Monday, August 19

Perlu Ke Cermin Kereta Baby?

Perlu!

Macam tu dah setahun tak update blog tetiba jerit perlu. 

Harini boleh update sebab nak tulis sikit je. 
Baby Rearview Mirror. 
Selamat atau bahaya?

Tengok ada gaya wartawan 999. 

Ramai tanya beli kat mana cermin ni masa tengok ig story. Tapi sebelum beli i need to tell u guys about all the safety measures!
Kalau i ada termiss anything tolong inform ye nanti i edit semula.

Jadi untuk rujukan akan datang dan untuk rujukan mak-mak yang lain, i update kat sini. I rasa kalau i share kat blog lagi senang nak cari. Instagram jauh nak scroll feed and leceh nak cari highlights. Macam ni google je Tiara Fazlin cermin baby terus sampai sini ye tak. 


Kepada mereka yang dah jadi mak, sekali tengok dah tau apa fungsi cermin baby ni. 

Mak-mak yang baru nak up macam i pulak akan tanya beli kat mana. Sebab semua benda blur barang baby banyak sangat. Bakal mak yang belum kawin pulak akan dm i kenapa letak cermin, saja-saja letak ke? Eh mana ada saja, i letak untuk Leia tanya cermin, siapakah yang paling cantik dalam kereta ini? 

Memperkenalkan, cermin pandang belakang. 


Bukanla kita nak cari hantu kak limah tanpa perlu toleh ke belakang, tapi kalau kita tengah drive we need to know baby kita selamat atau tak sensorang dalam carseat. Penting untuk monitor baby jeluak susu ke, tersedak ke, tertinggal kat rumah ke. 

Cermin ni ada banyak jenis. Some have music, some have toys attached to it, some has fancy lights. Tapi i beli yang simple je, sebab Leia suka i nyanyi. Kalau sesiapa nampak i moncong mulut kat traffic light mohon jangan kecam i tengah moo moo here and the moo moo there. Mu apa tahu. Tengok lembu ganu menyampuk. 

Toys i gantungkan sendiri je. Cari toys for stroller, ada clip so u can attached kat handle macam ni. Kalau takda toy jangan gantung kucing pulak. 


I beli kat shopee je. Harga dalam RM 30. 
Bagus sebab clear nampak Leia, also boleh adjust the mirror’s position, nak pasang pun senang je. 







Jadi, apa yang penting sebelum pilih cermin ni?

1) Size 
2) Material
3) Crash Test
4) Location

Size
Jangan cari yang fancy tapi cermin kecik. Kalau nampak mata je baik takyah beli cermin, guna isyarat asap sudah. 

Material
Jangan beli kaca punya material. Beli yang film sebab kaca bahaya bila pecah kena baby. Also cari good quality reflective film. Kalau low quality, hidung anak jadi senget la, dahi penjong la. Alaa u know that kind of reflective film they put on cermin makeup budak.
Crash Test
Pilih cermin yang dah diuji keselamatannya. Ni penting, kalau takda crash test jangan beli.

Location
DO NOT park your car under direct sunlight yang terik. Pernah ada kes carseat terbakar because the mirror acts like lens yang focus matahari at one spot. Nasib baik maknya ada dalam kereta bau asap. Both selamat, kereta pun selamat sebab terbakar sikit je mak dia dah padam. 
Link kes boleh click sini.

BAHAYA ATAU SELAMAT?
Jawapannya;
it all depends on how it’s used by the driver.

Lebih bahaya kalau kita toleh ke belakang untuk tengok anak, maka eloklah kita tengok melalui reflection sahaja. Boleh jadi bahaya kalau u sengih sengih macam kerang busuk setiap saat duk tengok anak ikut cermin, comelnya anak aku. Kalau buat concert Pak Atan Ada Ladang pun biar bunyi suara je, sampai part moo moo sana, moo moo sini moncongnya maintan ke depan. Biar la ada abang moto perasan u flying kiss dia pun. 

Eyes on the road. Intai kejap je, sekali sekala to make sure baby is okay. 

Baby mirror ni selamat as long as u’re not allowing the baby mirror to be a distraction. Safest place to interact dengan anak is at home. Jadinya, bawak la kereta dengan selamat so u both can get home safely dan sambungkan moncong moo moo di rumah. 

Sekian selamat bershopee. 

Seller: escooper
Price: RM 29.90
Link: Baby Safety Mirror




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...