Sunday, January 13

Pregnancy Diary: Kisah Dua Penguin Menanti

12th January 2019
Countdown, Day 7


Kehadapan anakku,
Perut mama dah ke depan sangat ni awak tak nak keluar lagi. Bukan ke depan je, ke kiri kanan dan segala penjuru, senget benget perut mama. Nampak gaya macam tengah kuak lentang peringkat negeri.

Haruslah kamu tahu anakku,
Mama dah 44 kali pergi ke bilik air hari ini, memang betul-betul kira berapa kali.
Harini paling banyak rasanya. Bukan hobi tapi sebab awak lenyek pundi kencing mama. Itu bukan bantal anakku, nanti dah keluar kita pergi beli bantal kat Mydin sama-sama ye.

Bladder yang jadi bantal awak.

Rasa macam pelik pula sebut mama haha tapi jadi mama dahla kan kalau ada baby. Takkan nak bahasakan diri kalong lagi. Mama dah kena turunkan pangkat kak long pada awak nanti. Kita buat majlis penyerahan pangkat kat lobby hospital ye, semua dijemput hadir, mama catering air sirap dan kuih cara.

Pagi tadi,
kita pergi check up, doktor kata awak ni tunggu masa je. Tak sabar nak jumpa tapi berdebar juga sebab orang kata contraction sakit. Mama banyak kali dah tengok orang contraction kat dewan bersalin, tapi tengok dengan rasa mestilah tak sama ye tak.

Kita pergi dengan daddy, daddy bukak jahitan kaki sekali. Alaa yang dia lahirkan Siti Cystina haritu, lagi sekali daddy nak lari. Bayangkan daddy jalan senget macam penguin sebab sakit kaki, mama pun jalan macam penguin jugak sebab awak berat. Maka berkejaranlah dua ketul manusia ni macam penguin mabuk di koridor Tapi kita berjaya tangkap daddy, dapat juga pujuk daddy bukak benang, akhirnya. 


Lari lagi lari, nanti saya buat satay penguin nak?


Petang tadi,
Kita pergi jumpa moyang awak, dapat makan macam-macam. Awak ni cicit sulung tau apa yang awak nak semua dapat. Kecuali kalau awak mintak sup ekor unicorn atau ikan duyung goreng kunyit, memang tak dapatla. Nenek pulak masak ikan patin tempoyak, sedap. Tempe pun ada. Supaya awak tahu kita ni jawa. Soalan pertama yang mama akan tanya lepas awak keluar. Sedap tak rasa tempe? Kalau awak jawab tak sedap mama suruh doktor masukkan awak balik.

Malam tadi,
nenek bagi makan laksa pahang pulak heheh. Mama makan 4 cap laksa, jangan jajjj okay awak makan dua cap mama dua cap. Kita kongsi, bukan mama makan sorang. Pukul 11 malam kita keluar dengan Aunty Na dan Aunty Cah, daddy bawa makan roti bakar kopitiam. Mama dah 64 kg, kaki bengkak, sakit pinggang, ngilu uri, rasa macam gajah takda tujuan hidup.

Sekarang pukul 3.42 pagi tak boleh tidur, sakit pinggul, pergi tandas berulang kali. Senang kata semua position la sakit sebab kepala awak dah turun sangat ni. Rasa macam nak tidur berdiri je. Tapi nanti daddy ingat mama hantu cina pulak tak pepasal mama benjol daddy baling dengan bedak johnson tapi katil tu.

Harini paling banyak kali perut keras. Tak tahu bila awak nak keluar tapi jaga diri dalam perut okay, mama nak call tanya khabar tak boleh. I don't know what's gonna happen to us, tapi mama doa kita dua selamat.

Insyaallah kita jumpa nanti, daddy masih belum percaya dia nak ada anak hahah dia kena dukung awak dulu baru percaya agaknya. Dia ingat mama ni tauhu sumbat bertopengkan manusia ke apa entah selama ni. Tak kosser betul. Bila pegang perut mama je “Eh u pregnant ni” iyelah takkan mama kembung cacing ye tak. Nanti say hi kat dia baru dia bangun dari mimpi agaknya.


Kita tunggu sama-sama okay?


See you when we see u.

Love you sayang.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...