Friday, May 20

What day is it? and in what month? this clock never seemed so alive.

Apabila taraf kualiti hidup kini berada di bawah paras beku 
mengalahkan suhu gunung Everest, maka i haruslah mencari penyelesaiaannya. 
Serious kualiti hidup i memang dah negatif sesangat ni ditambah pula dengan homesick. 
Buku berterbangan dalam bilik ibarat burung2 bebas berkeliaran. Pen serta pensil pula ibarat unggas bergaduh dengan kawan. Nescafe dan cawan pula ibarat kera berkicauan. 
I nak bagitau bila dah sampai  ke tahap macam ni selalunya i akan layan lagu ni. 
I harus hiburkan hati tatkala jadual tidur i hampir meniru jadual tidur zombie. 
Eh zombie boleh tidur ke?  
Kalau you all berjaya untuk tahan senyum atau gelak bila dengar lagu ni, i janji i akan hadiahkan kucing jiran i kat you all.


Maka tuan2 dan puan2, sila lah dengar lagu ni tiap kali rasa kiciwa.  Sememangnya ia lebih mujarab dari jumpa doktor.  I ingat nak mainkan lagu ni kat hospital seluruh malaysia la. You all tolong ingatkan i untuk buat surat cadangan kepada Menteri Kesihatan bila i dah pulang ke tanah air nanti ok? Oh by the way, lagu ni pulak untuk wad kanak-kanak. Sila click caption gambar ye, tak tau la kenapa tak boleh letak video pulak.
Yang kat depan tu doktor, budak ni degil tak nak makan ubat dia ajak bertaruh sumo dulu.
Kalau doktor tu kalah baru dia nak makan. Muka confident boleh menang
.
p/s: this is not a proper update pun..exam countdown, 2 more days..T__T oh rakyat Malaysia tolongla doakan kejayaan kami bersama-sama.
Studying. 
Notice how they conveniently put "DYING" at the end of this word.

Saturday, May 7

VENICE, Italy! Jom kita terjah!

Ini adalah entry tentang VENICE, Italy
Venice sangat indah.
Ok tamat.





Haa orang kampung. Muka tak puas hati ye. Hehe. Jangan gitu, buruk benor muka sembelit tu. I tahu Venice adalah entry yg paling dinanti-nantikan oleh org kampung i. Siap bagi ugutan kat pesbuk. Woi tiara baik buat entry Venice cepat kalau tak aku curi pasu bunga umah ko. Hamboi tak sabo benor nak honeymoon ye Kak Senah?


Checkpoint 4 : VENICE

Well kalau dah Venice ape je yang terbayang dalam otak korang? Haruslah bangunan dikelilingi air dengan gondola. I nak bawak u naik gondola dulu la camni!
NAMUN BEGITU, gondola ini sangat mahal okeh. 90 euro satu gondola bersamaan dgn RM 360. Horr~ memang gondol la kepala haku camni nak bayar gondola. Eh maybe dari sini gondola dapat nama sebab harga gondola sememangnya menggondol kepala. Gondol la gondol la gondol la i camni. Gondol la~
See? bahasa melayu diangkat di Italy.
Gondola ni boleh naik max 6 orang kalau tak dia tenggelam. Memandangkan kiterang cuma berempat so sorang 20 euro bersamaan dengan 80 hengget. Baik naik sampan Pak Mat kat kampung, ajak Pak Mat drift sampan dalam longkang lebih mencabar. Free aje kan Pak Mat? Siap ade insuran cendol semangkuk kalau drift tak berapa nak fun.

Tengok ni sampan Pak Mat lagi cool naik atas darat terus jadi
keretapi tayar doploh empat. Siap ada bendera untuk sukaneka atas sampan.

Tengok gondola ni rupa cam pisang siap digembala oleh banduan.
''Macamni 80 hengget? Say whaaaat?!!'' 
kata Pak Mat sambil bakar kebun pisang rumah sebelah.

Korang bila honeymoon kat Venice nanti sila paksa si baju belang tu nyanyi ye sebab itu memang tanggungjawab dierang. Tapi nasib i tak berapa baik sebab si baju belang i nyayi lalalalala~ je untuk 3 saat. *Tetibe Pak Mat breakdance lagu Dondang Sayang kat atas sampan*
Iye Pak Mat saya tahu pakej Pak Mat lagi cool. Balik mesia nnti saya naik sampan Pak Mat bayar 8 hengget. Pantang dicabar org tua nih.

Ape pun best jugakla naik gondola ni sebab dia cam romantik and tenang main lalu-lalu celah bangunan. Pak Mat tak yah nak sentap bagai ye.

Saya cool macam Pak Mat Mat Kool Mat Kool kawanku.
Mari kita ikoooot Mat Kool.

Sampan pun ada captain ok.

Wahh macam Jacob Cullen la. Patut Pak Mat rasa tergugat.

"Welcome to Venice!"
ceh Tiagha, koya je.


Keromantikan hakiki.
*tutup mata dan berangan suami di sisi pehhh*


Saya la yang discover Venice.
*muka berlagak*

Romantik kan?

Berangan honeymoon la tu.

Kat Venice ni mostly kiterang jalan kaki je. Boleh je kalau u suami isteri nak naik water bus sehala 6 euro 50 cent. Darab 4 kalau nak tahu dalam ringgit. Hamboi Kak Peah, apesal sampai kira jari kaki tu? pakai congkak sudah. Tu guli warne merah tu kerat dua untuk represent 50 cent.
Untuk unlimited ride selama 12 jam sila bayar 16 euro. I naik sekali je water bus terus kawan i tanye, 
''Tiara, ko pregnant ke?'' 
''Ha ah aku pregnant ikan buntal tapi rasanya kembar merpati sejoli tak seiras ni mengikut firasat keibuan aku yg membuak-buak ni aku tak nak pakai talian hayat ah lantak la, putar je! Saya putar halimmm~ ha, ni kembar dia sotong kering ni $%^&*? ''
Asal nak muntah je suspek pregnant asal nak pregnant je suspek muntah. Memang patut jadi polis budak ni. Wajib semua kes terbang warna bak kata Kak Peah kita. (I rasa dia nak maksudkan flying colours di situ)

Lepas dah naik gondola, u bawak suami atau isteri u jalan-jalan je around sini ye. Gile crowded woo Venice ni. Tapi tetap tak boleh lawan bilangan jemaah subuh kat masjid. Sentapppp~ teros Kak Peah merangkak cari sejadah.


Cathedral





Horr muka cuak bunyi violin macam tikus kena penyek.



Kawin kat sini best nih!
Tak beh, malaysia lagi beh.


Sambil menjalani adat makan bersuap dengan suami atau isteri,
lagu romantik setia mengiringi. Waaahh.




Parking sampan terus masuk umah. Ye pengangkutan air adalah yg paling utama kat Venice.
Nampaknye kalau nak rompak rumah kena ada sijil skuba dulu ni. 
Jangan lupa beli kaki itik sekali, laju sikit bila nak lari.

Venice juga sangat famous dengan topengnya. Bukan topeng lone ranger pon pon poonnn~ ini topeng yang korang selalu pakai pegi masquerade ball tu.





Lepas da makan-makan, jalan-jalan, u suami isteri bolehla berehat sambil tengok orchestra. Aritu i pegi yang Antonio Vivaldi 4 season. Serious best! 
*Tetibe Pak Mat beatbox lagu anak ayam turun sepuloh mati seekor mati seekor* 
Pak Mat, bakor sampan nak?
Tapi tak tahu la kenapa i terhangguk sekejap padahal tukang main violin tu tak tanya apa-apa soalan pun kat i. Mungkin penat baru lepas skype mengamuk kat Kak Senah yang sangat tegar nak curi pasu.


Serious pempuan ni cool gileeee main violin. Tetibe i  rasa nak  jadi ahli musik la pulak.
Tapi risiko tinggi. Bakal mentua mungkin cucuk mata i ngan garpu tak pepasal kena tukar nama Tiara Selamat. 


Bagi pasangan yang mempunyai suami atau isteri yang suka gantung camera-besar-gedabak-baling-kucing-pun-mati kat leher kalau pegi mana-mana walau ke pasar malam belakang rumah hari rabu sekalipun maka bolehla you all bajet-bajet model kat sini. Hah sempot nafas ayat 12 harakat.


Ahha meniarap bagai. Kalau la Kak Senah posing ngan kain batik baju kelawar
mau sawan berbuih mulut segala spesis ikan dlm air tuh. 


Rawatan spa ikan jaws.

Ok ni part paling pelik i nak cite ni. I was looking for a neck tie kat satu kedai ni. Tetibe tauke kedai tu nak amik gamba ngan i kan. I hairan gile. U lagi hairan gile kan. Hehehehe.

Italian man.


Tetibe kawan i rasa tercabar. Muka bahagia tak menahan betol =.=''

Kat sini pun ada ramai orang yg akan pakai costume. Tapi kalau u nak bergambar ngan dierang u kenala bayar. Yang bestnya tak kisahla berapa cent pun asalkan bayar. Maka sila lah bayar jangan tak bayar.



By the way, u mesti curious camne nak semayang kat tempat camni kan. U boleh je semayang dalam bas atau taxi yg tengah bergerak kalau u tak sempat balik sebelum waktu. Time kiterang pegi ni Italy baru nak spring so waktu asar start dalam pukul 5 ptg, magrib dalam pukul 8 mlm. So kalau balik hotel before 6 boleh je jamak takhir. Tapi kalau u balik lambat u kena semayang kat celah-celah bangunan ni. Ahh buat hardcore je kalau org pandang pelik.

Lebih kurang mcm ni la.

Disebabkan i pernah kena tengking kat train station Manchester, i cam trauma la sikit-sikit part semayang merata ni. Masa tu my friend and i tengah solat kat penjuru bangunan. Mat salleh tu jerit kuat kut sampai ramai gile orang berhenti pandang-pandang kiterang semayang. ''WHAT THE F**K ARE YOU DOING!!!! WHAT THE F**K!!!'' serious rasa nak gugur jantung jap, nasib tak baca doa qunut masa tahiyat akhir. Usop santorian betul mat salleh mangkuk ni. Maka dengan itu i upah sorang 'jaga' yg berkaliber amat.

I
I
I
I
I
I
\/

Stylooo habis jaga i. Sumpah takde sapa pun berani lalu masa i tengah solat. Tengok lorong kosong dan sepi. Belum pegang cota lagi tu. Haaaa, jangan main-main.
Ok sekarang ramai-ramai bangun, mari bersama kita tabik spring kat jaga i.


Ok akhirnya kita sampai ke penghujung rancangan. Sekarang i rasa lega sikit dah bawak orang kampung i tour satu Italy. Yela nak bawak secara real mana la i mampu. Kite dah pegi RomeFlorence, Pisa ngan Venice. Whoaaa. i janji i tidak akan sesekali lupa memori daun pisang kita bersama ni. Maka dengan ini secara rasminya i bersara dari dunia blogging. Macam ada orang kisah.

Tengok laki u dah pening u shopping banyak sangat. Jangan gitu Kak Senah.

Sebelum i mengundurkan diri i nak bagi kuiz, sapa dapat jawab dapat diskaun naik sampan Pak Mat beserta insuran cendol semangkuk.
''Ape dia Pak Mat? tak dengar la? ha? dapat strawberi sebjik? kalau promote sampan Pak Mat? nak tambah dalam cendol ye? Iyelah Pak Mat''
Dah tak yah ulang la u pun da dengar walkie talkie i ngan Pak Mat. Jangan lupa claim beatbox ngan breakdance lagu anak ayam sambil bergondola bersama beliau. 


SOALAN:

Yang mana satu kawan i? -.-''

Wednesday, May 4

Travel tips ulat bulu terbakar

Memandangkan semalam u nangis berlagukan irama newboys sebab wallet u hilang, sekarang i nak bagi tips. I dah kata, fashion tak penting tapi u degil. U kata u anak angkat Angelina Jolie kena jaga penampilan. Tapi nama u Budiyonto Santoso tak ke jawa tu?
Sila ketepikan segala self conscious dan segala nasihat fesyen mak angkat juih u itu. 


Angelina Jolie pun cukur jambul macam orang jawa. Sila bangga.
Jangan asek nak ikut dia je. Dia pun ada ikut u sebenarnya.

Bercakap dari pengalaman, sepanjang i travel the world in 80 days setiap negara yang i pegi tu haruslah ada lawatan sambil menangis ke balai polis. Walaupun balai polis tiada dalam senarai tentatif tapi tak tahu kenapa mesti ada je ahli jemaah yg dicuri barangnye. Kat Turki kena gi balai polis. Kat Manchester wallet i hilang pulak. Kawan i gi France pun terpaksa melawat balai polis jugak. Banyak lagi la tempat lain. Italy u pulak kena. Tapi kat Turki takpe sebab polis hemseng. Sila bagi iphone kat pencuri sekarang.

Sejak itu i decided untuk buat macam ni kecuali kat Turki.


Cari getah rambot pastu ikat kat zip beg.

I tahu rupa dia macam ulat bulu terlebih panggang masa BBQ
tapi percayalah, skill ini berkesan.


Akan datang mungkin i akan upgrade kepada ulat sutera pulak.
Getah rambut sutera lebih cantik kerana kecantikan adalah hak milik setiap beg.


Sebelum ni i pakai getah camni je. Tapi i takot nanti kalau ada cicak, kawan i curi sebab nak buat lastik.

Ikut korangla nak yg mcm mana. Tapi ingat, ukur stoking di kaki sendiri,
jangan nak sutera bagai tapi seminggu makan maggi.


Up close sikit. Eh tu ada kuku cicak terlekat. Hey nak kena betul kawan i ni!


Ini adalah kejadiaan yang berlaku di Florence mase i pegi sana. Pencuri tu berlakon nak tanya pasal tiket train. Dia pun tunjuk betul-betul depan muka, taktik nak cover mata. Sambil tu tangan dia seluk beg cari wallet. Dierang ni gila skillful ye sampai takde sapa pun yang perasan. Bila train dah jalan baru sedar wallet dah hilang. Kepada sesapa yang nak gi Italy nanti sila berhati-hati dengan skill begini. By the way, pencuri ni muka dia bukan macam penagih, tapi budak comel yang nak kesat hingus sendiri pun terkesat hingus orang sebelah.

So kalau u dah ikat wallet dekat beg secara otomatiknye masa pencuri tu nak bla dia akan tarik u sekali harung dengan getah tu. Haaa~ masa ni u pandang jauuuuuuh ke dalam matanya pastu tanya.
''Ye brader, nak main zero point ke? atau blue black ikan kasar sili oli ooowas dam dam dam besi keluar ABC! keluar kau dari sini!''
confirm dia lompat ala-ala zero point level 9 tali skipping paras kepala.

I harap travel tips ni berkesan sebab pencuri obersi memang begini style dia. Dierang sopan sikit dari pencuri malaysia yang hardcore gila terus ragut tercabot tangan mangsa. Pencuri obersi nak curi wallet aje sebab dia tahu beg u tu jenama mydin kacukan giant sikit-sikit, takde makna nak curi.
Tapi curi wallet senyap-senyap makan dalam woo sebab kenkadang tak sedar camna wallet tetiba takde terus diagnose diri sendiri dementia. Kenapa kenapa i nyanyuk walaupun i masih muda! Dilema gila aku salah letak ke, tercicir ke, orang curi ke.

Orang kat malaysia pun boleh jugak buat kalau jenis perangai henpon ada kat tangan tapi sibuk duk kecoh satu kampung tanye ''mana henpon aku!! mane henpon aku!!!! '' ( bukan i )

Maka mulai hari ini lantak la orang nak pandang slack ke tengok kau nak bayar duit fridge magnet tetibe ade ulat bulu escort wallet keluar beg. Lantak. Asalkan wallet sedikit selamat. Kalau sayang kawan-kawan lain sila share tips ini. I ikhlas, sebab menda ni dah banyak kali berlaku. I tak nak pisang beranak anak luar nikah okeh.

Eh kalau nak ikat wallet kat zip seluar pun boleh. Nak gi toilet scan je kat mak cik jaga tu.
Touch and Go kaedahnye.
Kelekunnnggg! berus jamban tersumbat dalam telinga.
''Suka hati kau je kan nak touch2 wallet kat meja aku, keluarkan syiling ah baru boleh masuk! Meh sini kita battle zero point level 24! ada berani?''

p/s: this is not a joke, i memang ikat wallet kat beg bila travel. Wahh, why so serious?

Sunday, May 1

Tiara cedera parah di Florence, Italy

BP is dropping she is in v-tach! demm..give me the paddles!
Charge to 100! Charge! Clear!
Bzzzzz!
Still in v-tach
Charging to 200 joule..clear!
Bzzzzz!
''Wey tiara dahla jom kita give up..'' kata efa
''Japla sikit je lg ni...''
Dup Dap Dup Dap~ Teeeeeeettt~

Yang lain awal-awal da syahid air liur meleleh membentuk map Italy. Esok confirm tak sesat dah ade map sendiri.

ESOK PAGI...


Horr~ Sejak bila aku jd haiwan berdarah sejuk ni?
Port elok  pulak tu encik tikus di baju tido pun heran pandang tak berkelip.

Woha! ni memang kecederaan paling kritikal la i pernah alami sejak bergelar student.
Sebelum ni sikit-sikit je setakat tembus buku 8-9 muka surat. Ini tertido peluk highlighter tak hengat dunia dah ni habis terkena baju tido sobs. Kering nyawa teros blue highlighter faveret i tu. Kesimpulannya tak payah la bawak nota banyak-banyak sangat kalau dah nak gi bercuti. Tengokla khatijahnye sampai berdarah biru akibat tewas berjihad. Tapi hikmahnye?
i dapat tahu la yang i ni rupa-rupanya keturunan mahsuri berdarah warna warni. Terima kasih kpd nota kesayangan. So? kawan? u kena la belanja baju tido baru utk i kat Florence ni?

Kepada yang baru baca entry ni, before this i dah bawak pegi Rome ngan Pisa. Kita ni sebenarnye dah kawan sejak kat Rome lagi dah. Ye i tahu kawan secara paksa huahahahahahahahahah ok tak lawak.
So, ni kira trip yang ketiga la ye kawan? Oh by the way, trip ke Rome nak dekat 47 orang like. Pisa ade la dlm 4 ketul. Racist sunggoh korang memilih-milih tour. Hish.

Ok da ready? Gentlemen, start ur imagination!

Florence adalah sebuah bandar yg penuh keseniaan. Oleh itu, kita kena beli tongkat orang buta kerana kita harus jalan tutup mata. Sini banyak patung or statue yg diukir tanpa seurat benang di badan. Amboi senyum menyeringai dia. Ulang suara, tongkat orang buta, bukan tongkat ali ye kawan. Ulang suara. Ulang suara. Halahai nakal kawan i nih.

Ini antara bukti seni terlampau:

Rasa nak bako je baju ni. Nyaknye ke Mona Pendi eh Monalisa.

Ini padahnya kalau drebar taxi ialah seorang perempuan.

Gamba suami di sisi supaya jangan curang ketika bawak penumpang.
I rasa suami dia kena paksa pakai cekak rambut telinga Mickey Mouse tiap hari.


''Takpe Sabariah, abang sabar asalkan income taxi awak guna utk belikan Lego kat abg''

Kite takleh naik ye nanti kena samak.

''Woih Sabariah, apesal ko curi Lego aku?"


One of the most famous statue adalah David Sculpture by Michelangelo. We have to queue ye untuk masuk gallery ni. Harganya 6.50 euro (RM 26). I have no idea ape ade kat dalam tempat ni alang-alang da sampai kita redah jela kan. Perggh rupa-rupanya kena beratur dekat 2 jam. Sambil beratur kawan-kawan lain ajak hafal anatomy pulak gila tak remaja ah camni. I baru ingat nak shuffle + tektonik lagu M.Daud Kilau kut-kut ade Italian man akan terpukau.

Bila da masuk rupanya ada banyak lukisan aje.
Iyelah dah nama pun gallery takkan nak ade teater Ola Oli kuberi nama saudara saudari chi ke bum chi ke bum? Hamboi angkat-angkat bahu pulak dia. By the way dalam ni takleh amik gamba tapi the famous David sculpture tu ade replika dia kat one of the piazza (dataran).
Click here kalau nak tgk sculpture tu. I malu nak letak kat sini. Tengok, calon menantu yang berdedikasi ni. Pempuan jangan gatal nak click ye.

Disebabkan David tu tak pakai baju so i decided untuk belikan baju siap satu set dgn bag pinky.

Matahari tu nak keringkan baju dia ye. I tak sempat jemur terus sarung je.


Secara jujurnye la, kat Florence ni tak ada apa sangat pun. Nak tengok bunga pun bunga masih dalam rahim lagi.

Masih embryo.

Daisy pun kena gigit ngan kambing kelopaknye.

Iklan kasot.


Ha yang ni lahir tak cukup bulan. Tetibe dia seketul kat situ.

Putih tu tak tahu la bunga apa. Tapi yg pakai topi tu bunga tahi ayam.
Yang tu i confident.

Ape kes bunga menaungi toyol gemok tengah rempit pakai kura-kura? 


Kat Florence ada Museum yang agak banyakla. Museum? Mana remaja pegi museum? Cewah padahal masuk jugak. Sini pun ada banyak Palace aka Palazzo aka Istana. Tapi tetap tak boleh lawan istana Dolmabahce kat Turkey kemewahannya. Dierang pun tak jaga sangat istana-istana ni, macam padang jarak burung berkukur rupa dia.

Mujur angin tak kuat time ni. Terbang daun pengsan i. 
You nak lompat bintang kan? i tahu.


Eceh malu-malu pun jari berlubang gak.

David palsu yang i cakap tu ada depan istana ni.


Hamboi mak limah, eksaited benor depa tangan bagai.

Ok lepas da feeling princess masuk istana kita jalan-jalan je ye. 
Tetiba tengah jalan termuncul pulak cathedral cun tengah bandar. Seyes tak expect tetibe je ade. Horr gelabah cari camera.


Shopping2. Otak pikir fridge magnet la tu.

Pinnochio berasal dari Italy kalau tak silap i.

Disebabkan kebosanan melampau tetibe gi camwhore pulak kat kedai Disney. Memang takde keje. 
Kelekuk! kakak Disney baling wallet Cinderella.
Ok jom kita keluar.


Tenyeh eyeshadow sikit.

Semuaaaa ni i punyaaaaaa! Backoff! Backoff!
*tetibe*


Beriya pulak dia camwhore.

Ha! Ada satu lagi tempat famous kat Florence ni. Kedai atas jambatan bukan jamban. I pun tak tahula kenapa famous tapi kedai kat sini banyak jual emas la. Ok i pangkah. Ish bertuah bakal suami ni jimat duit i tak suka emas.

Tengok tu mak tengok emas sampai lupa anak pengsan kelaparan.
Gila crowded kat sini ye. Tin sardin pun lebih selesa. Sekurang-kurang nya sardin takde ketiak tengik.

Ok dah jalan-jalan kita...








MELANTAK!
Hantu Raya~~ Berrtukar! KHUKHIKHOHOHOK (effect bunyi Transformers)

Pasta cendawan. 
By the way, makanan kat Italy ni sila pastikan halal baru bedal ye. Kalau tak i bedal u.

Kawan! Jumpa kat Venice pulak! Coffee break i dah tamat. I need to face a book now. Ece ce ceh, ke facebook?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...