuarat semua orang jadi panic.
Boleh buat movie tajuk 'Panic Dorm' bersara terus Jeniper Lopeh.
Ahli jemaah semua berebut nak bercakap. Korang, sorok sini la. Situ selamat tak. Sorok dalam kaki katil okay ke. Takpala esok aku isi borang pindah sekolah. Cabut setiap bahagian la casing selotape bawah locker, battery selotape kat kipas woi mana boleh nanti bukak kipas battery terpelanting kena kepala apa ayam sangat idea kau ni *panjat katil nak smackdown* bawak bertenang bawak bertenang kau turun sekarang benda boleh bawak bincang. Korang, aku kena tebuk teddy bear ke ni tapi pakwe baru bagi semalam *pandangan berkaca*
I relek je sambung cari maggi dalam locker rasanya minggu lepas beli lima bungkus.
Sapa ambik dua ni rasanya minggu ni tak murah hati pun menderma.
|
Ini dorm sebenar i. Belakang tu almari i tulis nama TIARA kat kertas oren. Ingatkan tulis nama, maggi selamat. Licin juga. Kesian i mencangkung makan biskut kering je. |
I ingat lagi i pernah tanya sorang senior, masa tu i baru Form 1, masih budak hingusan.
''Akak camana nak sorok phone ni saya tak banyak pengalaman''
Dengan muka serious dia jawab.
''Kau telan, lepas spotcheck kau pegi toilet meneran''
Kemudian beliau terus berlalu meninggalkan i terkapai-kapai sendirian.
Lepas tu i macam blur agak lama juga then baru sedar oi apa menda ni jawab tak ikhlas ni.
Biskut kering punya senior.
Petang tu i mesyuarat dengan kenkawan rapat and we came up with the most brilliant solution ever. Rasa macam pandai mengalahkan dolphin. Dengan muka konpiden kiterang pergi belakang bangunan asrama.
Gali lubang.
Sumbat semua handphone dalam plastik.
Tanam.
Innalillahiwainnailaihirojiun....
Tadi rasa macam dolphin pandai sangat kiterang ni.
Tetiba rasa macam dugong yang tak minum susu dugro sel otak tak berhubung.
Rasa nak nangis masa tu. Sebak mencengkam jiwa, sedih menusuk rasa.
"Korang takda cara lain ke..."
"Takda Tiara sesungguhnya yang hidup pasti kembali"
Wahaaaaaaaai Nokia binti Norkiah......
Ini samsung la.
Wahaaaaaaai Samsung binti Samsiah....
"Kau takyah drama la nak talkin aku cuak ni. Kantoi nanti camana, selonggok henfon dalam plastik ni, kenduri patplohpat malam warden kalau dapat tangkap"
"Okay jom cover buat menda lain nanti orang syak pulak"
Lantas kami semua berlari anak ke tepi longkang tangkap berudu. Bijak sangat tetiba budak Tingkatan 2 main tangkap berudu. Memang tak mencurigakan langsung. Rutin harian ni.
"Eh kalau warden tanya buat apa tangkap berudu ni? Nak jawab apa?"
"Jawab je untuk Tingkatan 4 nanti kan kita kena bedah katak, kita bela awal-awal"
|
Tiara, berudu makan umpan apa? Bakpe tak sangkut pun ni
aku nak jawab apa dengan warden.
*kesat air mata*
|
Dah sauk berudu sekor dua rasa macam okay lah dah cover kalau orang tanya korang buat apa tadi dah ada alasan nak bagi. Tapi bila teringat balik masa tanam henfon tu memang betul-betul belakang asrama so semua tingkap dorm terang-terangan mengadap kiterang dah kau kenapa nak buat jenayah satu asrama jadi saksi.
|
Lebih kurang macam ni je jarak longkang dengan asrama. Pakcik bas siap kerut dahi tengok lima nam ketul budak hingusan tangkap berudu. |
Sebelum balik i risau nanti terlupa tanam kat mana lalu i bersuara.
"Korang, nisan kena letak kang tak jumpa cari pulak"
"Kau pacak la diri sendiri kat situ ukir nama kau kat dahi"
Sentap terus ambil sejadah semayang sebelah bas.
Malam itu merupakan malam yang paling mendebarkan sepanjang hidup i. Lebih berdebar dari saya putar halimmmmm. Terkebil kebil mata tak boleh tido. Camana kalau ada semut tengah buat rumah baru dengan syok gerudi tanah tetiba tereksiden dengan plastik henfon. Lepas semut tergigit plastik tu tetiba pulak hujan camana. Kalau bocor camana ni.
*tadah tangan baca doa sambil baring atas katil air mata mengalir*
Bibir ketar-ketar sikit sambil doa.
Semua pun tak tenang. Sebab ada yang bungkus fon dalam plastik pastu rendam dengan baju basah dalam baldi. Yang sorok dalam poket baju kat ampaian pun sama gugup takut hujan. Nak tido baca ayat kursi bertasbih lapanblas round.
Hari pertama tanam henfon warden tak datang lagi.
Hari kedua berlalu...
Hari ketiga juga pergi tanpa kehadiran warden di sisi..
Air mata i dah kering menatap kepergian henfonku meratap menangis sedih tak tertahan tiba Cakra Khan nyanyi tepi bantal. Tasbih kawan i kat katil sebelah pun dah putus. Kami semakin murung.
Masuk hari keempat tetiba ada announcement.
|
"Perhatiannnnn! Spotcheck akan dijalankan semua penghuni asrama berkumpul di tengah bilik!" |
For those yang dah keluarkan henfon sebab ingat spotcheck cancel terus tercabut jantung. Rakyat asrama yang tengah berus baju kat bilik dobi dah start jadi biru. Tak dapat terima hakikat spotcheck tak batal dierang telan nila sebotol. Penuh avatar kemban dalam bilik dobi.
|
Dulu bilik dobi asrama macam ni je takda coin laundry macam budak sekarang. Ini namanya dobi manual berus baju sampai kedut tangan. Maintain muka tingkatan dua, jari kedut macam nenek umur dua ratus tahun. |
Tengok i drift masuk dobi pulak. Okay kita drift masuk dorm balik.
Stay with me stay with me jangan turun bantal lagi.
Waktu berkumpul ni i dengan kawan-kawan rasa lega hari ini akhirnya tiba.
Kami sangat yakin henfon akan selamat seselamatnya selamat tahap Kassim Selamat.
Iyelah, ostazah datang spotcheck dorm tapi kan henfon kiterang kat belakang dorm.
Dalam tanah pulak tu mustahil jumpa. Ostazah upah toyol pun belum tentu toyol gali tempat betul.
Oh by the way warden kiterang ustazah bahasa arab kelas i. Garang ya amat.
Kaifahaluki ostazah alhamdulillah henfon ana bi khoir tiba.
I senyum angkat kening pandang kawan i.
|
"It's okay guys, we got this" |
Kawan-kawan i semua senyum balik kat i. Dalam hati semua berkata, kita je selamat orang lain sure kena rampas. Mesti kantoinya bila pengawas geledah bilik.
|
"Yeah we got this...." |
Time ni kiterang rasa macam dugong minum tujuh tin susu dugro. Sel otak bersambung tahap kilat sabung menyabung. Siap bunyi petir dalam otak bergegar kepala kejap.
I duduk Dorm 11 so giliran bilik kiterang adalah yang ke sebelas.
Ustazah dah berjaya rampas lima plastik penuh dengan henfon bila sampai turn kiterang.
Usatazah masuk dorm.
Ustazah bagi salam.
Usatzah sopan.
Contohi la ustazah.
"Okay saya tak nak buang masa, hari pun dah nak malam ni"
I senyum lagi masa ni.
Kawan-kawan i pun masih senyum lagi.
Tiba-tiba.....
Ostazah keluarkan.............
Al Quran.
"Ostazah dah balut Al Quran ni, takda wuduk pun takpa semua berdiri dalam bulatan ostazah nak tanya beberapa soalan"
|
Ya Allah Tiara bakpe ostazah buat kita cenggini......... |
Ostazah masuk dalam bulatan pastu soal sorang demi sorang.
Semua kena pegang Al Quran bergilir-gilir tatkala disoal siasat.
Time ni otak sudah mulai beku, susu dugro terus basi, dugong-dugong sudah tidak bermaya lagi.
"Awak bawak henfon tak? Bersaksikan Al Quran ni awak sorok henfon kat mana?"
Habis belaka jawab bawak. Habis semua rahsia sorok henfon kantoi di segenap pelusuk.
Usaha gigih kami sejak beberapa hari yang lalu bolehla disamakan seperti tikus tergolek di daun keladi, menjunam-junam masuk perigi, dihempap pula dengan baldi.
Kawan i terus kutip biji-biji tasbih yang berterabur semalam. Sambil menangis dia sambung balik tasbih putus tu. Taubat lepas ni tak sorok henfon dah.
Ustazah warden asrama.
Ustazah buat spotcheck.
Ustazah bawak Al Quran untuk jawapan jujur.
Ustazah pandai.
Jangan contohi ustazah.